Penangan Filem Munafik bukan hanya kepada kaki wayang sahaja, malah ramai selebriti yang tidak ketinggalan untuk menonton filem arahan Syamsul Yusoff ini.
Termasuklah juga Datin Seri Shahida yang berkongsi hal tersebut di laman instagramnya baru-baru ini.
Tampil cukup santai dan ringkas dengan jaket dan tudung sarung siap, isteri kesayangan Dato’ Seri Aliff Syukri ini ditemani 3 anaknya.
Di dalam perkongsian tersebut, Datin Seri Shahida sempat berseloroh mengenai penampilannya yang memakai baju tidur memandangkan panggung wayang tersebut berdekatan dengannya.
“Pakai baju tidur, kemudian sarung sahaja jaket. Senang kan balik terus tidur,jangan pelik ada 3 calor brown,kelabu dan pink.
Ads
Dalam pada itu, Datin Seri Shahida jujur mengakui cerita tersebut amat menyentuh hatinya. Bukan sahaja beliau, bahkan anak-anak turut menangis.
“Saya jarang tengok filem melayu dan jarang juga tengok wayang kecuali bawa anak-anak tengok cerita kartun. Sejujurnya filem ni sangat menyentuh hati saya,setiap lontaran kata amat memberi makna.
Ads
“Saya belajar hari ni daripada skrip yang terus menusuk ke hati ‘Allah izin belum tentu Allah Redha’…’Hidayah takkan datang kalau tidak dicari’.
“Saya menangis menonton bukan kerana sedih dengan jalan ceritanya tapi kerana rasa berdosanya saya selama ini kerana tidak menjadi hamba yg baik dan cinta kepadanya. Anak-anak saya turut menangis bersama.
Cuba kita imbau kenangan indah zaman kanak-kanak ketika bermain masak-masak atau pun main pondok-pondok. Memang cukup menyeronokkan. Kita cari pelbagai jenis daun dan kutip bunga untuk dijadikan bahan masakan.
Biasanya kita akan bermain dengan teman-teman seusia di halaman rumah. Tidak kira kawan lelaki mahu pun kawan perempuan, kita bermain bersama. Ada yang jadi ayah, ada yang jadi ibu dan ada pula yang jadi anak. Lagaknya seperti suatu keluarga.
Walau pun kini permainan ini tidak begitu popular sebagai mana apa yang kita pernah lalui suatu ketika dahulu. Tidak dinafikan anak-anak perempuan khususnya tetap suka bermain masak-masak dengan barang permainan yang lebih menarik dan comel tersedia di pasaran.
Atas sebab ini juga, seorang ibu mengambil inisiatif untuk membina kabinet dapur untuk anak perempuannya dengan menggunakan kotak terpakai. Hasilnya cukup hebat dan memang kreatif!
Ibu-ibu di luar sana juga boleh cuba untuk hasilkannya. Kalau hendak dilihat tidaklah sukar, apa yang penting perlu berimaginasi. Selamat mencuba!
Bahan-bahan:
Cara Membuatnya:
Step 1 : Kumpulkan kotak yang ingin digunakan.
Step 2 : Perlu imaginasi dan tampalkan dengan wallpaper mengikuti kreativiti.
sumber : Hayatie Hashim via Kelab Kaki Deko & Kaki D.I.Y
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bukan mudah nak bergelar pendidik, pelbagai kerenah anak murid yang ramai.
Bukan itu sahaja, para guru mengendali anak murid yang berbeza peringkat umur dan berbeza personaliti.
Seorang guru berkongsi tip cara mengendalikan anak murid. Para guru lain boleh cuba tip ini.
DOA DAN TIP MENGAWAL TINGKAH LAKU MURID DALAM KELAS, CUBALAH.
Kerana permintaan daripada sahabat saya coretkan di sini. Semoga ia bermanfaat.
Rasulullah SAW pernah ditanya,
Apakah sikap orang islam yang paling baik?
Jawab Baginda “Orang yang menjaga lidahnya daripada menyakiti orang lain”
Baginda ditanya lagi,
Apakah amalan hati ( Iman ) yang paling utama?
Jawab Baginda, “Iaitu orang yang sabar dan pemaaf”
Siapakah mukmin yang paling sempurna imannya?
Jawab Baginda: “Mukmin yang paling baik akhlaknya”
Hadamkanlah hadith ini dan praktik di hadapan murid. Sunnah yang di amalkan memiliki keistimewaan yang kita sendiripun tak sangka.
Perkara yang pertama saya beritahu murid apabila memulakan sesi pengajaran ialah hadith di atas. Yakin dan percayalah mereka boleh jadi baik dan boleh mengawal tingkah laku dengan sebab perbuatan itu Allah dan Rasulullah SAW suka.
Langkah seterusnya ialah:
1. Volum Suara
Saya tak nafikan ramai cikgu mempunyai peti suara yang istimewa, kadang-kadang tak perlu pembesar suarapun untuk memberi arahan dalam dewan perhimpunan. Sebab hari-hari diasah menggunakan nada yang tinggi, akhirnya menjadi kebiasaan. Tapi yakinlah suara yang sederhana lebih menyerap dalam hati murid. Cakap dengan suara yang kuat itu memenatkan jadi biasakan diri dengan nada suara yang sederhana kerana itulah sunnah Nabi. Tugas guru ialah menyampaikan ilmu. Menyampaikan adalah sinonim dengan bil hikmah. Didik hati untuk sentiasa berada dalam keadaan tenang dan terkawal.
1. Jentik hati
Percaya atau tidak, senyuman itu terapi, menyebarkan aura positif kepada orang yang memandangnya, senyuman guru kepada murid mampu mengetuk pintu hati. Rasulullah SAW mengetuk pintu hati para sahabat dengan ucapan-ucapan kasih sayang dan ucapan berbentuk keperihatinan seperti “ Ya Muaz, demi Allah! Sesungguhnya aku mengasihi engkau”
“ Cikgu sayang anak-anak semua”, “ Apa khabar”, “ Hari ini sarapan apa?” cikgu akan dapat perhatian daripada murid dengan ucapan-ucapan ini.
2. Cikgu yang bacakan doa
Biasanya murid akan baca doa bersama-sama dalam kelas setiap kali sesi pengajaran. Murid kurang menghayatinya kerana amalan ini sudah menjadi rutin bagi mereka, jadi saya keluar dari kebiasaan. Saya yang bacakan doa murid aminkan. Kesannya subhanallah…kadang-kadang ada murid yang menangis apabila doa di bacakan, Allah sahajalah yang tahu apa yang mereka rasakan. Mungkin doa seorang guru amat diharapkan oleh anak-anak ini. Jika murid menadah tangan pastikan tangannya separas bahu, itulah adab, lambang kesungguhan dan menghormati guru yang sedang mendoakan mereka.
Doanya ialah:
Mulakan dengan salawat ke atas junjungan Nabi SAW
Baca ayat 40 surah Ibrahim ( saya wajibkan diri saya membacanya)
Kemudian sambung..
Ya Allah…
Ampunilah dosa kami
Ampunilah dosa kedua ibu bapa kami
Ampunilah dosa guru-guru kami ( wajibkan juga, latih murid ingat guru setiap kali berdoa)
Ya Allah berkatilah ilmu yang kami dapat,
Kami redha dengan guru-guru kami, jadi redhailah kami sebagaimana kami redha terhadap mereka.
Ya Allah perindahkanlah akhlak kami,
Perindahkanlah tutur bicara kami,
Perindahkanlah hati kami,
Perindahkanlah akal dan pemikiran kami,
Perindahkanlah tindakan kami,
Kurniakanlah akal yang kuat, bijak, pandai dan matang
Jadikanlah kami orang yang Berjaya dalam pelajaran..berjaya di dunia dan akhirat
Jagalah kami sebagaimana Engkau menjaga hambaMu yang Soleh dan Solehah.
Akhiri dengan selawat.
3. Arahan yang jelas
Sebelum cikgu menyampaikan ilmu, sampaikan arahan dengan jelas supaya murid dapat bertindak mengikut kehendak guru. Gunakan bahasa yang mudah difahami dan susun ayat dengan teratur terutamanya bila berdepan dengan murid tahun 1.
4. Sampaikan objektif
Penting, berkongsi rasa dan cita-cita itu perlu, ia memberi ruang kepada murid untuk menetapkan matlamat dan hala tuju terhadap kemahiran yang diajar oleh guru.
5. Jangan pernah lelah,bisiklah pada Allah SWT
Hati, fikiran dan perasaan anak didik adalah milik Allah SWT, sekalipun murid kita adalah non muslim jangan lupa bergantung harap kepada Allah SWT, Allah pasti menyebarkan rahmat dan kasih sayangNYA kepada guru yang menumpahkan seluruh jiwa dan raganya pada amanah dan tanggungjawab yang diberikan.
Guru adalah adalah idola murid, apa yang guru lakukan semuanya akan ditiru dan disebarkan. Jadi lakukanlah yang baik-baik, sebutlah yang baik-baik, pakailah yang baik-baik in sha Allah jariahnya akan berpanjangan.
Kisah anak syurga Adam Rayqal terus mendapat respond dari pelbagai pihak termasuk selebriti. Antaranya termasuklah Faizal Ismail. Dia yang pernah kehilangan anak akibat penyakit jantung berkongsi perasaan dan pengalaman tersebut.
Pernah melalui pengalaman menghantar anak ke nursery, awalnya tiada sebarang masalah. Selepas itu, dia menyedari ada yang ‘tak kena’ pada anaknya, membuatkan dia meminta isterinya berhenti kerja dan beri tumpuan pada anak.
Pendapatan yang tidak seberapa dengan kehidupan di Kuala Lumpur yang serba mencabar menyebabkan hati bapa anak 5 ini mengharapkan isterinya kembali bekerja untuk membantu kewangan keluarga.
Kami redah kehidupan di KL yg serba mencabar ini dan berserah kpd Allah. Pada peringkat awal, ia agak mencemaskan dan di sudut hati saya masih mengharapkan satu hari nanti isteri akan bekerja semula utk membantu kewangan keluarga.
Selepas satu fasa yg agak lama isteri berada di rumah, kami dpt merasakan perubahan yg lebih positif berlaku kpd hidup. Walau gaji tak setinggi mana, dari segi kehidupan kami lebih berjimat kerana tiada kos utk isteri keluar bekerja, tiada bayaran tambahan utk nursery atau org gaji, tidak makan di luar dgn kerap. Paling penting, hati semakin tenang kerana tiada kebimbangan tentang anak yg kini di bawah jagaan ibunya sendiri.
Pintu rezeki Secara tidak sedar, motivasi diri saya semakin meningkat dalam semua aspek termasuk pekerjaan dan tak lama selepas itu segala2nya sgt positif, pintu2 rezeki terbuka entah dari mana dan saya berjaya mencapai tahap yg saya mahukan dlm kerjaya saya sbg seorg penyampai dan pengacara. Alhamdulillah!
Selepas kehilangan anak kedua, Allah gantikan dengan tiga lagi cahayamata dan sehingga kini semua di bawah jagaan kami tanpa perlu isteri bekerja semula. Kami tidaklah kaya tetapi Alhamdulillah kami rasa semuanya cukup dan bahagia. Itu adalah definisi “kekayaan” sebenar buat kami.
Berazam jaga anak sendiri Ini hanya perkongsian secebis kisah dari kehidupan saya sebagai manusia biasa, suami dan ayah. Saya dan isteri bukanlah ibu bapa contoh kerana kami juga tidak sempurna.. namun sekiranya ada ibu bapa yg berazam utk menjaga sendiri anak2, saya dan isteri mendoakan agar semuanya dipermudahkan dan sentiasa berserah kepada Yang Maha Esa.
Usaha dan berserah padaNya Logik akal kita mungkin mengatakan angka2 RM yg kita dapat dalam sebulan tidak akan cukup.. tetapi jika kita seimbangkan dgn faktor2 kebahagiaan lain dalam kehidupan.. InshaAllah nilai tambahnya akan nampak lebih ketara. Lagipun harga sebuah kebahagiaan tidak mampu dibayar dgn RM berjuta. . Kehidupan kita adalah berdasarkan apa yg kita mahu capai. Kita tidak boleh hidup dengan merujuk kepada kehidupan org lain. Usaha dan berserahlah kpd Dia.. Maha Mendengar dan Memberi.
Sumber: faizalfbi76
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Aplikasi Nuramma ciptaan mahasiswa Indonesia, Ali An Nuur, menggunakan teknologi AI untuk membantu kanak-kanak menghafal Al-Quran. Inovasi ini turut melayakkan beliau memenangi Apple Swift Student Challenge 2026.