Menyentuh tentang bab berhutang, macam-macam sebab orang berhutang dan banyak-banyak cara berhutang ramai yang merasakan mudah jika berhutang dengan kawan-kawan, adik beradik mahupun sanak saudara.
Malah biasa juga kita dengar, lumrah manusia bila hendak meminjam lembut gigi dari lidah tapi bila bab membayar balik wang yang dipinjam, memang liat. Bahkan batang hidung pun nampak.
Justeru Dr Azizul Azli memberi peringatan dalam bab hutang ini. Menurutnya jika ada kawan kita atau saudara kita yang banyak wang, bukan bermakna mereka tidak tidak perlukan wang. Sehingga kita berfikir,
“Duit dia banyak, bolehlah aku pinjam nanti ya”
Sahabat yang mulia,
Wang banyak itu bukan bermakna mereka tidak akan guna wang itu, atau wang itu berlebihan buat mereka. Dengan mudah kita ingin meminjam sahaja.
Mari kita fahami juga,
Mereka yang wangnya lebih dari kita, boleh jadi sabarnya lebih banyak dari kita ini.
Mereka banyak ‘berpuasa’ menahan diri dari jualan Shopee atau yang tidak perlu buat diri sendiri.
Wang itu selalu bersama dengan orang yang sabar dan meninggalkan orang yang tidak sabar.
Wang yang banyak itu bukan dikumpul dalam sehari, dan mungkin jika hilang atau dipinjam mereka tidak akan mampu mengumpulnya lagi.
Ads
Ia perlukan masa dan kesabaran yang tinggi. Tidak semua orang bila duit banyak ia mampu bersabar.
Mereka ada impian yang kuat untuk beli kediaman sendiri, kenderaan impian atau pendidikan anak mereka dimasa depan.
Mereka sedang merancang masa depan keluarga mereka. Jangan mudah untuk meminjam wang jika terlihat saudara kita berada, kerana jika saudara kita telah mula meminta.
Maka mereka akan mula rasa sedih dan bingung, antara memilih impian keluarga atau memberi pinjam buat kita sahabat atau saudaranya.
Belum lagi risiko yang lainnya,
Hubungan persaudaraan boleh terputus akibat hutang kerana sesungguhnya hutang adalah pemutus silaturahim yang paling tajam. Bila hutang yang tak kunjung bayar, membuat sebuah hubungan menjadi renggang. Malah yang berhutang selalu menjadi pemarah dan menghina pemberi hutang.
Ads
“Alah tak kayalah dengan hutang banyak tu, ada nanti aku bayarlah”
“Macam bagi banyak sangat, tak hadaplah duit kau tu”
Kawan kawan yang mulia,
Tulisan ini bukan sindiran, ia ingatan buat yang sedang menulis ini agar tidak ambil kesempatan buat kawan kawan yang kita nampak banyak duit dan senang.
Ads
Kita banyak melihat bagaimana orang berhutang dan biarkan beban tu kepada orang yang memberi hutang. Kita tak tahu duit yang kita pinjam itu boleh jadi duit pengajian anaknya atau duit untuk menjaga ibunya yang telah tua.
Jangan buat hidup orang derita kerana hutang kita.
Berhutang itu dibolehkan dalam agama, tetapi janglah sampai kita berhutang dan tiada usaha untuk membayarnya. Kita harus persiapkan diri untuk membayar hutang bila kita mula berhutang.
Tulisan ini bukan untuk sesiapa,
Tetapi sebagai ingatan buat kita semua dalam keadaan sekarang semakin banyak saudara yang dengan mudah meminta hutang dari saudaranya tanpa berfikir bagaimana ingin lunaskan hutangnya nantinya.
Salam Malam Jumaat buat kita semua.
Jaga keluarga, buat simpanan dan jangan pernah berhenti berdoa meminta padaNya
Berhenti kerja dalam zaman sekarang mungkin memerlukan anda berfikir berpuluh kali sebelum membuat keputusan. Ia bukan satu perkara mudah kerana tidak tahu apa yang bakal terjadi selepas itu?
Jika anda sudah pun mendapat kerja baru di tempat lain, mungkin perkara ini tidak menjadi masalah. Namun sebaliknya jika anda baru mahu mencari atau mendapat pekerjaan yang lain. Sudah tentu banyak persoalan yang perlu dipertimbangkan sedalam-dalamnya sebelum mengambil keputusan nekad untuk berhenti kerja.
Nah, kena fikir masak-masak dan ini empat perkara penting yang perlu anda titikberatkan sebelum berhenti kerja.
1.Keperluan Kewangan
Dalam apa jua situasi, kewangan seharusnya menjadi perkara utama. Lebih-lebih lagi pada zaman ekonomi sekarang. Pasti anda sudah memiliki beberapa aset seperti kereta dan rumah yang memerlukan pembayaran secara konsisten setiap bulan. Pada peringkat awal, mungkin wang simpanan boleh membantu tetapi secara tidak langsung ia tetap menambahkan bebanan.
Apabila terdesak, anda mungkin akan menerima apa jua jenis pekerjaan dan berhadapan dengan krisis kerjaya. Jadi jangan terburu-buru, sebaliknya buat perancangan sebaik mungkin. Anggap kerjaya sekarang sebagai tabung sambil mencari pekerjaan yang diidam-idamkan.
2.Cari Kegembiraan Dalam Pekerjaan
Bukan mudah untuk seseorang mendapat kerja yang diidam-idamkannya.ibarat bulan jatuh ke riba kaedahnya. Namun, jika sebaliknya jangan putus asa atau tetap menanti. Jika ada tawaran lain yang datang, jangan terus tolak bagi memastikan anda tidak menganggur dan dapat menanggung perbelanjaan diri.
Sebenarnya ramai yang senasib dengan anda dan berhadapan dengan dilema. Namun begitu, jangan bersedih sebaliknya cuba bekerja keras serta berfikiran positif. Buangkan rasa kecewa dan cuba bersyukur dengan rezeki yang diterima. Ia sedikit sebanyak akan membantu menjadikan mood kerja anda bertukar lebih baik. Mana tahu, lama-kelamaan anda akan jatuh cinta dengan kerjaya tersebut.
3.Lakukan Perancangan Terbaik
Jika anda mempunyai matlamat dalam pekerjaan yang diinginkan, gunakan masa lapang sebaiknya dengan mencari pelbagai informasi yang diperlukan. Proses mencari pekerjaan ideal memerlukan anda untuk melakukan sedikit penyelidikan. Kumpul sebanyak mungkin informasi tentang pekerjaan mahu pun syarikat tertentu agar anda sentiasa bersedia jika ada jawatan kosong.
Sudah menjadi lumrah, peringkat awal adalah begitu sukar untuk mendapat pekerjaan yang dimahukan. Bagaimana pun pengalaman pasti akan membantu anda mendapatkan pekerjaan yang diingini.
4.Lakukan Apa Yang Diminati
Setiap daripada kita sudah tentu mempunyai impian masing-masing yang ingin dicapai. Kenal pasti apakah ia dan bagaimana impian itu mampu direalisasikan. Walau pun begitu, ramai di antara kita yang hanya memasang angan namun tidak sanggup mengejarnya. Mereka lebih sanggup mengikut apa sahaja yang terhidang di hadapan mata tanpa mahu memikirkan perubahan yang mungkin menyusahkan diri sendiri. Jangan lepaskan impian itu namun dalam masa yang sama harus menjaga kerjaya sekarang agar tidak memudaratkan diri di kemudian hari.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kemahiran menulis perlu diperkenalkan dan diajarkan pada anak sejak awal lagi. Semua ini bagi membiasakan anak untuk memegang pensil dan sebagai persediaan awal melangkah ke sekolah.
Macam mana nak ajar anak? Ikuti panduan Terapis Cara Kerja, Pn Mahfuzah Zainol sebagai persediaan untuk mengajar anak kemahiran menulis.
Persediaan mengajar kemahiran tulisan tangan kepada kanak-kanak?
1. Bersedia ajar cara memegang pensel. Sekitar umur 3-5 tahun.
Setelah itu, kebiasaannya murid sudah develop pegangan pensel sendiri. Nanti saya further explain apa nak buat jika pegangan pensel tidak efektif.
2. Bersedia ajar menulis di atas garisan.
Ya, gunakan buku bergaris. Untuk murid yang muda-muda (4-7 tahun), boleh guna kertas bergarisan yang lebih lebar daripada biasa.
Jenis kertas bergarisan juga telah saya kongsikan dalam posting sebelum-sebelum ini.
3. Bersedia ajar menulis dengan arah betul. Ini adalah cara memulakan pergerakan menulis itu, mula dari atas ke bawah atau dari kiri ke kanan dan vice versa.
Untuk cara menulis dengan betul ini, kita allow untuk murid yang kidal supaya boleh buat garisan dari kanan ke kiri.
4. Bersedia ajar menulis dengan pembentukan huruf dengan betul.
Pembentukan huruf tidak betul ini adalah seperti tulis secara terbalik, macam dalam cermin.
5. Bersedia ajar untuk menjarakkan perkataan.
Yang ini kemudian sikit sebab kita fokus 1-4 tu untuk menulis huruf atau nombor individual dulu, dah pandai, boleh tulis perkataan, then pandai lagi boleh tulis ayat.
Kebiasaannya tiada spacing atau tulis rapat-rapat ni berlaku apabila dia sudah mula menyalin/menulis ayat.
Ibu bapa moden, pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya wajar dicontohi terutamanya dalam memberi didikan kepada anak – anak.
Memetik laporan daripada #BabyXTRA, pasangan selebriti ini berkongsi perasaan dan pengalaman menjadi ibu bapa kepada dua puteri tersayang, Lara Alana dan Lila Amina.
Lara Alana, puteri sulung pasangan selebriti itu, manis seperti tuan badannya.
Menurut Awal, Lara merupakan seorang yang lembut hati terutamanya apabila adiknya, Lila Amina hadir memeriahkan lagi keluarga kecil mereka.
“Lara dia banyak beralah. Masa kecil dia selalu minta sesuatu dengan elok. Mungkin juga sebab Lara kami selalu expose dengan dunia luar sejak kecil, I must say dia very well – rounded juga.
“Lila pernah buat performance atas stage dia sangat takut dan akan nangis… tapi walaupun dia garang hati dia lembut. Orang kata memang baby pandemic betullah,” katanya.
Awal mengaku sukar untuk membesarkan anak – anak perempuan, sebagai bapa berusia 41 tahun, dia sering menitipkan pesan kepada anak – anaknya, terutama Lara.
Sumber: Instagram Awal Ashaari
“Lara dah nak masuk Sembilan tahun, saya nampak perbezaan dari kecil, membesar dan sekarang dia dah nak masuk ke umur remaja.
“Jauh di sudut hati saya risau sebab kita tak boleh nak pantau anak perempuan kita sampai bila – bila. Dia akan membesar, melalui apa yang kita pernah lalui dulu. Saya harap Lara membesar menjadi seorang anak bertanggungjawab, pandai jaga diri.
“Sebenarnya saya selalu pesan kat Lara, “you have to be confident, stand up for yourself, tahu value apa yang Lara ada supaya nanti tidak dibuli, tak ada orang ambil kesempatan atas Lara dan Lara tahu untuk mempertahankan diri sendiri,” ujarnya.
Sumber: Instagram Awal Ashaari
Mengakui tidak mudah untuk membesarkan anak – anak perempuan, namun Awal percaya sebagai ibu bapa mereka perlu seimbang dalam menjalani peranan masing – masing.
Kata Awal, dia seorang bapa yang protective, manakala Scha pula seorang ibu yang penyayang namun tegas.
“Saya lebih protective dari Scha. Jangan sentuh anak – anak saya, saya memang tak dapat tengok anak – anak saya ada masalah atau dalam bahaya.
“Scha seorang ibu yang sangat penyayang tapi tegas. Dia letak anak – anak nombor satu yang utama lebih dari diri dia sendiri. Maksudnya dia selalu fikir anak, biarlah dia tak dapat apa yang dia nak janji anak dia selesa. Itu antara good value tentang Scha,” katanya.
Untuk rekod, Awal dan Scha berkahwin pada 4 Mei 2012. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang puteri iaitu Lara Alana dan Lila Amina.
GM Klang melangkah ke era baharu dengan pelanjutan waktu operasi 10 pagi hingga 10 malam, menjadikannya lebih daripada pusat borong – kini sebagai hab komuniti dan gaya hidup moden yang hidup siang dan malam di Klang.