Setiap pasangan yang berkahwin tentunya ingin bahagia sehingga penghujung usia. Malah, kebahagiaan yang ditonjolkan itu kadang kala membuatkan ada yang cemburu sehingga sanggup melakukan sihir kepada pasangan bahagia itu.
Bukan itu sahaja, bermimpi yang pelik-pelik seperti pasangan berkahwin dengan perempuan lain, tempat yang kotor atau jatuh ditempat yang tinggi.
Selain mendoakan rumahtangga selamat dan bahagia, terdapat amalan untuk mengelak sebarang gangguan makhluk halus.
Ikuti perkongsian daripada Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin
MIMPI PELIK
Pernah anda bermimpi Pasangan anda berkahwin lain??
Mimpi pasangan ada perempuan/Lelaki lain..Mimpi Bersetubuh dengan Lelaki/Perempuan lain…???
Mimpi Binatang berbisa,mimpi Jatuh Tempat tinggi,Mimpi Tempat Kotor,Mimpi Budak kecil,bermain dengan budak dan menyusukan budak,Mimpi Sesat dalam Hutan,Mimpi Terbang,Mimpi Rumah Usang Lama,Mimpi Nenek Tua,Mimpi Orang beri barang,Mimpi Kena kejar ada orang nak bunuh,Mimpi Mati dikapankan,Mimpi bersalin dan banyak lagi ..Asal seseorang itu kerap bermimpi tanpa mereka sedar diri mereka mengalami gangguan makhluk halus..
GANGGUAN PENYEBAB KELUARGA TIDAK BAHAGIA
Itulah yang kerap saya jumpa pada pasangan yang datang ikhtiar hamil dengan saya..Kebanyakan mereka yang kerap mimpi seperti di atas bila di Ruqyah mereka mengalami gangguan makhluk halus…
Bila terkena gangguan hubungan suami isteri benda kecil boleh gaduh besar,Tiada Nafsu pada pasangan,Bernafsu pada pasangan ketika isteri datang haid..C isteri juga bernafsu pada suami bila datang haid..Ketika isteri waktu subur kerap demam sakit,Suami pula bila sedang bersama menjadi layu di tengah jalan,Si isteri jadi panas bila dekat dengan suami,bila nak bersama ada bau di kemaluan,badan kerap bisa,kerap lenguh belakang bahu dan belikat,kerap kembung perut dan sedawa angin,kerap sakit kepala dan rambut banyak gugur,kerap nak muntah ,kerap berdebar resah gelisah tanpa sebab,sukar tidur malam gelisah,kerap fikir nak mati,kerap cepat terasa sentap …
Bila berlaku semua seperti di atas kehidupan kita seharian akan terganggu..Di tempat kerja ada je masalah,bila berniaga jadi tiada mood tiada semangat,rezeki pula jadi sempit,serabut sentiasa…Bila lambat di ubati sakit begini akan akibatkan kehidupan kita seharian akan musnah…
RAMAI TAK PERCAYA, ANGGAP KEBETULAN
Ads
Bila saya bercerita tentang di atas…Bila dah baca apa yang saya tulis di atas pada mereka yang sukar nak percaya akan berfikiran begini…
Mengarut la…Tipu la…Kebetulan je kot…Ye ke
Mana Tahu ni??Boleh percaya ke??Apa buktinya??Mimpi mengarut la mainan tidur je…Dengar boleh percaya jangan mana ada makhluk halus zaman sekarang…dan macam2 lagi andain…
Saya tak suruh pun percaya semua apa yang saya cakap di atas,tapi apa yang saya tulis di atas adalah saya kumpul maklumat dari pesakit saya rawat sendiri..Info tersebut kebanyakan seperti di atas jika anda mengalaminya bermakna diri anda ada gangguan dalam badan…Jika anda rasa diri anda banyak tanda di atas nasihat saya pergilah rawatan islam berhampiran ya..
Ramai pesakit saya yamg ikhtiar hamil dengan saya mengalami gangguan..Saya kerap di tanya soalan macam mana boleh mudah terkena gangguan makhluk halus Ust??
jawapan saya…”Orang yang kerap terkena gangguan makhluk halus kebanyakannya semangat mereka lemah,banyak yang takut,mudah berfikir Negatif,tidak boleh kawal Nafsu Marah,Sentiasa cepat bersangka buruk pada orang,Tidak yakin pada kemampuan diri..Bila semua ini ada pada diri mudah la kena gangguan makhluk halus.
JAGA SOLAT 5 WAKTU
Ads
Saya juga kerap di tanya juga bagaimana nak elakkan gangguan makhluk halus??
Jawapan nya mudah:
Apa yang saya buat Jaga Solat 5waktu,Tanamkan dalam diri sentiasa Positif,Perbanyakkan baca Surah Al ikhlas dalam seharian,Sentiasa Tanamkan dalam hati Allah sentiasa bersama kita,Sentiasa Tersenyum walaupun di uji berbagai dugaan,
BAHAGIA PASANGAN
Sentiasa gembira bila di sisi orang tersayang,Gembirakan hati pasangan dan anak2 kita,Buat apa yang kita suka ,Gembirakan Hati Ibu Dan Ayah,Sentiasa Gembira sesiapa pun berada di sisi kita.Jangan sombong bongkak bangga diri apa yang kita ada..
Itulah yang saya lakukan …Hidup hanya sekali sahaja…Pastikan apa yang kita buat ada matlamat apa yang kita nak capai…
BANYAKAN SEDEKAH ANAK YATIM
Ads
Perbanyakkan sedekah dalam apa cara sekalipun terutama sedekahlah pada anak Yatim..Jangan Kedekut pada isteri,pada anak2,pada kedua ibu ayah kita,sanak saudara kita…Kerana doa mereka semua inilah yang membuatkan kita jadi kuat,jadi ceria gembira jadi bahagia.
BUAT DENGAN IKHLAS
Apa yang penting buat dengan ikhlas,Ikhlas kan diri kerana Allah ..Percayalah jika anda buat semua ini..Anda semua akan lebih bersemangat,rezeki anda akan bertambah murah…Bila gembira makhluk halus pun tiada ruang seinci pun nak masuk dalam tubuh kita…
Itulah cara saya untuk hindarkan gangguan makhluk halus.
AIR SUAM DAN SURAH AL-QURAN
Lagi satu cara saya ,Sebelum tidur saya akan ambil Air suam segelas…Kemudian Ambil garam secubit letakkan dalam minuman…Selepas itu baca :
Al Fatihah 3x
Al ikhlas. 3x
Bismillah Lima 3x
dan selawat 3x…
selesai baca minum air tersebut…Buatlah dengan Yakin inshaaAllah izin Allah pasti di lindungi Allah dari sebarang gangguan makhluk halus..Sekiranya selepas minum anda rasa loya,rasa nak muntah,sedawa2 kembung perut badan menggeletar rasa resah gelisah bedebar2,Nasihat saya dapatkanlah rawatan islam berhampiran ya.
Apa pun saya doakan pada semua yang membaca apa yang saya tulis ini agar di beri kesihatan yang baik,di murahkan rezeki,di beri keluarga yang bahagia,di beri anak yang soleh dan solehah,di panjangkan umur dan di permudahkan segala urusan dunia dan akhirat Aamiin Ya Allah….
Sumber: Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Berdoa ada adab dan tatacara yang molek kita amalkan. Berdoa merupakan senjata orang Mukmin. Apabila kita memahami bahawa doa merupakan cara kita berkomunikasi dengan Allah, maka sudah semestinya kita berdoa bagi memohon segala kebaikan di dunia dan akhirat.
Berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Doa adalah senjata orang Mukmin.” (HR At-Tirmidzi).
Doa merupakan rayuan dan pengharapan kita kepada Allah SWT. Seperti mana bila kita berbicara dengan kedua ibu bapa, saudara mara atau sesiapa sahaja, soal adab tentunya menjadi keutamaan.
Maka begitu jugalah ketika berdoa kepada Allah. Ada adab dan tatacara yang kita perlu amalkan agar doa-doa kita diterima Allah SWT.
BERIKUT PANDUAN TATA CARA BERDOA:
1. Angkat tangan ke paras dada.
2. Rapatkan kedua-dua belah tapak tangan.
3.“Apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf ba ب . Titik ba terletak di hati kita.
4. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruh hijaiah di dalam al quran ada malaikat yang menjaganya. Huruf ba dijaga oleh malaikat bernama ‘har hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus menghadap Allah tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
5. Duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri, tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar/bersandar.
6. Sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran Allah dan menyebut nama-nama Allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Contohnya jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama Allah ar-razaq dan disusuli juga dengan berselawat kepada Nabi SAW.
7. Berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yang dapat difahami kerana Allah Maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambaNYA.
8. Ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sejak dari usia kecil kerana In sha Allah ia akan dapat membentuk peribadi yang baik dalam kehidupan.
Moga perkongsian ini dapat membantu meningkatkan amal ibadah kita agar menjadi lebih baik.
Tidak dinafikan memiliki anak berdarah kacukan, memang luar biasa rupa paras kecomelannya selain bijak. Perkahwinan campur bukan lagi perkara asing atau janggal dalam kalangan masyarakat kita. Ia wujud sejak dahulu lagi.
Perkahwinan Campur
Perkahwinan campur juga merupakan satu bonus dan banyak kelebihan untuk sesebuah institusi keluarga. Salah satu daripada hikmah kahwin campur adalah mewujudkan dan merapatkan hubungan silaturahim antara kaum atau bangsa yang berlainan.
Firman ALLAH bermaksud: “Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuan-Nya”. (Surah Al-Hujurat: 13)
Untuk mendapat genetik yang baik, kita patut menggalakkan perkahwinan campur. Jika tidak dapat berkahwin dengan pasangan berlainan bangsa seperti Cina, Punjabi atau Mat Salleh, boleh berkahwin dengan pasangan berlainan suku.
Contoh: Jawa kahwin dengan Kelantan, atau Kedah. Atau mamak kawin dengan Jawa pun ok.
Perkahwinan campur begini akan melahirkan anak yang mempunyai genetik yang kuat dan mempunyai daya tahan melawan penyakit yang kuat, lebih pandai, lebih cantik/hensem dan lebih kuat fizikalnya.
Anak Bukan Sahaja Comel & Cantik Rupa Paras Tapi Bijak
Kajian juga ada menyatakan di samping dapat menghasilkan baka yang lebih baik, anak hasil perkahwinan campur juga selalunya cantik dan comel belaka. Ini disebabkan percampuran gen di antara ibu dan ayah yang berlainan kaum atau bangsa menghasilkan gen yang lebih baik bakanya.
Justeru, banyak berlaku perkahwinan campur yang melahirkan keturunan berdarah kacukan yang mempunyai rupa paras yang unik dan cantik.
Antaranya ialah artis yang terkenal dengan kecantikan rupa parasnya, Noor Neelofa, generasi keempat kacukan pedagang Arab, Syed Mahmood, yang berhijrah ke Pasir Mas pada 1917. Neelofa merupakan kacukan Arab, Pakistan dan Melayu, yang juga dikenali sebagai keturunan “Tok Syeikh” di Kelantan.
Cantuman dua genetik berbeza kebiasaannya melahirkan anak yang bijak dan mempunyai fizikal yang lebih baik.
Sebagai contoh, Datuk Nicol David, ratu skuasy negara, merupakan anak kepada Ann Marie yang berketurunan Cina dan Desmond David yang berketurunan India.
Di samping menjadi juara skuasy dunia buat sekian lama, beliau telah mendapat 7A untuk PMR dan juga 7A untuk peperiksaan SPM.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula merupakan keturunan campuran baka Melayu dan India. Umum maklum kebijaksanaan beliau dalam menerajui pemerintahan Malaysia selama 22 tahun.
Sebenarnya, banyak lagi contoh yang menunjukkan perkahwinan dengan keluarga jauh membawa kepada kelebihan mental, fizikal dan kecerdasan terutama jika usaha untuk mendapatkan dan seterusnya membesarkan zuriat itu dilakukan mengikut adab-adab yang telah digariskan di dalam Islam.
Oleh itu, kahwin campur harus digalakkan bukan sahaja untuk kelebihan genetik, dengan izin ALLAH SWT, tetapi juga demi perpaduan kaum.
Tuala antara barangan yang penting kerana digunakan setiap hari. Disebabkan itulah tuala tidak harus dipandang mudah penjagaannya terutama daripada aspek kebersihan diri dan anak-anak.
Mengajar anak menyidai tuala setiap hari digunakan sebenarnya adalah perkara asas yang perlu diberikan keutamaan. Selain menjaga daripada aspek kebersihan, menjaga tuala yang tepat juga dapat memastikan tuala lebih tahan lama. Tip penjagaan ini perlu anda berikan perhatian.
Tip Penjagaan Tuala Mandi
1. Tukar tuala setiap tiga hari supaya jauh daripada bakteria.
2. Penting untuk anda membiarkan tuala anda sepenuhnya sebelum menggunakannya semula.
3. Jika boleh basuh tuala selepas menggunakannya.
4. Tuala perlu dikeringkan di kawasan yang kering dan mempunyai pengudaraan yang baik.
5. Basuh tuala anda dengan menggunakan air panas 60 darjah celcius untuk membunuh semua mikooraganisma.
6. Gunakan sabun pencuci yang berasaskan oksigen.
7. Untuk hilangkan bau hapak, gunakan cuka putih semasa membasuh tuala.
8. Adalah lebih baik sekiranya anda membasuh tuala dengan kerap.
9. Jangan kongsi tuala mandi atau item kebersihan yang lain dengan orang lain.
10. Paling penting, sidai tuala setiap kali selepas digunakan. Kenakan pada cahaya matahari bagi membunuh bakteria dan lebih tahan lama.
Petua Mencuci Tuala
#Petua 1
Untuk membasuh tuala, rendamlah tuala dengan sabun pencuci selama 30 minit bersama air suam untuk membunuh bakteria. Sebaiknya, rendamkan tuala berasingan
dengan pakaian lain.
#Petua 2
Untuk bersihkan tuala yang baru beli, rendamkan tuala selama 1 jam bersama air suam, ½ cawan cuka dan ½ sudu garam halus dan bilas hingga warna dari tuala
hilang sepenuhnya.
#Petua #
Bagi melembutkan tuala, gunakan 1 cawan cuka atau ½ cawan soda bikarbonat ketika melakukan bilasan terakhir ketika membasuh tuala. Langkah ini akan
menyegarkan tuala yang kelihatan kusam.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nama popular anak pilihan ibu bapa, Muhammad, Abdul, Siti, Nur. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Badrul Hisham Alias, nama-nama seperti Muhammad, Abdullah, Abdul, Nur, Siti, dan Nurul merupakan antara yang paling kerap digunakan dalam pendaftaran nama rakyat Malaysia setakat ini.