Anak anugerah terindah yang menjadi penyejuk mata dan penawar di hati setiap pasangan yang sudah berkahwin.
Segala kasih sayang dicurahkan sepenuh hati dan sebagai balasan ibu bapa hanya mahukan anak-anak yang soleh dan solehah, yang boleh mendoakan mereka bila tiada kelak.
Jika baik teladan yang kita tunjukkan maka baik juga perlakuan si anak. Itu yang diharapkan oleh kita sebagai ibu bapa kan.
Perkongsian pelakon Zahiril Adzim tentang anak lelakinya cukup menyentuh hati sesiapa yang membaca di instagramnya.
Ads
Si kecil bernama Nadi Anaqi yang baru berumur 4 tahun itu memberikannya sekeping nota yang ringkas namun cukup menyentuh hati.
“Dad you are so good. You can go to heaven,” tulis Anaqi di dalam surat berkenaan.
Itu luahan hati si kecil terhadap bapanya yang juga akan kesyurga kerana seorang yang baik.
Ads
“Alah, alah.. Allahumma ameen. Thank you buddy, we all gonna go into heaven, inshaaAllah. . “Kita doa untuk ibu bapa kita, anak – anak akan doa untuk kita,”tulis Zahiril di ruangan kapsyennya berkenaan surat tersebut.
Perkongsian Zahiril akan surat itu mendapat reaksi pengikut di laman tersebut. Rata-rata memuji akan cara Zahiril dan Shera Ayob membesarkan anak tunggal mereka itu dengan baik.
zettizawi Doa seorang anak yg soleh Insyaallah ALLAH makbulkan.
atiqahjamli Knp sweet sgt ni anaqi ? moga anaqi jd anak soleh, boleh sama2 pimpin tgn daddy & mummy ke jannah yea
deq_tie1717@zahiriladzimAmeen..Alaaaa…sweetnya anaqi..semoga jadi anak yg soleh ya..very touching my heart la.
umaralkhattab2020 Terharunya doa anak terhadap ayahnya…hasil didikan ayah terhadap anaknya yg menjadikan anak yg soleh camni…terbaik bang.?@zahiriladzim
Cantiknya Tulisan
Tak kurang yang memuji tulisan Anaqi dalam usianya itu.
faaaatttihah his handwriting so cute & sweet as like him 🙂
Biasa nampak kan uncang gel silika ni setiap kali membeli kasut baru di kedai. Biasanya kita akan buang disebabkan uncang gel silika ini tuli ‘Throw away’ tapi sebenarnya ia amat bermanfaat untuk tujuan lain. Cuma hati-hati elak anak-anak terambil bimbang mereka ingat gula-gula.
Ok, selepas ini jangan buang uncang gel silika tersebut. Gel silika sangat berguna untuk menyerap kelembapan dan mempunyai potensi tinggi untuk diguna semula! Berikut merupakan lima contohnya:
1. Letakkan di kotak peralatan bertukang (toolbox). Ia dapat mengelak peralatan tukang anda daripada menjadi berkarat.
2. Cermin depan kereta selalu berkabus pagi-pagi? Letakkan beberapa uncang gel silika di bawah cermin depan kereta anda untuk menyerap kelembapan cermin depan pada waktu pagi.
3. Letakkan uncang gel silika ke dalam kasut (terutamanya kasut sukan) untuk menyerap bau busuk dan hapak.
4. Ada buku yang basah dan perlu dijemur? Tak payah susah-susah jemur. Letakkan sahaja beberapa uncang gel silika di beberapa helaian yang basah. Kemudian tutup buku tersebut. Dalam masa 24 jam, buku anda akan kering semula.
5. Ada kamera dan takut kamera cepat rosak bila beg kamera terkena hujan? Letakkan beberapa uncang gel silika dalam poket beg kamera anda untuk memanjangkan hayat kamera anda.
Selagi kita hidup selagi itulah kita diuji kerana hidup itu merupakan sebuah ujian. Kerap kali kita menamakan ujian ini sebagai masalah yang menyedihkan hati dan membuatkan hati tidak tenang.
Melalui fasa tersebut, ada amalan yang boleh dilakukan dan bolehlah diamalkan.
PETUA BAGI YANG RUNSING & BERSEDIH
Amalkan surah Alam Nashrah, amalkanlah dengan seikhlas hati dan berharap sepenuhnya kepada ALLAH. Berserah diri kepada ALLAH akan segala urusan hidup akan membuatkan diri kita rasa tenang, walaupun ada beberapa masalah timbul. Mari kita fahamkan tafsiran surah ini dulu..
1.Bukankah Kami telah melapangkan bagimu dadamu (wahai Muhammad)
2. Dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu.
7.Apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal saleh),maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal saleh yang lain);
8.Dan hanya kepada Tuhanmu sahajalah, hendaknya engkau berharap
CARANYA:..
1. Pada ayat 1, baca dan tiup di tapak tangan dan sapulah di dada (bacalah doa – YA ALLAH, KAU LAPANGKAN DADAKU INI )- untuk melapangkan dada kita)
2. Ayat ke 2 Baca dan tiuplah di tapak tangan dan sapu di bahu (bacalah doa – YA ALLAH, KAU RINGANKANLAH BEBANAN DI BAHUKU INI…)untuk rasa berat tanggungan kita berkurangan…(masalah la )
3. Ayat ke 3, Baca dan tiuplah tapak tangan, lepas tu tapak tangan sapulah di belakang pinggang hingga sempadan punggung – sapulah 3 x… (doalah – YA ALLAH, KAU RINGANKANLAH PEKERJAAN YANG AKU NAK BUAT INI…) bila buat kerja tu rasa ringan je)
4. Ayat ke 4, baca dan tiup pada tapak tangan dan semasa sapu dari muka hingga belakang kepala…sedut tapak tangan apabila sampai ke muka… buat 3 x (doalah – YA ALLAH, KAU JADIKANLAH SESIAPA SAHAJA YANG MEMANDANG AKU, MEREKA AKAN HORMAT DAN SAYANG PADAKU…) yang ni dikatakan untuk penyeri wajah…dan supaya orang hormat dan sayang…kalau yang ada suami tu elok sangat la amalkan…) pastikan, bacalah ayat seterusnya sampai habis.
Jangan lupa dekatkan diri kita kepada ALLAH dan serahkan diri kita seikhlas hati semasa bersolat, seluruh jiwa raga hanya untuk ALLAH
Menanti kelahiran anak pertama sememangnya cukup mendebarkan. Pelbagai persoalan dan perasaan yang mula difikirkan dalam minda. Doa dan amalan surah-surah tertentu antara yang bakal ibu patut amalkan sepanjang sembilan bulan hamil.
Namun tidak hanya isteri bahkan suami juga boleh mengamalkan beberapa bacaan dan ayat-ayat tertentu terutama ketika menunggu isteri yang bakal melahirkan anak di hospital. Ini yang disarankan untuk para suami.
1. Ayat Kursi
“Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)”
2. Surah al-A’raaf ayat 54
“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya.
Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.”
3. Surah al-Falaq (dibaca satu kali)
“Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);
Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.” Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan puan dalam tempoh ini sehinggalah di saat kelahiran bayi nanti. Amin.
4. Surah an-Naas dibaca satu kali
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.”
5. Surah al-Fatihah dibaca satu kali
“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”
6. Doa saat menunggu isteri melahirkan
Dalam debaran menanti kelahiran bayi sulung, bakal bapa boleh mempermudahkan urusan isteri dengan doa-doa ini.
“Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah yang Maha Agung lagi Maha Lemah Lembut. Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah Tuhan Pemilik Arasy yang Agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah Tuhan Pemilik langit dan pemilik bumi dan Tuhan pemilik Arasy yang mulia.” Riwayat al-Bukhari (6345) dan Muslim (2730)
Jangan lupa untuk menenangkan isteri dengan kata-kata semangat dan doa-doa yang baik buat isteri dan anak yang bakal dilahirkan.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.