Pernah tak mak ayah kita dulu pesan macam ni, “Jangan baling dadu, jangan psttt.” Inilah cara santai Adid Marcello Wish Anak UPSR, Sweet Sangat! Memang diakui sana-sini dimedia sosial ibu bapa memberikan kata-kata semangat kepada anak yang menduduki peperiksaan UPSR. Peperiksaan yang berlangsung selama empat hari ini, memberikan rasa debaran kepada anak dan juga ibu bapa.
Begitu juga Adid Marcello yang memberikan kata-kata semangat kepada anak sulungnya. Lebih manis, kata-kata yang diberikan sungguh santai sehingga membuatkan anaknya ketawa. Cara ini seharusnya dipraktiskan supaya anak tidak tertekan semasa menjawab. Masuk ke dewan peperiksaan dengan penuh keceriaan dan semangat. Jom kita lihat perkongsiannya.
All the best utk sayangku @nailinamarcello good luck utk exam #upsr hari ni. Dah penat dengan jadual padat kelas tambahan kan?? So this is the time utk taburkan segala knowledge yang ada. #bismillah Alyea Nai Lina = Ketinggian cita-cita ibu bapa yg tercapai. Daddy & mummy @norziepwc doa, semoga dengan exam kecil ini, menjadi permulaan langkah kejayaan yang lebih besar utk masa akan datang, insyaAllah… Kepada semua anak2 yg exam #upsr juga, saya doakan semoga semua dapat lakukan yg terbaik! Amin, insyaAllah.
Tentu kita pernah lihat nenek atau mak kita makan keledek rebus. Salah satunya ada yang berwarna ungu. Jika cicah dengan gula serta kelapa paru dan dimakan panas-panas memang superb!
Siapa sangka, keledek ungu yang nampak biasa-biasa aje, makanan kampung ini, hakikatnya merupakan super food. Melalui perkongsianseorang pakar otak ini, Dr Rizal Abu Bakar menjelaskan bahawa keledek ungu ini mempunyai khasiat yang menakjubkan! Lepas ni, pergi pasar pagi beli keledek ungu ni ye.
SUPER FOOD
Hari hujung minggu. Pagi masih muda. Baharu sahaja selesai Power Walking. Singgah di pasar. Sudah semacam rutin hujung minggu. Cari bahan segar. Seperti biasa gerai UBI KELEDEK disinggahi. Belek. Pilih yang berwarna UNGU. KELEDEK UNGU ialah SUPER FOOD. Anti oksida tinggi. Juga anti radang
Bagus untuk OTAK. Bagus untuk usus. Saiz sederhana besar bekalkan 400% vitamin A.
Vitamin A untuk apa? Vitamin A perlu untuk kulit. Untuk mata. Zaman ber’smart phone’ penting ambil vitamin ini. Supaya mata tajam menikam walau dalam kelam. Pandangan tidak suram.
Dalam kajian yang dimuat di Journal Food Functional 2015, KELEDEK UNGU turunkan uric asid sebanyak 30%. Terima kasih pada anti oksidanya – anthocyanins.
Banyak lagi kebaikan KELEDEK UNGU. Dengan fiber yang tinggi ia tinggikan rasa kenyang. Laporan tentang ubi ini turunkan berat badan ada di Journal Nutritional Research 2011. Berat turun seawal minggu ke 4.
Boleh cuba. Masak dengan kreativiti masing masing. Yang penting hidup akan lebih sihat.
Kejayaan anak itu adalah asbab doa dan kesungguhan ibu ayah mendidik anaknya. Biar sukar hidup, mereka tetap menyediakan keperluan buat anak.
Biar tak mewah tapi cukup seadanya untuk menjadikan anak itu seorang yang hebat dan berjaya dalam hidupnya.
Begitulah yang dipaparkan oleh saudara Khairul Hakimin Muhammad betapa jaga besar jaga orang tua.
Biarlah ibu ayah marah ia sebenarnya untuk mendidik anak-anaknya.
Ikuti lanjut perkongsian ini.
Saya ada prinsip yang super kuat tentang emak ayah. Jenis anak yang tak boleh ada dengar sesiapa burukkan mereka. Cepat melenting juga saya cepat naik angin.
Tak kiralah dia adik beradik atau sesiapa sahaja, ia memang tak boleh berlaku di hadapan saya. Saya akan sangat laju mengamuk.
Boleh tanya sesiapa sahaja. Saya tak boleh dengar langsung.
Malah jika kalian cuba burukkan emak ayah kalian dengan saya, itu adalah sebuah kesilapan yang amat besar. Saya akan pandang kalian sebagai anak tak sedar diri, tak malu, dan perbuatan itu satu dosa besar menggunung yang saya tak mahu sertai.
Kadang-kadang, benar, emak ayah kita buat silap. Namun saya tetap dengan prinsip saya iaitu “kita takkan lebih besar dari emak ayah.”
Terima sahaja kesilapan mereka, selagi tak berkaitan dengan jenayah atau kesalahan agama, tak perlu nak ambil hati.
Pelajaran saya, ya saya lebih tinggi.
Kemajuan bisnes saya, ya saya lebih perform.
Cara saya berfikir, kaedah selesaikan masalah, ya emak abah suka rujuk, namun saya takkan lebih besar dari emak abah saya.
KENA TEGUR, TANDA SAYANG
Sekiranya saya kena tegur, saya bersyukur. Nak merajuk, takkan lama. Pergilah tanya emak abah saya, mereka akan cerita, tanya orang rumah saya, beliau akan cakap.
Emak saya memang garang ya amat. Beliau nak marah, marah ja. Saya selalu kena. Hahaha. Namun dalam kurang 10 minit saya dah boleh duduk dengan emak semula seperti biasa. Marahlah macam mana pun, saya akan tetap begitu. Saya ok tak pernah simpan apa-apa dalam hati.
Itulah emak abah yang saya ada.
Lebih saya bersyukur apabila saya kena marah. Itu tanda emak abah sangat sayangkan saya. Saya pegang yang itu.
Kita ini sebagai anak, kena belajar-belajar hargai setiap apa yang keluar dari mulut ibu bapa. Kena letak dalam kepala setiap teguran itu adalah untuk kebaikan.
Kita pandai, hebat dan bijak sekarang adalah dari didikan emak abah kita.
Apabila kita rasa kita besar, maka berlakulah kebodohan dalam hubungan. Emak cakap, kita bangkang. Emak tegur, kita tak nak terima. Emak panggil, kita tak peduli.
Kawan-kawan, itu bukan anak yang baik. Kalau nanti kalian dah ada anak, percayalah apa yang kalian buat kepada emak ayah kalian hari ini, anak akan buat balik kepada kalian 10 kali lebih teruk dari itu.
Nak murah rezeki, nak tenang, nak bahagia,
Kalau kena marah, lekas minta maaf.
Kalau kena tegur, lekas minta maaf.
Kalau emak ayah kita lebih pentingkan adik beradik lain, doakan emak ayah kita dapat teruskan hal itu. Mereka lebih tahu anak mana yang utama nak dibantu. Itu kebahagiaan mereka, jangan cuba-cuba sentap benda itu dari mereka.
Itu semua emak ayah kita punya kepandaian. Mereka lebih besar dari kita.
Saya pernah dapat PM itu hari, seorang anak mengadu dia berniaga masakan dari rumah. Ibunya tinggal dengannya.
Setiap hari, ibunya akan cuba tukar resipi. Kata kena tambah itu, kena tambah ini. Nak beri lagi sedap dan sebagainya.
Si anak ini berasa hati dan apabila dah tak tahan, dia akhirnya tegur emak dia supaya jangan cuba-cuba tambah apa-apa yang dia masak untuk berniaga. Dia lagi pandai dan emaknya tak tahu apa-apa.
Akhirnya emaknya keluar pulang ke kampung. Berasa hati. Nak jadi cerita, bisnesnya semakin tak menjadi selepas itu.
Kemudian barulah dia perasan, dia tahu yang dia buat silap. Sepatutnya dia bersyukur dia pandai berniaga, dan dia ada emak yang pandai memasak. Dia takkan lebih besar dari emaknya dalam berbuat apa-apa. Sentuhan emaknya itu adalah syurga buatnya.
Kawan-kawan,
Berhenti rasa diri kita itu lebih besar dari emak ayah. Sekiranya rezeki kalian dapat ibu yang memang hari-hari suka tegur, hadap sahaja. Sayangi sahaja. Bergurau sahaja.
Sekiranya dapat emak yang tak berhenti tegur cara kita masak, hadap sahaja. Enjoy dan jangan berasa hati. Terus jadikan ia sebagai benda bahagia untuk bergurau senda.
Sekiranya dapat ayah yang garang ya amat, nak bersembang pun takut, banyak-banyak kasi hadiah, dia akan rindu suara anak dia selalu.
Kawan-kawan,
Dah ada anak nanti, kalian tahu perasaan ini. Kita memang sentiasa ada rasa nak tegur, nak nasihat, nak beritahu itu ini kepada mereka.
Boleh jadi mereka tak suka, namun itulah kita sebagai emak ayah.
Waktu itu, seandainya anak kita buat perangai dia cuba-cuba jadi lebih besar dari kita, boleh jadi Allah campakkan ingatan kepada kita apa yang kita pernah buat kepada emak ayah kita dulu.
Waktu itu, menyesal pun dah tak berguna. Hadap sahaja. Mana yang masih ada ibu bapa, hargai sahaja keberadaan mereka.
Sayangi dan bahagiakan mereka.
Mereka berdua tetap lebih besar dari kita.
Begitulah.
Sumber: Khairul Hakimin Muhammad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tanggungjawab bergelar suami isteri adalah tugas yang besar untuk digalas. Perlu saling bantu membantu dan saling hormat menghormati agar kerukunan dalam alam rumah tangga kekal bahagia selamanya.
Memahami lagi tentang rahsia kebahagiaan hidup bersama pasangan, ustaz Ellyeen Amineen menyentuh tentang hal menghargai suami biarlah keranaNya.
Hargai suamimu
Kerja atau tidak kerja, dia suamimu
Berilmu atau orang awam, dia suamimu
Romantik atau hambar, dia suamimu
Kurang atau berlebihan, dia mengerah keringatnya menafkahimu
Ini bukan soal kenapa harus menghormati suamimu. Tapi ia soal siapa yang memerintahkanmu untuk hormati kepada suamimu
Sudah berapa kali kau bersuara tinggi di hadapannya. Sudah berapa kali kau memerintah dia. Sudah berapa kali kau merendahkan pendapatnya. Sudah berapa kali kau memotong percakapannya. Sudah berapa kali kau mengeluh sehingga membebankan hatinya. Sudah berapa kali kau ceritakan keburukannya.
Kau tak suka membaca ini. Ketika membaca ini pun, hatimu masih nak berkata kau lebih bagus berbanding suamimu. Kau merasa dia yg patut ditegur dan dipersalah.Kau masih merasa angkuh boleh hidup tanpa dia.
Dia suamimu, syukurilah kebaikannya.
Sebelum Allah mengambilnya.
Sebelum semuanya sudah terlembat.
Kerana ketika dia sudah terbaring di dalam tanah. Saat itu baru kau tahu dia sebenarnya sudah cukup sempurna untukmu. Dia sebenarnya sepadan dengan segala kelemahanmu.
Jikalau kau terus taat kepadanya maka Allah akan memberikanmu syurga. Kau tidak akan rugi barang sedikitpun. Meskipun suami kau itu amat buruk peribadinya.
Hargailah suamimu, bukan kerananya, tapi keranaNya.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...