Walaupun waktu malam terlihat biasa sahaja bila bersama keluarga, namun jika digunakan sebaik mungkin pasti menjadi cukup bermaanfaat dan istimewa.
Ini sebagaimana yang dilakukan oleh keluarga Puan Ainun Mardhiah. Jom ikuti perkongsiannya.
Siapa yang sepatutnya ajar anak mengaji? Suami atau isteri?Ada sahabat yang bertanyakan soalan ini.
Saya jawab berdasarkan pengalaman.
Ads
Jawapan saya : Dua-dua.
Jika suami ada di rumah, beliau tidak mengajar di luar atau berkuliah maghrib, biasanya beliau yang akan mengajar anak-anak mengaji. Anak mengaji dengan abah ni kesannya lain. Fokusnya lain. Dengan ummi dia boleh gelak-gelak ye, dengan abah semua boleh fokus. Allah jadikan aura seorang bapa itu berbeza di dalam jiwa anak. MashaAllah.
Bila suami mengajar di luar, saya akan berusaha ambil alih tugas. Dalam kepala memang macam-macam nak buat. Nak kemas itu ini, ready baju untuk esok dan macam-macam lagi kerja yang tak pernah habis. Tapi sebab dah janji pada diri, Maghrib adalah waktu perdana untuk solat dan mengaji dengan anak-anak..Special!
Ads
Disiplin sungguh-sungguh. Lupakan kejap hal lain. Dan inilah sebabnya kenapa saya menolak semua ceramah di luar pada waktu malam. Masa anak-anak membesar hanya sekali. Masa yang sangat berharga.
Perlu ajar apa dulu? Boleh terus menghafal ke?
Ads
-Kenalkan anak-anak dengan huruf hijaiyah dulu. Nak guna Iqra’ atau Al-Furqan atau Qiraati atau Tamhid al-Baghdadi? Semuanya Ok insyaAllah. Pilihlah mana-mana yang kita berkenan. Yang penting konsisten.
-Dalam kereta boleh pasang CD Al-Quran Juz 30. Hari-hari anak-anak dengar InsyaAllah mereka akan terhafaz dengan sendirinya. Tenang-tenang aja. Yang penting selalu bercerita dengan anak kelebihan berdamping dengan Al-Quran ya.
Pelakon bertubuh kecil yang cukup berbakat ini baru sahaja menimang cahaya mata kedua baru-baru ini. Dikurniakan anak perempuan, Nad Zainal atau mesra disapa Nanad serta suami menamakan anak mereka Budi Kalsom.
Nanad rajin berkongsi kisah keluarga dan aktiviti seni menerusi laman instagramnya. Termasuklah juga gambar dan video gelagat anak sulungnya Yem sebelum ini. Namun, jarang sekali pelakon wanita terbaik ini berkongsikan wajah ibu bapanya menerusi media sosial.
Untuk pengetahuan peminat Nanad, dia merupakan anak tunggal dalam keluarga.
Terbaru, Nanad memuat naik sekeping gambar anaknya Yem yang nampak cerita dan gembira di samping atuk dan neneknya yang memangku si kecil Budi Kalsom.
Menerusi gambar tersebut, Nanad berseloroh meminta ayahnya bertabah kerana tangan Yem menutupi wajahnya.
“Mohon Tok Pa Bertabah.”
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai. Rata-rata memuji wajah ibu Nanad yang nampak mudah. Bahkan ramai yang mengatakan wajah Nanad saling tidak tumpah seperti wajah ibunya.
Patutlah Nanad cantik, dia mewarisi kecantikan itu daripada ibunya. Dengan kulit crah serta senyuman manis sebiji muka Nanad. Itu antara pujian yang diberikan oleh warga maya kepada ibu Nanad.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menyentuh tentang MC atau surat sakit untuk anak-anak, jangan tidak percaya ada sahaja kisah disebaliknya. Dan hal ini dikongsikan panjang lebar oleh doktor ini.
Ada macam-macam kes dan alasan yang tersendiri. Sama-sama kita ambil pengajarannya agar dalam hal mc ini juga dalam tidak sedar kita sebagai ibu ayah sedang mendidik dan membentuk pemikiran generasi akan datang.
Jom baca perkongsian penuh doktor ini.
Sebelum saya mula, saya nak mohon maaf dahulu kepada pihak yang saya nak tegur, iaitu ibubapa pelajar, dan pihak sekolah. Tiada niat selain mahukan yang terbaik untuk pada pelajar.
Beberapa tahun kebelakangan ini, saya lihat pihak sekolah semakin tegas dalam memastikan para pelajar hadir ke sekolah. Itu perkara yang saya harus puji. Kita perlukan ketegasan untuk mendidik.
Saya dikhabarkan oleh kebanyakan ibu bapa pelajar, bahawa pihak sekolah akan pohon penjelasan daripada ibubapa pelajar sekiranya anak mereka tidak hadir ke sekolah.
Jika sakit, perlu beri bukti cuti sakit daripada doktor. Jika ada urusan keluarga seperti kematian, kelahiran, atau keuzuran ahli keluarga, ibubapa perlu kemukakan surat rasmi sebagai dokumentasi.
Saya sebagai doktor, ada perkara saya perlu beritahu. Jujur saya katakan, ramai ibubapa bawa anak datang ke klinik dan paksa doktor beri cuti sakit pada anak, sedangkan anak tu tak sakit.
Pelajar itu tak hadir ke sekolah kerana ikut keluarga bercuti, ada kerana tak sempat pulang dari kampung kerana jalan raya sesak, ada kerana kenderaan rosak, ada juga kerana kerja sekolah tak siap.
Saya enggan beri cuti sakit, tetapi ibubapa seboleh-boleh merayu, memujuk, memaksa, malah yang sampai mengugut saya, demi untuk dapatkan juga cuti sakit anaknya tak sakit itu.
Lebih sukar bagi saya jika ibubapa itu meminta sijil cuti sakit untuk anaknya, dengan tarikh yang lebih awal daripada hari mereka ke klinik. Kadang-kadang tarikh dua hari awal.
Kenapa saya sibuk nak ketengahkan perkara ini?
Begini. Perilaku ibubapa tadi dilihat oleh si anak. Dia lihat ibubapa dia paksa doktor beri sijil cuti sakit, tawar duit untuk sijil cuti sakit, cuba tipu tarikh pemberian sijil cuti sakit.
Bila pelajar ini dewasa nanti, pastinya sebahagian besar mereka akan rasa amalan ini adalah amalan biasa. Sebahagian besar mereka akan praktikkan juga amalan ni bila mereka dah bekerja kelak.
Andai saya tolak permintaan ibubapa ni, mereka akan kata pihak sekolah yang minta sijil cuti sakit, dan kalau tak dapat kemukakan, markah terkumpul(carry over) pelajar akan di tolak, atau pelajar akan didenda.
Terus terang, saya tak pasti sama ada dakwaan ibubapa itu benar atau tidak, tapi ramai ibubapa yang mengatakan perkara yang sama. Ramai dakwa, tak semestinya ia benar.
Sungguhpun begitu, jika ia benar, saya rasa ia ketegasan yang agak berlebihan. Jika keuzuran ringan, dan pelajar tidak hadir satu hari, pada pendapat saya, cukuplah surat makluman daripada ibubapa.
Ketegasan berlebihan begini, pada hemat saya tidak mendatangkan hasil yang baik. Jika pelajar tak ke sekolah atas apa-apa sebab, mereka akan minta ibubapa dapatkan cuti sakit.
Akhirnya, ponteng kelas membawa kepada, sikap manipulatif, pemalsuan keuzuran dan sijil cuti sakit, dan inokulasi perilaku-perilaku negatif lain seperti telah dinyatakan awal tadi.
Kita(semua pihak, termasuk saya, ibubapa, dan pihak sekolah) perlu sama-sama perlu faham bahawa pelajar tidak ke sekolah bukan hanya atas faktor kesihatan semata-mata.
Jika tidak hadir ke sekolah bukan atas faktor kesihatan, ibubapa tak perlu kemukan sijil cuti sakit. Tulis saja surat penjelasan kepada sekolah. Kalau cuti yang dirancang, hantar permohonan cuti awal-awal.
Saya percaya, jika alasan dan tempoh cuti dalam permohonan itu munasabah, maka pihak sekolah tidak akan mengambil apa-apa tindakan disiplin terhadap pelajar berkenaan.
Di alam pekerjaan nanti, ini juga prosedurnya. Pupuklah amalan ini dari bangku persekolahan lagi. Cadangan saya, lagi elok jika surat mohon cuti itu ditulis oleh pelajar, dan disahkan oleh ibubapa.
Jika memang pelajar tak hadir ke sekolah tanpa sebab yang kukuh, maka ibubapa tak perlu cuba melindungi kesalahan itu. Ajarlah mereka bertanggungjawab atas perbuatan mereka sendiri.
Sebelum tamatkan omelan ini, saya mohon maaf sekali lagi daripada pihak-pihak yang terlibat andainya ada hal yang ditulis ini tidak tepat. Saya terbuka untuk diperbetulkan.
Datuk Seri Siti Nurhaliza mahukan anak-anaknya lasak sepertinya yang berjiwa anak kampung.
Itulah perkongsian yang dimuatnaik isteri kesayangan Datuk Seri Khalid ini menerusi laman instagramnya.
Dalam perkongsian tersebut, penyanyi berkongsi beberapa keping foto momen bersama anak-anaknya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa ketika memgunjungi Taman KLCC. Tampak begitu riang sambil berbarin di atas rumput taman sambil bergelak ketawa.
“Saya anak kampung yang biasa bergelumang dengan alam. Mandi sungai, panjat pokok, kutip siput sedut di sungai, masuk hutan, bermain di padang rumput, teman datuk menoreh getah, bercucuk tanam, masuk lumpur, masuk longkan tangkap berudu dll.
“Katalah apa aktiviti anak kampung (selain bersawah), semua saya lakukan. Sebab tu saya sangat hargai alam.
“Saya juga ingin anak saya lasak seperti saya. Hari ni saya mengajak Afwa dan Aafiyah bergambar di Taman KLCC. Nak mereka rasa nikmat dan indahnya menghargai alam.
“Marilah kita sama-sama hargai bumi, tempat tinggal kita. Jagalah bumi kita yang satu ni, cuma satu. Ciptaan Allah yang maha besar. Alhamdulillah,” tulisnya di dalam satu hantaran Instagram bersempena Hari Alam Sekitar sedunia.
Tabung Haji menjadi kunci impian 10 beradik dari Perak menunaikan haji bersama keluarga selepas ibu bapa mereka konsisten menyimpan sejak kecil bermula RM10 sebulan.