Menjadi ibu bapa ni memang perlu banyak bersabar dengan karenah anak-anak dan tahu cara untuk mengendalikan sikap mereka.

Jika salah didik, segala perbuatan mereka akan memberi kesan kepada tingkah lakunya.

Oleh sebab itu, jika berlaku, anak ini akan dikatakan tidak beradab, tidak sopan atau menghormati ibu bapa. Mana taknya, bila bercakap atau suruh berbuat sesuatu tidak endahkan.

Menurut saudara Ammar Kamilin jika anak bersikap tidak mendengar kata, mereka perlu 5 perkara dalam diri. Bermakna inilah punca mereka  bersikap begitu.

Ikuti perkongsian ini.

5 Punca Ni Buat Anak Tak Dengar Cakap. Ibu Ayah Kena Alert.

“Anak aku, bercakap dengan dia macam cakap dengan dinding. Apa yang aku ‘suruh’, sikit pun tak bergerak. Berbuih mulut, buat dek je!”

Parents,
Dia bukan tak dengar, cuma dia ‘buat pekak’. Dia bukan tak faham, cuma dia ‘tunjuk berontak’. Dia bukan tak nampak susah payah kita, cuma hati dia ‘tak rasa tertolak’.

Parents,
Saya percaya, antara asas Parenting adalah, ‘memberi perhatian’.

1.Attention.
2.Observe.
3.Caring.
3.Listen.
4.Touch.
5Persuade.

(tidak mengikut susunan)

Semua perbuatan di atas, memerlukan penggunaan deria manusia yang diupayakan sepenuhnya.

Manusia yang normal, memerlukan perhatian. Digelar ‘makhluk sosial’, sukar bagi seseorang untuk melakukan semua perkara sendirian tanpa bantuan. Apatah lagi, anak-anak yang belum berkemampuan.

Anak-anak yang tidak diberi perhatian penuh, lambat laun akan terdidik sampai dia juga tidak peduli apa berlaku di sekitarnya.

5 Punca Ni Buat Anak Tak Dengar Cakap. Ibu Ayah Kena Alert.

IKLAN


*Attention.*
Dia melompat-lompat atas sofa di ruang tamu. Ini perbuatan kurang adab. Jika tidak ditegur, bagi dia, ini OK.
Panggil dia, beritahu ‘common sense’ mengapa perbuatan itu kurang adab.

Ada orang kata, nama pun sudah ‘common sense’, jadi pandai-pandailah ‘sense’ sendiri.

Eh, ‘sense’ ini perlu diajar dulu. Bukan tiba-tiba kejadiannya. Yang namanya ‘Common sense’, berbeza-beza mengikut adat, budaya, anutan, geografi, latar keluarga dan banyak faktor.

Memegang kepala bagi Pak Arab, mungkin biasa saja. Bagi orang Melayu, pantang besar!

Jadi, mahu didik ‘common sense’, kena beri perhatian (attention) kepada apa yang anak lakukan. Jika, dibiar saja, habislah ruang belajar itu.

*Observe*
Gunakan mata untuk pantau tingkah laku anak. Kalau boleh, mata berpusing 360° melihat setiap sudut. Tapi, memang mustahil.

Jadi, boleh pinjam mata orang lain.
Jiran-jiran. Guru-guru. Kawan anak di sekolah. Kawan perumahan. Saudara mara.
Gunakan mata semua orang.

Maksudnya, apa saja yang mereka ‘report’, tak perlu cepat melompat. Jiwa mau besar. Anak kita memang malaikat di rumah dan dia boleh jadi entiti lain di luar rumah.

Hargai ‘feedback’ orang lain tentang anak kita. Mana yang baik, puji perbuatannya. Mana yang buruk, nasihat dan tunjuk cara sebaiknya.

IKLAN

*Caring*
Ada banyak cara untuk tunjuk kita ambil berat soal anak.

Bagi yang sedang belajar untuk peperiksaan, dibuatkan air oren ais dan diletak di meja study mereka. Fuh, seronok dia.

Yang muka sudah penuh jerawat, berangan mahu meminang anak orang, jika ada sesi ‘pillow talk’ dengan mereka, boleh reda gelojak rasa mereka.

*Listen*
Ini perkara senang yang ramai ibu bapa tak tahan mahu berlama-lama. Mendengar ni, tadah telinga saja, tapi panjangnya cerita anak, sampai menguap seluas tudung saji!

Kebanyakan kita kurang sabar. Cerita belum habis, kita sudah ada skrip nasihat mahu dilontarkan. Anak baru sebut, “Kenapa…”, kita sudah suruh diam. Jangan banyak tanya.

Bagaimana anak mahu belajar jadi pendengar yang baik, jika kita sendiri culas mendengar?

Lepas tu, mahu komplen nasihat kita, anak tak mahu dengar.

*Touch*
Sudah sentuh anak pagi ni?
Cuit-cuit saja?
Peluklah! Ketat-ketat.
Cium, sampai hangat.
Cintakan sesuatu yang perlu sentiasa diperhangat.
Sentuhan adalah medium perantara.
Benda kita suka, mesti mahu sentuh kan?
Benda tak suka yang dikuis-kuis.
Bagi isyarat pada anak, kita suka mereka dengan sentuhan.

*Persuade*
Kebanyakan masa, anak tunggu dipujuk.
Dia buat benda salah, untuk tarik perhatian.
Selepas dapat perhatian, kita marah.
Kena marah, mereka merajuk.
Merajuk, dah kena pujuk.

IKLAN

Pujuk orang kena marah, asbab buat benda salah, ada seni.

Kita taknak pujuk, sampai dia ingat, benda tu tak salah pula.

Kita pujuk, sebab kita mungkin terlebih kata. Benda dia buat salah, tetap salah.

Jadi, jelaskan 2 perkara berbeza ni pada anak.

“Apa awak buat, memang salah. Jangan ulang lagi.

Tapi, maafkan mama, jika kata-kata mama, menyinggung perasaan awak.”

Ada 2 mesej.

1. Dia buat salah, tetap salah.
2. Salah, perlu minta maaf (mama tunjuk melalui cakap dan perbuatan memujuk)

Jadi, dia belajar 2 perkara.

1. Akui kesalahan dan ubah.
2. Rendahkan ego dan minta maaf.

*****
Parents,
Aktifkan panca indera kita untuk memberi sepenuh ‘Perhatian’.

Sama-sama amalkan!

-Ammar Kamilin-
Dah 3 hari tak cium anak. Rasa, lost world.
#ParentThinkStory

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI