Selepas tiga minggu menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka, pasangan selebriti Uqasha Senrose dan suaminya, Kamal Adli berkongsi nama penuh puteri kesayangan mereka.
Kamal dan Uqasha mendedahkan nama penuh puteri comel itu menerusi program Oh Baby Kamal & Uqasha pada Sabtu.
Keduanya sepakat memilih nama Hawra Uqaira yang membawa maksud putih, cantik dan bersih.
“Nama Hawra itu saya pilih. Uqasha ambil Uqaira. Kita ambil sorang satu. Adil la, tak payah berebut.
“Hawra maksudnya putih, bersih dan cantik. Kan nampak putih, cantik dan bersih,” kata Kamal lagi.
Ads
Manakala nama Uqaira pula membawa maksud kebahagiaan, rezeki tanpa kepayahan selain harum dan wangi.
Kata Kamal lagi, dia tidak mahu memilih nama yang terlalu panjang bimbang nama itu menyusahkan anaknya kelak bila bersekolah.
“Nanti di sekolah, panjang sangat nak tulis nama dia,” tambah Kamal lagi.
Ads
Program yang bersiaran di Astro itu berkongsi kisah kelahiran buah hati pasangan ini. Paling menyentuh hati pastinya ketika momen Kamal mengazan dan qamatkan di telinga kanan anaknya sebelum diserahkan pada Uqasha.
Terdahulu, Uqasha selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada 27 April lalu.
Mendirikan rumah tangga adalah sangat dituntut dalam Islam, satu cara menghalalkan hubungan lelaki dan wanita. Namun dalam sesebuah perkahwinan, baik suami mahupun isteri, harus tahu akan tanggung jawab masing-masing dalam menguruskan rumah tangga.
Cinta sahaja tidak memadai kerana apabila berlaku sesuatu hal, mula lah bergaduh dan masing-masing mahu menegakkan pendapat sendiri. Kena faham matlamat sesebuah perkahwinan.
Hadamkan perkongsian dari saudara Syahr Musafir ni. Moga ia bermanfaat buat semua.
“Saya suka dia, dia suka saya, suka sama suka, cukuplah, kan?”
Tidak.
Bab nikah-kahwin ni, suka sama suka tidak cukup besar dan meyakinkan untuk kata seorang lelaki dan seorang wanita itu sudah bersedia untuk bernikah.
Begitu juga dengan ‘hujah’ biasa kita dengar seperti sudah lama berkawan, kenal hati budi, ibu bapa dah restui, bla bla bla, fahamkanlah, semua ini tak cukup valid dan solid untuk jadi sebab untuk berkahwin.
Ikatan nikah membawa maksud kedua-dua lelaki dan perempuan itu mampu menunaikan hak pasangan, mampu melunaskan hak sendiri, tahu dan mampu laksanakan hukum hakam agama, tahu menguruskan rumahtangga dan keluarga, mampu membimbing pasangan dan anak-anak ke arah kebaikan dalam keadaan yang baik, boleh berfikir dengan waras jika hubungan dilanda masalah, wajib menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga, dan pelbagai lagi.
Tak boleh dilupakan, hidup bernikah juga bermaksud kita bersedia nak basuh berak anak kita, tak ada nak euwww bagai. Dah anak berak, basuh sajalah, hingga bersih, tak kisah siang, pagi, tengah hari, petang, atau malam ketika orang lain sedang nyenyak tidur.
Jangan pernah fikir dan bayangkan pernikahan itu cukup dengan cinta suci mendalam sejiwa terhadap pasangan pilihan, nak jaga nafsu syahwat semata-mata, seronok gembira sepanjang masa, boleh bermalas-malasan dan seumpamanya. Hidup berkeluarga, walaupun baru berdua, tak sama dengan hidup bujang.
Orang yang bernikah perlu juga faham risiko perceraian, bukan semua pernikahan berbahagia hingga ke hujung nyawa, hingga ke syurga, perlu matang untuk teruskan kehidupan, dan sebagainya. Bukan mendoakan perceraian, tetapi ambil tahu untuk sediakan ilmu di dada.
Jangan terikut-ikut dengan pelbagai drama, filem dan seumpamanya, yang selalu paparkan cinta sebagai penentu segala-galanya. Kalau ikut drama dan filem, pilot tak pernah masuk cockpit untuk terbang tetapi asyik bercintaaaaa tak habis-habis dengan suri hati, doktor tak pernah sibuk urus pesakit tapi asyik kejar cinta Kapten Mukhriz, lelaki dah nikah macam Ustaz Hamadi sibuk pandang perempuan lain disebabkan cinta Aisyah jadi buta mata tak tahu hak dan tanggungjawab sebagai isteri, bla bla bla.
Adik-adikku sayang, Bernikah bukan bermaksud stop semua benda lain, boleh berbulan madu sampai mati. Hidup perlu diteruskan. Orang yang kerja kuat kumpul duit nak kahwin perlu terus kerja kuat kumpul duit untuk sara isteri dan anak-anak.
Pernikahan membawa bersamanya jutaan UJIAN. Jangan pandang sebelah mata hal ini semua hanya sebab kita nikah suka sama suka. Suka sama suka itu perlu tapi tak cukup untuk sebuah pernikahan.
Pengorbanan seorang ibu, sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri demi zuriat tercinta. Al-Fatihah buat arwah Noor Athirah Binti Mohd Arif yang meninggal dunia akibat sakit kanser. Allahyarhamah menghidap kanser payudara Tahap 4 ditambah pula sakit tersebut merebak hingga menyebabkan tulang belakang berlubang.
Kisah allahyarham pernah dimuat naik di website Majalah Keluarga sebelum ini
Dalam keadaan tersebut, arwah terpaksa bersalin awal apabila kandungannya memasuki 8 bulan. Lebih menyedihkan, selepas pembedahan tersebut arwah koma tanpa sempat menatap wajah dan memberi susu pada bayinya.
Selain bayinya, arwah turut mempunyai seorang lagi anak lelaki berumur 1 tahun 8 bulan yang kini di bawah jagaan sementara ibunya manakala bayi yang baru dilahirkn dibawah jagaan sementara kakak iparnya.
Selama 47 hari bertaruyng nyawa, akhirnya arwah pergi buat selama-lamanya . Kisah yang cukup menyentuh hati ini dikongsikan rakannya Yanna Sofea menerusi laman facebooknya.
Selamat jalan Dik.. Semoga Adik tenang disana..semoga Allah tempatkan Adik para kalangan solehin.. Rehat la dik.. Comey sngt Ank Adik..sebijik muka Adik.. Semoga bby mmbesar dgn sihat.. #Al-fatihah #NoorAthirah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Makan telur goreng merosakkan kesihatan rakyat Malaysia kerana menggunakan minyak. Salah tanggapan ini.
Menerusi perkongsian, Dr Zubaidi Hj Ahmad menjelaskan bahawa telur yang digoreng tidak merosakan kesihatan rakyat Malaysia. Namun jelasnya cara memasak perlu betul agar tidak memudaratkan kesihatan.
Pertama telur merupakan sumber protein yang murah. Banyak nutrien dalamnya. Kedua, jika guna minyak kelapa atau minyak sawit, ia adalah minyak yang sihat jika tidak digunakan lebih 3 kali gorengan.
Kalau saya sendiri untuk menggoreng telur, saya guna hanya satu sudu minyak sawit atau minyak kelapa yang baru.
Sekadar gambar hiasan
Minyak akan menyebabkan masakan menjadi lebih sedap, menyerapkan vitamin ADEK dengan lebih baik, mengelakkan pembentukan batu dalam hempedu dan meningkat rasa kenyang dan puas masa makan. Banyak lagi…Kalau makan dengan sayur dan ulam, lagi berkhasiat.
KHASIAT TELUR
Kalau anda mahu tingkatkan tahap protein dalam badan anda, telur adalah pilihan terbaik. Bukan sahaja ia sangat mudah untuk disediakan, tapi juga sangat murah berbanding sumber protein yang lain. Sebiji telur rebus mengandungi 85 kalori dan 7 gram protein. Telur bukan sahaja mempunyai kandungan protein yang tinggi, malah segala jenis vitamin yang penting untuk badan kita seperti kalsium, folat (vitamin B9), Vitamin A, D, E, B1, B3, B6, B9, B12 dan banyak lagi.
Kita selalu takut untuk makan telur kerana telur kuning dikaitkan dengan kolestrol. Tapi kita tidak tahu yang sebenarnya telur kuning mengandungi mineral dan vitamin ini. Telur kuning yang kandungan omega 3 yang tinggi sangat bermanfaat kepada tubuh badan manusia kerana ianya mengurangkan kadar inflamasi dalam badan.
Antara khasiat yang boleh kita dapat dari telur adalah ia menjadikan sistem imun yang lebih baik.Jika anda tidak mengamalkan makan telur dalam diet anda, anda perlu mulakan sekarang, kerana dengan pengambilan telur dapat memastikan badan anda tidak dijangkiti bakteria dan virus secara semulajadi.
Makan telur yang bersaiz besar (saiz AA) kerana ia mengandungi hampir satu perempat kandungan selenium yang badan kita perlukan. Selenium adalah nutrien yang badan kita perlukan untuk memperbaiki daya tahan badan dan juga mengawal hormon tiroid.
Selain daripada itu kandungan kolestrol yang lebih baik kerana kita tahu yang telur mengandungi kolestrol, tapi kita jangan ingat semua kolestrol adalah tidak baik untuk kita. Kolestrol daripada telur hanya menambahkan kadar kolestrol yang baik sahaja.iaitu ianya meningkatkan kolesterol baik iaitu HDL (high density lipid) yang banyak memberi manfaat dalam kawalan hormon serta sumber kolesterol yang diperlukan oleh otak dan sistem saraf kita. Untuk pengetahuan semua otak dan sistem saraf kita terbentuk 90% adalah dari kolesterol.
Telur boleh mengurangkan risiko sakit jantung kerana telur mengubah kolesterol LDL kepada HDL.Kolestrol yang tidak baik menyebabkan saluran arteri kita tersekat. Kolestrol LDL (Low-density Lipoprotein) mempunyai zarah-zarah yang kecil dan juga besar. Zarah-zarah kecil ini akan menyebabkan saluran tersumbat, manakala zarah-zarah yang besar akan membuatkan saluran bebas dari tersumbat. Jadi dengan menambahkan zarah-zarah besar ini ke dalam saluran darah, risiko untuk diserang sakit jantung lebih rendah.
Bulan Ramadan dan Syawal sememangnya membawa seribu satu makna, bukan sahaja sebagai masa untuk mempertingkatkan amalan ibadah, malah sebagai waktu terbaik untuk mempereratkan hubungan...