Jika reda anak datang daripada reda ibu bapa maka reda isteri datang daripada reda suami. Isteri yang solehah akan menjadi ketua bidadari di syurga nanti sedangkan isteri yang nusyuz tempatnya di neraka.

Justeru, isteri wajib mengikut perintah dan faham kehendak suami. Kerana itu, antara rela dan terpaksa, si isteri akan akur biarpun terselit rasa kecewa. Namun, sejauh mana suami cuba untuk memahami keinginan atau  apa yang disukai oleh sang isteri. Arahan macam mana yang membuatkan isteri boleh terima tanpa terpalit perasaan ‘terpaksa’. Cubalah fahami.

Jangan terlalu melihat ‘derhaka’ isteri, sehingga kita melupakan ‘derhaka’ kita sendiri. Sama-sama kita hadam perkongsian indah dari Mizan Dzai ini.

“Jangan Terlalu Melihat Derhaka Isteri, Sehingga Lupa Derhaka Sendiri.” Deep Perkongsian Lelaki Ni!

SUAMI DERHAKA
=============

Kalau isteri menyakiti hati suami, tandanya derhaka pada suami tapi bagaimana kalau suami menyakiti hati isteri?

Jawapan Ustaz :

Berdosalah juga cuma tidak ada istilah suami derhaka pada isteri, tapi suami akan ditandai oleh Malaikat sebagai derhaka pada Allah SWT.

Kerana isteri, rezeki kau bertambah.

Kerana isteri, maka lahirlah zuriat kau.

Kerana isteri, makan pakai kau dijaga.

Kerana isteri, tenang hati kau.

IKLAN

Kerana isteri, lembut pemandangan mata kau.

“Jangan Terlalu Melihat Derhaka Isteri, Sehingga Lupa Derhaka Sendiri.” Deep Perkongsian Lelaki Ni!

Kerana isteri adalah satu-satunya manusia yang boleh melihat cacat cela kau yang tersembunyi dari pandangan mata kau dan masih menerima kau seadanya.

Janganlah sakiti hati mereka, ingatlah setiap pengorbanan mereka walaupun kecil dimata kau tapi besar untuk dirinya.

Setiap peluh yang menitik, yang dikerjakan untuk keluarganya, setiap air mata yang menitis untuk anak-anak dan suaminya adalah salah satu tanda dia isteri yang terbaik buat kau wahai yang bergelar suami.

“Jangan Terlalu Melihat Derhaka Isteri, Sehingga Lupa Derhaka Sendiri.” Deep Perkongsian Lelaki Ni!

Mengapa Wanita sering menangis?

IKLAN

Jawab Allah :

Kerana Wanita itu unik. Aku ciptakan mereka sebagai makhluk yang istimewa.

Aku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya.

Aku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman.

Aku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia.

Aku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah.

Aku beri dia naluri untuk tetap menyayangi, walau dikhianati oleh teman, walau disakiti oleh orang yang disayangi.

IKLAN

“Jangan Terlalu Melihat Derhaka Isteri, Sehingga Lupa Derhaka Sendiri.” Deep Perkongsian Lelaki Ni!

Wanita makhluk yang tabah dan kuat. Tapi jika suatu saat dia menangis itu kerana aku beri air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

Wanita itu tersangatlah istimewa.

Kirimkan pada Wanita yang kau sayangi.

Kirimkan juga pada lelaki agar mereka lebih menghargai Wanita.

Dan agar kau tahu bahawa Wanita itu adalah ciptaan Allah yang istimewa.

“Jangan Terlalu Melihat Derhaka Isteri, Sehingga Lupa Derhaka Sendiri.” Deep Perkongsian Lelaki Ni!

#CahayaMata
#SuamiMithali

Sumber: Mizan Dzai

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI