Jika Ada Banyak Mulberry Frozen Di Dapur, Apa Kata Buat Mulberry Yogurt Butter Cake. Memang Sedap, Mudah Pula Tu!

Share

Kalau ada buah Mulberry di rumah ibu-ibu, bolehlah cuba buat resipi kek ini. Selain boleh dijadikan jem mulberry , buah ini nampak biasa je tapi banyak khasiatnya.
Jom kita cuba buat Mulberry Yogurt Butter Cake. Resipi ini dikongsikan oleh Mohammad Muammar

. Selamat mencuba!
Petik mulberry di pokok..lepas tu frozenkan..baru transform jadi Mulberry Yogurt Butter Cake
lepas potong bagi 2 dengan jiran sebelah.

Bahan-bahan

-tepung naik sendiri 300gm
(kalau guna tepung gandum biasa guna sukatan tepung gandum 300gm+1 1/2 sudu teh baking powder.
-gula 280gm
-telur 6 biji
*asing kuning n putih
-butter/marjerin/campuran marjerin+butter 350gm
-yogurt 100ml
(boleh juga guna 100ml susu tin cair tambahkan 1 sudu makan jus lemon lepas tu biarkan 10min untuk susu jadi Buttermilk)
-parutan kulit oren dari 1 biji oren.
-3 cawan mulberry.bekukan.
Cara membuat:

1.pukul putih telur sampai jadi meringue/stiff peak.ketepikan.
2.pukul butter/marjerin dengan gula hingga kembang,medium speed.
3.masuk kuning telur sebiji demi sebiji,gaul kembang n rata,medium speed.
4.masuk tepung selang seli dengan yogurt/buttermilk.pukul sebati.
6.ambil 1/3 meringue tadi,masuk ke dalam adunan,fold.
lepas sebati masukkan baki meringue tadi lepas tu fold lagi.
7.masukkan parutan kulit oren & mulberry..gaul sebati.
tuang adunan dalam loyang square 9×9,bakar suhu 170’c api atas bawah,rak bawah sekali,45minit (ikut oven masing)
*kalau guna loyang 8×8 boleh guna 2/3 sukatan resepi ya.

IKLAN