Rebutlah peluang berbakti kepada orang tua selagi mana Allah izinkan. Memang mudah menyatakan sayangnya kita kepada orang tua namun belum tentu kita dapat melakukan sebagaimana apa yang dilakukan oleh Datuk Chef Wan dalam menyantuni ibu tercinta yang terlantar sakit.
Pelbagai usaha dilakukan olehnya untuk memberi fokus dalam rawatan penyembuhan meskipun menelan belanja yang besar. Bahkan baru-baru ini meninjau perkongsian terkini di Instagram miliknya, Chef Wan berkongsi rasa syukurnya kerana dapat menempatkan ibu tercinta di bilik suite bagi memberikan keselesaan dalam menjalani rawatan.
“Saya mahu ibu dan keluarga serta rakan saya mempunyai detik peribadi dengan ibu pada hari terakhirnya”
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Ini sekali gus menjadi saksi betapa anak ini begitu baik dan tetap berusaha untuk melunaskan tanggungjawabnya kepada ibu tercinta hingga ke hujung nyawanya.
Turut dikongsikan keadaan terkini ibunya atau lebih mesra disapa Cik Ani, sudah tiada respon terhadap rawatan yang diberikan. Dalam erti kata lain, Chef Wan memberi gambaran kemungkinan ibunya menunggu masa sebelum dijemput Ilahi.
Meskipun seakan sudah dijangkakan pasti akan berdepan masa untuk melepaskan Cik Ani ‘pergi’, pun begitu Chef Wan tetap menangis setelah doktor memaklumkan perkara tersebut.
Ads
Pun begitu, Chef Wan cuba juga untuk berlapang dada dengan ketentuan Allah dan mengucapkan syukur kerana selama ini ibunya merupakan insan yang sangat baik hingga disanjungi ramai.
Meskipun pahit untuk menerima dugaan itu, Chef Wan dilihat terus mahu memberikan khidmatnya dengan menyediakan bilik khas agar dia dan ahli keluarga yang lain dapat menghabiskan masa-masa terakhir dengan Cik Ani.
Meninjau di ruangan komen rata-rata netizen mendoakan yang baik-baik untuk Cik Ani dan Chef Wan sekeluarga. Bahkan ramai turut berasa bangga dengan Chef Wan yang sanggup lakukan apa sahaja untuk terus berbakti kepada ibu tercinta.
“Bukan sikit2 duit DCW berabis utk cik ani,ur beloved mom..tp duit bkn apa2 dh asalkan ibu tu sgt2 selesa..memikirkan yg Allah akan ambik cik ani bila2 masa je sgt2 myedihkan ati dan perasaan tp DCW,pcaya la..Allah SWT sebaik2 perancang..DIA telah tetapkan yg tbaik utk kita”
“😢 May Allah swt ease this journey for yr mom as well as you & yr family. Ameen. Stay strong – for yourself and yr mom.”
“chef😭😭😭u anak yg sgt baik…sejak dulu i tgk u jaga your mom sgt sempurna…i tau u kuat..this is so heartbreaking 😭😭May Allah ease everything for u chef🤲”
Kenapa karakter anak banyaknya ikut ayah? – jalan ikut ayah – cara cakap ikut ayah – perangai ikut ayah – degil ikut ayah – tidur ikut ayah – makan ikut ayah
Tak semua tapi almost semua anak-anak akan banyak ikut ayah berbanding ibu. Ini kerana menurut pakar perkembangan psikologi Moritz Daum, anak anak cenderung untuk mengikut apa ibu ayahnya buat kerana anak mahu ada RASA KEKITAAN ( Sense Of Belonging )
Dan ayah adalah orang yang paling banyak berikan anak rasa kekitaan ni. Serius! Sebab itu la kalau kita perhatikan.
– anak ni lebih takut pada ayahnya berbanding ibu – anak ni lebih suka dapat pujian oleh ayahnya berbanding ibu – anak ni lebih suka bermain dengan ayahnya berbanding ibu – anak ni lebih mudah di nasihatkan oleh ayahnya berbanding ibu – anak ni lebih mudah patuh pada arahan ayahnya berbanding ibu
Ayah memang idola sejati setiap anak. Setiap gerak geri si ayah ni sentiasa di perhati dan di ikuti oleh anak anak. Biasa la tu, apa idola buat, kita mesti nak ikutkan. Sampaikan ada ayah yang kuat kentut pun, anak boleh ikut juga. Haha, ini serius! Kesimpulannya, jika kita nak mencorak anak kita perkara pertama kita kena buat adalah corak dulu diri kita.
Kanser adalah suatu penyakit yang amat digeruni oleh semua manusia. Sehingga kini, belum ada ubat yang mampu menyembuhkan penghidapnya. Sebaliknya hanya rawatan termasuk kemoterapi untuk serangan penyakit ini.
Namun, tidak bermakna apabila disahkan menghidap penyakit ini, dunia sudah berakhir, hidup sudah musnah, hanya menunggu hati kematian sahaja. Hakikatnya kini, ramai penghidap kanser kekal meneruskan kehidupan.
Biarpun rasa sakit bila serangan kanser datang, mereka tetap tabah. Kehidupan pesakit pula sentiasa dalam aura positif.
Sebagaimana kisah yang sungguh inspirasi yang dipaparkan ini. Seorang penceramah bebas yang dikenali ramai iaitu Mohamed Hanfiah bin Abdul Malek atau lebih dikenali sebagai Ustaz Hanafi yang merupakan seorang penghidap kanser limfoma tahap empat disahkan pada 31 Januari 2017.
Perkongsian yang penuh tersirat ini untuk kita teliti bahawa kehidupan ini, apa jua rintangan yang datang harus sentiasa positif.
Ikuti perkongsian ini.
Nama saya Mohamed Hanfiah bin Abdul Malek atau lebih dikenali sebagai Ustaz Hanafi. Saya penghidap kanser limfoma tahap empat disahkan pada 31 Januari 2017. Saya telah melalui pembedahan dan kometerapi.
SEORANG YANG AKTIF
Alhamdulillah saya seorang pendakwah bebas yang berkhidmat dengan sebuah NGO. Sebelum saya disahkan kanser, saya seorang jurulatih silat, Silat Gerak Pusaka Malaysia. Saya jurulatih Chi Kong. Pernah memenangi perlawanan tenis di Melaka. Pernah memenangi tempat ke 3 pertandingan Free Fight Martial Art dunia. Saya terlalu banyak lakukan aktiviti lasak yang saya ceburi. Saya pernah menunggang motosikal berkuasa tinggi dengan kelajuan 310 km/h.
Saya ada puching bag. Hari-hari saya buat lebih kurang 100 tumbukan dan tendangan. Saya mampu berkayuh basikal sejauh 20km satu hari. Saya sangat minat dengan aktiviti rat mengangkat berat di gym.
PERUBAHAN DIRI SANGKA PEKARA BIASA
Walaupun saya makan banyak, badan saya tetap kurus tapi perut saya membesar sedikit. Saya selalu kena demam, buang air besar keluar darah,juga batuk keluar darah. Saya ingat saya batuk keluar darah sebab saya motivator, saya bagi semangat kat orang agaknya menjerit lebih sikit keluar darah. Buang air besar keluar darah kemungkinan besar saya sangka saya salah makan. Jadi itulah sangkaan saya.
DOA DEPAN KAABAH Sehinggalah ketika saya ke Mekah membawa jemaah umrah, saya rasa kenapalah badan aku makin lama makin lemah. Saya minum air Zam-Zam, saya doa depan Kaabah. ‘Ya Allah, kalau ada penyakit dalam badan aku ni, Kau keluarkan lah.’
Sampai di hotel perut saya memulas dan saya buang air besar tu yang keluar bukan air besar tapi darah. Lebih kurang dalam dua gayong kalau tak silap saya. Terlalu banyak darah yang keluar.
Tapi insyaAllah tiada lagi undangan ceramah yang saya tak penuhi. Saya tetap pergi ceramah walaupun dengan keadaan yang lemah.
GEMAR MAKANAN FROZEN
Saya pernah melakukan diet, tapi diet saya silap. Saya nak turunkan berat saya 130kg, saya pergi gym tapi dalam masa yang sama saya suka makan yong tau foo, fishball, fishcake, crabstik.
Macam-macam dan terlalu banyak makanan yang segera saya makan. Akhirnya menyebabkan saya diagnose kanser.
DISAHKAN KANSER, UCAP SYUKUR DAPAT ‘HADIAH’DARI ALLAH
Apabila doktor bagitahu saya menghidap kanser, perkataan pertama yang keluar dari mulut saya adalah alhamdulillah. Alhamdulilah Ya Allah, Alhamdulillah Ya Rahman. Alhamdulillah Ya Rahim. Terima kasih Ya Allah, dalan jutaan orang di dunia ni Engkau pilih aku untuk menerima hadiah yang sebesar ini.
POTONG USUS SEPANJANG 1.4 METER
Doktor pun terkejut kenapa ustaz sebut Alhamdulillah, ustaz tak panik ke apa ker,saya kata tak. Saya terima dengan hati yang lapang dan terbuka.Alhamdulillah, esok pagi tu kami terpaksa lakukan pembedahan secepat mungkin.
31 Januari dapat tahu, 1 Februari terus lakukan pembedahan. Alhamdulillah pembedahan yang mengambil masa 5 jam itu, berjaya mengeluarkan kanser saya lebih kurang besar ketap saya ni, berat satu kilogram. Usus saya juga ada kanser hingga terpaksa dipotong 1.4 meter antara yang terpanjang pernah dipotong dalam sejarah.
DOA JANGAN TARIK NIKMAT BERDAKWAH DAN SOLAT BERJEMAAH
Saya tiada terdetik perasaan , kenapa Alla uji aku macam ini, aku muda lagi, jadi apa yang saya buat , saya doa kepada Allah. ‘Ya Allah Engkau nak ambil nikmat yang lain, silakan Allah, tapi Engkau jangan ambil dua nikmat daripada aku iaitu berdakwah dan solat berjemaah.
KIMOTERAPI KE EMPAT, LARI DARI HOSPITAL
Masa sesi komoterapi ada satu kisah menarik, saya ketika itu, sesi kimoterapi yang ke empat. Saya lari daripada hospital sebab malam tu saya telah berjanji untuk menyampaikan ceramah di Angkatan Tentera Udara Malaysia di Sungai Besi. Saya terpaksa minta tolong PA ambil saya, larikan saya sekejap lepas tu balik. Balik dari ceramah, saya sampai hospital kena marah tapi saya dah berjanji, janji kena tunaikan.
TETAP KUAT DAN CERIA WALAUPUN SAKIT
Adalah pembohong besar, mereka yang kena kanser, kata tak sakit. Sakitnya sampai hari ini masih rasa sakit. Kemudiannya badan kita sangat lemah cuma yang boleh menyebabkan saya kuat mungkin berkat doa orang ramai.
Saya koma lima hari. Saya tidak sedar apa. tapi bila saya sedar orang datang walaupun tengah sakit saya akan senyum dan akan buat tangan macam ni (thumbs up). Saya pun tak tahu kekuatan tu mana datang.
HADAPI MASALAH KEWANGAN SETELAH TIADA JEMPUTAN CERAMAH
Saya ada sebuah motor yang saya sayang. Motor Kawasaki GTR 1400. Saya memang minat motor tu. Motor tu saya kumpul dengan susah payah nak beli. Tiba-tiba bila dapat tahu kanser saya ada masalah kewangan. Sebab bila berita tersebar melalui media massa dan surat khabar, jadi apa berlaku ramai orang tak panggil saya ceramah. Sebab orang kata Ustaz Hanafi sakit, jadi hilang sumber pendapatan. Suatu cabang yang besar. Akhirnya apa yang berlaku. Saya terpaksa jual motor tu. Itulah yang agak sedih kan. Kemudiannya keluarga saya, terpaksa kurangkan kos pembelajaan lah. Ketika itu beberapa aset saya terpaksa jual untuk menampung rawatan kos kemoterapi.
KUAT SEMANGAT UNTUK KELUARGA
Saya bila berhadapan dengan isteri dengan anak-anak saya, saya takut mereka rasa lemah, rasa takut. Jadi saya sentiasa senyum. Postif, bagi mereka semangat. Saya tak boleh bayangkan kalau mereka hidup tanpa saya.
Mission saya nak siapkan sekolah tahfiz anak yatim. Alhamdulilah dapat dibina dan madrasah dan surau untuk arwah mak saya. Dan juga sebuah rumah pemulihan akhlak di Bendang Limbong Taiping Perak. Jadi saya ada mission, saya minta izin kepada Allah. Ya Allah siapkan ini dulu. Alhamdulillah sekarang dah siap.
PESANAN JAGA MAKAN, BERHENTI SEBELUM KENYANG
Bagi mereka yang belum kena kanser, jangan berlagak lah, jangan angkuh dan jangan sombong. Allah tak suka orang sombong. Jangan cabar Allah. Aku hisap rokok banyak mana pun aku tak kena kanser. Aku makan apa sahaja tak kena kanser. Aku makan apa sahaja pun tak kena kanser. Aku tak ikut diet, aku ni darah tingii tak kena kanser pun. Jangan cabar Allah.
Saya kena kanser ini kemungkinan besar dosa saya tak jaga makan.
Saya memang suka makan. Saya ride ke utara ke mana pun saya suka makan. Dan saya makan saya tak ikut sunnah Nabi Muhammad SAW, berhenti sebelum kenyang. Saya nak makan apa saya makan je.
Sehingga Allah bagi balasan macam ni teguran kepada saya. Usus saya telah dipotong 1.4 meter. Itu pada saya.. Ya Allah. Sampai hari ni rasa tak selesa tu ada. Sakit tu masih ada.
AMALKAN FORMULA 5S 2Z INI.
Bagi pesakit kanser yang sedang melawan sakit kanser, saya bagi formula 5S 2Z. S pertama adalah syukur atau sabar. The power when you said Alhamdulillah, jiwa mu akan jadi lapang, hati mu akan jadi tenang. Kita akan tenang berhadapan dengan ujian. Tenang ketika menerima rawatan. Tenang apabila berhadapan dengan kanser itu sendiri. Tenang hanya datang daripada jiwa yang sentiasa bersyukur. S kedua adalah bersangka baik. Orang cakap ustaz you so positive. Sehingga doktor-doktor tak pernah jumpa pesakit kanser macam ustaz. The king of positif thinking adalah bersangka baik kepada Allah.Apa yang Allah nak bagi lepas ini. Apa sebab Allah bagi sakit kanser kat aku untuk apa. Mesti ada sesuatu yang lebih besar Allah akan bagi sama ada syurga atau ada nikmat dunia yang lain atau saya menjadi inspirasi kepada pesakit kanser yang lain.
S solat. Sakit macam mana pun, jangan tinggal solat. Alhamdulillah, saya koma lima hari,mengikut cerita isteri saya, setiap kali azan, saya tersedar dan saya tayammum. Saya solat. Lepas solat, saya koma balik. Wallahualam.
Seterusnya adalah sedekah. Saya tak banyak duit ketika itu masalah kewangan yang besar. Jemputan ceramah kurang. Memang boleh dikatakan duit tu hampir tak ada. Tapi saya cuba setiap kali solat subuh jemaah di masjid saya akan bersedekah atas nama arwah ibu saya. Sebab sedekah ini boleh memadamkan dosa. Jadi sedekah ini menyebabkan mungkin dosa itu Allah padam, kemurkaan Allah padam. Jadi Allah sembuhkan saya sedikit demi sedikit.
Seterusnya S lima adalah supplement ni sata bertaubat lah tak nak makan macam dulu. Makan makanan yang sihat, makan makanan yang seimbang. Saya rajin membaca buku dalam dan luar negara bagaimana merawat kanser melalui pemakanan.
Bagi 2Z iaitu Zikir Allah. Pesakit kanser yang sedang menghadapan degan sakit ini, tolonglah banyak zikir. Kita tak tahu bila kita mati. Jadi biarlah kita mati dengan mampu menyebut raja segala zikir, laillahaillah sampai mati sebut laillahaillah ..masuk syurga. Lepas zikir, saya banyakkan ziarah.
Barang siapa yang bertawakal Allah akan menunjukkan jalan keluar dan memberikan bantuan. Wallahualam.
Sumber: Ideaktiv Sdn Bhd
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ujian besar ditanggung Datuk Aaron Aziz apabila dirinya kini sedang menghidapi penyakit tumor yang dipercayai semakin membesar.
Pendedahan tersebut dibuat oleh anak kelahiran Kota Singa baru-baru ini menerusi kirimannya di Facebook dan Instagram.
Pelakon berusia 46 tahun itu memuatnaik satu video yang menyaksikannya dimasukkan ke dalam mesin MRI. Menurut Aaron lagi, dia juga perlu menjalani pembedahan dan berehat selama dua bulan. Namun terpaksa menangguhkannya kerana masih mempunyai banyak projek.
“90 minit berada dalam benda ni (MRI), doktor kata saya perlukan pembedahan dan cuti sakit selama dua bulan, tapi tak boleh sebab banyak projek yang sedang berjalan sekarang ni. Jadi buat masa ni saya hanya guna ubat untuk hilangkan sakit.
“Bekerja dalam kesakitan, hanya Allah tahu apa yang saya rasa,” katanya.
Malah, doktor memaklumkan kepadanya bahawa tumor itu semakin membesar.
Pelakon itu juga meletakkan #cervicalspondylosis iaitu nama bagi penyakit pada bahagian tulang belakang di leher dan #schawannoma yang merupakan sejenis tumor yang terbentuk dalam sistem saraf.
Menerusi laporan Kosmo sebelum ini, Aaron pernah mendedahkan bahawa dia mengalami masalah saraf tersepit pada bahagian lehernya sejak lapan tahun lalu hingga terpaksa keluar masuk hospital.
Dalam perkembangan lain, Aaron kini sedang membintangi drama terbarunya yang berjudul, Suamimu Lelaki Pendosa yang kini sedang ditayangkan di slot, Samarinda TV3.
Kemenangan Foziya Abdullahi sebagai Miss World Somalia 2026 bukan sekadar menambah satu lagi nama baharu dalam dunia ratu cantik antarabangsa, sebaliknya membawa bersama naratif...