“Janin Sudah Terbentuk, Rasa Dia Bergerak.” Pernah Keguguran 3 Kali, Syatilla Melvin Kini Hamil 5 Bulan Mohon Titip Doa!

Share

Pengalaman pernah gugur sebanyak tiga kali sebelum ini membuatkan Syatilla Melvin lebih berhati-hati selain tidak putus memanjatkan doa memohon yang baik-baik dariNya.

Isteri kesayangan Saheizy Sam ini menjelaskan mengenai kehamilan ketiganya yang kini sudah masuk bulan kelima.

“Situasi keguguran sentiasa bermain di fikiran. Malah saya percaya bukan saya saja, tetapi juga para ibu mengandung yang pernah lalui hal sama sebelum ini. Jadi bila ada rezeki hamil lagi, saya doa moga anak dalam perut dalam keadaan baik hinggalah proses bersalin.

“Lebih-lebih lagi sebab saya sendiri ada pengalaman keguguran itu. Saya ada juga kongsi rasa bimbang dengan Sam. Tapi ia berbalik kepada ‘mindset’. Saya sentiasa panjat doa moga dipermudahkan urusan bersalin dan sebagainya.

“Apa-apa jadi pada saya tak apa, janji anak yang dikandung ini sihat walafiat. Itu yang penting bagi saya sekarang. Janin sudah terbentuk, dapat rasa dia bergerak,” ujarnya lagi.

Mengakui rindu untuk kembali berlakon, namun kekangan pada alahan membuatkan niat tersebut terpaksa terbantut.

“Sebelum ini saya terdetik untuk kembali berlakon, ada cakap pada Sam. Terima satu tawaran drama episod yang best, untuk Astro. Tup tup… mengandung pula. Fasa hamil kali ini pun saya alami alahan yang agak teruk.

“Jadi tak boleh buat apa-apa, duduk di rumah lebih kurang tiga bulan. Sebelum ini pun terpaksa ‘check in’ hotel sebab tak boleh bau rumah dan sebagainya. Dia rasa macam ‘serabut’, anxiety… Saya sendiri tak tahu bagaimana nak jelaskan. Hanya yang lalui akan lebih faham.

“Sekarang alhamdulillah bila masuk trimester kedua ini, alahan makin berkurangan. Saya dan suami tak kisah soal jantina anak. Memadai dia sihat sempurna seadanya sudah bersyukur. Kami sudah ada sepasang, jadi Allah nak bagi lagi rezeki zuriat kami terima,” katanya yang bakal melancarkan Kekasih Skin tidak lama lagi.

Untuk rekod, Syatilla dan suaminya, Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 5, dan Sarima Samheizy yang kini berusia lebih setahun.

Sumber: Media Hiburan & samtilla


ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami

IKLAN