Kunyit dikenal sebagai rempah alami yang banyak digunakan pada masakan.
Asyik beli je apa kata kita cuba menanamnya. Cara tanamnya memang mudah. Sehingga apabila membiak penuh dalam pasu.
Tak kan nak buang aje. Lelaki ini kongsi cara untuk membiakan pokok kunyit ke dalam bekas pasu lain. Ada tekniknya supaya pokok kekal subur.
Ads
Pokok kunyit lama ini bulan tiga yang lepas saya keluarkan dari pasu. Tujuannya tak lain tak bukan untuk biakkan supaya lebih banyak. Rezeki jiran-jiran sekeliling saya kongsikan isi kunyit dan juga daunnya sekali.
Ads
Seterusnya saya kongsikan cara saya biakkan pokok kunyit kepada beberapa pasu baru. Ambil beberapa batang kunyit yang sudah berakar seperti dalam gambar. Daun saya potong. Sebab memang akan layu. Daripada layu macam tu, baik saya guna atau agihkan kepada jiran. Yang lebihan agihan, terus saya cucukkan ke tanah. . Untuk peringkat awal dalam seminggu hingga ke dua minggu saya tidak beri sebarang baja, hanya siram pokok supaya berkeadaan lembab. Pada hari ke 7, sudah keluar beberapa tunas-tunas baru. Yeah! . Pada peringkat ini, saya mula masukkan atau taburkan sahaja dua sudu baja organik dan siram seperti biasa. Baja seperti dalam gambar. Baja ini adalah campuran kompos sawit dan tinja ayam. Sepaket saya dapat rm7 sahaja. Murah dan berkesan untuk semua pokok. Boleh cuba. . So, untuk hari-hari berikut, saya hanya siramkan air kosong. Selang seminggu sekali atau dua minggu sekali saya akan taburkan baja organik serta berikan semburan booster.
Ads
. Setakat ini, inilah perkembangannya. Dah dapat banyak pasu, bolehlah buat rendang semasa hari raya aidilfitri tempoh hari serta hari raya aidiladha tak lama lagi.
Apabila berlaku sesebuah kemalangan, pasti kita akan diserang panik nak-nak lagi bagi kaum wanita yang pertama kali mengalami situasi begini. Apakah yang harus dilakukan dan siapa yang patut dihubungi. mungkin waktu ini ada akan blur seketika.
Yang penting tenangkan hati dan jangan panik. Jom ikut tip atau nasihat ini dikongsikan oleh Pengasas Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), Salkukhairi Abd Sukor .
Cukup bermanfaat terutama kepada kaum wanita yang memandu keseorangan atau hanya ditemani anak kecil. Kena berhati-hati supaya tidak ditipu atau diambil kesempatan oleh orang lain.
1 . Jika ada orang langgar kereta anda dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang
2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas
3. Selepas anda lihat kenderaan yang melanggar anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yang ada kemera dan keluar daripada kereta anda Ingat! Jangan ambil sebarang alatan yang merbahaya seperti steering lock, parang, peralatan yang di perbuat daripada besi dan sebagainya, kerana anda mungkin boleh di tuduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kepada orang lain dan harta benda awam.
4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yang langgar anda tadi
5. Apabila pemandu kenderaan yang langgar anda tadi keluar daripada kenderaannya, sapa lah dia dengan baik. Kalau pun anda tidak mampu nak senyum padanya, tetapi janganlah terus memaki hamun kepadanya
6. Tanyakan kepadanya dengan baik kenapa dia langgar kereta anda tadi? Kebiasaannya dalam situasi sebegitu masing – masing akan cuba menyalahkan satu sama lain. Kawal kemarahan anda, jangan bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya tak akan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain
7. Kalau boleh minta tengok daripada pemandu yang langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya
8. Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jangan paksa dia mengaku atau paksa dia bayar wang kepada anda. Just bagitahunya, dari segi undang – undang, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain daripada belakang, kecuaian adalah di sebabkan oleh kenderaan yang melanggar itu
9. Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi di ingatkan, tak perlu minta wang daripadanya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yang anda biasa berurusan untuk menilai berapakah kerosakan kereta anda Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh – tangguh walaupun anda ada urusan lain. Lagi cepat anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus.
10. Jangan lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti
11. Jika dia berkeras tidak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tidak mengapa, jangan serang atau melakukan sesuatu yang boleh di anggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dapat segala info berkenaan kenderaan dan dirinya
12. Terus pergi buat report polis di balai polis berhampiran
13. Dengan report polis tadi pergi ke JPJ dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insurans kenderaan yang langgar kereta anda tadi
14. Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan minta 3rd parti claim untuk membaiki kerosakan kereta anda tersebut
Mudah bukan ? Tak perlu gaduh – gaduh dan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda dan boleh mendedahkan anda kepada perlakuan jenayah. Negara kita kan ada undang – undang. Patuhilah undang-undang.
Moga informasi ini dapat memberikan manfaat buat kita semua.
Lumrah manusia yang suka kan kecantikan. Baik wanita mahupun lelaki, itulah yang dipandang.
Benar, kita kena cari yang cantik. Dan semua lelaki mahukan semua yang itu. Namun tak semua lelaki yang lelaki pandai bab mencari yang benar cantiknya itu pada hormat kepada suami yang pernah tak punya apa-apa, tak reti meminta serta banyaknya mengesat peluh suami dan menghulur air masa setiap kali yang disayang itu pulang dari berjuang.
“Macam manalah hidup jadi orang cantik ni kan bang. Semua orang suka, semua orang nak, semua orang bercakap pasal dia.”
Saya pandang sahaja wajahnya. Saya tahu jika saya beri komen, makin pudarlah warnanya pada hari tersebut. Benda yang sama dia ulang-ulang sepanjang 13 tahun kami kahwin, dia akan cakap dia bukan orang cantik, kahwin dah lama pun akan ada waktu-waktu dia akan rasa down, rendah diri, merajuk hati kerana banyaknya kekurangan diri dia.
Sering sahaja dia sebut dia tak ada rupa berbanding orang lain. Dan jika kami berdua, keluar mengopi, boleh jadi ada juga soalan dia tanya tentang bagaimana saya boleh memilihnya untuk jadi suri hati. Dan seperti biasa, jawapan saya hanya saya beri senyuman sahaja. Susahnya nak jawab.
Orang yang sama ini, bangun awal pagi, bergegas siapkan air panas, susun semua baju anak, tengok jadual suami kemudian susun baju seluar suami, siap sapu tangan stoking semua, kemudian dia juga perhati segala aksesori yang saya sering guna termasuk deodorant dan sebagainya, dan turun ke bawah membawa bakul kain, mencapai mug dan siapkan itu ini.
Sebelum keluar, dia akan pastikan tangan kami bersentuh dan saling berpandangan, kemudian masing-masing menuju ke tempat yang dituju.
Sampai tempat kerjanya, dia akan maklum, saya juga begitu. Kemudian kami akan saling bertanya hari ini buat apa, esok bagaimana, minggu depan, hujung minggu semuanya kalau boleh saling nak mencuri masa, berusaha sebaiknya mana yang lompong kami nak isi supaya ia jadi lebih baik.
Orang yang saya ceritakan ini bukan hari ini begini, semasa saya tumbang dulu, hancur berkali-kali, dibunuh dijiwanya sampai mati juga berulang-ulang lagi, dialah yang papah, berlari ambil ubat kemudian menangis-nangis dalam banyaknya doa, memarahi dan berlawan habis-habisan untuk saya dapat bangun balik sampai ke hari ini saya masih lagi memerlukannya.
Luka yang banyak itu, beliau tutup dengan segala yang beliau ada. Tak pandai mahu merajuk ke mana-mana jiwa lain hanya untuk memujuk hatinya sendiri. Banyaknya dia simpan sendiri dan sentiasa menjenguk saya pada setiap masa untuk pastikan saya boleh ada isi dalam hati, jiwa dalam jiwa dan sayang dalam sayang.
Semalam, saya meneliti lirik dari Ad Samad yang terbaru, Kasihku Selamanya. Saya tak mahu ikuti lagunya dahulu. Saya baca kisah dendam cinta ini menjadikan kita betul-betul sayang kepada orang yang kita sayang. Ianya dinyanyikan oleh Dato Sri Siti Nurhaliza.
Siti memulakan dengan “Sayangiku sayangku, seperti sayangnya aku padamu. Ku tagih kasihmu, ku raih semangat, cinta paling agung.”
Rasa yang ini membawa kita kepada alam-alam cinta yang susahnya kita nak sembang kepada sesiapa. Bertemu, berkahwin, dan kemudian hidup bersama berlama-lama, memandangnya tak jemu, bercakap tak pernah habis dan bernafas tak pernah cukup, lalu kita akan ulang-ulang lagi dan lagi rutin itu tanpa berakhir masa, kita masih rasa nak bercinta sebaik-baiknya.
Saya cakap dengan Musa, yang dah tak lama lagi nak mengakhiri zaman bujangnya, “Siti ini orangnya pasti teliti membuat sesuatu, tak mungkin dia akan buat saja-saja.”
Lagu ini, dibina atas medan untuk OST filem seram, Dendam Pontianak. Dan lagu yang dibuat bersama Aubrey Suwito ini membawa kita khayal dalam dendam cinta kita sendiri. Yang mana kita mahu bercinta selama-lamanya dengan orang yang kita suka.
Orang itu akan melawan rasa cantik orang lain, baiknya orang itu, hebatnya orang ini, yang mana dia yang kita pilih itu adalah orang yang akan kita cinta sampai bila-bila mengatasi sesiapapun.
Ketagih kita dalam buaian kasih sayang itu adalah “kasmaran” dan “pijar” yang digunakan di dalam lirik tersebut. Yang mana dia memberi makna mabuk gila berahi atau jatuh cinta (mengikut kamus dewan).
Lagu ini ditutup dengan ayat, “Akulah satu-satunya yang akan kau cinta.”
Yang saya faham, dalam dunia orang bercinta, kita tak pandai berlebih. Kita hanya suka ianya sederhana. Ianya tak kurang, tak juga terlalu banyak. Lalu, kita mahu janji itu adalah janji kita sama-sama. Tak pernah peduli hal orang, tak juga mahu ambil tahu apa yang orang kata, sampan yang kita naik itu, cukup untuk kita.
Akan ada badai. Sekejap ada ombak datang, sekejap juga ada buaya bertandang, namun semua itu memerlukan semangat dan simpanan kemahiran untuk berlawan. Seorang luka, seorang lagi akan bangun memegang pedang. Jika dua-dua luka, yang tinggal hanya berpegang tangan, lalu matilah sama-sama juga dalam cinta.
Itulah cinta.
Dan itulah yang kita duk sering luah, kita adalah satu-satunya yang kita akan cinta sama-sama.
Demi Tuhan, jika yang baik rupa, baik juga adabnya, maka baiklah dia. Namun jika dia tak ada rupa, ada adab baiknya, maka baiknya juga dia.
Dalam hal ini, adab yang menang.
Benar, kita kena cari yang cantik. Dan semua lelaki mahukan semua yang itu. Namun tak semua lelaki yang lelaki pandai bab mencari yang benar cantiknya itu pada hormat kepada suami yang pernah tak punya apa-apa, tak reti meminta serta banyaknya mengesat peluh suami dan menghulur air masa setiap kali yang disayang itu pulang dari berjuang.
Lalu dia memberi senyuman paling manis di dunia dan menyebab suami yang keletihan pulang mencari sedikit emas untuk dijadikan hadiah bertahun kahwin, jadi puas dan pijar begitu sahaja. Ia membekas di hati dan membuah rasa rindu.
Apabila jauh teringat-ingat, apabila dekat saling mengenyit mata. Janji itu adalah spontan tanpa siapa suruh, tidak juga dipaksa-paksa untuk berbuat. Kasih kita suami isteri dalam kerasukan yang kita sahaja memahami. Lalu hiduplah kita dalam bahtera itu dalam pandangan orang yang kata kita sweet, kita begitu kita begini.
Walau banyaknya kurang, tidaknya ada itu, tidaknya ada ini. namun kita sentiasa ada dua jiwa, yang mana setianya itu bersifat selamanya. Dan itulah jawapan kepada soalan tadi,
Saya memilih sebab pandainya dia bercinta, dan ia melangkaui semua sebab orang lain yang pandai itu, ada ini. Benarnya, cukuplah dia yang ada di sisi, apa yang saya kurang, dia berjaya tampung, dan apa sahaja yang dia lemah, saya bantu, saat condong diumpil, saat tumbang diangkat. Itulah kuasa suami isteri, biarlah berakhir masa, terhenti nyawa, kami masih lagi bercinta-cinta.
Terima kasih untuk lagu yang sedap ini. Bukan sahaja ianya diterima untuk OST, namun saya yakin ramai akan seram sejuk kerana mengingatkan perjalanan perkahwinan masing-masing yang banyaknya badai, susahnya melawan kesukaran hidup namun kita masih berpegangan tangan sama-sama melaluinya.
Tahniah semua team. Masih di tangga tertinggi hati kami ditawan.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad, Hargai dia bukan kerana wajahnya, badannya, namun jiwanya, itulah Kasihku Selamanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tanggal 2 Mei yang lalu, penyanyi terkenal, Syamel dan Ernie Zakri mendedahkan wajah anak perempuan mereka, Nur Khawla Soleha yang lahir pada 22 Februari lalu,
Perkongsian itu dibuat penyanyi duet lagu Aku Cinta itu menerusi akaun Instagram masing-masing.
Raya pertama buat Khawla dan Daddy Ibu ❤️
Selamat hari raya, mohon maaf zahir dan batin 🙏
Demikian kapsyen yang dimuatnaik Ernie Zakri.
Pemilik nama sebenar, Syameel Aqmal Mohd Fodzly mengakui teruja dapat meraikan Aidilfitri bersama puteri sulungnya itu.
“It’s our first raya together. Selamat hari raya maaf zahir dan batin dari Daddy , Ibu & Khawla ❤️. Tetejut Khawla pestaim raya tiber tiber 🐣,” tulis Syamel dikapsyennya.
Keluarga bahagia ini mengenakan baju sedondon rona biru. Sebelum ini, mereka memilih untuk tidak mendedahkan wajah cahaya mata sulung mereka atas alasan masih belum bersedia.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.