”Jarang Orang Merajuk Mengaku. Dariya Pun Makin Lawak Dari Abah.” Gelagat Jep Sepahtu & Anak Bikin Ramai Terhibur

Share

Gelagat Jep Sepahtu menyakat anak perempuannya mengundang kelucuan dikalangan Warganet.

Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi satu video yang berdurasi 26 saat tersebut menunjukkan  anak perempuan Jep iaitu Dariya Inara sedang merajuk dengan bapanya.

Dalam video tersebut kedengaran suara Jep  bertanyakan kepada Dariya adakah dia merajuk dan anak perempuannya itu tetap bermasam muka.

Setelah beberapa kali bertanyakan soalan yang sama,  Dariya kemudian mengiyakan dengan menganggukkan kepalanya. Walaupun lucu, namun Jep cuba memujuk namun Dariya tetap merajuk. Malah tidak mahu memandang wajah bapanya Itu.

Kapsyen yang dimuatnaik Jep turut membuatkan ramai terhibur.

“Tengah in character.” Tulis Jep ringkas.

Menjengah ke ruangan Komen, rata-rata mengatakan  terhibur melihat gelagat dua beranak ini.

shidahkhasim Merajuk mana blh bgtau.
ferra_hafiz Jarang org merajuk ni mengaku. Bagus dariya. Jujur 😂
syirah_deni Wah, Dariya pon makin klako dari abah dah sekarang ye😂😂😂😂
sofeahannaabdullah Sedih btul tu muka nya.. ntah apa la si abahnya sakat..
jojiehussain Merajuk pun comel. Merajuk lah selalu
ismailyazidofficial Dariya pn dh makin lawak dari abahnya…😂😂
maskanremy Pompuan selalu betul @jepsepahtu. Awak yang salah ni

Sumber: IG jepsepahtu


ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami

ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah

“Selepas 35 Tahun, Bertemu Jua Pemilik Tulang Rusuk.” Mas Kahwin Senaskhah Al-Quran, Heliza Helmi Selamat Bergelar Isteri


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

 

IKLAN