Kesihatan diri amat penting dijaga supaya kita dapat melalukan rutin harian dengan sempurna.
Salah satu masalah kesihatan yang dianggap remeh iaitu hidung tersumbat. Jika berlaku ia menjejaskan aktiviti harian
Sebagaimana perkongsian ini mendedahkan kepada kita hidung tersumbat harus dapat rawatan segera sebelum ia menjadi kronik. Ikuti perkongsian Dr Ezairy M. Sallih.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ads
Pesakit ni dah bertahun mengalami masalah hidung tersumbat. Sekejap belah kanan, sekejap sebelah kiri.
Baru-baru ini makin menjadi-jadi. Lebih-lebih lagi, hidung sebelah kanan.
Ads
Beliau tak ada masalah pada telinga, tekak pun biasa-biasa sahaja. Hidung je ni bermasalah. Kadang-kadang , muka pun rasa gatal.
Saya mulai dengan rawatan menggunakan ubat-ubat yang sesuai untuk membantu mengurangkan gejala yang dialami. Namun, simptom ini masih lagi ada walau dah berbulan menggunakan ubat.
Hari ini saya lakukan pembedahan kepada beliau sebagai pilihan terakhir untuk membantu mengurangkan masalah yang dialami. Pembedahan ‘Septoturbinoplasty’ ini biasa dilakukan oleh pakar bedah ENT untuk mengecilkan saiz turbinate di dalam hidung dan menegakkan bahagian septum pesakit. Melalui pembedahan ini, pesakit akan bernafas dengan lebih lega.Semoga pilihan akhir ini dapat membantu beliau.
Doakan pesakit saya ini segera sembuh ya.
. Sumber: Dr Ezairy M.Sallih Pakar ENT ENT, Head & Neck Surgeon Johor Bahru
Sayu hati apabila membaca nukilan Joanna Felicia yang merupakan salah seorang mangsa tragedi helikopter TLDM.
Detik 9.03 pagi pada 23 April 2024 masih menjadi igauan buat semua rakyat Malaysia. Kira-kira jam 9 pagi tadi, mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna telah selamat disemadikan di tanah perkuburan Kampung Engkeroh.
Lebih meruntun jiwa apabila anak perempuannya bertanya mengenai ibunya. ‘Mami irak gepih’ (mama pergi mana),” kata kanak-kanak perempuan itu Allesia Felice Haslie, 4, dalam bahasa Bidayuh sebaik melihat keranda ibunya, Laskar Kanan Joanna Felicia Rohna, 26, diusung oleh sepasukan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Upacara pengebumian itu turut dilaksanakan dengan penuh adat istiadat ketenteraan, dengan begitu ramai orang menyertainya sebagai penghormatan terakhir.
Allesia adalah anak sulung mendiang Joanna, 25, anggota TLDM yang terkorban dalam nahas dua helikopter iaitu pesawat Fennec (M502-6) dan pesawat HOM (M503-3) yang bertembung sebelum terhempas di Pangkalan TLDM Lumut pada jam 9.30 pagi, Selasa lalu.
NUKILAN PENUH SAYU
Sementara itu, nukilan mendiang di facebook buat anak sulungnya menjadi tular setelah coretan itu begitu menyentuh hati. Siapa sangka nukilan bertarikh 12 Julai 2023, bagaikan coretan yang akan dikenang anaknya sehingga dewasa. Dalam coretan itu, mendiang berkata dirinya masih belum bersedia untuk bergelar ibu dan masih lagi berpetualang mengelilingi dunia. Mengakui diri bukan ibu terbaik, mendiang berharap anaknya membacanya ketika dirinya telah tiada.
Untukmu Anak PERTAMA ku…
Yang lahir ketika aku belum siap menjadi seorang ibu..
Bahkan kamu tumbuh di saat teman-temanku masih berpetualang mengelilingi dunia..
Orang bilang,aku yang mendidikmu..
Nyatanya,kamu lah yang mengajarkan hikmah padaku..
Mereka bilang,aku yang merawatmu..
Nyatanya,kamulah yang merawat jiwa ku hingga bertahan sampai saat ini..
Kata mereka,aku yang mencintaimu..
padahal cintamu padaku tanpa syarat apapun…
Walau sebanyak apapun aku menyakiti hati kecilmu dengan nada tinggiku.
Kata mereka,aku yang membesarkanmu.. padahal kamu yang menguatkan pijakan ku..
Ibu minta maaf Nak..
Atas tiap kemarahan yang tersalurkan padamu.. hanya karena hal sepele..
Ibu berdosa padamu,
Atas setiap perlakuan kasar hanya karena hal yang remeh..
Kadang,Aku merasa tak pantas menjadi orang tuamu..
kamu berhak bahagia mempunyai ibu yg lebih baik dariku.
Kamu tempat kami belajar banyak hal..
Tempat pertama tercurah segala kasih sayang dan harapan…
Suatu saat,ketika aku telah tiada.. Dan kamu mengenang ku sebagai seorang ibu pemarah.. maka,bacalah ini Nak.. Apapun yang dunia katakan, kamu tetap menjadi cinta pertama Ibu,Selamanya..
*Peluk hangat dari Ibumu yang xsempurna
“Ketika Aku Telah Tiada..Bacalah Ini Nak…” Coretan Joanna Felicia Buat Anak Pertama Undang Sebak
Perenggan terakhir
Sayu membaca kata-kata terakhir. Ia begitu menusuk jiwa apabila mendiang seakan meninggalkan anaknya suatu hari nanti. Tidak mahu salah faham anaknya bahawa dia seorang ibu yang pemarah, coretan itu menjadi bukti kasih sayang tiada berbelah bagi buat anak sulungnya.
Suatu saat,ketika aku telah tiada..
Dan kamu mengenang ku sebagai seorang ibu pemarah.. maka,bacalah ini Nak..
Apapun yang dunia katakan, kamu tetap menjadi cinta pertama Ibu,Selamanya..
Joanna merupakan antara 10 anggota dan pegawai yang terkorban akibat nahas pertembungan dua helikopter yang menjalani raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 sempena Hari Terbuka Armada di Pangkalan TLDM Lumut, Selasa lalu.
Mendiang yang berusia 25 tahun meninggalkan suami dan dua orang anak kecil.
Sedangkan lidah lagi tergigit, begitulah juga suami isteri. Tak semestinya dalam sebuah perkahwinan hanya perlu bahagia sentiasa, sesekali perlu juga momen bait-bait bergaduh manja untuk mengharmonikan lagi hubungan.
Tetapi… Tak elok juga bermasam muka berhari-hari. Setiap pergaduhan semestinya ada jalan untuk berdamai. Apa yang penting untuk berdamai semestinya komunikasi antara suami isteri, iaitu berbincang semula. Nak tahu teknik berkesan untuk berbincang suami isteri? Ikuti teknik yang diberikan oleh puan Wawa Shauqi ini untuk panduan bersama.
“Dengan laki aku tu, tiap kali ajak berbincang je bergaduh.”
Dalam satu episod rancangan temubual bersama Steve Harvey, ada satu pasangan dijemput. Umur mereka, 100 dan 103 tahun. Mereka dah kahwin sejak umur 21 tahun. Maknanya dah 83 tahun bersama!
Amazing kan! Nasihat dari pasangan tu adalah,
“Be nice to each other.”
“Talk things over.”
TALK THINGS OVER’ – BERBINCANG UNTUK SETIAP PERKARA
Bab TALK THINGS OVER ni.
Tahun-tahun pertama perkahwinan saya dan suami, payahnya nak praktik yang ini. Setiap kali bincang, mesti jadi gaduh.
Pernah beberapa kali, suami akan keluar dari rumah bila bibit perbincangan nak tukar ke pergaduhan. Ingatkan kami berdua je gitu. Rupanya bila gosip sesama geng mak minah, isu ni rupanya isu sejagat.
Ada yang dah 10 tahun kahwin pun, masih tak boleh berbincang. Bincang je gaduh. Bincang je buat muka. Akhirnya, tak ada improvement pun berlaku dalam perhubungan.
Masing-masing simpan perasaan. Bila dah simpan sakit di hati, masing-masing semakin jauh. Satu isu kecil, mudah je jadi meletup.
Kami laki bini pun, kaki gaduh juga. Tapi syukurlah, bila buka ruang perbincangan, banyak perkara kami dapat improve. Bila dapat berbincang, benda yang asalnya nampak rumit, boleh je selesai.
SELALULAH BERBINCANG DARI SEKECIL PERKARA SEHINGGA SEBESAR ALAM…
Memang sangat tepatlah apa yang atok dan nenek umur 100 tahun tu pesan. Kita laki bini ni, belajarlah berbincang.
3 TEKNIK BERBINCANG BERDASARKAN 3 INDIVIDU BERLAINAN:
Cuma bab bincang ni, tak boleh main redah. Kena ikut kekdah (kaedah). Tak ikut kekdah, tudung periuk pun boleh melayang.
Ini 3 Teknik Berbincang yang saya peroleh dari 3 orang yang berlainan.
1. TEKNIK I
Teknik oleh Psikologis Akif Basri.
CONTOH:
✔ I penat. Boleh tak nak rehat?
❌ Tau tak I ni penat?
✔ I seronok dapat discuss dengan you sebelum buat keputusan.
❌ You memang tak boleh bawak berbincang eh?
Mulakan teguran dengan perkataan ‘i’ atau ‘saya’. Nyatakan apa yang kita rasa. Bukan serang pasangan kita.
2. TEKNIK BURGER
Teknik oleh Kaunselor Fadzli Aziz.
Sebelum tegur, carilah 1 perkara untuk dipuji. Kemudian barulah tegur apa yang boleh dibaiki. Kemudian, dilapisi kembali dengan pujian.
Puji – tegur – puji
CONTOH:
✔ “Saya suka penampilan awak. Segak je. Sebab mulut awak berbau je. Kalau setel bau mulut, mesti A+.”
✔ “Wah, bagus awak kemas rumah. Jangan lupa mop tau. Lepas mop, komfem tip top!”
3. TEKNIK BELI JIWA
Teknik oleh Tuan Badrul Sani.
Perempuan ni, kalau nak beli jiwa dia adalah dengan pujian. Lelaki pulak, nak beli jiwa dia kena bagi ayat penghargaan.
SUAMI PERLU…
Maka suami, rajin-rajinlah pandang mata isteri. Kalau berselisih tu, mata bertentang mata, hadiahkanlah senyuman.
Puji sikit pilihan baju atau gaya rambut yang disikat. Rajin-rajin mesej walaupun semata-mata nak kongsi lawak yang kalian jumpa di FB.
ISTERI PERLU…
Isteri pulak, rajin-rajinlah ucap terima kasih. Up sikit suami tu macam mereka dah buat kerja paling heroic atas muka bumi. Walaupun kerja yang dibantu sekadar angkatkan sampah keluar rumah.
Buat benda simple macam ni pun, kita sebenarnya tengah bina connection. Bila ada connection, nak buat correction jadi mudah.
SUAMI ISTERI ELAKKAN 3M INI!
Yang penting, elakkan 3M ni :
Kalau awal-awal dah guna 3M ni, bukan nak ajak bincang namanya. Tapi ajak berperang.
Bila 2 nakhoda kapal berperang, bukan anak kapal je tak aman. Takut-takut tak sempat berlayar jauh, kapal karam di tengah jalan.
Semoga kita mampu latih diri untuk berbincang sebaiknya. Mudah-mudahan, dapat rezeki jadi pasangan till jannah.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.