Ads

Jangka Hayat Setahun, Air Kelapa Pandan Tanpa Pengawet. Hebatnya Produk Ciptaan Kanak-Kanak Usia 7 Tahun!

Bayangkan seorang kanak-kanak dalam lingkungan umur lima tahun, yang masih comot dengan peluh, dengan tangan kecil yang memegang cawan air kelapa serta matanya yang bersinar setiap kali ada pelanggan berhenti di hadapan gerai, siapa sangka kini telah mencapai kejayaan yang sangat membanggakan!

Inilah kisah Aiman Ong bin Osman atau lebih mesra disapa sebagai Aiman. Bukan sekadar berniaga, tetapi murid tahun tiga di Dwi Emas International School ini sedang belajar tentang kehidupan dengan cara unik dan diluar jangkaan.

Jangka Hayat Setahun, Air Kelapa Pandan Tanpa Pengawet. Hebatnya Produk Ciptaan Kanak-Kanak Usia 7 Tahun!

Pada usia ketika kebanyakan kanak-kanak sibuk bermain bola atau menonton kartun, Aiman sudah mula faham satu perkara penting. Rezeki datang bersama usaha dan ia perlu dilakukan secara berterusan dan penuh disiplin bagi menggapai kejayaan.

Melihat Keluarga Jual Buah, Minat Pun Datang

Aiman lahir dalam keluarga yang mengusahakan perniagaan buah-buahan segar dan inilah yang menjadi pemangkin semangat kanak-kanak ini. Apabila melihat keluarganya begitu rajin, komited dan bersungguh-sungguh untuk memajukan perniagaan menjadi penyuntik semangat kepada kanak-kanak yang lahir pada bulan Jun 2017 ini.

Melihat rutin harian keluarganya membuatkan Aiman juga seronok untuk berniaga dan siapa sangka hari ini telah menjadi minatnya yang paling utama untuk terus memajukan diri ke hadapan. Tiada paksaan, tiada skrip. Hanya pemerhatian dan rasa ingin tahu seorang kanak-kanak yang melihat orang dewasa bekerja dengan penuh dedikasi.

Jangka Hayat Setahun, Air Kelapa Pandan Tanpa Pengawet. Hebatnya Produk Ciptaan Kanak-Kanak Usia 7 Tahun!

Hari Pertama Belajar Tentang Keberanian

Selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ketika usianya baru sahaja lima tahun, dia mula turun ke Taman Tugu. Bukan untuk bermain semata-mata, tapi untuk membantu aktiviti pensampelan dan jualan buah. Dari situlah Aiman belajar bercakap dengan orang yang tak dikenali, belajar menunggu giliran serta bersikap terbuka apabila orang menolak untuk membeli jualannya.

Pengalaman kecil ini mungkin nampak remeh bagi orang dewasa, tapi bagi seorang kanak-kanak, ia adalah kelas keyakinan diri yang paling real.

“Aiman Nak Jual Air Kelapa”

Ayat ringkas itu keluar ketika Aiman berusia enam tahun. Impian yang mungkin buat sesetengah orang dewasa senyum sinis, tapi keluarganya memilih untuk percaya. Dengan sokongan penuh, Aiman mula berniaga di pasar hujung minggu dan bazar.

Ads

Dari situlah dia belajar bangun awal, jaga adab dengan pelanggan, dan faham bahawa kejujuran lebih penting daripada keuntungan cepat. Siapa sangka dengan hanya berniaga air kelapa telah menjadikan Aiman lebih matang dari usianya dan sangat mementingkan kredibiliti apabila berniaga.

Berani Mencuba, Buat Produk Baharu

Tahun 2024 menjadi detik penting buat kanak-kanak hebat ini. Pada usia tujuh tahun, Aiman memperkenalkan air kelapa dalam bentuk pek pasteurised blast freeze. Bukan sekadar idea comel, tetapi satu langkah berani yang selari dengan keperluan pasaran moden.

Pada usia muda, dia telah mencipta Aiman Pandan Coconut, air kelapa pandan pertama di Malaysia tanpa pengawet yang tahan sehingga setahun, serta menggunakan mesin layan diri (vending machine) berkuasa AI.

Jangka Hayat Setahun, Air Kelapa Pandan Tanpa Pengawet. Hebatnya Produk Ciptaan Kanak-Kanak Usia 7 Tahun!

Prouknya adalah air kelapa yang disuntik dengan pandan, menggunakan kaedah pembekuan untuk mengekalkan kesegaran tanpa bahan pengawet.

Apabila produknya dibawa ke MAHA Expo, Aiman bukan sahaja belajar tentang jualan, tetapi juga tentang dunia sebenar yang lebih luas dan mencabar. Ketika itu, bukan saja produknya mendapat sambutan yang menggalakkan namun dirinya juga menjadi perhatian ramai apabila menjadi pengusaha termuda yang sama-sama mengambil bahagian di ekspo tersebut.

Ads

Bila Orang Dewasa Mula Percaya Pada Anak Kecil

Sokongan daripada Dwi Emas International School  yang diasaskan oleh Anne Tham dan diketuai oleh Ivan Se Hoo menjadi bukti bahawa potensi tidak mengenal usia. Mereka melihat sesuatu pada Aiman yang jarang dimiliki, keberanian untuk mencuba dan kesungguhan untuk belajar.

Benarlah kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan memberi sokongan serta menghargai minat Aiman, Anne dan Ivan percaya segala usaha Aiman pasti akan mendatangkan hasil yang lumayan sekiranya kanak-kanak itu terus komited dan bersungguh-sungguh dengan usahanya itu.

Sebenarnya, sokongan dari keluarga dan sekolah memainkan peranan yang sangat penting bagi menyerlahkan potensi seorang kanak-kanak yang sedang membesar dan paling penting, sudah tahu apa yang diinginkan dalam hidup.

Penghargaan Dari Pentas Antarabangsa

Tahun 2025 menjadi momen yang sukar dilupakan apabila Aiman dinobatkan sebagai juara YEX Jakarta bagi kategori usia lapan hingga lima belas tahun, walaupun usianya ketika itu baru sahaja tujuh setengah tahun!

Jangka Hayat Setahun, Air Kelapa Pandan Tanpa Pengawet. Hebatnya Produk Ciptaan Kanak-Kanak Usia 7 Tahun!

Namanya turut terpampang di MARDI Showtech dan produk Eco Nut tersenarai dalam sepuluh terbaik program SAY Aspire Selangor Export Ready. Semua ini bukan sekadar pencapaian, tetapi pengalaman yang membina jiwa.

Ads

Jangka Hayat Setahun, Air Kelapa Pandan Tanpa Pengawet. Hebatnya Produk Ciptaan Kanak-Kanak Usia 7 Tahun!

Sekolah Bukan Sekadar Tempat Belajar

Di sebalik kesibukan berniaga dan menyertai program, sekolah tetap menjadi tunjang penting. Persekitaran yang menyokong dan terbuka memberi ruang kepada Aiman untuk berkembang tanpa rasa tertekan.

Pengiktirafan seperti Young Pioneer Award dan jemputan sebagai penceramah jemputan oleh Gamuda bukan sekadar sijil, tetapi tanda bahawa potensi kanak-kanak wajar diraikan.

Dari Gerai ke Dunia Teknologi

Memasuki tahun 2026, Aiman mahu melangkah lebih jauh. Daripada menjual produk, dia mula membangunkan platform yang menghubungkan pengguna terus kepada petani, pengeluar dan pengimport.

Jangka Hayat Setahun, Air Kelapa Pandan Tanpa Pengawet. Hebatnya Produk Ciptaan Kanak-Kanak Usia 7 Tahun!

Startup ini lahir daripada keinginan untuk memudahkan rantaian bekalan hasil segar. Versi MVP telah dilancarkan dan kini diuji sepanjang musim Tahun Baharu Cina. Satu langkah yang besar untuk seorang kanak-kanak kecil. Hebat Aiman!

Bila Komuniti Jadi Tulang Belakang

Kisah Aiman bukan tentang seorang kanak-kanak hebat semata-mata. Ia tentang keluarga yang percaya, sekolah yang menyokong, komuniti yang membuka ruang, dan industri yang sudi membimbing.

Ia mengingatkan kita bahawa pendidikan sebenar berlaku bila kanak-kanak diberi peluang untuk mencuba, gagal, belajar dan bangkit semula. Dan kadang-kadang, impian besar memang bermula dari tangan yang kecil.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

Hafiz Suip Kembali Bergelar Suami, Syukur Bina Masjid Baharu

Hafiz Suip kembali bergelar suami dalam satu majlis selepas solat Jumaat. Penyanyi terkenal itu meluahkan rasa syukur dan teruja memulakan fasa baharu dalam kehidupannya.