Jangan Tak Tahu, Simpan Nasi Lebih 4 Jam Dalam Suhu Bilik & Panaskan Semula Boleh Jadi Punca Keracunan Makanan

Share

Biasa kita dengar lebihan nasi yang disimpan malam tadi dipanaskan semula untuk mengelakkan daripada membazir.Lagi lagi kalau masih banyak nasi yang tidka habis dimakan.
Namun, tahukah anda, memanaskan semula makanan seperti nasi boleh mengundang keracunan pada makanan tersebut.

.

Menurut status yang dimuat naik oleh KKM Putrajaya hari ini mengenai nasi yang dipanaskan semula boleh menyebabkan keracunan serta cara penyimpanan yang betul untuk selamat di makan.

.

Ia menyebabkan pembiakan bakteria bacilus cereus sehingga menghasilkan toksin beracun. Sebab itu penting untuk kita menitik beratkan penyimpanan makanan.
Makanan yang telah dimasak mesti disimpan dalam peti sejuk dalam bekas yang tertutup.
Tambah pihak KKM lagi, ini yang dinamakan langkah pencegahan awal yang ditekankan KKM. Beringat sebelum kena.

Sumber: KKM Putrajaya

IKLAN