Hanya DIY sendiri dengan menggunakan cat epoxy ini bagi menggantikan tikar getah yang terkoyak.
Sorry u all since posting sy pasal cat epoxy ganti tikar getah lma yg koyak tu bertubi-tubi comments masuk sorry x dpt nk response smua comment coz terlalu bnyak sgt😄..
Ads
Sy pn bru 1st time cat epoxy ni dkt rmah yg sy swa ni sblum ni pon pkai tikar getah jer..idea ni dpt dri member kita jgk dlm group ni thanks ya..
Cat ni nma epoxy ivory heavy duty
Sy bli 5 liter rm135 jer
Ads
Cara2 pengunaan nya
-cat ni kna bancoh dgn epoxy hardener
– once dh bancoh kna gunakan sampai hbis klu x cat akn membeku.
-tempoh masa utuk kering lbih kurang 2 jam tp lg better biarkn seharian
Ads
-bnyak pilihan warna jga antarany grey,green yellow n bnyak lg lh..
Setiap pasangan suami isteri pastinya inginkan hubungan kasih sayang hingga akhir hayat.
Namun, cinta yang disemai sepanjang hayat juga akan dipisahkan oleh kematian yang datang mengundang. Siapa kita untuk melawan takdir ilahi.
Bagaimana pun, kisah cinta tetap utuh dihati walaupun pergi mengadap Ilahi.
Baru-baru ini sebuah perkongsian seorang anak di twitter, hani_camin yang memaparkan kisah cinta ibu bapanya sehingga menjadi tular di twitter sehingga 30 ribu retweets dan 24 ribu likes. Biarpun ayahnya telah meninggal dunia lima tahun lepas, kenangan kisah cinta tetap disimpan rapi oleh ibunya.
Ikuti kisah yang sungguh inspirasi ini
Walaupun abah tak pandai masak, tetap teman mak siap masak
Abah kongsi makan dengan mak
Sentiasa ingat abah
Rindu abah
Surat cinta
Menjengah diruangan komen, rata-rata melahirkan rasa kekaguman kisah cinta ini. Malah ada juga netizen yang berkongsi kisah cinta ibu bapa mereka. Semoga arwah bapa Hani ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah.
Sumber: Twitter hani_camin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Meraikan hari ulang tahun kelahiran menjadi suatu detik yang cukup menggembirakan dan membahagiakan sesiapapun, apatah lagi buat anak-anak. Keterujaan akan jelas terpancar di wajah anak-anak ini andai sambutan tersebut dirai bersama kawan-kawannya.
Sedar hal itu, alangkah bagusnya jika sambutan tersebut dibuat di sekolah. Namun adakah hal ini dibenarkan oleh pihak sekolah atau bagaimana cara sewajarnya ibu ayah lakukan untuk merialisasikan majlis sambutan hari lahir anak di sekolah.
Oleh itu, jom semak perkongsian daripada Cikgu Mohd Fadli Salleh semoga bermanfaat untuk ibu ayah yang berhajat hendak raikan hari jadi anak di sekolah.
Hari ini aku nak kongsi tentang sambutan hari jadi di sekolah. Apa yang boleh dan apa yang tak sesuai kau buat.
Zaman sekarang, ada satu budaya yang bagus (pada aku) bila murid menyambut hari lahir. Kebanyakan ibu bapa bersedekah dan memberi hadiah pada kawan-kawan anak mereka di hari lahir anak mereka.
Kalau dulu, kita yang kena bagi hadiah pada birthday boy/girl. Zaman la ni, bila anak sambut hari lahir, ibu bapa akan bagi goodies bag kat kawan-kawan sekelas anak mereka.
Siap masak mee, nasi, kuih dan juga kek sambutan hari lahir. Hal ini tak salah. Boleh sambut di sekolah dengan syarat, minta izin pentadbir dan guru kelas. Itu syarat utama. Jangan masuk main redah sahaja.
Biasanya, pentadbir dan guru kelas akan benarkan. Sambutan biasanya dibuat pada waktu rehat murid. Malah, kadang-kadang guru-guru pun dijemput sama. Alhamdulillah. Rezeki.
Panduan Buat Ibu Ayah
Cuma aku nak bagi sedikit panduan untuk ibu bapa yang berhajat nak sambut hari lahir anak mereka di sekolah.
1. Minta izin pihak sekolah. Ini syarat utama. Memang ada yang jenis redah tanpa izin.
2. Berpakaian sopan. Pernah ada seorang ibu datang dengan kawan-kawan yang seksi meksi. Sampai aku tak tahu mahu melihat dada ayam KFC atau dada orang. Hormat kak. Hormat peraturan sekolah.
3. Tak payah guna lilin untuk letak atas kek. Bahaya. Sebelum ada kejadian yang tak diingini, baik kita cegah awal, ye tak?
4. Bawa goodies bag dan makanan secukupnya untuk murid kelas tersebut, DAN sediakan juga satu untuk guru yang handle sambutan hari lahir itu.
Cikgu bukan lapar sangat nak makan, mereka boleh je makan kat kantin. Tapi itu sebagai adab dan tanda menghormati guru yang sanggup tidak turun rehat dan handle majlis anak kita. Bantu agih hadiah dan sebagainya.
Ramai parent suka letak jajan/cekedis atau junk food dalam goodies bag. Memang la budak-budak suka, tapi itu makanan tak sihat kan? Tak payahlah letak.
Budak-budak ni, bagi hadiah apa pun mereka seronok. Baik, aku bagi cadangan apa yang sesuai letak dalam goodies bag tu.
a) Air susu/milo kotak. b) Epal, roti, muffin cake. c) Alat tulis. Pensel, pemadam, pembaris. d) Angpau. RM1 pun seronok sangat dah budak-budak.
Angpau untuk cikgu sekali. Sebaiknya letak 5 keping not RM100. Itu sebaiknya. Tak lah. Aku gurau je bab angpau cikgu tu. Kau serius sangat dah kenapa?
Tapi point aku nombor 5 tu tolonglah kau ambil berat. Tolong sangat-sangat ya!
Bila sambut birthday di sekolah…
Ada orang berpendapat, budaya begini tak elok kerana murid yang tak mampu pula dengki lihat kawan mereka sambut hari lahir dengan grand dan meriah. Itu kata mereka.
Namun, aku berpendapat sambutan begini sangat bagus kerana :-
i) Menggalakkan budaya bersedekah. ii) Merapatkan hubungan antara guru dan ibubapa. iii) Murid dari keluarga kurang senang dapat hadiah dan makan yang sedap-sedap.
Pernah aku dengar murid-murid bercakap sesama mereka,
” Bestlah sambutan hari jadi ni. Dapat hadiah. Kalau sambutan hari jadi ada setiap hari kan seronok.”
Kan bagus begitu. Murid yang kurang mampu pun terasa mereka diraikan pada hari lahir kawan mereka yang agak berada.
Apa pun, terpulanglah pada pandangan kalian. Yang berhajat nak buat sambutan hari lahir anak kat sekolah, mohon hadam semua point aku.
Bukan senang untuk memberikan yang terbaik buat keluarga, namun pelakon yang satu ini mahu buat yang terbaik untuk keluarga. Mengakui kagum dengan ibu dan arwah bapanya yang membesarkan mereka sepuluh beradik, Que sebolehnya cuba menyantuni anak-anak mengikut acuan yang serupa. Sebagaimana bahagia mereka seisi keluarga, begitu juga dia mahu memastikan isteri dan anak-anak bahagia.
“Bila melihat apa yang arwah bapa lakukan untuk kami sekeluarga nampak seperti mudah. Padahal hakikatnya ia tidak semudah yang dijangka. Ada tiga orang anak ini pun pening juga kepala, apatah lagi arwah bapa membesarkan kami.
“Masing-masing mempunyai perangai dan kecenderungan berbeza. Anak yang sulung, Qalif, sudah meningkat remaja, lain pula cara untuk menanganinya. Ratu dan Cleo juga punya karektor berlainan meski beza umur mereka hanya dua tahun. Pada saya, tiada istilah anak kesayangan. Siapa buat salah, dia tetap akan didenda.
“Antara saya dengan Linda, saya lebih tegas dan ada sedikit temper. Linda lebih lembut dan tidak suka marah anak-anak. Memang tak hairan kalau anak-anak gelar saya Mr. No di rumah sebab perkataan No (tidak) memang selalu sahaja keluar dari mulut saya. Kecil hati juga bila mula-mula tahu digelar begitu, tetapi tak boleh nak buat apa. Terima sahajalah.
Meski begitu dia tetap bertegas sekiranya perlu. Dia percaya salah seorang daripada mereka perlu tegas dalam mendidik anak-anak. Hal ini membantu mereka lebih berdisiplin dan belajar dari kesilapan. Orang yang berbuat salah perlu didenda dan dari situ anak-anak belajar apa yang dilakukan mereka salah.
“Kalau salah, tetap salah. Biasanya hukuman yang saya beri seperti berdiri di hujung, tiada gajet dan denda lain yang bersesuaian. Saya bukan jenis yang hanya terangkan apa yang dibuat itu salah, tanpa sebarang tindakan. Saya tak mahu mereka fikir kesalahan mereka itu adalah okay untuk dilakukan bila saya tidak marah dan betulkan mereka.
“Kadang-kadang, Linda kata saya ‘kejam’ sebab denda anak-anak. Tapi, saya masih dengan prinsip saya. Salah seorang daripada kami mestilah tegas. Tak bolehlah kedua-duanya lembut dan tidak langsung marah (tegas) dengan anak-anak. Inilah cara kami mendidik anak dan cara ini saya terapkan sebagaimana cara ibu bapa dan mentua saya mendidik anak-anak mereka.
Sumber: Majalah Keluarga Oktober 2016.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Humairah dan Umar cemerlang dalam pelajaran serta dipuji guru kerana sahsiah yang baik. Nurul Shuhada meluahkan rasa syukur dan bangga terhadap pencapaian membanggakan kedua-dua anaknya.