Jamal Abdillah umum jantina, nama anak ke tujuh, bakal lahir Januari 2025. Penyanyi lagenda Datuk Jamal Abdillah berkongsi jantina anak kelima yang bakal dilahirkan pada Januari 2025.
Jamal Abdillah Umum Jantina, Nama Anak Ke Tujuh, Bakal Lahir Januari 2025
Bayi itu adalah hasil perkahwinan dengan isteri, Datin Zai Izzati. Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Mohd Ali berkata, bayi yang dijangka lahir pada awal Januari tahun 2025 adalah perempuan.
Pasangan itu sudah memilih nama untuk bakal cahaya mata mereka. Jangkaan lahir pada 7 Januari 2025. Nama anak kelima ini singkat sahaja iaitu Magdalena Yamani.
Dalam pada itu, disoal adakah merancang untuk memiliki zuriat lagi pada masa akan datang, pelantun lagu Azura yang kini berusia 65 tahun itu mengakui bahawa dia berserah kepada rezeki Allah.
“Kalau boleh nak 10 orang anak, apa pun berserah dan bergantung dengan rezeki Allah,” kata Jamal.
Sementara itu, Izzati berkata, segala persiapan sudah dilakukan dan mengakui teruja menyambut kelahiran anaknya.
Empat anak Jamal bersama Zai Izzati (dari kiri), Iskandar Rayyan Yamani, Rahil Laura Salsabila Yamani, Nur Azura Yamani dan El Isaac Yamani.
Alhamdulillah, semua persiapan sudah siap. Baju dan keperluan dah buat. Sebab dijangka tidak lama lagi.
Ads
Dah masuk anak kelima pada saya semuanya semakin mudah, kalau barang lama yang boleh pakai akan diguna semula.
Untuk info, Jamal dan Izzati mendirikan rumah tangga pada 1 April 201. Pasangan ini dikurniakan empat orang anak iaitu Nur Azura Yamani, 5, El Isaac Yamani, 4, Iskandar Rayyan Yamani, 2, dan Rahil Laura Salsabila Yamani yang kini berusia setahun lebih.
Jamal juga memiliki dua lagi anak lelaki hasil perkahwinan terdahulunya iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.
Pengorbanan isteri tiada tolok bandingnya. Mencurahkan segala bakti pada keluarga menuntut pengorbanan yang cukup hebat. Ditambah lagi jika masa yang sama mereka turut membantu menambahkan sumber pendapatan keluarga.
Justeru, sebagai suami patut menghargai dan mensyukuri anugerah yang Tuhan kurniakan ini. Kebahagiaan sesebuah keluarga bukan pada wang ringgit dan harta yang menimbun, namun ada isteri yang sudah cukup bahagia apabila memperoleh pasangan yang memahami dan mengambil berat tentang hidup dan kebajikannya.
Ada suami bila tengok isteri tidak sihat dibiarkan isteri lakukan semua kerja walaupun kerja berat yang sepatutnya dipikul lelaki. Sedangkan kerja rumah harus sama-sama lakukan barulah bertambah keharmonian dan mengeratkan lagi kasih sayang suami isteri.
Perkongsian saudara Muhammad Hassan mengenai pengorbanan isterinya sangat menyentuh hati. Bagimana dia membahagiakan dan berkorban mengambil cuti selama setahun semata-mata untuk menjaga emosi isterinya yang ketika itu sedang bersedih dan kemurungan akibat kehilangan anak sulung mereka disebabkan komplikasi jantung, paru-paru dan masalah tulang belakang.
Semoga kisah keluarga ini menjadi panduan buat semua lelaki bergelar suami dalam menghargai pasangan masing-masing baik ketika gembira atau berduka.
Ptang semalam kami luangkan masa ziarah anak syurga. Setiap kali datang ziarah wajah bidadari saya selalu berubah,nampak sangat dia rindukan anak syurga ini. Sebelum ini langsung tak boleh masuk kawasan perkuburan,mesti dia akan menangis.
Ini anak sulong kami. Komplikasi jantung,paru paru dan ada masalah tulang belakang. Walaupun 1 tahun 4 bulan tapi tak boleh duduk,tak boleh mengunyah makanan pejal, tak boleh tidur dengan lena siang malam kerana batuk. Hanya ubatan,puri dan susu sahaja makanan dia. Beliau meninggal dunia 24jam selepas pembedahan.
1 tahun 4 bulan isteri tidur tak lena. Makan pun tak menentu. Minggu pertama berpantang kena ulang aling ke hospital susukan anak. Kesian sangat tengok baru kali pertama dapat anak Allah dah beri ujian. Isteri kuat sangat,macam mana pun dia nak susukan anak juga.
Begitulah mana ibu pun akan berjuang untuk anak. Sakit,demam,lapar,tak cukup tidur itu semua bukan penghalang untuk dia tunaikan tanggungjawab terhadap anak. Janji anak sihat,anak dapat susu,anak kenyang,anak tak nangis,anak tidur dengan selesa.
Masih terpahat dalam ingatan saya. Bagaimana malam pertama kehilangan anak. Isteri angkat bantal dan riba disangka itu anak,sedangkan itu bantal yang digunakan untuk tidurkan anak. Isteri nangis bila sedar itu hanya bantal.
Saya peluk isteri. Saya peluk erat. Saya pujuk isteri dengan hadith Nabi Muhammad s.a.w bahawa anak kita sedang menunggu kita di pintu syurga. Anak kita tak sakit dah,dia tak batuk dah. Dia boleh jalan dah. Mesti dia sedang bermain main di taman syurga. Mesti dia rindu nak jumpa kita kat syurga. Allah kan janji kita redha,Allah akan bina sebuah rumah pujian dalam syurga untuk kita.
Saya ambil keputusan cuti kerja selama 1 tahun demi untuk jaga emosi isteri. Saya taknak dia bersedih,sunyi dan akhirnya mengalami kemurungan teruk.
Sehingga ke saat ini saya tak pernah lupa setiap hari ucap kepada isteri. Terima kasih susah payah jaga anak siang malam tanpa sedikit pun mengeluh. Terima kasih sebab jadi isteri solehah untuk saya. Saya janji akan jaga awak kerana Allah. Saya nak awak tahu,saya sayangkan awak lebih dari nyawa saya sendiri.
Saya dan suami diluar sana. Ketahuilah. Isteri sanggup buat apa sahaja demi kita. Dia sanggup hidup susah payah bersama kita. Dia dah berikan sepenuhnya jiwa,masa untuk kita.
Apakah kita tidak mahu hargai seorang wanita yang sanggup tinggalkan kesenangan bersama keluarga demi bersusah payah bersama kita?
Hargai isteri, sayangi mereka, betulkan kesilapan mereka dengan penuh lemah lembut, kasih sayang. Bagi sepenuhnya perhatian saat mereka mengeluh, mengadu. Mereka siang malam jaga anak kita, jaga makan minum, pakaian kita,mereka pernah ‘mati’ untuk lahirkan zuriat kita. Jangan lihat kekurangan mereka, tapi lihat betapa banyak jasa mereka kepada kita.
Peluklah mereka saat mereka sedang berduka, pimpinlah mereka saat mereka jauh dengan ugama.Setiap Pelukan buatkan rahmat Allah dan rezeki mencurah-curah terhadap keluarga kita. Jangan tengking mereka, jangan pukul mereka,jangan tinggikan suara terhadap mereka. Bukan itu cara mendidik mereka.
Isteri adalah amanah Allah dikurniakan kepada kita. Jagalah mereka,bimbinglah mereka supaya Allah redha dan sama sama masuk syurga.
Dah lumrah, bila tular sesuatu isu di negara kita ni, ada juga lah berita seakan demikian sama naik tularnya tapi yang penting memberi imput yang positif bagi yang menontonnya.
Misalnya sekarang tengah hangat dibual isu poligami dan zuriat, sana sini tak habis-habis geram dengan abang Tesla kononnya. Nak-nak lagi si isteri, walaupun tak terbabit turut beri amaran kepada suami supaya tidak berperangai sebegitu.
Lain pula dengan perkongsian satu ini yang turut tular di sosial media tentang satu video dikongsi seorang pengguna Tiktok bernama Adam Harith yang memaparkan perjalanan hidup bersama isteri tercintanya.
Mereka berkawan begitu lama sejak di bangku sekolah lagi iaitu selama 17 tahun sehinggalah mereka bergelar suami isteri.
Namun, perjalanan kehidupan rumah tangga mereka bukan mudah kerana kedua-duanya perlu menjalani perhubungan jarak jauh (PJJ) kerana tuntutan kerja.
Bercakap kepada mStar, Inspektor Mohd Ruzaimi Adam, 33, mengakui dia dan isteri lama hidup berdua selepas bernikah pada 2016.
Kenal Sejak Tahun 2006
Dia yang mengenali isterinya ketika sama-sama belajar di Sekolah Menengah Belara di Manir, Kuala Terengganu, Terengganu pada 2006 bagaimanapun menganggapnya sebagai cabaran rumah tangga mereka.
“Video yang saya kongsikan itu untuk menceritakan tentang perjalanan hidup kami suami isteri yang belum ada anak lagi masa tu. Masa mula-mula kahwin pun beli kereta Axia je.
“Walaupun belum dikurniakan zuriat, kita jangan putus asa. Jangan ambil jalan singkat untuk kahwin lain kerana anak adalah rezeki daripada Allah, Dia yang menentukan pada bila-bila masa,” katanya memetik laporan Mstar.
Ruzaimi tidak mahu mensia-siakan masanya lantas membuat keputusan untuk menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Penguatkuasaan Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor.
“Tentu sedih apabila kami masih belum dikurniakan zuriat selepas bertahun-tahun kahwin. Ada saudara-mara yang baru kahwin pun ada yang hamil dan dapat anak.
“Memang mencabar juga terutama setiap kali nak balik kampung beraya, saudara-mara tanya bila lagi, bila lagi. Tapi kami anggap masih belum ada rezeki.
“Saya pula menggembirakan diri dengan cara sambung Master, fokus pada belajar dan keluarga. Itu adalah keutamaan saya ketika itu,” ujarnya yang berasal dari Kuala Terengganu.
6 Tahun Menanti Zuriat, Diserikan Dengan Rezeki Anak Kembar
Mengulas lanjut, Ruzaimi dan isteri pergi berjumpa dengan pakar dan mendapati isterinya mengalami masalah cyst atau j4ngkitan pada ovari yang menyukarkan kehamilan.
Dia yang menetap di Kuala Lumpur berkata, isterinya yang bertugas sebagai guru kemudian menjalani rawatan dan pembedahan sekitar September 2021.
Walaupun belum dikurniakan zuriat, kita jangan putus asa. Jangan ambil jalan singkat untuk kahwin lain kerana anak adalah rezeki daripada Allah.
“Alhamdulillah selepas enam tahun menanti, isteri saya disahkan hamil pada Disember 2021 dan bersalin pada Julai 2022. Bulan keenam, scan kandungan tengok baby kembar.
“Syukur rezeki berganda, dapat dua anak sekali gus,” katanya yang turut mengusahakan homestay di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Ruzaimi sekali lagi diuji apabila isterinya yang hamil sering keluar masuk hospital waktu itu dan dia pula sibuk untuk menduduki peperiksaan semester akhir.
“Isteri masuk hospital kerana alahan. Dan masa hari exam tu, isteri masuk hospital, saya hantarkan dan syukur pensyarah beri pelepasan dalam tempoh tiga hari exam secara online.
“Syukur Alhamdulillah juga saya dapat sokongan daripada rakan-rakan satu team yang juga buat PJJ (pengajian jarak jauh). Apa pun, saya utamakan keluarga,” katanya yang kini berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana.
Dalam pada itu, Ruzaimi turut menitipkan pesanan kepada kaum suami yang mengalami nasib sama dengannya menantikan zuriat agar tidak mudah berputus asa.
“Kepada suami-suami lain yang tak minat belajar, buatlah apa anda suka. Macam buat bisnes cari peluang ilmu bisnes. Saya pula mahu upgrade diri saya dengan sambung belajar.
“Fokus dengan apa yang kita minat dan utamakan isteri serta keluarga yang selama ini menyokong anda. Saya percaya anda tidak akan terfikir untuk berkahwin lain,” katanya sambil menambah kereta Axia yang dibelinya kini menjadi kegunaan harian ibu dan adiknya di kampung.
Lama tidak dengar cerita pasangan ini. Suatu ketika dahulu kisah sang suami menjadi viral selepas muncul juara di dalam program realiti Akademi Fantasia Musim Ke 3.
Baik kanak-kanak sehingga ke orang dewasa mengenalinya, malah penangan sang suami menjadi sebutan sehingga tercetusnya fenomena Tsumawi.
Tidak sekadar itu, apabila beliau mengambil keputusan mengakhiri zaman bujangnya, timbul kontroversi yang menyebabkan beliau mula hilang populariti.
Lama-kelamaan kelibatnya mula hilang dan Mawi yang terkenal dengan tagline Mawi Morld bagaimana pun selesa tampil low profile dan kini menjadi juruhebah bagi stesen radio.
Namun semalam, pasangan Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani dan Ekin atau nama sebenarnya Nora Asyikin Rahmat menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 10.
Akui ibu kepada seorang cahaya mata ini, dia pernah ditimpa dengan dugaan yang berat selepas mengahwini juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Mawi 10 tahun lalu.
Ini termasuklah difitnah serta dilabel sebagai seorang ‘kaki kikis’ serta ‘kaki bomoh’ oleh masyarakat ketika itu.
Namun Ekin bersyukur kerana rumah tangganya dapat bertahan dan bahagia hingga ke hari ini kerana Mawi atau Asmawi Ani seorang yang penyabar dan penyayang.
“Alhamdulillah dah 10 tahun bersama x terasa, MasyaAllah tq@cahayaasmawi sbb byk mengajar i erti kesabaran dan kawal? baran hahaha.. Syukur walaupun byk suka duka yg dtg kita tetap chill n senyum jer ek ?..
“Touching tgk gambo ni ?? Masa ni macam2 dugaan, halangan dan fitnah manusia lempar pada aku sehingga ada yg melebelkan aku kaki kikis la, kaki bomoh la hahaha.. ayooo camna la org2 tu semua nk mintak maaf ek atas fitnah2 dieorg ermmn ?? Serammmm..
“Nway Happy Anniversary to my beloved one @cahayaasmawi semoga awk sentiasa ada dgn saya sampai keakhir nafas saya yek hehe Amin? ❤️ ailabbiu..
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2008 dan mereka dikurniakan seorang anak bernama Cahaya Malaika, 6 tahun.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.