Setiap ibu bapa bimbang apabila anak tidak menunjukkan perkembangan positif dalam bidang akademik.
Anak sepatutnya sudah mahir membaca sebaliknya masih tidak lancar dalam pelajarannya.
Situasi ini mengakibatkan segelintir ibu bapa mengalami tekanan. Namun ada juga ibu bapa beranggapan ia sebagai suatu proses pembelajaran buat anak yang lambat dari segi akademik.
Begitulah pendekatan yang dilakukan oleh lelaki ini dalam keluarganya. Menerima kekurangan anak seadanya dan percaya akan tiba masanya anak sudah bersedia untuk mengikuti pembelajaran dengan penuh minat.
Semoga perkongsian ini menjadi motivasi buat ibu bapa yang bimbang dengan pencapaian akademik anak.
Jangan terlalu risau kalau ada anak yang lambat pandai. Slow. Blur. Kurang pickup. Bantu dia untuk ada minat belajar je dulu. Slow tak apa. Jangan stress.
Saya dulu masa darjah 4 masih belum pandai baca Al-Quran. Huruf ظ ط ض masih tertukar. Banyak sangat main tak fokus mengaji. Padahal anak tok imam.
Ads
Turning point saya berubah jadi minat nak belajar bila dalam kelas di sekolah ada seorang ustaz suruh saya baca perkataan-perkataan arab di papan tulis tapi saya tak boleh baca. Malu sangat. Masa tu pertengahan tahun darjah 4.
Nasib baik ada kawan sekelas tolong bacakan, saya ikut bacaan dia. Selepas balik dari dari sekolah hari tu terus bertekad akan belajar betul-betul. Adik saya Siti Sarah Ismail yang darjah 3 tolong ajar saya baca Al-Quran.
Ayah mengajar juga tapi ayah lumpuh separuh badan sebab stroke jadi tak mampu mengajar dengan sempurna. Tak malu walaupun belajar dengan adik. Sepatutnya abang ajar adik. Kena marah dengan adik no hal lah.
Dah bertekad nak pandai mengaji. Bila fokus dan istiqamah, Allah bagi terang hati alhamdulillah. Ketika darjah 5 saya terpilih untuk jadi wakil sekolah dalam pertandingan hafazan Al-Quran. Alhamdulillah UPSR dapat straight A.
Moral of the story, lambat tak apa yang penting pastikan anak-anak ada minat belajar. Biasanya slow dan tak pickup tu sebab tak minat belajar. Kalau dah minat semua jadi senang insyaaAllah. Setiap orang ada timeline masing-masing.
Ads
Sekarang saya mengajar anak-anak istiqamah tak perlu nak laju sangat. Stress kalau terkejar-kejar boleh menyebabkan burnout terus hilang minat belajar.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Ads
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Pelawak dan pelakon, Achey berkongsi khabar duka apabila dirinya disahkan positif Covid-19.
Memuatnaik beberapa keping gambar menunjukkan rekod pemeriksaaan kesihatannya sebagai bukti. Lebih mengejutkan, pada awal pemeriksaaan dikatakan menghidap demam denggi.
Menerusi kapsyennya, Achey telah membuatkan ujian RTK sebanyak 5 kali dengan keputusan negatif. Namun simptom demam melampau, membuatkan dia segera membuatkan ujian PCR dan disahkan positif Covid-19.
Ekoran itu, keputusan ujian saringan Covid-19 yang diterima hari ini sekali gus perlu menjalani proses kuarantin.
Pada masa yang sama meluahkan rasa syukur apabila isteri dan anak tidak dijangkiti wabak itu.
Achey juga berpesan kepada pihak yang menjumpainya dalam tempon itu untuk membuat pemeriksaan. Dia juga memohon maaf menyusahkan ramai pihak dengan situasi yang dialaminya itu.
Test 5 Kali RTK Negatif, Sekali Buat PCR Positif
..suspect denggi..
…
Covid test:
5 kali test RTK (NEGATIVE)❌
..
Sekali PCR (POSITIF )✅
..
PCR sbb dah ada simptom demam melampau…Entah laa mcm2 sekarang… redha dan ikhtiar je… bismillah … tiara dan @anne_achey Alhamdulillah takda simptom dan negative…
🤲🤲🤲
P/s : kepada yang rasa2 ada jumpa dengan saya tu dah boleh check jugak yea… maaf saya susahkan semua orang
Melihat beberapa keping gambar yang dikongsikan di akaun media sosial, para warganet memberi komen dengan mendoakan agar segera sembuh. Ada juga berkongsi melalui situasi yang sama menggunakan ujian RTK.
Semua orang boleh bergelar ibu bapa, tetapi sejauhmanakah mereka berjaya mendidik anak-anak dengan baik adalah suatu yang sukar. Ini kerana anak umpana sehelai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkan mereka. Ia termasuk emosi anak itu.
Sebagai ibu bapa, kita perlu kenali emosi anak dahulu supaya dapat asuh anak menjadi pintar dan cemerlang dalam hidupnya! Emosi mudah rapuh jika ibu bapa sering mencelanya dengan kata-kata yang boleh menguriskan jiwanya.
Apabila ibu bapa punya ego yang tinggi, mereka akan culas untuk mendidik anak dengan berhemah. Keadaan ini jika dibiarkan akan menggangu emosi anak. Jadi mulai hari ini, mari ubah cara kita menguruskan emosi anak!
Ikuti perkongsian lelaki ini Khairul Hakimin Muhammad yang menyentuh mengenai sikap ibu bapa yang cenderung untuk menganggu emosi anak-anak. Moga kita muhasabah diri untuk menjadi ibu bapa yang hebat dalam mendidik anak-anak.
10 CIRI MAK AYAH YANG BUAT EMOSI ANAK TERGANGGU
1. Suka benar parking sesuka hati untuk hantar anak sekolah. Halang laluan, tutup jalan, asal boleh sahaja. Emosi anak terganggu tengok perangai emak ayah sendiri.
2. Dia sendiri lambat bangun, hantar anak pula lambat. Jadi lewatlah anak masuk sekolah. Emosi anak terganggu.
3. Ambil anak pun lambat, ada masa sampai terlupa sampai cikgu / pakcik jaga terpaksa telefon remind. Emosi anak terganggu.
4. Waktu ambil anak, tengok baju anak kotor, terus dicubitnya, ditarik telinga depan kawan-kawan. Emosi anak terganggu.
5. Waktu ambil report card, keputusan anak tak bagus mana, dimarahinya anak di hadapan cikgu. Emosi anak terganggu.
6. Sudah balik rumah, anak nak bermain, dihalangnya kerana risau balik lambat, suruh duduk rumah, tengok tv, main tab, kemudian paksa anak belajar belajar belajar, emosi anak terganggu.
7. Di rumah, emak ayah sibuk bersembang berdua, juga sibuk uruskan rumah tangga, tak pernah sempat duduk bersama tanya sekolah, tanya kawan tanya bagaimana keseronokan belajar. Emosi anak terganggu.
8. Emak ayah sibuk main telefon. Anak-anak bertanya pun tak berjawab sampai tak perasan anak duk bersandar kat bahu sendiri. Emosi anak terganggu.
9. Paksa anak makan apa yang emak ayah makan. Marah kalau begitu marah kalau begini, emosi anak terganggu.
10. Suka ejek anak sendiri dengan kata begitu begini. Konon untuk naikkan jati diri. Sedangkan anak-anak nak dipuji, kalau salah nak sangat diperbetulkan, namun jadi mangsa adik beradik kerana emak ayah sendiri. Emosi anak terganggu.
Lalu anak ini mula mengejek orang lain, nak perhatian, tak boleh tengok orang lain elok je pegang tangan emak ayah sendiri. Lalu mereka akan Usik sana, usik sini. Cikgu panggil kenapa begitu kenapa begini, lalu cikgu pula yang kena maki.
Emak kata,
“Dekat rumah saya dah didik dia jadi terbaik. Ini mesti kawan-kawan dia yang jadikan dia begini.”
Ayah pula cakap,
“Saya kenal dia, dia anak saya, mesti sekolah inilah yang ubah anak saya. Cikgu semua tak buat kerja, hantar sini suruh jadi baik, tapi akhirnya hancur! Elok tukar jelah sekolah.”
Kawan-kawan,
Kita emak ayah. Zaman berubah gais, kena terima anak kita nakal. Kena hadam anak kita kurang perhatian, kena telan anak kita banyak kekurangan.
Dan semua itu adalah dari kita.
Kita dapat didikan emak ayah kita cukup manisnya, cukup masam masinnya, cukup pahitnya. Serba serbi ada.
Pergi sekolah, salam siap cium. Emak bekal makan, abah hulur senyum. Emak berzikir setiap nafas, mengharap setiap doa untuk anak-anak seorang demi seorang.
Abah pula tak pernah lupa kita, sibuk macam mana pun akan tanya emak apa kita buat apa yang kita kerjakan.
Lalu emak ambil task itu untuk tahu serba serbi. Emak tak ada smart phone, tapi ada senduk kayu ada rotan kiri kanan.
Pandang emak dah takut, tengok abah dah gigil. Biar tak pandai belajar, emak abah okey je. Janji reti adab, faham tentang biadap dan tidak berani nak buat jahat atau buat sentap orang tua.
Kita pun jadi manusia. Lepas itu kononnya kita tak nak anak kita kena macam kita. Tak nak garang sangat. Nanti anak kita takut-takut. Kita buat sampai anak kita besar kepala.
Terus hari ini anak kita pergi ejek sana sini termasuk cikgu. Itu yang cakap depan. Belakang tak tahulah berbakul-bakul agaknya.
Anak kita adalah kita.
Kita coraknya ikut warna apa. Kita rasa warna terang buat dia disukai. Kita lupa terang-terang itu boleh jadi dimakan api, dikejar burung helang dan dijamah matahari.
Biar redup bawah pokok, banyak nasihat dan pesan kita buat jadi payung, lalu anak kita dapat kita bendung tak jadi jahat tak jadi murung.
Dia tahu yang warnanya tak cantik mana. Dia sedar diri dia serba serbi budak sahaja. Macam kita dulu, nakal-nakal kita tak usik sesiapa. Hanya kita sahaja.
Kita berlindung baik-baik atas apa yang kita buat. Dan hari ini kita jadi orang kerana rotan dan banyaknya libas-libas paip getah dan lempang kiri kanan.
Malam nanti emak cium, abah duduk hujung katil dan letak minyak semula. Mereka tahu, yang dimarah tadi untuk kita sedar kita faham, dunia ini kalau jahat, kena hukum. Namun masih sempat bertaubat.
Namun jika kita pegang ego, kita rugi hilang nasihat, hilang berkat dan hilangnya syafaat. Dan untuk itu, tak ada lain, nerakalah tempat kita gais.
Sempat lagi kita berubah. Pandang muka anak, nasihatlah, rotanlah, cubitlah. Kemudian terangkan kepada dia mana betul mana silap.
Patahkan ego dia, hancurkan jahat dia. Semoga dia baik dengan cikgu, hormat pada orang tua dan banyaknya masa untuk buat kebaikan kepada sesiapapun.
Ingat kawan,
Anak kita adalah kita. Warna dia dan warna kita tak ada banyak beza. Yang ada hanya apa yang kita lindung dan payung, supaya dia redup, supaya dia subur. Sesekali cahaya datang, dia menyorok, sesekali juga ribut dan hujan hadir, dia tak basah.
Namun dia hidup segar, sudah besar dia pula jadi rendang berbuah, buat bakti kepada orang lain pula yang mahu berteduh sama.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Payung dan lindung anak-anak kita dengan apa yang kita buat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelakon dan pelawak terkenal ini sememangnya seorang yang suka merendah diri.Walaupunsudah popular namun tidka membuatkan dia lupa diri.
Selain tidak lokek menunjukkan kasih sayang kepada isteri dan anak-anak, dia juga tidak segan silu bercerita tentang zaman kecilnya dahulu.
Menerusi laman Instagramnya, Shuib Sepahtu berkongsi sebuah rumah papan yang mana merupakan lokasi dia dibesarkan sejak usia lapan bulan lagi.
Perkongsian itu dibuat ketika dia dan keluarga menyambut Hari Raya di rumah kampung yang diakui meninggalkan nostalgia buat dirinya.
Kata Shuib, rumah tersebut merupakan tempat dia membesar dan mempelajari erti kesyukuran sebelum menikmati kesenangan hidup hasil berkat usahanya sendiri.
“Dari umur 8 bulan sampai umur 17 tahun.. ni lah rumah saya dibesarkan…air ambik tiap2 petang pakai baldi,mandi dekat parit,toilet luar rumah,tido pakai kelambu,lampu pakai pelita,moto takde yang ade cuma basikal,belanja sekolah 50sen,sabtu ahad tangkap belut buat tambah2 duit sekolah.
“Tapi inilah rumah yang mengajar saya erti hidup sebenar…Belajar erti susah sebenar,,,belajar menghargai setiap apa yang ada,,Belajar bersyukur dengan nikmat Allah…
Malah, Penyampai radio Hot FM ini turut berharap anak-anak dan isterinya belajar bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah SWT dan menghargai setiap apa yang ada.
Semoga anak2 dan isteri menjadi orang yang sentiasa bersyukur dengan apa saja ketentuan Allah… Bersedia dengan setiap ujian Allah,susah juga ujian,senang juga ujian.