Teksturnya yang lembut dan rasa kelapanya yang asli membuatkan ramai antara kita menggemari keenakan rasa hidangan ini. Lagi-lagi kalau dimakan ketika sejuk, kepuasan menikmati jeli kelapa ini sukar digambarkan dengan kata-kata. Rasanya memang sedap!
Untuk yang baru ingin mencuba menyediakan menu ini untuk dinikmati bersama kelaurga, tersedia resipi yang cukup mudah untuk dilakukan. Malah Puan Noraini Hussin juga tidak lokek berkongsi tip untuk pastikan jeli kelapa yang dibuat tidak mudah basi. Jom semak apa katanya…
Kali ni saya nak kongsi sedikit tip supaya jeli kelapa tidak mudah basi dan tahan lama. In shaa Allah tahan selama seminggu lebih dalam simpanan peti ais. Sesuai untuk para peniaga. Kalau untuk makan sendiri abaikan je tip ni sebab kalau buat tak sempat simpan,1 hari dah habis.
Ads
Tip jeli kelapa tahan lama:
Isi kelapa yang telah di lorek hendaklah dibasuh terlebih dahulu dengan air biasa sehingga tiada air putih santan pada isi kelapa tersebut. Kemudian tapis dan toskan betul-betul dan barulah boleh diletakkan ke dalam larutan air jeli kelapa tersebut.
Di sini saya sertakan sekali lagi resepi mudah yang saya gunakan hasil tunjuk ajar dari suami saya sendiri:
Ads
JELI KELAPA
25g agar-agar tali (1 paket 25g)
700g gula
3.5liter air biasa
3.5liter air kelapa
4helai daun pandan
Ads
Cara Buat :
Masukkan air biasa, air kelapa, gula, agar-agar, daun pandan dalam periuk. Masak sehingga mendidih dan sehingga agar-agar dan gula larut sepenuhnya.
Masukkan dalam bekas.
Masukkan isi kelapa muda yang telah di lorek dan di tos terlebih dahulu (boleh gunakan tip yang saya beritahu di atas jika nak berniaga).
Hari Raya sudah hampir tiba. Jika tahun sebelum beli je, apa kata buat sendiri, Resipi viral hingga 39K ni memang superb. Siap ada petua nak jadi lebih sedap.
Resepi sate ayam (anggaran 130 cucuk) Bahan -Bahan
– 3 kg dada ayam dipotong dadu sedang2 jangan kecik sangat
– Lidi sate.. Rendam dalam 4jam atau lebih untuk elak lidi sate
terbakar semasa dibakar hehhehe
– 25 sudu gula pasir
– 2 sudu garam
Bahan disangai(goreng tanpa minyak)
2sudu jintan putih
3sudu jintan manis
8sudu ketumbar
Sangai bahan diatas didalam kuali jgn sampai hangus agak2 dah naik bau matikan api.
REMAH DI KISAR
Bahan-Bahan kisar
4ulas bawang kecik
8 ulas bawang putih
serai 3 batang
halia
kunyit hidup (kalau x da pakai kunyit serbuk)
lengkuas
bahan yang disangai
air secukupnya
Cara penyediaan:
Masukan semua bahan di pengisar ..kisar hingga halus
sediakan bekas letak dada ayam yang dah di potong masukan garam ,gula dan bahan yang telah dikisar.gaul sampai rata n sebati. kemudian tutup dengan wrap n masukan didalanm peti sejuk bawah dalam 2 jam untuk rasanya sebati.
PERAP 3 HARI NAK LEBIH SEDAP
Selepas 2 jam keluar dari peti ais dan mula la mencucuk .1 lidi sate sis letak 3pcs dada ayam..lepastu masukan dalam plastik simpan di peti ais atas sejuk beku untuk tahan lama Selesai cucuk lebihan perapan boleh campur dalam kuah kacang baru rasa sedap hehehehe
Sis biasa buat 3 hari sebelum nak bakar. Sebelum bakar keluarkan dulu dalam 3 jam
kalau malas nak bakar boleh jer goreng sedap jgak
RESEPI SAMBAL KACANG: Bahan-Bahan
2 cawan kacang tanah digoreng dan dikisar dengan 4cawan air.
*3 sb lada kering
*3 sb ketumbar
*2 sb jintan manis
*2 ulas bawang putih
*2ulas bawang kecik
*2 ulas bawang besar
*Lengkuas
1batang seri dititik atau diketuk
Air asam jawa
Garam
Gula
Serbuk perasa
3s sb sos cili
3sudu sos tiram
Cara-cara
1.Kisar ke semua bahan yang bertanda *.
2.panaskn minyak didalam kuali
3.minyak panas masukan serai dan bahan yang dikisar.. Tumis sehingga pecah minyak. Letak garam gula n serbuk perasa..
4.kemudian masukan kacang yang dikisar. Biarkan sambal kacang kita mendidih (kalau kurang air tambah air hehehe)
5.Masukan sos cili sos tiram n air asam jawa.. Kecik kan api sambal kacang mendidih lgi… Kemudian rasa… Rasa dah ok.. Siap la sambal kacang kita….
TIPs:nak bagi sambal kacang sedap… Rempah bahan perap sate yg lebih tu sis letak sikit ke dalam sambal kacang.. Rasa dia lg terangkat
Kaletahnya cukup menghiburkan dan mencuit hati sesiapa sahaja yang menonton video mahupun gambar dirinya yang dimuat naik menerusi laman instagram. Ditambah pula dengan kecomelan membuatkan ramai yang geram.
Namun sikap sopan dan lemah lembutnya tak lari dari abangnya, Yusuf Iskandar. tidak hairanlah dua beradik ini cukup dikagumi ramai. Walaupun masih kecil namun didikan yang baik oleh kedua ibu bapa membuatkan dua beradik ini membesar sebagai anak yang mendengar kata dan bijak.
Terbaru, satu video pendek dimuat naik menerusi laman instagram Thealisaaisyah yang memaparkan si kecil bernama Alisa Aisyah ini sedang melakukan aktiviti bersama mummynya.
Reaksi dan gelagatnya ketika menjawab pertanyaan mummynya cukup menghiburkan. Cukup petah dan fasih berbahasa inggeris. Alisa dilihat bermain dengan blender mainan miliknya sambil berborak santai bersama Hanis Zalikha.
Sambil membuat mimik muka bersahaja dengan mata berkelip-kelip, tidak hairanlah ramai yang kagum dengen kepetahannya berkata-kata.
Pernah tak anda mengalami masalah tiba-tiba suami jatuh sakit dan anda tidak tahu apa yang harus dilakukan. Demikian yang terjadi pada Jiha Shuib apabila suaminya tiba-tiba collapse akibat serangan strok.
Tidak pernah menyangka perkara begitu boleh memberi impak yang cukup besar padanya kerana selama ini tidak mengambil kisah bab simpanan waktu kecemasan, jauh sekali untuk bertanyakan kepada suami number pin ATM nya.
Disebabkan pengalaman tersebut, Jiha ingin berkongsi dengan wanita lain di luar sana tentang info penting yang sepatutnya seseorang isteri ambil peduli supaya tidak gelabah apabila berlaku kecemasan.
Berikut 7 Perkara Penting Yang Isteri Kena Ambil Tahu Dari Suami:
Degil Untuk Berhenti Merokok
Aku rasa keluarga aku adalah contoh keluarga tipikal, orang biasa berpendapatan sederhana dan kedua-dua kami bekerja. Ada hutang kereta sederhana, ada 2 anak sekolah, ada hutang sewa rumah yang biasa-biasa, ada hutang pinjaman peribadi dan komitmen biasa macam penapis air bayar bulan tu. Alah, yang biasa-biasa saja. Golongan sederhana yang cukup-cukup makan setiap bulan.
Ada orang yang beringat buat simpanan kecemasan, ada simpan rekod kewangan kedua-dua pasangan dan ada sumber pendapatan pasif, tapi kebanyakan orang? Macam kami yang tak pernah sangka akan alami benda-benda begini tak ada pun kesedaran untuk buat sesuatu. Sepatutnya aku kena sedar dah risiko bila suami aku degil untuk berhenti rokok. Dia curi-curi hisap rokok di luar, masih merokok berpuntung-puntung waktu bekerja. Walaupun banyak kali kena serangan asma dan sesak nafas, tetap dia merokok balik.
Gedegang! Tiba-tiba dia collapse. Senyap, sunyi dan kaku.
Tidak Tahu Nombor Pin ATM
Masa awal tu aku masih okay, ada keluarga sahabat handai yang sedekah duit dalam genggaman setiap hari. Lagipun dalam keadaan terkejut beg tangan aku dan dompet Saiful entah kat mana-mana. Tak boleh fikir dah aku pasal duit ke, masa depan ke apa. Hari berlalu dengan slow-motion, dunia aku siang malam hanya di sekeliling katil Saiful terbaring kaku tu. Tapi bila doktor mula cakap suruh belikan barang itu ini, aku mula gelabah. Mana aku nak ambik duit ni? Dalam bank? Eh, itu duit untuk bayaran bla…bla…bla….
Dalam akaun Saiful ada duit belanja rasanya. Tapi… Eh, aku mana tau nombor pin dia. Aku tak pernah tanya dan tak pernah terasa nak ambik tau, hulur tangan terima duit aku tau.
7 Perkara Isteri Kena Ambil Tahu:
Disini titik permulaan persoalan-persoalan yang sepatutnya seorang wanita ambil peduli sebelum terlambat.
1. No. Pin akaun-akaun bank suami. Ini #palingpenting dan #palingsulit. Kalau tak memang gelepar lah nak beli katil, nak beli susu, nak bayar kos ujian-ujian hospital (GL pun tak leh cover cukup tau), nak beli tilam angin, tiub-tiub hidung, tiub-tiub kencing, krim-krim, stokin preassure, mesin angin tilam, lampin dewasa, kos ulang alik hospital, kerusi roda. List dia panjang tau, panjang berjela-jela.
2. Passcode online banking, telefon bimbit, tab, komputer, alarm rumah, peti besi dan sebagainya.
3. Ambil tahu dimana letaknya dan labelkan semua kunci-kunci pendua, kunci simpanan asalkan bukan kunci rumah bini #2 suami.
4. Rekod insuran /takaful suami. Surat menyurat gadaian simpan dalam fail betul-betul. Lepas keadaan sudah tenang boleh telefon ejen untuk tuntutan insuran, jika rumah atas nama suami boleh claim MRTA (kot kalau tak silap)
5. Nombor telefon pejabat / majikan suami / bahagian sumber manusia. Kena maklumkan keadaan suami, tanya kelayakan perubatan suami ada ke tak dan jika majikan ada caruman insuran kelompok atau sebarang kemudahan sebagai pekerja mungkin mereka dapat membantu. Mereka juga boleh bantu untuk buat tuntutan Socso bagi swasta, JPA bagi penjawat awam. Kalau tak pun, telefon mereka dan minta mereka maklumkan kawan sekerja keadaan suami yang tenat dan minta doakan kesembuhan suami.
6. Surat tawaran kerja suami / baca klausa apa kemudahan cuti sakit yang layak / berapa bulan gaji akan dibayar dalam cuti sakit. Baru boleh rancang berapa lama boleh survive dengan duit yang tinggal, baru tahu mana nak rujuk rawatan susulan untuk suami.
6. Rekod hutang-hutang semasa, duit orang dalam tangan suami mana tahu suami bendahari kelab ke, surau ke, jiran tetangga ke. Kalau orang datang tuntut nanti taklah gelabah.
7. Hutang suami macam kereta, rumah, pinjaman koperasi ke apa-apalah / komitmen suami setiap bulan bayar macam maintanence ke, polis komuniti ke nanti boleh buat refinance atau terminate saja bila diorang tuntut hutang mana yang boleh untuk berjimat.
Simpan rekod dalam fail yang tersusun.
Skill Malam Jumaat
Ingat tau, bila kita susah masa itu baru boleh kenal siapa kawan siapa lawan sebenarnya. Tak mustahil saudara sendiri akan lari jauh-jauh dan mengelak dari menunjuk muka takut-takut kita mahu menumpang. Pesanan ini atas dasar pengalaman sendiri.
Isteri yang bijak adalah isteri yang ada harga diri, bersedia berkorban dan tidak takut bertindak untuk kepentingan anak-anaknya. Kalau suami perahsia sangat semua benda kepit celah ketiak dia, itu memang kena guna skill malam jumaatlah untuk pujuk. Tak sayang anak bini lah maknanya tu, jangan sampai anak isteri merempat di tepi jalan suatu hari nanti. Ayat seperti
“Sayang jangan risau, nanti kalau jadi apa-apa kat abang si polan-si polan akan tolong. Semua duit dan harta abang, geran-geran rumah, stable lumba kuda, kelab-kelab malam dia yang akan uruskan. Takyah fikir apa-apa ya, tenang-tenang aja”. (ni contoh)
#angkatkening kau boleh percaya? Kalau percaya, okaylahhhhh. I rest my case.