Gagal menurunkan berat badan dalam tempoh berpantang antara yang ditakuti oleh semua wanita yang baru melahirkan anak. Maklumlah bimbang berat kekal dan tidak dapat mencapai berat berat lama.
Masalah kedua terbesar pastinya perut yang tidak mahu rata seperti zaman anak dara. Perut yang buncit dan menggelebeh selepas bersalin buat hati rasa tak tenang. Mengamalkan diet berkala dan amalan mengambil minuman berdetoks bagi membuang toksin adalah langkah bijak mengempiskan perut.
Jika anda tergolong dalam ibu-ibu yang gemar berdiet, syabar diucapkan. Tapi bila diet seringkali gagal ada baiknya anda cuba petua yang disarankan oleh Farah Addyan di facebooknya ini.
Petua kempis perus dan buang angin yang dikongsikan olehnya ini menarik untuk kita cuba. Nampak mudah.
Jamu Tradisional Dari Dapur
Saya nak kongsi satu jamu yang mudah disediakan. Bahan-bahannya pula boleh dapat dari dapur sahaja. Paling penting murah, jimat dan berkesan. Inshaallah yang penting konsisten amalkannya.
Ads
Saya baru 55 hari lepas bpantang anak ke-7 dan hampir 2 tahun amalkannya sejak melahirkan anak ke-6. Alhamdulillah serasi dan sangat baik untuk ibu-ibu ketika atau selepas berpantang.
Bahan-bahan:
Halba
Lada hitam
Habatussauda
Manjakani
Bawang putih
Halia
Kunyit
Caranya:
1. Sangai kering kesemua bahan.
Ads
2. Sangai bawang putih hingga masak.
3. Satukan kesemua bahan dan kisar dengan sedikit minyak hingga sebati.
Ads
4. Gentelkan bulat-bulat seperti maajun.
Amalkan jamu maajun ini setiap pagi sebelum makan dan malam, sebelum tidur.
Jamu ini selain memanaskan badan ibu yang ketika dalam pantang, baik juga untuk membuang angin dan mengecutkan peranakan. Paling
penting dapat kempiskan perut dan atasi masalah sakit badan serta kebas-kebas kaki.
Bila baru ingin mencuba bercucuk tanam, tidak dinafikan tidak semua anak benih yang yang ingin ditanaman dapat disemai dan hidup dengan subur. Terkadang dicuba beberapa kali, namun gagal juga hingga ada yang patah semangat untuk meneruskan hobi bercucuk tanam.
Pun begitu, buat yang masih ingin mencuba buat sekian kalinya untuk menanam cili dan sawi dengan menggunakan semaian biji benih, bolehlah mencuba teknik yang dikongsikan oleh Liyana Mohd Poad ini. Semoga usaha kali ini berjaya untuk anda memiliki pokok cili dan sawi, serta dapat menuai hasilnya bila telah matang.
Untuk itu, jom hadam langkah demi langkah yang dikongsikan ini.
Saya tau ramai yang dah berjaya tanam sawi dan cili. Jadi pos saya ni special untuk mereka yang gagal menyemai sawi dan cili dari peringkat awal sahaja kerana ‘kejayaan itu bermula dari kegagalan’.
Step step yang saya bagi sangat mudah. Sawi dan cili anda semua takkan jadi kutilang lagi. Media semaian dan tanaman yang paling senang untuk diperoleh di semua nursery.
Good luck.
Step 1 : Ini semua bahan yang mesti ada.Tanah organik, cocopeat, baja organik(tinja ayam atau kambing atau arnab) biji benih, bekas plastik dan air. Kos dlm RM12 semua sekali.
Step 2 :Ini 3 media tanaman yang paling penting untuk dicampur. Tanah organik + cocopeat+baja organik(ayam /kambing /arnab).Baja perlu dihancurkan. Nisbah 3:2:¹/².Tanah 3 mangkuk kecil, cocopeat 2 mangkuk kecil dan baja ¹/² mangkuk kecil.
Step 3 : Masukkan baja ke dalam bekas yg berisi 3 mangkuk tanah.
Step 4 : Masukkan 2 mangkuk kecil cocopeat ke dalam tanah yang dah dicampur baja. Gaul sebati kesemuanya.
Step 5 : Bekas plastik perlu ditebuk bawahnya. Perlu supaya air tidak bertakung.
Step 6 : Masukkan tanah yang sudah digaul sebati ke dalam dua bekas ini. Buat lubang dalam 0.5cm shj.
Step 7 :Masukkan benih cili. Satu lubang dua biji.
Step 8 : Ini biji sawi. Ambik tak perlu banyak. Anggaran dalam 30 biji.
Step 9 :Masukkn benih sawi ke dalam lubang. Anggaran 0.5 cm juga, sama dengan cili
Step 10 : Kemudian tutup lubang tadi. Alas nipis dgn cocopeat.
Step 11:Spray kedua dua bekas bg basah. Satu botol spray 500ml bahagi dua bekas. Air sama byk.
Step 12 : Ni paling penting. Benih jadi kutilang sebab tak dapat cahaya. Saya letak atas batu dekat gate supaya cahaya pagi dpt tembus. Tak perlu tunggu benih bercambah baru bagi cahaya. Letak terus atas ni, cahaya pagi dapat terus masuk 8-12 tengah hari. Matahari petang tak dapat takpe. Rajinkan siram pagi dan petang, jangan bagi kering. Media mesti basah. Result kita tunggu lagi beberapa hari untuk sawi dan seminggu -10 hari untuk cili.
Netizen ni, pantang kalau ada benda yang menarik sikit, sekejap je mereka buat kerja, viralkan benda itu!
Sejak 8 Jun lalu, viral di sosial media tentang usikan nakal netizen tentang panggilan untuk hero-hero negara yang berkait rapat dengan perkembangan sepanjang Covid-19 terutamanya ketika Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media Menteri Kanan (Keselamatan) pada Isnin lalu berseloroh dalam ucapannya selepas mengetahui gelaran yang diberikan netizen buat mereka.
“Saya percaya, saya baca dalam komen netizen hari ini, walaupun abah (Tan Sri Muhyidin Yassin) dah umumkan sesuatu yang menggembirakan semalam, mereka yakin paklong Ismail akan kata macam-macam SOP sekatan-sekatan, dan petang nanti mungkin ada lagi sekatan-sekatan dari pakngah Hisyam,” katanya.
Hal tersebut menjadi ulasan rakyat Malaysia selepas sidang media tersebut dengan memuat naik di laman sosial tentang kompilasi ‘orang-orang penting’ dalam menangani Covid-19 ini. Dalam perkongsian dari Ipoh Ipoh Ajerr di laman Facebook miliknya berkongsi kompilasi ini. Jom ikuti perkongsian yang yelah mencuit hati rakyat Malaysia tentang hero-hero negara kita.
Semoga pengorbanan yang dibuat oleh abah, paklong, pakngah dan seangkatan dengannya dibalas olehNya dan pesanan buat semua rakyat Malaysia, jangan leka dengan kebebasan yang diberi kerana sekarang ni kita semua ada adalah FRONTLINER untuk kita semua. Ingat, kita jaga kita.
Membaca perkongsian daripada Bijen Mohd ini ada benarnya, terkadang antara kita ada merasakan selepas mendirikan rumah tangga, rutin seharian semakin hari semakin sibuk dirasakan. Pelbagai perkara perlu diuruskan dengan anak-anak, mengemas rumah, mencari rezeki dan sebagainya. Hingga disebabkan memberi fokus hal-hal demikian, amalan ibadah yang dahulunya biasa dilakukan semasa bujang contohnya dengan mengaji, solat hajat dan sebagainya tidak ‘terbuat’.
Memahami lagi apa yang ingin dikongsikan oleh Bijen Mohd, jom kita baca perkongsian daripadanya dan semoga kita terus dapat laksanakan ibadah dengan sebaik mungkin sebagai tarbiah untuk diri kita yang sering lalai.
Ini perkonsiannya.
Perasan tak ada sesetengah dari kita dulu amalannya cukup terjaga? Dengan tahajud tiap malamnya, dengan puasa Isnin-Khamisnya, dengan tilawah dan zikirnya, serta berbagai lagi amalan para wali auliya.
Namun bila sudah berkeluarga, amalan yang dibina pun perlahan-lahan luput darinya. Si isteri sudah semakin sibuk dengan urusan dapurnya. Sang suami pula tekun bekerja mencari nafkah demi keluarga. Bukan terlupa, tapi tak cukup masa.
Bila sudah beranak-pinak, kesibukan pun makin bertambah banyak. Tidur makin tak lena, makan makin tak berselera, mandi makin tak menyempat, berak pun nak kena cepat. Ada saja ujian yang cuba menduga kesabaran kita setiap masa. Sedih kan? Beruntung orang yang masih dapat menjaga amalan harian mereka walau banyak mana sekalipun kesibukan yang datang melanda.
Namun sedarkah kita bahawa Allah sebenarnya sedang memudahkan jalan dengan menyediakan ladang pahala buat kita?
Jika dahulu kita punya masa menjaga hubungan dengan Allah semata-mata, namun kini kita diberi peluang memelihara hubungan dengan manusia, semata-mata kerana Allah Taala. Bukankah ini yang sering kita hadapi setiap hari?
Kita mungkin sudah tidak dapat bangun tahajud kerana terlalu penat berkhidmat untuk keluarga kerana Allah. Sang isteri sudah tidak dapat berpuasa sunat mungkin kerana melayan perasaan suaminya kerana Allah. Tilawah dan zikir sudah tidak dapat dibuat mungkin kerana kini semakin banyak masa diluangkan untuk berpesan-pesan kepada ahli keluarga semata-mata kerana Allah.
Amalan tahajudnya kini diganti dengan khidmat bangun malam menenangkan anak yang terjaga dari tidurnya. Puasanya kini diganti dengan pahala sabarnya menghadapi kerenah pasangan dan anak-anaknya. Buah zikir dan tilawahnya kini sudah bukan setakat di bibir tetapi berada di dalam hati yang diterjemahkan dalam bentuk akhlak peribadi diri.
Walau apapun keadaan kita, belajarlah bersyukur menerima dengan apa yang ada di depan mata.
Orang bujang mungkin cemburu dengan mereka yang sudah berkeluarga kerana dia nampak agamanya makin sempurna dengan perkahwinan. Namun dia belum tahu dengan ujian yang bakal melanda. Oleh itu gunakanlah masa yang ada ini sebaik mungkin untuk membina amalan seutuh-utuhnya.
Orang yang berkeluarga pula pasti rindu zaman bujangnya. Namun ketahuilah bahawa Allah sedang menjadikan keluarga itu sebagai ladang pahala buat dirinya. Itu yang harus disyukuri dan dimanfaatkan sebaik-baiknya.
Hatta orang yang ‘berkeluarga banyak’ sekalipun, yakinlah bahawa Allah sebenarnya sedang menyediakan wasilah jalan untuk kita menuju ke syurganya dengan keadaan kita. Syukurilah nikmat tersebut dan manfaatkan ia bersama.
Kita tidak tahu amalan kita yang manakah yang Allah suka yang akan membawa kita masuk ke syurga-Nya. Ada orang masuk syurga dengan solat wudhunya. Ada yang masuk syurga dengan kasihnya terhadap binatang. Dan ada juga dengan dakwah, jihad dan kebaikan yang dilakukan.
Kita mungkin memiliki syurga dengan khidmat dan nafkah yang diberi kepada keluarga. Atau sabarnya kita menghadapi kerenah pasangan dan anak-anak yang menduga jiwa. Atau mungkin kerana tabahnya kita berhadapan dengan ujian yang melanda.
Ingatlah, Allah mengikut sangkaan hamba-Nya. Baik sangkaan kita kepada Allah maka baiklah juga hal keadaan kita.