Ramai pesakit kanser yang masih ragu dan keliru tentang makanan yang perlu dielakkan dan digalakkan.
Pemakanan pesakit kanser tidak sama dengan pemakanan pesakit diabetis atau pesakit gout.
Pemilihan pemakanan ini penting untuk mereka tidak diserang kanser yang berulang, meningkatkan sistem daya tahan dari serangan virus dan bakteria dan meningkatkan kualiti hidup mereka supaya sihat dan bertenaga.
Ia juga penting untuk membantu mereka mendapatkan nutrisi yang diperlukan, mengatasi kesan sampingan rawatan, dan memperbaiki kesejahteraan keseluruhan.
Ads
Dr Zubaidi kongsikan sedikit beberapa panduan umum pemakanan pesakit kanser.
Antara makanan yang digalakkan:
1. *Sayuran Berdaun Hijau*: Seperti bayam dan kale, kaya dengan vitamin, mineral, dan antioksidan yang dapat membantu melawan kanser.
2. *Sayuran Cruciferous*: Seperti brokoli, kubis, dan bunga kubis, mengandung sulforaphane dan indole yang dapat melindungi DNA dari kerosakan.
3. *Buah Beri*: Seperti strawberi, blueberry, dan raspberi, kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan sistem imun.
4. *Buah dan Sayuran Berwarna Terang*: Seperti ubi keledek, ubi kentang, dan labu, mengandung karotenoid yang baik untuk kesihatan.
5. *Protein Berkualiti Tinggi*: Seperti ikan, ayam, telur, dan kacang-kacangan, penting untuk memperbaiki jaringan tubuh.
Ads
Tips Mengatasi Kesan Sampingan Rawatan
1. *Loya dan Muntah*: Makan makanan yang lembut dan mudah dihadam seperti biskut kering dan roti bakar. Halia juga dapat membantu mengatasi loya.
2. *Sembelit*: Tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan, sayuran, dan biji-bijian.
3.*Hilang Selera Makan*: Makan dalam porsi kecil tetapi kerap, dan pilih makanan yang padat nutrisi.
Ads
Makanan yang Harus Dihindari
1. *Makanan Tinggi Gula dan Lemak Tepu dan Lemak Trans*: Dapat memperburukkan keadaan pesakit kanser.
2. *Makanan yang Diproses**: Seperti daging berproses dan makanan berproses yang mengandungi banyak pewarna, perasa dan pengawet.
Memilih makanan yang tepat dapat membantu pesakit kanser merasa lebih baik dan menyokong proses pemulihan mereka.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kelazatan dan keenakan rasa ikan yang dimasak dengan pelbagai menu, tentunya menjadi juadah pilihan ramai antara kita. Tidak dinafikan, ikan yang hanya sekadar digoreng sekali pun, sudah boleh membuka selera sesetengah antara kita.
Namun sering juga terjadi, sedang kita asyik menikmati lazatnya rasa ikan tersebut, entah bagaimana boleh tercekik tulang. Pasti bila ini terjadi, hasrat untuk terus menikmati juadah terhenti memandangkan kita akan berasa tidak selesa pada bahagian kerongkong. Hal yang demikian, berkali-kali kita akan cuba berdeham atau menelan air liur dengan harapan agar masalah tersebut boleh di atasi.
Jika tulang masih terlekat juga, jangan panik. Lakukan segera 6 langkah ini.
1. Nasi
Kepalkan nasi menjadi sebesar bola ping pong dan terus telan dengan diiringi bacaan bismillah dan selawat.
2. Madu
Celupkan jari ke dalam madu, selawat 3 kali dan hisap jari tersebut.
3. Air basuhan tangan kita
Caranya cuci tangan bersih dan ambil air masak dan basuh tangan anda menggunakan air tersebut dan minum semula air yang basuh tangan tersebut.
4. Pisang
Ambil sepotong pisang yang telah masak, kemudian telan. Lakukan beberapa kali.
5. Garam
Masukkan sedikit garam ke dalam secawan air suam dan minum air tersebut. Ketika minum, berikan tekanan semasa menelan air agar tulang tidak lagi melekat pada tekak.
6. Roti
Gumpalkan roti membulat dan telan roti tersebut agar tulang dapat ditanggalkan.
Namun jika masalah tidak dapat juga di atasi, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila ditanya secara rambang, siapa ingin kelihatan cantik, sihat & kurus? Rata-rata semua orang dengan spontan akan angkat tangan tanpa perlu fikir panjang. Tapi lain pula situasinya, bila diajukan soalan siapakah pula di sini yang rajin bersenam untuk sihat?
Kebiasaannya, ramai antara kita merasa ‘liat’ untuk menggerakkan tubuh untuk melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Walau pun hakikatnya semua sudah maklum akan kepentingan dan kebaikan senaman tersebut.
Istimewanya juga dengan bersenam, anda bukan sahaja akan menjadi kurus malah akan terlihat awet muda dan sihat! Wow, hebat bukan? Nak tahu rahsianya, ikuti perkongsian Hafiz Sulaiman yang juga menggelar dirinya sebagai pejuang kesihatan. Jom semak!
Okay ni nak kongsi sedikit tip bersenam untuk kurus, dan juga untuk kesihatan:
1) Pernafasan.
Ini teknik pernafasan power yang sangat efektif untuk tingkatkan prestasi dan ketahanan. Dalam posisi duduk, Tarik nafas sedikit dalam dan hembus. Ulang secara berterusan 30-50kali. Anda mungkin akan sedikit mamai, kebas-kebas atau mengantuk. Ianya perkara biasa kerana badan dan otak anda mula tepu dengan oksigen. First timer mungkin juga akan alami keletihan/sakit otot rusuk yang akan hilang selepas sehari dua.
Teknik ini mengoptimakan ruang “dead space” paru-paru serta menyediakan oksigen yang cukup untuk senaman berat yang akan anda lakukan seterusnya. Terima kasih kepada pakcik Wim Hof atas ilmu yang berguna ini.
2) Senaman Untuk Kurus, Sihat dan Awet Muda
“SENAMAN KEKUATAN”.
Lupakan senaman aerobic yang lama dan repetition banyak kali. Ia meningkatkan stres badan menyebabkan gangguan kepada keseimbangan badan. Elakkan bersenam melebihi sejam sebaiknya.
Anda seharusnya menumpukan pada senaman intensiti tinggi dalam jangka waktu yang pendek. Kaedah interval HIIT seperti TABATA juga bagus namun saya nasihatkan, yang baru mula boleh cuba kaedah PACE yang lebih mudah dahulu.
Saya biasanya gabungkan senaman kekuatan buat secara interval. Buat 20 ulangan dan rehat 20 saat. Jangan rehat lama-lama, anda akan hilang kelebihan senaman interval dengan rehat yang panjang.
Antara yang saya suka senaman kekuatan+ interval ini kerana lemak bukan sahaja dibakar ketika bersenam tapi juga selepas bersenam malah ketika anda tidur!
Antara kelebihan lain senaman jenis kekuatan:
Teringat pula 7 tahun lepas pakcik makcik di Klinik Kesihatan senyum kambing pula bila dinasihatkan angkat berat. Guna botol air mineral 1.5 liter saja tak susah..bersenam ikut kemampuan ya.
3) Fokus Bahagian Senaman.
Jika anda bersenam untuk kecantikan (aesthetic),fokus pada otot-otot kecil seperti otot abdomen(perut), biceps dan triceps. Senaman otot perut juga membantu menguatkan otot “core” selain senaman otot belakang, punggung yang meningkat stability badan.
Namun perlu anda ingat, senaman otot kecil tidak akan menampakkan hasil aesthetic sekiranya peratusan lemak badan anda tinggi. Otot six pack anda akan tenggelam di sebalik lautan lemak yang tebal.
Saya lebih suka buat senaman otot besar dengan senaman seperti push up (pumping) dan juga squat ( free squat atau guna pemberat). Lagi besar otot lagi cepat kurus.. Bagi kaum wanita tak perlu risau otot membesar macam seladang. Hormon testosterone wanita tak cukup tinggi untuk besarkan otot.
4) Waktu Bersenam.
Saya suka waktu pagi sebelum sarapan.
Ataupun waktu sebelum berbuka puasa.
Ini adalah waktu kurang gula dan badan akan bakar lemak dengan pesatnya.
-Perhatian jika anda tidak ketoadaptif (otak mampu menggunakan lemak sebagai tenaga), elakkan senaman berat ketika gula kurang-
Jangan amalkan jika sakit kepala atau ringan kepala, anda mungkin pitam.
Bahkan jika anda jatuh sakit yang teruk, elakkan senaman waktu ini. Berikan rehat yang secukupnya kepada badan anda. Stress kerana sakit akan sebabkan badan anda menyimpan lemak dan air menerusi peningkatan hormone stress(kortisol).
Anda tidak mahu tambahkan stress lagi menerusi bersenam pada waktu sakit.
5) Pemakanan untuk kurus.
Ini saya selalu cerita dalam artikel-artikel lama saya. Kali ni spesifik pemakanan waktu bersenam (macronutrient timing).
Jangan makan sejurus selepas bersenam berat kerana darah akan mengalir banyak ke bahagian otot untuk membekalkan oksigen yang sangat banyak diperlukan selepas bersenam. Kurang pengaliran darah ke sistem pencernaan akan mengakibatkan ketidakhadaman dan mengganggu sistem pencernaan.
Lepas bersenam saya biasa ambil protein senang serap seperti protein whey. Selepas sejam dua makan real food. Waktu paling bagus makan karbohidrat juga ialah selepas sejam dua bersenam. Sekurangnya nasi yang anda makan itu boleh lah digunakan sebagai bahan bakar, bukannya disimpan sebagai lemak.
Dulu-dulu zaman jahilliyah, saya guna protein CASEIN waktu berpuasa atau sebelum tidur. Casein ini bila bercampur dengan asid perut jadi macam ketulan susu dalam perut, susah dicerna dan diserap. Kononnya, slow releasing protein ni baguslah, bekalan protein yang berterusan tak diserap cepat. Amaran: Protein casein antara makanan paling utama menyebabkan KEROSAKAN USUS selain gluten. Anda berisiko mendapat masalah ketidakhadaman, “angin”, masalah sendi, penyakit alergi,autoimmune dan macam-macam lagi. Selamat tinggal casein.
Sumber : Hafiz Sulaiman
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu mana yang tak risau bila melihat rekod timbangan berat badan anak bermasalah, sama ada terlalu kurus atau timbangannya tidak naik-naik sedangkan ketinggian dan umur semakin bertambah!
Puas disuakan makanan namun selera anak tiada juga dan ini lagi menyukarkan ibu untuk memastikan berat badan bertambah. Atas sebab ini, sebaiknya ibu usahakan untuk menyediakan menu yang telah dikongsi oleh Pun Nur Farah yang berjaya menaikkan berat badan anaknya 2kg selama dalam masa sebulan. Jom semak!
Sapa sini ada masalah anak kecik kurang berat badan? Anak kurang selera makan. Meh mummy share resepi yg buat berat badan anak mummy dari 6 kilo lebih ja naik terus jadi 8 kilo lebih dalam masa sebulan ja.
Resepi ni pakar pemakanan yang bgi kt mummy. Anak mummy sampai kena jumpa pakar pemakanan pasai haluih sangat. Mummy try ikot hat dia habaq tu alhamdulillah naik la jugak berat dia.
Bahan-bahan:
-nasi panas dicampur dgn beberapa titik minyak zaitun. ( kalau xdak letak butter @ myk masak. Jgn tibai mnyk gas sudah nahh)
-ubi kentang yg digoreng terlebih dahulu.
-isi ayam ( hiris halus2 & goreng)
-bawang holand ( hiris halus & goreng)
*xdak bawang holand bawang merah besar pn xpa. Tapi mummy suka guna holand sebab dia manis sikit.
Cara2
1. Gaulkan nasi tadi bersama-sama ubi kentang yg telah digoreng tadi dan lenyek2 kan sampai ubi tu hancoq. Takmau ada keras2 tau sebab takmau anak terlekat.
2. Lepastu masukkan semua bahan2 tadi. Gaul sampai semua sebati.
3. Lepastu terus kepal2 jadi bentuk bola kecil2. Make sure nasi tu panas2 baru senang dikepal ok.
4.Tunggu sejuk baru hidangkan untuk anak2. Biaq anak makan sendiri baru dia enjoy nk makan. Berselerak tarak pn lantak pi. Janji mau makan jaa.
Resepi ni untuk anak kecil yang sudah tumbuh gigi. Untuk yang atas 2 tahun boleh tambah sedikit garam @ perasa.
Ekstra Tip
* Kalau tiada ayam boleh juga diganti dengan ikan.
Sumber :Nur Farah Haniem via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.