Memang tidak dapat disangkal betapa sedap dan nikmat rasaya ketika menggigit jeruk mangga yang rangup. Ditambah pula dengan rasanya yang masam manis membuatkan sesiapapun boleh kecur liur. Malah bukan suatu yang pelik, hanya dengan melihat gambar jeruk mangga sekali pun, sudah boleh membuatkan ada yang terasa teringin dan mengidam.
Andai teringin untuk mencuba menyediakan menu ini ada baiknya teliti perkongsian daripada Zaily ini. Apa yang menariknya, resipi ini tidak menggunakan kapur dan bahan pengawet, pun begitu jeruk kekal rangup dan sedap rasanya.
Bila anda pakar menyediakannya, bolehlah jadikan antara menu istimewa di hari lebaran nanti bagi merai kunjungan sanak saudara dan teman-teman.
“Saya nak share cara membuat jeruk yang rangup & tidak lembik, tanpa guna kapur rasa inshaallah memang sedap & tidak mengecewakan. Resepi ni mak sy yang ajar, Terima kasih mak resepi mak semua terbaik!”-Zaily Akhma
Bahan-bahan:
Ads
6 biji mangga muda
2 genggam garam
1/2 botol cuka
400gm gula
Ads
Cara Buat :
Buang kulit dan basuh bersih. Kemudian potong mengikut citarasa masing2, sy suka panjang2 macamni
2. Masukkan air paip(air bertapis),separas buah.
Ads
3. Masukkan garam kasar 2 gengam dan cuka 1/2 botol.
4. Kacau sebati,toksah ganas2 timbuk balik je untuk cuka tu sekata dengan air. Kemudian tutup bekas dan biarkan semalaman.
5. Tapis buang semua air rendaman tu (tak perlu basuh ya) masa ni gigit rasa masih rangup ada masin n masam sikit. Ketepikan dan masukkan ke dalam balang.
6. Ok masakkan gula, sy guna 400g gula, kalau suka jeruk rasa manis boleh boh gula lebih,tapi sy suka rasa jeruk yang masam2 manis.
7. Setelah air gula sejuk, baru la masukkan dalam balang tadi, tunggu betul2 sejuk tau,jangan curah panas2 pulak, lepastu simpan peti ais 1malam lagi
Jeruk rangup krup krap & tidak lembik juga tiada bahan pengawet
sumber : Zaily Akhma via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ramai wanita ingin kurus hingga ada yang sanggup berhabis ratusan ringgi atau ribuan ringgit untuk memastikan badan kembali langsing dengan mengamalkan makanan tambahan untuk diet. Ada yang menjadi atau juga tidak.
Namun untuk langsing ini cabarannya adalah pemakanan harian selain senaman. Menerusi perkongsian wanita ini, barangkali boleh menjadi inspirasi buat yang sedang mencari petua untuk mendapat berat badan yang ideal.
Wanita ini berkongsi bahawa telah berjaya mengurangkan berat badan turun hingga 4.5kg dalam tempoh sebulan. Terdahulu beratnya 97kg kini 59kg.
Jom lihat perkongsian menunya untuk rujukan anda.
Sebulan mak cuti makan nasi..turun 4.5kg. Saje nak share koleksi kepayahan mak melalui hari-hari sepanjang pengkurusan berlangsung. Bukan senang duduk semeja kalau tak kental. 97kg-59kg now(lost 38kg) the struggle is real #edit.. eh japp..diet ada banyakkkk jenis tau. Mak selesa buat if+keto.. jangan marah mak kalau mak tak makan nasi.. nasi tak salah
12 menu diet
Wow semua menu yang dikongsi. Boleh jadi idea untuk masakan diet anda!
Jamuan sekolah antara aktiviti yang menarik untuk dilakukan dan selalunya setiap kanak-kanak akan bawa juadah atau makanan untuk dikongsi bersama. Pelbagai jenis menu yang sesuai untuk dijadikan menu potluck atau jamuan seperti nasi goreng, mee goreng atau ayam goreng.
Tetapi istimewanya kali ini, menu macaroni cuppizza yang dikongsikan oleh Sharinaz Redwan ini boleh selesaikan masalah para ibu yang buntu memikirkan menu untuk anak-anak sekolah. Menurut perkongsiannya di profil Facebook, menu ini sangat mudah dan sesuai dengan selera kanak-kanak.
“Buat dalam cup senang, nanti masing² boleh amik bawak balik kalau dah kenyang, tak payah tunggu nak bungkus-bungkus,” tulisnya.
Macaroni Cuppizza
Bahan-Bahan:
Cara-Cara:
– Tumis bawang putih, nak masuk bawang Holland pun boleh.
– Masuk isi ayam, nak masuk sosej, crabstick pun boleh.
– Masuk macaroni yang sudah direbus, sos spaghetti, kalau nak masuk veges boleh, letak mix herbs, garam sikit.
– Ambil tortilla wrap, potong dan letak dalam cup.
– Buatlah bagi siap, yang double tu sebab terlebih potong. Kemudian, scoop masuk macaroni tadi.
– Pecah telur, letak garam dan black pepper sikit. Whisk.
– Tuang masuk dalam cup agak-agak tenggelam. Tabur cheese pizza. Sprinkle mix herbs sikit.
– Bakar api atas bawah 15 minit, + api bawah 10 minit. Tak nak atas garing sangat nanti. Suhu 170°c.
– Boleh tambah atas dia, letak sos cili/mayonnaise/cheesy sos.
Menyediakan puding roti memang kalau dilihat begitu banyak resipinya dan berbeza-beza cara penyediaannya. Begitu juga dalam hal ketika memasaknya, ada orang suka makan versi yang dikukus dan tidak kurang juga ada keluarga yang amat menyukai rasa puding roti yang dibakar.
Bercerita tentang keistimewaan puding roti yang dibakar, selain testurnya tidak terlalu lembik, apa yang lebih mengujakan adalah aroma yang dihasilkan ketika dibakar. Sungguh semerbak baunya dan sekali gus membuatkan seisi rumah tidak sabar menikmati hidangan tersebut.
Dan di sini ada dikongsikan resipi puding roti dengan teknik dibakar dari seorang wanita yang menjadikan menu ini sebagai sumber pendapatan buat keluarganya. Pastinya menu ini enak dan menepati selera ramai. Jom semak bahan dan cara penyediaannya.
“Saya nak share resipi puding roti yang saya buat jual. Tak mintak banyak pun tolong doakan saya sekeluarga dimurahkan rezeki dan saya dikurniakan zuriat. Terima Kasih semua”–Syazwani Bakri
*Kat bawah sekali ada info saya sertakan.
Resepi Bread Butter Pudding (versi bakar)
Bahan-bahan puding:
Roti gardenia pek bonanza
Susu segar/full cream 3@4cawan
Telur A 3@4biji
Gula 3-4 sudu besar (gula ejas tahap manis yang nak)
Esen vanila
Butter 3-4 sudu besar (saya cairkan)
Topping boleh letak mix fruits/kacang/coklat chip
2. Dah sebati tapiskan, kemudian masukkan butter yang telah di cairkan tadi kacau-kacau sikit.
3. Roti 3 keping setiap bekas, potong 4, susun dalam bekas, tuangkan bahan puding tadi setiap bekas bagi rata, tekan-tekan sikit guna spatula bagi meresap.
4.Tabur topping di atas, kemudian bakar 30-40minit suhu 150-180 (ikut oven masing-masing ye)
Bahan-bahan sos kastard:
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan air
3-4 sudu besar gula (yang ni ikut tahap manis yang nak)
Sedikit esen vanila (creamy vanilla best sikit)
Cara-cara:
1. Campur tepung kastard dengan air, kemudian campur semua bahan masak atas api sehingga pekat.
*Part ni paling malas, Kena selalu kacau-kacau, api kecik ja jangan kuat sangat nanti hangit padan muka
INFO:
*Resepi ni saya refer resepi-resipi dalam fb/google dan ejas cara saya
*Kalau guna roti bonanza 1 bungkus tu boleh dapat 6 bekas kecik (kalau nak buat 2 bekas saja boleh buat 1 cawan susu,1@2 biji telur)
*Size 10” roti bonanza 1 bungkus (adunan 4 cawan susu, telur saya selalu lebihkan sebiji
*Size 9” pun boleh guna roti yang pek kecik tu (adunan 3 cawan susu, telur pun saya lebihkan sebiji )
*butter kalau tak nak cairkan boleh sapu pada setiap roti. Saya malas nk sapu satu-satu saya tuang terus yang cair kan senang
*sos kastard kalau nak lebih gandakan 2 ye
sumber : Syazwani Bakri via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.