Jemaah haji lelaki bawa pulang ‘sekandang’ unta untuk cucu, semua dapat habuan. Kepulangan seorang lelaki dari tanah suci baru-baru ini bukan sahaja menggembirakan ahli keluarganya, malah menyentuh hati warga maya apabila tindakannya membawa pulang patung anak unta untuk cucu-cucu mendapat perhatian ramai.

Jemaah Haji Lelaki Bawa Pulang Unta Untuk Cucu, Semua Dapat Habuan, Tak Ada Yang Tertinggal

Menurut anak beliau, Muhammad Shyrull Affendy Yacob, 32, ayahnya yang merupakan seorang usahawan katering di Melaka memang terkenal dengan sifat pemurah dan tidak pernah berkira, lebih-lebih lagi apabila melibatkan keluarga.

“Sejak dulu lagi ayah sangat mementingkan kebajikan keluarga. Dia memang rapat dengan anak-anak dan lebih-lebih lagi dengan cucu-cucunya,” katanya ketika ditemui.

Jemaah Haji Lelaki Bawa Pulang ‘Sekandang’ Unta Untuk Cucu, Semua Dapat Habuan

Tambahnya, sambutan di lapangan terbang sempena kepulangan ayahnya daripada menunaikan haji bertukar menjadi detik penuh kegembiraan apabila kelihatan patung anak unta yang disandang di bahu si datuk.

“Pada awalnya, suasana agak sebak kerana lama tidak berjumpa. Tapi bila ayah keluar dengan membawa patung unta pelbagai warna, terus suasana jadi meriah dan ceria. Cucu-cucu bersorak gembira dan tak sabar nak terima cenderamata mereka,” katanya.

Kisah tersebut menjadi tular di media sosial selepas sebuah video memaparkan lelaki itu membawa pulang 15 patung anak unta dari Makkah untuk diberikan kepada cucu-cucunya. Patung-patung tersebut digantung pada tali dan disangkut kemas di bahunya.

Ads
@teamairportthts Amboi haji keliling pinggang sangkut unta🤣 #hajj2025 #fypシ #hajj #masukberandafyp ♬ original sound – Beegood Music

Menurut Muhammad Shyrull lagi, bukan sekadar patung unta, setiap cucu turut menerima ole-ole lain seperti coklat, kurma dan tasbih daripada datuk mereka.

“Semua cucu dapat hadiah, tiada seorang pun yang tertinggal. Bila dapat saja cenderamata tu, masing-masing terus peluk datuk kerana terlalu rindu.

“Sejak kami kecil, ayah sudah ajar tentang pentingnya memberi, bersederhana dan membantu orang lain. Nilai-nilai itu kekal sampai sekarang,” jelasnya.

Ads

Tindakan kecil yang penuh kasih sayang ini membuktikan bahawa seorang datuk bukan hanya pelindung, malah sumber kasih dan inspirasi buat generasi yang menyusul.

Sumber: Sinar Harian dan TikTok teamairpottthts

Baca artikel lain juga: Datuk Kesal Gagal Selamatkan Cucu Dalam Tragedi Kebakaran

Ads

Nenek Tular Baca Yasin Ketika SPM 2024, Cucu Dapat 4A+, 5A

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads