Di saat kita sedang bergembira untuk menyambut Hari Raya yang kian menjelang, ada juga yang sedang berduka kerana hari ini dikejutkan dengan berita penyanyi Rohana Jalil yang sedang tenat di ICU.
Memetik laporan Berita Harian, rakan baik kepada penyanyi era 1980-an, Datin Salwa Abdul Rahman mengesahkan bahawa Rohana telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) sejak semalam tanpa mengetahui penyakit.
Menurut Datin Salwa juga, doktor masih menjalankan pemeriksaan serta pemantauan rapi terhadap penyakit yang dihadapi penyanyi itu sedangkan dia tidak pernah mengalami penyakit yang serius sebelum ini.
Dalam masa yang sama, Datin Salwa turut memberitahu tentang kronologi insiden yang berlaku terhadap Rohana Jalil sebelum dimasukkan di ICU.
Ads
“Jaafar Onn ada menunjukkan gambarnya bersama Rohana ketika mengadakan persembahan di Plaza Shah Alam pada Ahad lalu. Bagaimanapun, Jaafar beritahu ketika sedang menyanyi, Rohana tidak boleh berdiri secara tiba-tiba.
“Rohana nak duduk dan terus berada dalam keadaan lemah. Saya memang terkejut kerana mengenalinya, Rohana seorang yang aktif dan jarang sakit. Semalam, saya mendapat khabar keadaan Rohana kritikal dalam ICU dengan penyakit yang belum diketahui,” ujarnya.
Meskipun dalam keadaan terkejut, Datin Salwa juga menjelaskan tentang keadaan Rohana yang lemah dan terpaksa menggunakan bantuan oksigen untuk bernafas. Dalam keadaan ini, anak-anak Rohana dikatakan cuba untuk merahsiakan perkara ini namun, mula berkongsi apabila keadaan ibunya semakin kritikal.
Ads
“Bagaimanapun, bila keadaan Rohana semakin kritikal, anak-anaknya mula berkongsi perkembangan kesihatan Rohana dan minta mendoakan kesembuhan.
“Pelawat tidak dibenarkan melawat Rohana, buat masa ini. Ini kerana Rohana masih dalam ICU dan bernafas menggunakan bantuan oksigen. Saya dengar Rohana sudah ada tindak balas sedikit, namun keadaannya masih lemah dan dalam pemantauan, semalam,” tambahnya lagi.
Sementara itu, Datin Salwa sempat berkongsi tentang perubahan fizikal Rohana yang kelihatan ketara namun tidak mengesyaki sebarang penyakit kerana aksinya yang masih aktif dan sentiasa cergas.
Ads
“Beberapa bulan lalu, saya dan Rohana berada di Brunei hampir sebulan. Saya tidak nampak Rohana alami apa-apa sakit sepanjang di sana. Saya percaya Rohana mengawal pemakanan demi menjaga kesihatan.
“Saya tidak bertanya kerana melihatnya sentiasa sihat dan cerdas, cuma fizikal kurus. Jadi, saya mohon kita sama-sama mendoakan Rohana kembali sembuh. Saya berhasrat melawat Rohana, cuma menunggu maklum balas anak-anaknya,” katanya.
Untuk rekod, Rohana Jalil atau nama sebenar Dara Abdul Jalil yang merupakan penyanyi kelahiran Kota Tinggi, Johor ini memulakan kerjayanya sejak usia 17 tahun pada tahun 1979. Selain itu, Rohana juga dikenali sebagai juara Bintang RTM 1980, sebelum dilamar syarikat rakaman, AB Records.
Sumber: Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Baru-baru ini tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian cemas seorang wanita dalam farmasi direntap rantai leher emas serta di tumbuk di bahagian muka ketika penjenayah merampas barang kemasnya.
Siapa sangka, dalam kedai yang kita rasakan selamat tetap berlaku kejadian yang tidak dingini. Justeru, jadikan berita sebagai iktibar untuk kita berhati-hati semasa memakai barang kemas. Malang tidak berbau, jadi elakkan memakai barangan kemas yang boleh menarik perhatian penjenayah.
Menurut laporan Berita Harian, kejadian itu berlaku di Setapak Kuala Lumpur pada 8.47 malam itu yang melibatkan dua individu yang menyaksikan suspek berbaju hitam mencederakan mangsa ketika di kaunter pembayaran.
Antara rakaman CCTV
Suspek telah di tangkap
Bagaimanapun sekitar jam dua pagi, mereka telah ditangkap oleh pihak berkuasa di sebuah hotel di Jalan Pudu. Bagaimanapun, didapati barangan kemas sudah djual kepada pihak ketiga. Suspek yang berusia 31 dan 40 tahun didapati mempunyai banyak rekod jenayah termasuk penggunaan bahan larangan.
Apa yang pasti, jaga keselamatan diri ketika keluar, jika perlu elak memakai barang kemas sehingga menarik perhatian peragut atau penjenayah.
Ibu bapa mana yang sanggup melihat anaknya menderita sakit, ditambah pula dalam usia yang masih kecil. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Kepiluan di hati seorang ibu sukar diungkapkan dengan kata-kata bila mana anak yang ditatang bak minyak yang penuh kini terbaring kaku akibat koma selepas terjatuh dari motosikal jumaat yang lalu.
Amiera Zulaika, 6 dikatakan baru pulang dari sekolah dijemput oleh ibunya dengan motosikal. Ketika dalam perjalanan pulang itu, mangsa dipercayai tertidur lalu terjatuh dan menyebabkan pendarahan yang banyak keluar dari telinga dan hidung mangsa.
“Pada hari kejadian, dia tertidur dan terjatuh dari motosikal. Banyak darah keluar dari mulut dan hidungnya.
“Masuk darah 9 beg. Kelmarin buat pembedahan baiki rahang. Tapi masih belum sedarkan diri dari koma dan bergantung kepada bantuan mesin oksigen. Tapi hari ini doktor maklumkan otak dia dah bengkak dan mati, tak boleh nak buat apa dah.
“Pagi tadi doktor nak cabut wayar oksigen tetapi ibu dan ayah dia tak bagi, tunggu dulu. Kalau cabut, dia akan tinggalkan kami semua. Sekarang ada di ICU Hospital Kajang.
“Mohon doakan kesembuhan buat Amiera Zulaikha. Keadaannya masih tidak stabil. Doktor kata tak ada harapan untuk sembuh. Denyutan nadi dan tekanan darah semakin menurun,” tulisnya di Facebook.
Sementara itu, ibu mangsa, Amereza Zaameer melalui Facebooknya berkata, dia reda dengan apa jua ketentuanNya.
“Kesayangan Umie, Amiera Zulaikha. Kalau Ika penat, rehatlah. Terima kasih Ika atas kenangan terindah Ika bersama kami. Rehatlah Ika, Umie dan Abie sayang Ika Ya Allah, aku mohon kekuatan Ya Allah,” tulisnya.
Semoga keluarga ini diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan berat tersebut.
Menarik perkongsian ini bila diberi cara-cara untuk membuat susu pekat manis. Biasanya kita beli di kedai, apa kata kali ni kita buat sendiri susu segar ni. Tentu tak ada pengawet.
SUSU PEKAT HOMEMADE TANPA PENGAWET
Benda kalau boleh buat sendiri, boleh la kita buat sendiri. Cumanya dia tak tahan lama la sebab tanpa pengawet.
Kandungan gula pun boleh adjust-adjust. Boleh la habuan minum teh tarik petang-petang, cicah roti canai, biskut kering atau cicah roti benggali.
BAHAN-BAHAN
100gram susu tepung
125gram gula halus
60ml air suam
1 sudu makan marjerin ( penuh membukit)
CARA-CARA
1. Masukkan air terlebih dahulu dan baru masuk semua bahan yang lain ke dalam blender bersih.
2. Kisar sebati semua bahan dengan hingga berbuih.
3. Masukkan dalam periuk yang bersih dan didihkan ramuan hingga pekat. ( Api sederhana dan sentiasa kacau)
4. Bila ramuan mula pekat dan berkilat sila perlahankan api. Warnanya akan bertukar sedikit kekuningan. Dan padamkan api.
5. Bila susu homemade sejuk, boleh masukkan ke dalam bekas kedap udara atau botol kaca yang bersih. Masukkan dalam peti sejuk.
P/s : Pastikan blender tu dah dibasuh betul-betul tau. Kalau bekas kisar cili, kang perisa spicy plak susu tu.
Pastikan cuci betul-betul atau rendam dengan air suam dulu blender tu. Lagi mudah kalau kita asingkan satu balang khas supaya tak bercampur dengan balang blender masakan.
Periuk pun kalau boleh guna yang jarang guna laaa. Kalau yang baru lagi bagus. Jangan la bekas kari plak.
Kalau nak guna juga, jerang air panas dulu guna periuk tu then buang airnya. Basuh bersih-bersih then boleh guna.
Kredit: Nana Ismail
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
World Quran Convention 2025 mengetengahkan tema ‘Trade With Allah’ berasaskan Surah Al-Saff sebagai panduan utama solusi ekonomi Islam global. Program dua hari ini membuka ruang memahami keseimbangan antara spiritual dan ekonomi moden.