Makanan melekat pada kuali ketika menggoreng menyebabkan kita jadi geram kan. Lebih-lebih lagi apabila makanan tersebut contohnya ikan, habis hancur isinya. Walaupun minyak sudah betul-betul panas tetapi masih lagi melekat. Bukan itu sahaja, kesan tersebut agak sukar untuk dibersihkan.
Untuk menghasilkan gorengan yang cantik dan tidak melekat pada kuali, ikutilah petua-petua berikut yang dikongsikan oleh Pn. Norazmawati Md Yusof dari Terengganu.
Petua 1
Mula-mula masukkan minyak ke dalam kuali dan kemudian panaskan. Setelah minyak cukup panas, sebelum menggoreng sama ada ikan, ayam, daging, tauhu dan lain-lain, taburkan sedikit garam ke dalam kuali tersebut. Biarkan beberapa ketika. Kemudian barulah mula menggoreng. InsyaAllah ayam/ikan/daging anda tidak akan melekat lagi di kuali.
Petua 2
Selain daripada garam, anda juga boleh masukkan beberapa keping asam gelugor ke dalam minyak panas sebelum memasak. Kesannya, bukan hanya masakan anda tidak melekat pada kuali, tetapi ia juga membuatkan hasil gorengan anda menjadi lebih garing dan enak sekali.
Ads
Petua 3
Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan goreng asam jawa dalam minyak panas hingga garing. Kemudian keluarkan asam jawa dan tambahkan minyak dalam kuali. Goreng ikan seperti biasa.
Petua 4
Setelah minyak panas, masuk 2-3 ketul bawang putih ke dalam minyak tadi kemudian baru masukkan ayam/ikan/daging, gerenti tidak melekat.
Ads
Petua 5
Perapkan dengan sedikit cuka atau asam limau nipis, insyaallah tidak lekat dan gorengannya lebih enak dan minyak pun tak terserap dalam masakan.
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
ILTIZAM Anak Selangor 2022 merupakan satu program skim baharu di bawah jenama Iltizam Selangor Penyayang.
Berita baik untuk semua ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang lahir pada tahun 2022 di negeri Selangor!
Kerajaan negeri telah memperkenalkan skim tersebut yang menyasarkan seramai 30,000 orang anak-anak yang baharu lahir.
Iltizam Selangor Sihat (ISS) yang diperkenalkan merupakan skim insurans kesihatan sebelum ini telah ditambah baik.
Setiap permohonan yang berjaya akan mendapat akaun simpanan SSPN Prime dan akan menerima wang tabungan bernilai RM100 setahun untuk tempoh lima tahun yang akan dikreditkan ke akaun tersebut bermula tahun 2022.
Wang tabungan di akaun Simpan SSPN Prime yang diberikan oleh kerajaan negeri hanya boleh dikeluarkan apabila umur anak telah mencapai 18 tahun dan ke atas.
Syarat kelayakan:
KRITERIA ANAK
KRITERIA IBU BAPA/PENJAGA
Permohonan Program Iltizam Selangor ini dibuka bermula 1 Ogos 2022.
Tempoh permohonan akan dibuka sehingga program ini mencapai kuota 30,000 orang pemohon yang menepati syarat Iltizam Anak Selangor.
Permohonan baru akan ditutup dengan serta-merta apabila mencapai jumlah permohonan tersebut.
Pasangan ini banyak memberi inspirasi dan menjadi idola pada pasangan muda lain. Hidup diulit kemewahan namun mereka cukup simple dan tidak pernah riak jauh sekali sombong dengan harta dunia.
Pengisian hidup mereka banyak menjurus kepada membantu mereka yang memerlukan. Malah, masa dihabiskan ke luar negara terutama berkunjung ke negara-negara bergolak untuk menyalurkan sumbangan.
Baru-baru ini menerusi perkongsian bersama Zayan, Noh Salleh, penyanyi utama Kumpulan Hujan. Kisah hidupnya di samping isteri tersayang Mizz Nina. Cukup berinpirasi dan moga kita mendapt manfaat daripadanya.
Mengakui hidupnya dahulu lebih kepada muzik. Namun kini segalanya berubah, muzik hanya 20-30 peratus manakala 70 peratus santai.
“Memang rugi boleh kaut duit kalau all out, tapi kau rasa masa yang ada dengan duit yang dihabiskan lebih baik habiskan masa dengan keluarga, buat kebajikan. Dulu asyik show ke sana ke mari, temu ramah dan sebagainya. Sekarang lepas kahwin rasa perlu slow down.
“Dulu masyuk giler tapi bila Nina ajak melancong padahal dulu masa dengan Kumpulan Hujan tak terfikir nak duduk di tepi pantai dan reflect semula hidup. Fikir sekejap apa tujuan Tuhan letak aku di posisi ini.
Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh turut mengakui hidupnya berubah ke arah lebih baik atas dorongan isterinya, Mizz Nina.
“Waktu kahwin dengan Nina, orang anggap aku yang mengubah dia tapi salah. Sebenarnya Nina yang ubah Noh. Kalau dia tak de dia rasanya aku lagi teruk, hidap dadah semua.
“Kalau tanya tanggung jawab aku, aku sokong je apa yang dia buat sebab tu perfect. Sekarang dia nak belajar secara online, habis kelas contoh dia punya tugasan lepas belajar surah An-Nisa, habis dia belajar seminggu dua minggu tugas saya untuk bagitahu tiga orang dan terangkan kepada mereka.
“Jadi pagi-pagi Nina akan panggi aku, Sayang awak tahu sebab surah ni? Jadi aku pun dapat ilmu. Nina ni memang lain dari yang lain. Tanpa dipaksa itu memang keinginan dia sendiri. Memang rare hidayah dia,” ujar Noh sambil mengakui Nina ‘dicampakkan’ dari syurga untuk dirinya.
Ditanya perjalanan yang mereka lalui dalam mendapatkan anak, akui Noh bukan sesuatu yang mudah. Cukup perit bagi seorang suami apabila melihat kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh isterinya Nina.
“Tahun pertama kami tak cuba, tapi tahun kedua dalam masa enam tahun turun naik hospital untuk IVF, cucuk perut dia. Aku kesian tengok dia, hormon dia tak settle, tiba-tiba dia emosi. Ya Alllah all out weh, sampai sekarang aku kesian. Bila nak buat IVF kena ambil telur tu kan benda tu sakit dan aku pernah tengok dia mengerang sakit.
“Dalam kesakitan yang bergegar-gegar menahan perut dia sakit. Baru minggu lepas. Aku macam Ya Allah. Ni untuk Allah dia cakap, saya nak ada anak kerana sunnah untuk mempunyai anak.
“Rasa cemburu juga tengok kawan-kawan ada anak. Dugaan tengok kawan-kawan kahwin satu dulu macam seronok juga kahwin kan. Rupanya lepas kahwin dia bagi anak pula, memang sentap. Aku rasa seronoknya bila tengok. Tapi mungkin Tuhan tengok kita tak bersedia aku rasa. Income pun tak betul sibuk nak besarkan anak orang,”jelas Noh lagi.
Akui Noh lagi, isteri kesayangannya itu jenis yang suka berterus terang jika ada masalah.
“Apa yang Tuhan bagi sekarang dah cukup. Orang tengok sukses ini macam-macam lapisan kan. Tapi berjaya itu subjektif. bagi aku apa yang dah ada dan rezeki lebih, inilah masanya untuk bagi balik. Sebenarnya apa yang Tuhan bagi itu bukan kepunyaan anda, tapi itu adalah milik orang yang memerlukan.
“Awak diamanahkan untuk bagi balik dan aku dah diberi tanggung jawab, kau terkenal untuk apa sudah tentu orang dengar suara kau dan aku tahu kerja aku untuk menginspirasikan orang lain, untuk memberi kesedaran dan membantu mereka buat baik.
“Bukan nak tunjuk baik, memang perkara baik itulah tanggung jawab kita. Aku cuma meletakkan tanggung jawab aku, merisikokan hidup aku untuk pergi sana dan bagitahu anda benda ini memang betul terjadi dan masih terjadi. Ramai orang tenat dan kita yang tenang kat Malaysia ni buat apa?
“Terserah sekarang ini aku nak jadi diri aku, aku buka baju lah. Kalau kau rasa benda tu negatif, dan terserah. Dan kalau kau fikir aku ni luaran jahat, tapi apa yang aku buat ni menyumbang lebih kepada komuniti daripada kau yang acah-acah ustaz tapi tak buat apa.
“Lebih baik lantang dan lebih menyumbang daripada diam kutuk-kutuk orang dekat sosial media mencampak batu menyorok tangan tapi tak menyumbang apa-apa”. Perkongsian daripada Noh Salleh.
Rupa-rupanya ada resipi rahsia yang dipraktikkan oleh pekebun di Thailand untuk memastikan pokok yang ditanam walaupun masih muda tapi buah merimbun.
Malah ada buah lebih banyak dari daun. Mereka menggunakan hormon penggalak buah.
Untuk anda yang ingin memastikan pokok berbuah lebat, apa kata cuba resipi ini:
Bahan-bahan:
2 kg Kulit telur dibasuh bersih dan dikeringkan
2 kg Gula Perang
1 biji Ragi tapai
1 botol Yakult
2 kotak Susu segar
2 biji Air kelapa muda
Cara-cara:
1. Kisar halus kulit telur dengan mengunakan pengisar kering.
2. Adun kesemua bahan bersama di dalam satu bekas
3. Peram selama 14 hari dan perlu dikacau sekurang-kurangnya 2 hari sekali
4. Selepas 14 hari, saringkan bahan untuk mengambil pati air perapan
5. Buangkan daun-daun yang terlalu matang pada pokok yang bakal disembur
6. Gunakan 10 ml pati bersama 20 Liter air dan semburkan pada permukaan daun seminggu sekali.
Sumber: Sinarfm
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kecurangan suami di media sosial boleh mengundang dosa, aib dan risiko undang-undang. Ustazah jelaskan kenapa bukti perlu dibawa ke saluran yang betul.