Pagi tadi kita dikejutkan dengan kes kebakaran yang berlaku di sebuah rumah di Kampung Simpang Tiga, Gombak. Kebakaran itu sememangnya begitu menyedihkan apabila dua kanak-kanak yang juga adik beradik rentung dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi.
Difahamkan mangsa terperangkap di dalam rumah sewa itu selepas jeriji rumah mereka berkunci kerana ibu dan bapa keluar kira-kira jam 3.00 pagi.
Terakhir jumpa minggu lalu sebelum kejadian
Memetik laporan dari Harian Metro, datuk mangsa, Lokman Marni, 53 memaklumkan yang sambutan hari lahirnya pada minggu lalu adalah pertemuan terakhir bersama dua orang cucunya iaitu Syaza Alfisya Muhammad Fauzan, 10 dan adiknya Muhammad Al Qayyum Muhammad Fauzan, 7.
Ujarnya, mangsa dan keluarga telah pulang ke kampung di Sungai Besar pada 26 Disember yang lalu dan ternyata ia adalah pertemuan terakhir mereka.
“Saya jumpa cucu sulung dan adiknya minggu lalu, ketika mereka sekeluarga balik ke kampung meraikan hari lahir ke-53 saya dan tak sangka itu kali terakhir bertemu,” katanya.
Menurut Lokman lagi, dia hanya mengetahui berkenaan kebakaran tersebut apabila mendapati dua panggilan tidak berangkat kira-kira jam 4 pagi.
“Saya difahamkan anak dan menantu saya keluar makan sekitar 3 pagi kerana kelaparan.
Ads
“Anak saya dihubungi jiran yang memaklumkan rumah mereka terbakar. Sejurus itu, anak saya tiba tetapi kawasan rumah tidak dapat didekati berikutan bomba sedang memadamkan sisa kebakaran,”katanya.
Anak hamil 8 bulan dibawa ke hospital
Dalam pada itu, pemandu agensi kerajaan itu menyatakan yang anaknya yang hamil 8 bulan telah berada di lokasi kejadian namun pihak bomba tidak membenarkan untuk mendekati.
Dia juga telah dibawa ke Hospital Selayang dengan segera selepas terpijak kaca bagi merawat luka dan pemeriksaan kandungan.
Ads
“Menurut anak saya, arwah kakak berdekatan almari baju dan adiknya di sebelah katil dalam bilik utama,” katanya.
Lokman juga dilihat tidak dapat menahan tangis apabila kehilangan kedua-dua orang cucunya sewaktu mereka semua menanti kehadiran orang baru sekitar sebulan lagi.
Jiran tak tahu ada orang di rumah
Jiran mangsa dikenali sebagai Rahmat Razali, 33, mengatakan yang dia tidak mengetahui ada orang di dalam rumah terbabit selepas menyedari kebakaran yang berlaku.
Ads
Dia dan beberapa jiran telah mengalihkan kenderaan dan benar-benar tidak tahu ada mangsa di dalam rumah sebelum diberitahu bahawa ibu dan bapa kanak-kanak tersebut tiada di rumah sewaktu kejadian.
“Pada ketika itu, api sedang marak dan kami jiran-jiran dan anggota bomba bantu padamkan kebakaran.
“Saya cuba memanggil orang yang ada dalam rumah tetapi tiada sahutan, pintu depan pula bermangga. Saya ingatkan tiada orang, tetapi kemudian ada jiran maklumkan ada dua kanak-kanak dan ibu bapa mereka tiada,” katanya.
Kisah tragis arwah Adik Adam Rayqal yang meninggal dan mayatnya disembunyikan di dalam peti sejuk di rumah pengasuhnya baru-baru ini mengejutkan masyarakat. Pembunuhan kejam itu bukan sahaja mendapat respond dari masyuarakat bahkan selebriti juga tak kurang melahirkan rasa simpati dan memberi sokongan kepada ibu bapa malang ini untuk bangkit kembali.
Terbaru salah seorang ahli kumpulan UNIC iaitu Bazli mengunjungi keluarga Arwah adik Adam Rayqal. Dalam kunjungan tersebut, dia menghulungkan hasil kutipan daripada sumbangan orang ramai.
Menurut Bazli, dek rasa simpati kepada keluarga ini menyebabkan dia, isterinya serta tim amalaofficial tergerak hati untuk mengiklankan di dalam media sosialnya mengenai kutipan tersebut.
Niat yang baik sentiasa dipermudahkan dan itu terbukti bila mana mereka berjaya mengutip sebanyak RM11430.00.
Jika kita nak rasa bahagia, carilah kebahagiaan tu dgn cara membahagiakan org lain. itulah yang kami kami belajar dalam pertemuan ringkas malam tadi bersama keluarga tersayang Adam Rayqal, saudara sufi dan farah.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, selesai sudah pemberian wang sumbangan org ramai kepada keluarga kecil mak ayah anak syurga Adam Rayqal. .
. Pelbagai perkongsian dapat kami dengar dari mak ayah Adam Rayqal. Sebak, sedih dan pilu menyelubungi perasaan apabila kami dengar live sendiri dari mereka. . . Alhamdulillah, kehadiran kami jg disambut baik dan sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesedihan dan nampak garis gembira di riak wajah mereka. Kami lega melihat mereka berdua tersenyum walaupun pastu dalam hati hanya Allah saja mengetahui. . . Terima kasih atas sumbangn orang ramai dan sokongan yang diberikan untuk membantu keluarga ini. . Inilah ujian kehidupan, makin kita diuji dengan ujian yang berat, makin kita dekat dengan Allah. Tetaplah redha dan berpegang teguh bahawa Allah lebih mengetahui segalanya. . Doakan supaya kes ini dapt diselesaikan seadilnya. Amin ya rabb. .
. Utk pengetahuan semua, jumlah sumbangan berjumlah RM11430.00. Kami serahkan secara cash RM200.00 dan selebihnya kami transfer melalui “online bank-in” utk memudahkan pemberian. Terima kasih semua. ♥ #adamrayqal #anak #tabah #rinduanak #sabar
terobek.. awal pagi selepas viral berita menggemparkan, kesedihan seluruh rakyat Malaysia. rasa tak sedap hati kasihan dan sayang, saya terus iklankan d instagram saya dan @amalaofficial sumbangan ikhlas kasih sayang utk keluarga ini dalam tempoh seminggu. Alhamdulillah sumbangan rakyat Malaysia juga dari Singpore dan Brunei Dm Pm saya turut menyumbang.
insya Allah saya dan team akan teruskan usaha kecil ini. dan memanfaatkan kepercayaan yg dberi. terima kasih @asiahabubakar90 dan rakan2 team @amalaofficial terima kasih anakanda yg drindui @syahid_bintangsyurga atas inspirasi utk ayah mama. #syahid #bintangsyurga #amala #adamrayqal
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Wanita biarpun sering dilihat lemah namun yakinlah pasti akan jadi kuat dan tabah bila diuji.
Begitulah juga yang dilalui oleh puan Raudzah Arippin apabila suaminya di serang strok. Dugaan yang diterima bukan ringan namun kekuatan dan semangat yang ada di dalam dirinya cukup luar biasa.
Tidak dinafikan Puan Raudzah juga tidak pernak lokek berkongsi ilmu daripada pengalaman yang dilaluinya. Dan sebab ini juga tidak hairanlah akaun fbnya punya follower yang ramai.
Dan ini antara yang pernah dikongsikan adalah tentang tip menjaga dan melawat pesakit. Semoga panduan ini bermanfaat bagi diri kita sekiranya sedang berdepan dengan ahli keluarga yang sakit.
TIPS : MENJAGA DAN MELAWAT PESAKIT DI WAD ICU/HDW
Agak kerap juga saya menerima mesej dari waris yang menjaga pasangan atau ibu dan ayah yang terlantar di Wad ICU atau HDW. Kata mereka, apa yang perlu dibuat jika pesakit terlantar di wad begitu? Tidak mungkin hanya datang, tunggu dan lihat sahaja perkembangan pesakit.
Baik, saya kongsikan pengalaman saya.
Ini antara bacaan yang saya lakukan (saya pernah kongsikan dalam posting tahun lalu). Waktu suami saya di hospital dulu, saya banyak bertanya pada orang yang lebih arif. Ramai juga yang kongsikan dengan saya. Jadi saya kompilasikan semuanya di sini.
Saya juga ada catatkan panduan untuk pelawat, apa yang sesuai kita bawa ke hospital (sebagai buah tangan), dan apa yang perlu dielakkan.
BACAAN : SURAH, AYAT & DOA
1. Surah Yasin (sebaiknya awal pagi dan awal malam)
2. Surah Al Waqiah (untuk sembuhan luka dalaman)
3. Surah Al Kahfi (saya baca pada hari Jumaat, ganti surah Al Waqiah)
4. Surah Al Fatihah (baca 7 kali dan baca senafas pada ayat terakhir sambil berdoa kesembuhan)
11. Doa Hizbul Bahr (Imam Abu Al-Hasan As-Syadzili)
12. Doa Abu Darda’ (awal pagi dan awal malam)
Semua ayat dan doa ini saya bacakan setiap kali waktu lawatan tengahari dan petang, mengikut ruang yang ada.
AMALAN LAIN :
1. Sebaiknya, seorang waris sentiasa berada di samping pesakit dan bacakan ayat-ayat dan doa yang disebut di atas.
2. Minta jururawat masukkan air zam zam ketika ‘feeding’ melalui Ryle’s tube (tiub susu dan ubat yang dimasukkan melalui hidung ke perut). Jika kehabisan air zam zam, boleh ganti dengan air bacaan surah Yasin.
3. Wudhu’kan pesakit menggunakan botol penyembur (spray) setiap kali waktu solat (walaupun mereka belum sedar). Bisikkan ke pesakit, sudah masuk waktu. Adalah baik pesakit sentiasa dalam keadaan berwudhu’.
4. Letakkan sedikit wangian (sebaiknya wangian kasturi), atau wangian yang biasa dipakai pesakit, di hidungnya. (Kata pengamal perubatan alternatif, ia untuk merangsang pernafasan yang baik dan juga merangsang otak. Wallahu’alam)
5. Apabila tinggalkan pesakit selepas waktu melawat, elok diperdengarkan bacaan ayat Quran di telinga pesakit menggunakan pemain MP3 dan earphone. (Waktu di HKL dahulu, jururawat akan tolong simpankan pemain MP3 tersebut apabila baterinya sudah habis). Jangan gunakan telefon bimbit.
PANDUAN BUAT PELAWAT :
APA YANG SESUAI DIBAWA SEBAGAI BUAH TANGAN KEPADA PESAKIT / WARIS :
1. Air zam zam
2. Air bacaan Yasin
3. Naskhah Manzil / Buku Doa / Buku yang sesuai
4. Bawakan botol spray (sekiranya penjaga belum ada. Botol spray ini banyak kegunaan ketika di hospital)
5. Makanan yang sesuai untuk penjaga pesakit di hospital (pesakit di ICU atau HDW biasanya tidak boleh makan). Elakkan bawa lauk pauk yang dibungkus dalam plastik, buah-buahan yang besar dan berat, atau apa sahaja yang sukar dan berat untuk dibawa.
6. Vitamin atau multivitamin yang sesuai untuk penjaga (bertanya dahulu lebih baik)
APA YANG PATUT DIELAKKAN (TERUTAMA KETIKA MELAWAT PESAKIT DI WAD ICU ATAU HDW) :
1. Tidak perlu melawat pesakit sekiranya anda sedang sakit, demam, batuk atau selsema. Bimbang kuman dari anda akan menjangkiti pesakit. Memakai ‘mask’ adalah lebih bagus sekiranya ada.
2. Tanya dahulu kepada waris pesakit, sama ada pesakit boleh atau sesuai menerima tetamu atau tidak.
3. Wad ICU atau HDW biasanya hanya boleh dimasuki 2 orang pelawat sahaja dalam satu masa. Elakkan mengambil masa terlalu lama melawat pesakit.
4. Basuh tangan sebelum mendekati katil pesakit. Ruangan basuhan tangan dan sabun disediakan oleh hospital.
5. Elakkan dari merakamkan foto pesakit tanpa izin waris dan pesakit sendiri. Apatah lagi menyebarkan gambar tersebut pada orang lain. (Peraturan di hospital sebenarnya tidak boleh rakamkan gambar, apa lagi di wad-wad kritikal).
6. Pelawat lelaki yang bukan mahram tidak digalakkan masuk melawat pesakit wanita. Kebiasaannya keadaan pesakit wanita di Wad ICU/HDW (juga di wad biasa) dalam keadaan tidak menutup aurat. Wakilkan waris perempuan untuk melawat.
7. Elakkan terlalu banyak bertanya kepada waris. Katakan perkara yang baik dan positif sahaja walaupun pesakit nampak sudah terlalu uzur.
8. Doakan pesakit ketika berada di sisinya.
9. Elakkan mempromosi dan menjual sebarang produk ‘supplement’ kepada waris ketika ini.
Maaf jika ada kekurangan. Catatan adalah berdasarkan pengalaman peribadi menjaga suami yang terlantar di Wad HDW selama 10 hari dan di wad biasa selama sebulan.
Pelakon terkenal, Puteri Sarah Liyana, berkongsi kegembiraan dan rasa bangganya terhadap kejayaan anak sulungnya, Syaikhul Islam, melalui Instagram Story miliknya.