Lumrah dalam berumahtangga, jika mahu aman dan bahagia kena ada sifat  memberi dan menerima antara suami dan isteri. Takkan sepanjang masa isteri sahaja yang nak jaga hati suami. Suami pun perlulah jaga hati isteri dengan cara menggembirakan isteri. Betul tak?

Pasangan yang adalah dua orang individu dengan karakter berbeza yang komited untuk menyayangi satu sama lain. Mereka  cakna akan perbezaan antara satu sama lain, namun tidak menjadikan itu satu benteng untuk melayari alam rumah tangga yang bahagia.

Kerjasama, komunikasi antara satu sama lain, saling menghargai dan berterima kasih pada pasangan atas apa yang mereka lakukan. Itu antara resipi untuk rumah tangga kekal aman.

Isteri adalah amanah yang paling bernilai di dalam sesebuah rumah tangga. Justeru, pendamping yang setia itu tidak akan culas dalam menjalankan tanggungjawabnya dalam apa juga keadaan sekalipun.

Lebih-lebih lagi apabila mendapat pasangan yang cukup berdikari, jadi jangan pula mengambil kesempatan di atas kebaikan pasangan anda. Sebaliknya hargai pengorbanan dan penat lelah mereka untuk keluarga. Perkongsian  dari saudara Akhtar Syamir cukup menarik untuk dikongsikan.


Jangan Sekali-Kali Berfikir Panjang Untuk Menggembirakan Isteri. Walaupun Penat, Tapi Bila Isteri Itu Bahagia. Pasti Keluarga Pun Bahagia

Isteri saya seorang superwomen ! Setiap inci rumah dia dah kemaskan dan sediakan untuk hari raya tahun ini. Saya tak dapat nak bantu sikit pun. Masa di rumah terlalu singkat kerana kerja. Dia yang handle semua.

IKLAN

Ini antara sebab kenapa bila dia nyatakan hasrat nak apa-apa di lazada atau melalui PS, saya jarang tolak. Sebab saya tau minat dan semangat dia tu memang tinggi.

Bayangkanlah yang kelabu tu semua wallpaper. Rumah kami ada masalah kulat di cat dinding. Yang putih-putih tu. Memang tak selesai dari masa kami mula duduk sini. Akhirnya terpaksa pasang wallpaper semua. Isteri saya lah seorang diri pasang berperingkat semasa saya bekerja. Bila saya pulang, masa dia akan dihabiskan dengan saya. Mood kerja dia datang bila saya takde je.

Jangan Sekali-Kali Berfikir Panjang Untuk Menggembirakan Isteri. Walaupun Penat, Tapi Bila Isteri Itu Bahagia. Pasti Keluarga Pun Bahagia

Kadang-kala ramai yang kata dia beruntung kerana ada suami seperti saya melalui apa yang saya tuliskan dalam artikel-artikel saya. Tetapi inilah sebab utamanya kenapa saya layan isteri saya setinggi yang boleh, kerana dia melayan saya sehebat ini.

IKLAN

Dalam perhubungan, ada yang memberi, ada yang menerima. Berilah dan berilah dahulu. Jangan putus asa. Sampai satu masa nanti, anda akan menerimanya semula.

Sekarang dia dalam kepenatan ditambah dengan selsema pulak. Saya suruh dia tidur dan silent telefon. Balik kerja nanti saya nak kena urut bagi dia lega sikit.

Jangan Sekali-Kali Berfikir Panjang Untuk Menggembirakan Isteri. Walaupun Penat, Tapi Bila Isteri Itu Bahagia. Pasti Keluarga Pun Bahagia

IKLAN

Walaupun dia penat, tapi inilah contoh bila isteri itu bahagia. Pasti keluarga pun bahagia. Jadi, jangan sekali-kali berfikir panjang untuk menggembirakan isteri. Kerana kita sekeluarga yang akan dapat manfaatnya.

Korang dah siap kemas rumah? Mood raya dah sampai ke belum?

Jemput follow saya ? Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.

Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.

▶️ http://t.me/broohsemfans ◀️

BroOhsem

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI