Sejak kebelakangan ini banyak kemelut rumah tangga yang berlaku. Itu baru kes artis yang diliput oleh media.

Bayangkan kes lain yang dihadapi oleh rumah tangga yang bukan pasangan selebriti.

Orang ramai terutamanya para isteri semakin risau dan mula untuk berjaga-jaga termasuk pelakon dan pengacara tanah air kita, Janna Nick.

Siapa tidak kenal artis kelahiran Sungai Petani ini yang lantang dan “straight forward” sahaja setiap kali buka mulut.

Walaupun menerima banyak kecaman dari netizen yang mengatakan beliau agak biadab, namun mempunyai sikap “straight forward” adalah satu hal yang bagus

Apabila kita tegas, orang ramai lebih menghormati kita.

IKLAN

Baru-baru ini ketika beliau hosting salah satu rancangan televisyen, beliau secara spontan mengupas topik “sondol”.

Beliau memberi amaran kepada mana-mana individu agar tidak mengganggu rumah tangganya bersama suami, Dini Schatzmann.

“Dalam fasa yang saya sedang gembira dan Dini sahaja kebahagiaan saya, siapa berani sentuh dia, saya tak kisah masuk penjara.

 

IKLAN
@melodiberapi ♬ original sound – Melodi tv3

“Jangan main gila dengan Janna Nick”,

Warganet turut menyokong kenyataan beliau demi menyelamatkan rumah tangga agar tidak wujud orang ketiga.
Ada juga yang berkata bahawa tidak akan ada orang ketiga jika pasangan tidak melayan.
Walau bagaimanapun, segala hal yang terjadi berlaku atas tindakan kita sendiri. Hanya kita yang mampu mengawal tindakan kita.
SUMBER: Tiktok melodiberapi

 

IKLAN

Sumber: Tiktok dato..red

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dai Tik Tok Keluarga @keluarga.my

“Jangan Main Gila” Amaran Janna Nick Agar Kebahagiaan Tidak Dirampas

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI