Biasa kita dengar lebihan nasi yang disimpan malam tadi dipanaskan semula untuk mengelakkan daripada membazir.Lagi lagi kalau masih banyak nasi yang tidka habis dimakan.
Namun, tahukah anda, memanaskan semula makanan seperti nasi boleh mengundang keracunan pada makanan tersebut.
.
Menurut status yang dimuat naik oleh KKM Putrajaya hari ini mengenai nasi yang dipanaskan semula boleh menyebabkan keracunan serta cara penyimpanan yang betul untuk selamat di makan.
.
Ads
Ia menyebabkan pembiakan bakteria bacilus cereus sehingga menghasilkan toksin beracun. Sebab itu penting untuk kita menitik beratkan penyimpanan makanan.
Makanan yang telah dimasak mesti disimpan dalam peti sejuk dalam bekas yang tertutup.
Tambah pihak KKM lagi, ini yang dinamakan langkah pencegahan awal yang ditekankan KKM. Beringat sebelum kena.
Semakin hari umur kita semakin bertambah, dan bila semakin berusia itu bermakna tahap kesihatan juga selalunya akan menurun. Lebih-lebih lagi jika umur telah memasuki usia emas.
Jadi menjadi tanggungjawab kita sebagai anak, untuk menjaga orang tua kita agar mereka merasa bahagia hingga hujung nyawa. Telah banyak pengorbanan mereka curahkan kepada kita semenjak kita kecil, kita tiba pula masa kita menjaga mereka sebagai bukti mengenang jasa dan budi.
Hal yang sama juga telah dilakukan oleh Puan Juriah Jalalus Shuti terhadap ibunya Puan Aminah Mohd Munir.
Ini perkongsiannya
Setiap kali singgah ke rumah mak, saya sekadar nampak emak kerap masuk toilet dan saya sendiri tidak merasakan ada masalah tentang itu. Hinggalah suatu hari sedang berborak dengan mak, tiba-tiba mak bergegas ke bilik air dan belum pun sempat ke bilik air tiba-tiba ibu terkencing di situ.
Ketika itu air muka mak jatuh dan saya masih tidak menggangap ada sesuatu yang serius. Emak bersihkan kawasan tersebut dan saya buat-buat tidak tahu untuk elakkan mak terasa malu.
Apa yang saya perasan, mak selalu mengadu katanya kainnya semua sudah reput, kain dia dah rosak, cepat koyak dan hancur. Jadi setiap kali dia mengadu, saya belikan kain batik yang baru. Dan rungutan ini berkali-kali saya dengar hinggakan saya ambil keputusan untuk terus beli kain batik berkodi-kodi demi untuk mak.
Kain itu rosak bukan sebab tidak berkualiti atau sebagainya TETAPI disebab direndam dengan air kencing setiap hari, itu penyebab utama kain batik yang dibeli mereput dengan cepatnya.
Selapas 6 bulan melihat keadaan mak dan keadaan rumah yang berbau, barulah saya dan kakak berbincang dan barulah kami sedar bahawa mak sebenarnya ada masalah mengawal kencing.
Kemudian saya ambil maid untuk cuci rumah mak setiap hari, tapi still bila pagi cuci dan petang saya datang masalah bau masih ada. Saya rayu mak tinggal dengan saya, tapi mak tetap bertegas boleh jaga diri sendiri dan tidak mahu kehadirannya mengganggu kehidupan anak-anak bila duduk sebumbung.
Bila mak dah buat keputusan begitu, jadi saya datang ke rumah mak setiap hari untuk mop lantai dan salinkan kain. Hari-hari berulang alik memang penat dan saya terus merayu mak untuk tinggal sekali hinggalah setahun usaha memujuk ini saya lakukan.
Ajak pindah, duduk sekali
Pujuk bukan sekadar dengan mulut, malah saya tunaikan semua keinginan mak agar dia mahu tinggal dengan saya. Katanya kalau pindah rumasah saya, nanti dia tak boleh ajar mengaji, lalu saya carikan beberapa orang jiran untuk menjadi anak murid mak. Begitu juga katanya, dia tak selesa di rumah saya katanya dapur dekat dengan bilik dia dan dia tak mashu orang tengok dia.
Jadi saya buat mejor ubah suai rumah mengikut apa yang membuatkan mak saya rasa selesa. Saya tambah satu bilik lagi untuk dijadikan ruang mengaji untuk mak mengajar dan saya juga sediakan satu bilik baru untuk mak yang mana dekat dengan toilet.
Alhamdulillah, mak akhirnya mahu duduk sekali dengan saya. Bila saya berjaya pujuk itu bermakna semua masalah-masalah sebelum ini di rumah mak kini dibawa ke rumah saya pula.
Jadi untuk pastikan rumah tidak berbau dan suami serta anak-anak selesa, saya pastikan akan mop rumah berkali-kali. Kebetulan, pejabat dekat dengan rumah, jadi pagi sebelum kerja saya mop, tengah hari time lunch saya balik untuk mop dan balik kerja sebelum buat benda lain saya mop lagi sekali lantai.Semua ini saya lakukan untu keselesaan seisi rumah, lebih-lebih lagi buat emak yang seharian berada di dalam rumah. Saya mahu mak selesa.
Pun masalah ini tidak selesai sehinggalah saya dan kakak perasan, cara terbaik atasi semua ini adalah dengan memakaikan emak drypers dan bukannya perlu mop lantai sentiasa dan menukar lebih kerap kain batik dan pakaian yang dipakainya.
Cadangan kami untuk mengenakan mak lampin orang dewasa tidak ditolak oleh mak. Dia akur dan saya sangat bersyukur dengan penerimaannya. Apa yang saya lihat, mak lebih selesa dan kini hidupnya lebih nampak positif bila sudah mahu keluar berjalan-jalan bersama anak dan cucunya.
Semoga perkongsian ini dapat memberi pengetahuan kepada kita untuk melakukan yang terbaik kepada orang tua bila tiba waktunya nanti.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila mengingatkan nostalgia raya zaman kanak-kanak, diakui memang cukup indah dan meriah.
Selain suasananya, pasti juga kita terkenang akan beberapa menu yang istimewa dan wajib ada terhidang di atas meja untuk meraikan tetamu yang berkunjung.
Lain tidak bukan, salah satunya adalah agar-agar kering ini. Boleh dikatakan, hanya musim Raya sahaja kita dapat merasa keenakan rasanya.
Jadi untuk yang ingin merasai kembali kuih legend ini, bolehlah dicuba untuk menyediakannya sendiri dan dalam masa yang sama dapatlah kita perkenalkan dan bagi anak-anak merasa kuih-kuih tradisi orang dulu-dulu.
Jom semak perkongsian ini untuk ketahui cara pembuatanya.
Kuih raya legend paling simple tanpa guna oven dan mixer. Semoga sempat kering sebelum raya.
Resepi mak saya :
60 gm agar-agar pek (agar2 tali)
1.4 kg gula pasir
1600 ml air
250 gm gula batu
Pewarna sikit
Nak lagi sedap boleh letak perisa ikut warna sesuai. Macam saya merah (strawberi), putih (laici)
Cara buat :
1. Campur semua bahan, masak sampai mendidih.
2. Tuang dalam bekas, dah keras sikit baru boleh potong. Potong pakai pisau lekuk beli dekat Eco je.
3. Jemur sampai keluar gula
Resepi ni boleh dapat penuh 4 tray.
P/s: Jangan makan banyak2, sebab manis hehehe. Resepi ni memang kena banyak gula sebab nanti tak jadi keras.
Saya dah update gambar yang dah kering. Saya izinkan sahabat2 share resepi. Boleh buat untuk makan raya
Pasti ramai ibu-ibu yang berhadapan dengan masalah kesan bintik-bintik hitam pada pakaian. Walaupun telah dicuci berkali-kali, masalah tersebut tidak dapat diatasi malah menyebabkan pakaian makin kelihatan comot dan kotor. Sebenarnya, kesan bintik hitam itu adalah tahi lalat.
Tahi lalat pada baju biasanya disebabkan oleh kulat yang tumbuh pada baju akibat tidak kering sepenuhnya atau lembap. Masalah ini berlaku jika pakaian diperuk dalam keadaan basah, ataupun baju direndam dengan air yang sedikit, Ditambah pula jika ibu-ibu melambat-lambatkan proses untuk dibilas sehingga beberapa hari. Keadaan ini menyebabkan tahi lalat ini akan muncul pada baju.
Agar baju yang terkena tahi lalat ini tidak terbuang anda boleh praktikkan cara ini untuk menghilangkan bintik hitam ini pada pakaian.
1. Campur cuka ke dalam setengah liter air.
2. Rendam pakaian anda yang memiliki tahi lalat tersebut ke dalam air campuran cuka tadi. Rendam selama semalaman.
3. Keesokan harinya cuci dengan menggunakan sabun atau detergen seperti biasa.
4. Siapkan air panas yang telah dicampur dengan lemon.
5. Bilas pakaian anda tadi dengan air panas dan campuran lemon.
6. Biarkan pakaian beberapa ketika di dalam air tersebut.
7. Kemudian cuci kembali menggunakan sabun.
8. Bilaslah menggunakan air biasa
9. Jika tahi lalat masih ada silakan ulangi langkah 5-8 sampai semua tahi lalatnya hilang.
10. Kemudian jemur hingga kering.
Cara Mencegah Tahi Lalat Muncul Pada Baju
Setiap kali selepas selesai melakukan aktiviti yang mengeluarkan banyak peluh sebaiknya rendam atau terus cuci baju anda, Jangan peruk baju tersebut dalam bakul.
Jika anda merendam baju, jangan biarkan ia direndam terlalu lama kerana ia akan menyebabkan pembentukan bintik hitam dengan lebih cepat.
Jika baju hari ini ingin dipakai kembali pada besok hari, sebaiknya jemur terlebih dahulu bajunya sebelum digantung.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Aaron Aziz mengakui berdepan rasa sunyi apabila anak-anak semakin dewasa dan melanjutkan pengajian di luar negara. Luahan menyentuh hati ini dekat dengan pengalaman ramai ibu bapa.