Sebelum ini penyanyi, Ayu Damit pernah memberitahu umum bahawa dia akan melanjutkan pelajaran di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dalam Ijazah Sarjana Muda Asasi Seni Kreatif. Baru-baru ini, atas prestasi pengajian yang baik, suaminya, Syed Fauzi Syed Baharuddin seikhlas hati menghadiahkan isteri seunit telefon jenis iPhone dan Apple Watch buat kegunaan harian.

Menurut Syed Fauzi atau lebih mesra disapa Pogi, dia pada awalnya sudah pasang niat sekiranya Ayu lulus pada peperiksaan di semester akhir pengajiannya.

“Niat pada mulanya memang dah berjanji masa mula-mula masuk study ASWARA, kalau my @ayudamit boleh lulus exam semester akhir asasi tanpa repeat paper, my akan dapat hadiah (macam berjanji-janji dengan anak gitu).

“Syukur alhamdulillah akhirnya lulus juga exam terus ke Degree so dapat la hadiah 1 set iPhone dengan iWatch yang my nak kan tu!” kongsi Poji di Insta Stories.

Janji Ditepati! Suami Belanja Ayu Damit Iphone & iWatch Lulus Semester Akhir

Ads

Dia pada masa sama turut bergurau, untuk tidak menghadiahkan lagi isteri telefon model baharu yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

“Pstt… Teman da kabor tunggu 14 Pro Max lagi bulan je nak launch. Tak nak tunggu. Nak juga walaupunn.. Nanti lagi 2 bulan keluar yang barux de dah” tulisnya lagi.

Ads

Terdahulu, Ayu yang sinonim dengan lagu Hanya Di Mercu itu mengikuti pengajian di Aswara dalam ljazah Sarjana Muda Asasi Seni Kreatif, setahun lalu.

Ayu atau nama sebenarnya Norayu Damit menerusi media sebelum ini akui, ini adalah peluang berharga dalam hidupnya untuk memperbaiki ilmu pengetahuan dalam muzik.

Ads

Sumber : Ayu Damit

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan  kod KELGST5 di sini

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI