Dianggarkan sepuluh hingga lima belas peratus di kalangan kanak-kanak menghidap penyakit asma. Namun semakin ramai yang mengalami penyakit ini.
Asma boleh terjadi kepada kanak-kanak yang tiada sejarah asma di kalangan ahli keluarga. Kanak-kanak yang ada faktor genetik, selalunya ada masalah lain yang dialami bersama seperti eczema, alergik rhinitis dan acute sinusitis.
Antara faktor pencetus asma di kalangan kanak-kanak adalah:
1. Jangkitan virus pada sistem pernafasan.
2. Asap rokok.
3. Perubahan cuaca.
4. Alahan pada habuk seperti house dust mile, kulat dan binatang peliharaan.
5. Senaman yang agresif
6. Bau dari minyak wangi, bau cat dan habuk lantai.
7. Alahan makanan dan perasa tambahan makanan.
Ubat sintetik untuk asma yang selalu diberikan doktor terbahagi kepada 3 jenis:
Ubat Pencegah
Ubat ini dapat mengelakkan serangan asma dengan mengawal radang di sistem pernafasan. Ia bertindak dengan mengurangkan bengkak dan pembentukan lendir di sistem pernafasan.
Ubat Pelega
Ubat ini bertindak dengan mengendurkan otot-otot pernafasan dan ini seterusnya akan membuka salur pernafasan yang sempit. Contoh Salbutamol.
Ads
Ubat Kawalan
Ubat ini bertindak mengendurkan otot pernafasan dan mengekalkan salur pernafasan dalam keadaan terbuka buat masa yang lama. Ia digunakan untuk kes serangan asma yang teruk. Contoh Cortocosteroid.
Dapatkan nasihat dari pegawai farmasi berkaitan dengan ubat-ubatan yang diberikan.
Kawal asma elak lebih kronik
Apa yang perlu dilakukan untuk mengawal asma adalah dengan mengetahui faktor pencetus asma. Dengan itu ia dapat dielakkan.
Pastikan anak-anak minum air kosong yang secukupnya. Berikan suplemen vitamin C, vitamin D dan Zink, mengikut dos yang dicadangkan. Elakkan terlalu aktif di tengah panas atau berada lama di kolam renang.
Ads
Menurut perubatan moden, asma hanya boleh dikawal tetapi tidak boleh disembuhkan. Sebahagian kanak-kanak pulih semasa usia meningkat remaja, manakala sebahagiannya mendapat gejala yang lebih teruk.
Ramai kanak-kanak akan bebas daripada asma, walau bagaimanapun ada gejala asma yang menyerang kembali di kemudian hari.
Semoga bermanfaat.
Bintang Kecil: Tengok gigi macam bersih je kan, tapi sebenarnya bila kita tak bersihkan dengan betul semakin lama buat gigi kita jadi berkarat. So teknik berus gigi kenalah betul.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kisah seorang anggota polis yang sanggup membantu seorang pencuri roti di sebuah pasaraya sekitar 10 tahun lalu pernah tular di media sosial.
Namun kes kecurian itu bukan sahaja menjadi perhatian warganet sebaliknya cara dan kata-kata Sarjan Mejar Sharudin Abu Bakar, 60, dalam menyelesaikan kes itu membuatkan ramai yang terkesan dalam melihat sesuatu perkara itu dalam cara berbeza.
Inilah kisah Pegawai Polis yang tiba-tiba menjadi tular kerana sifatnya yang terpuji membebaskan seorang hamba Allah yang mencuri roti gardenia kerana anaknya lapar.
Walaupun pihak supermarket (Pengawal Keselamatan) berkeras mahu menjadikan kes tersebut sebagai kes Polis, beliau tetap mempertahankan lelaki tersebut. Apa yang menyedihkan lelaki tersebut dalam kesusahan kerana dibuang kerja dan anaknya kelaparan sehingga mendorong beliau mencuri.
Pihak pasar raya hanya akan melepaskan lelaki tersebut dengan syarat dibayar 10 kali ganda daripada nilai barangan yang dicuri. Apa yang mengejutkan pegawai Polis tersebut membayar harga tersebut dan memberikan wang belanja untuk digunakan oleh lelaki tersebut.
“Kalau nampak orang tengah susah, jangan ingat Allah tengah uji orang tu, sebaliknya Allah tengah uji kita”
Itulah kata-kata yang sepatutnya menjadi ingatan kepada setiap rakyat Malaysia. Ungkapannya itu menjadi bualan diseluruh pelusuk Malaysia apabila cerita beliau membantu ‘pencuri’ roti di pasar raya menjadi tular.
Beliau pernah bertugas di Balai Polis Nibong Tebal, dan kini menghabiskan waktu pencennya di Masjid Taman Seri Tenggara Parit Buntar. Berasal dari Parit Buntar, seorang yang berperwatakan serba sederhana dan tidak banyak cakap. Walaupun tidak banyak cakap, wakil pengawal keselamatan Tesco yang mahu mendakwa lelaki tadi, teruk juga ditazkirah oleh beliau.
Ungkapan itu meninggalkan kesan mendalam kepada sesiapa sahaja yang membacanya termasuklah Azizan sendiri yang memegang kata-kata itu sehingga ke hari ini.
Azizan yang dihubungi mStar berkata, dia sentiasa terkenang akan kejadian dan kata-kata Sharudin dalam menjalankan tugasnya dengan lebih cekap dan amanah.
Perkongsian Azizan mengenai kisah Sharudin menjadi tular di media sosial.
“Peluang bekerja bersamanya sebelum ini memang menjadi kenangan buat saya sehingga akhir hayat kerana banyak yang saya belajar daripadanya.
“Beliau seorang yang sangat tenang, murah dengan senyuman. Kata-katanya itu memang saya pegang dan akan terbayangkan wajahnya apabila mengendalikan kes seumpamanya,” katanya.
Azizan, 32, berkata, dia sempat bekerja dibawah selian Sharudin selama beberapa tahun yang ketika itu memegang jawatan sebagai timbalan ketua balai polis di Pulau Pinang sebelum mereka masing-masing bertukar ke balai berbeza.
Mengimbau kes tersebut, Azizan berkata, lelaki itu dibawa ke balai polis selepas pihak pasaraya berkenaan enggan menyelesaikan kes itu dengan baik.
Katanya, Sharudin terkesan sehingga sanggup mengeluarkan wang dari poketnya sendiri sebagai ganti rugi kepada pihak pasaraya itu sebanyak 10 kali ganda daripada nilai asal selepas mengetahui suspek mencuri dua buku roti kerana ingin memberi anaknya makan.
“Nilai roti tak sampai RM10 dan tiga kali aku bertanya kepada pengawal itu sama ada ingin tangkap juga? Tetapi pengawal itu juga hanya menjalankan tanggungjawabnya selain ia arahan pihak atasan pasaraya itu.
“Dalam kereta aku tanya kenapa mencuri? Dia cakap tak ada wang nak beli… curi pun sebab nak bagi anak dia makan kat rumah. Terkedu aku dengar. Dia cakap anak dia dah dua hari tak makan nasi.
“Dia cuma mampu bagi anak dia makan keropok sahaja yang berharga 20 sen sebungkus. Lepas dengar, bergenang air mata sebab terbayang anak sendiri di rumah,” ujarnya.
Dalam pada itu, salah seorang aaknya turut berkongsi pandangan mengenai ayahnya ini. Menurut Mohd Zhafrie Sharudin, seperti mana bapa yang lain dia memang tegas dengan kami empat beradik terutama tentang soal agama dan pelajaran tapi dia seorang yang ‘cool’.
Bagaimanapun dalam ketegasannya itu, Zhafrie menyifatkan bapanya itu seorang yang peramah dan disenangi oleh rakan-rakan sekerjanya.
“Jujurnya seperti mana bapa yang lain dia memang tegas dengan kami empat beradik terutama tentang soal agama dan pelajaran tapi dia seorang yang ‘cool’.
“Kalau ada buat kenduri di rumah memang semua rakan-rakan pejabat dia akan hadir dan mereka memang rapat,” ujarnya.
Zhafrie memberitahu dia sebenarnya terkejut apabila kisah mengenai bapanya tular kerana lelaki itu tidak pernah menceritakan hal tentang kerja di rumah.
“Sekarang pun bapa sudah pencen dan banyak menghabiskan masa di rumah untuk berehat. Saya tahu pun tentang kisahnya yang viral apabila ada orang muat naik kisah bapa berserta gambarnya.
“Terkejut tu memang terkejut tetapi sebagai anak pasti saya ada rasa bangga dengannya kerana bapa sendiri tidak pernah bercerita tentang apa terjadi ketika dia bekerja.
“Alhamdulillah kisah itu menjadi inspirasi kepada ramai orang malah saya sendiri terusik dengan apa diceritakan oleh orang lain tentangnya,” ujarnya.
Sumber: Isu Viral dan facebook & mstar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pintu kabinet dapur mungkin kelihatan kosong di dalamnya tetapi idea kreatif wanita ini membuatkan ruang berkenaan nampak menarik. Bukan tu je, barang juga kelihatan lebih tersusun rapi.
Simple je tapi hasilnya wow. Malah dapat jimatkan kos, dengan barang harga RM2.10 sahaja wanita ini berjaya DIY pintu kabinetnya sebagai tempat letak barang tambahan.
Menurut pemilik akaun Facebook milik Zilly Ekieyda Full, awalnya dia hanya membeli tempat gantung barang itu tanpa tujuan.
Namun setiba di rumah dia mendapat idea untuk melekatkannya di pintu kabinet sebelah dalam. Denganadanya pintu kabinet itu, dia menempatkan barang seperti makanan tin dan juga span basuh pinggan serta kain lap.
Wanita itu berkongsi foto-foto hasil DIY itu di dalam group dekorasi di Facebook
“Haritu pegi ECO… Jumpe bekas putih nie…beli terus 12pcs (mase tu mmg tggl 12pcs je color putih😅) yg lain ade lah color hijau n purple…bler balik rumah duk pkir nak buat ape ye beli byk2…
“Nak lekat kt toilet, kt toilet da ade da lebih kurg bekas cmnie…pastu pkir punyer pkir dpt idea lekat kt pintu cabinet💪bler suami bukak cabinet tengok, die kate dah macam bukak PETI AIS🤣 TAPI die kate OK lah tersusun senang nk amik brg nnti😁
Moga kaedah yang dikongsikan ini menjadi manfaat dan panduan buat ibu-ibu yang mahu mencantikkan lagi ruang dapur supaya nampak lebih kemas dan tersusun rapi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sekali sekala teringin juga kita sekeluarga menikmati minuman istimewa yang dicampurnkan bersama pearl bubble. Rasanya yang kenyal-kenyal memang enak dimakan sambil menghirup air yang menyegarkan.
Jadi apa kata, ketahui cara mudah untuk hasilkannya. Hanya dengan merebus topiaca pearl atau juga dikenali sebagai sago yang ada dijual dipasaran bersama beberapa bahan-bahan lain seperti pewarna dan sebagainya, pearl bubble sudah tersedia untuk dinikmati bersama minuman kegemaran keluarga.
Hal yang sama juga dilakukan oleh Dyla Mahdaly, bilamana mencampurkan pearl bubble yang dimasaknya sendiri ke dalam air susu kurma. Nyata memberi rasa yang lebih enak dan tersendiri.
Pearl bubble cara saya…. Senang. Beli big tapioca pearl ni.. Amik yang besar… Kalau kecik boleh wat kuih sagu mata ikan…
Bahan-bahan:
Letak pewarna merah
Serbuk koko
Brown sugar
Cara penyediaan:
4. Lepas tu tapis… Dan boleh hidang dengan pelbagai air.
Hari tu nampak ais, susu kurma jadi boleh dicombinekan kena la dengan citarasa tekak.
Kalau nak gelap, letak pewarna hitam. Tapi sebab tak ada saya campur koko powder dengan pewarna merah.
Selamat mencuba…!
sumber : dyla mahdaly via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.