Jarang Tengok Wayang & Filem Melayu, Ini Sebabnya Kenapa DS Shahida Menangis Lepas Menonton Bersama Anaknya!

Share

Penangan Filem Munafik bukan hanya kepada kaki wayang sahaja, malah ramai selebriti yang tidak ketinggalan untuk menonton filem arahan Syamsul Yusoff ini.

Termasuklah juga Datin Seri Shahida yang berkongsi hal tersebut di laman instagramnya baru-baru ini.

Tampil cukup santai dan ringkas dengan jaket dan tudung sarung siap, isteri kesayangan Dato’ Seri Aliff Syukri ini ditemani 3 anaknya.

Di dalam perkongsian tersebut, Datin Seri Shahida sempat berseloroh mengenai penampilannya yang memakai baju tidur memandangkan panggung wayang tersebut berdekatan dengannya.

“Pakai baju tidur, kemudian sarung sahaja jaket. Senang kan balik terus tidur,jangan pelik ada 3 calor brown,kelabu dan pink.

 

Dalam pada itu, Datin Seri Shahida jujur mengakui cerita tersebut amat menyentuh hatinya. Bukan sahaja beliau, bahkan anak-anak turut menangis.

“Saya jarang tengok filem melayu dan jarang juga tengok wayang kecuali bawa anak-anak tengok cerita kartun. Sejujurnya filem ni sangat menyentuh hati saya,setiap lontaran kata amat memberi makna.

“Saya belajar hari ni daripada skrip yang terus menusuk ke hati ‘Allah izin belum tentu Allah Redha’…’Hidayah takkan datang kalau tidak dicari’.

“Saya menangis menonton bukan kerana sedih dengan jalan ceritanya tapi kerana rasa berdosanya saya selama ini kerana tidak menjadi hamba yg baik dan cinta kepadanya. Anak-anak saya turut menangis bersama.

Datin Seri turut menyarankan supaya penonton melihat filem ini dengan mata hati kerana filem ni sangat memberi kesedaran.

Beliau turut melayangkan ucapan tahniah untuk filem Munafik serta memuji lakonan mantap @maya_karin @syamsulyusoffilm@cahayaasmawi @nasirbilankhan171960. 

Sumber: IG shahidadherbs

 

IKLAN