Bila mempunyai anak yang mempunyai kekurangan diri, tentu ibu bapa ada yang kecewa melihat kekurangan anak berbanding anak kenalan lain yang cemerlang akademik.
Malah, ada ibu bapa bersikap drastik apabila hilang sabar dengan memukul dan merotan anak. Itulah situasi yang dialami oleh bapa ini Afiq Ayman suatu ketika dulu. Beliau mempunyai anak ADHD (Attention Deficit and Hyperactivity) atau dengan kata lain anak yang hiperaktif semasa kecil.

Ikuti perkongsian oleh Afiq Ayman

___________________________________________________________________

Membaca kerisauan para ibu bapa yang mempunyai anak ADHD dalam group ini, saya ingin berkongsi pengalaman anak saya yang mengalami masalah ADHD / hyperactive di awal pembesaran dia. Hingga kalau nak bawa berjalan masa kecik dulu kena ikat tali kat tangan, takut tak sempat nak kejar. 

Pasrah Dengan Kekurangan Anak 

Masuk darjah 4 baru boleh membaca. Saya hampir putus asa. Saya terkilan dan kecewa bila kawan2 update status FB kejayaan anak2 mereka dapat anugerah cemerlang saban tahun…tapi anak saya? Saya dah tak tahu mcm mana nak ajar dia supaya setanding dgn anak2 orang. Saya lepaskan kecewa saya pada dia. Rotan, tampar, tonyoh muka ke lantai semua dah saya buat. Dia x menangis dan dia x pernah serik. Esok dia datang jumpa saya lagi bawa buku yang sama ingin belajar lagi. Begitulah setiap hari… saya tahu dia faham perasaan dan harapan saya pada dia, tapi dia x mampu.. Pernah satu ketika kami sama-sama menangis dalam kereta selepas mengambil result exam dia yang memang teruk.. waktu tu saya cakap dekat dia, abah dah  tak tau nak buat apa utk abang. Abang dah besar dan abah tak kan pukul lagi.. pasrah

Jangan Patah Semangat Bila Anak Ada Kekurangan, Setiap Anak Ada Istimewanya. Sungguh Motivasi Perkongsian Bapa Ini!

IKLAN

Lakukan Perubahan – Dapatkan Khidmat Personal Tutor

Sehinggalah saya hadir kursus oleh pejabat pendidikan dan berjumpa doktor pakar. Anak saya diagnosed oleh pakar ENT mengalami masalah tulang hidung yang bengkok yang menyekat pernafasan sempurna dan mudah allergy. Sering tersumbat, mudah kena jangkitan dan memberi kesan kepada tekanan di telinga. Menyebabkan dia kurang dengar dan mengganggu fokus kpd pelajaran. Itu mungkin salah satu kenapa dia mengalami masalah LD selain daripada ADHD tersebut.

Akhirnya saya mulai faham yang dia bukan sengaja jadi begitu dan kami ibu bapa perlu lakukan sesuatu. Saya menyesal buat dia mcm tu sebelum ini. Saya mulai membuat rujukan di internet dan sebagainya. Saya hire personal tutor untuk dia, sbb saya x mampu ajar dia lagi..saya bukan lah penyabar sangat.

Jangan Patah Semangat Bila Anak Ada Kekurangan, Setiap Anak Ada Istimewanya. Sungguh Motivasi Perkongsian Bapa Ini!

IKLAN

Energy dia yang berlebihan saya salurkan ke aktiviti fizikal seperti taekwondo, hiking, cycling dll. (Alhamdulillah dia berjaya mendapat talipinggang hitam taekowondo semasa tingkatan dua dan pingat perak pertandingan taekwondo terbuka Langkawi). Tumpuan dia yang kurang saya pulihkan dengan aktiviti seni seperti lukisan, pertukangan dan ukiran. Saya rajin masak makanan laut utk dia especially kerang dan saya elakkan dia makan atau minum yg mengandungi pekatan gula yg tinggi.

Kena Ada Kekuatan Emosi 

Memiliki anak sebegini bukan sahaja memerlukan kekuatan emosi tetapi jugak fizikal. Kita kena bersaing dengan dia yang tidak kenal letih yg akhirnya menyebabkan kita sendiri kelelahan. Banyakkan aktiviti bersama dia dan ahli keluarga yang lain agar tiada yang rasa tersisih. Kebanyakkan anak2 ini sukakan aktiviti outdoor dan nature kerana jiwa mereka yang sensitif dan tersendiri. Latih mereka utk berdikari dengan memberi tugasan mudah. Misalnya yang selalu saya buat adalah dengan menyuruh dia membayar makanan di restoran ketika kami makan di luar supaya dia biasa membeli makanan di kantin sekolah. Sering kali dia x dapat makan ketika rehat kerana tidak biasa berebut di kantin

IKLAN

Salah satu sebab kenapa saya menyambung pengajian peringkat Master adalah utk memberi dia contoh dan semangat utk memasuki menara gading. Saya sering membawa dia dan keluarga setiap kali saya ada temujanji dengan supervisor di universiti. Saya tunjukkan kpd dia dan adiknya inilah rupanya universiti dan inilah kehidupan sebagai pelajar universiti yang sering cikgu cerita di sekolah. InsyaAllah satu hari abang dan adik juga akan belajar di sini. Alhamdulillah dia berpeluang menyaksikan upacara konvokesyen saya menerima ijazah Master pada tahun 2002 yg membakar semangat dia utk gigih belajar dgn cara dia. Kini saya di tahun akhir pengajian PhD dan insyaAllah saya akan habiskan pengajian saya sebagai contoh dan dorongan kepada dia dan adik dia.

Seperti ramai yang cakap di group ini, anak2 yg bermasalah spt ini, comel, hensem dll.. Ya saya setuju, bg saya dia mmg comel dan hensem dan akan sentiasa saya anggap begitu sampai hayat kami. Dia sering menjadi rebutan untuk didukung semasa kecil, tapi bukan mudah utk dia duduk dalam dukungan.

Jangan Patah Semangat Bila Anak Ada Kekurangan, Setiap Anak Ada Istimewanya. Sungguh Motivasi Perkongsian Bapa Ini!

Alhamdulillah, hari ini dia di semester satu UITM dalam jurusan Industrial Design. Mohon sama2 kita doakan kejayaan anak2 kita dan jangan berputus asa dengan mereka. Mereka punya harapan dan kejayaan mereka di tangan kita untuk melakarnya.

Nasihat saya kepada para ibu bapa yg mempunyai anak seperti ini, lebihkan didik mereka dengan kemahiran hidup berbanding akademik.. InshaAllah ada potensi mereka di situ. Sekurang-kurangnya mereka boleh berdikari jika kita sudah tiada. Jangan bandingkan anak kita dengan anak orang lain sebaliknya tumpukan pemulihan dia mengikut keupayaan dia yg tersendiri.

Sumber: Afiq Ayman

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI