Kalau ada buah Mulberry di rumah ibu-ibu, bolehlah cuba buat resipi kek ini. Selain boleh dijadikan jem mulberry , buah ini nampak biasa je tapi banyak khasiatnya.
Jom kita cuba buat Mulberry Yogurt Butter Cake. Resipi ini dikongsikan oleh Mohammad Muammar. Selamat mencuba! Petik mulberry di pokok..lepas tu frozenkan..baru transform jadi Mulberry Yogurt Butter Cake
lepas potong bagi 2 dengan jiran sebelah. Bahan-bahan
-tepung naik sendiri 300gm
(kalau guna tepung gandum biasa guna sukatan tepung gandum 300gm+1 1/2 sudu teh baking powder.
-gula 280gm
-telur 6 biji
*asing kuning n putih
-butter/marjerin/campuran marjerin+butter 350gm
-yogurt 100ml
(boleh juga guna 100ml susu tin cair tambahkan 1 sudu makan jus lemon lepas tu biarkan 10min untuk susu jadi Buttermilk)
-parutan kulit oren dari 1 biji oren.
-3 cawan mulberry.bekukan. Cara membuat:
Ads
Ads
Ads
1.pukul putih telur sampai jadi meringue/stiff peak.ketepikan.
2.pukul butter/marjerin dengan gula hingga kembang,medium speed.
3.masuk kuning telur sebiji demi sebiji,gaul kembang n rata,medium speed.
4.masuk tepung selang seli dengan yogurt/buttermilk.pukul sebati.
6.ambil 1/3 meringue tadi,masuk ke dalam adunan,fold.
lepas sebati masukkan baki meringue tadi lepas tu fold lagi.
7.masukkan parutan kulit oren & mulberry..gaul sebati.
tuang adunan dalam loyang square 9×9,bakar suhu 170’c api atas bawah,rak bawah sekali,45minit (ikut oven masing) *kalau guna loyang 8×8 boleh guna 2/3 sukatan resepi ya.
Selebriti ini memang cukup terkenal dengan sifat penyayang sebagai seorang ibu. sementelah dia yang membesarkan anak-anak sendiri. Bergelar ibu tunggal tidak mematahkan semangatnya bahkan dia nekad untuk bersama anak-anaknya sebagai satu keluarga yang melengkapi antara satu sama lain.
Namun di sebaliknya ada pula netizen yang memberi komen yang yang membuatkan Rita bengang dan membalasnya.
Cuma kekurangan ksih ayahnya.kesian anak2
Namun komen tersebut terus dibalas oleh Rita.
eh?! Nape nk kesian pulak?? Xde kurang kt mana2 pon..org otak yg pikir singkat je pikir mcm tu…kasih syg ibu ni luas..kasih syg ibu ni xpernah kurang sbb tu ank2 xde rasa terkurang kt mana2..sy pon xde bapak tp elok je mak sy besarkn sy,sy xde rasa kurang kt mana2 pon. Jgn pikir cetek sgt…pikir positif …awak pon klau hidup dgn ibu awak je awak rasa kurang ke? Rasa xhepi ke? Xde kurang kt mana2 pon klau xde ayah…
Situasi tersebut turut mendapat respon yang lain yang rata-rata menyokong Rita.
jrin.co@ritrud727 betul kak i feel it because i in that situation too x dak kurang pon sbb as long as kita dengan mak kita slalu happy berbanding ayah tp xdak la smpai lupakannya terus sbb buat la mcm mna pon dya still ayah and ada tanggungjawabnya tp tu terpulang pada dia nak laksanakan tanggungjawab tu or not.. mak punya kasih sayang xdak dekat org lain kasih syg ayah lain.. org lain tgk kesian padahal kita yg rasa benda tu dan dah terbiasa.. btw i wish akak slalu jd the best mom ever for two kids??
aisy145@ritrud727 setuju… You remind to my mum… Recently, she became single mother for us.. And yes we love her so much.. Dad’s passed away last year.. But yes.. We realized mum’s love is the best.. Sikit pun tak kurang langsung.. Im also a mother.. And i believed that… You are the iron lady!! You are the best @ritrud272
ct_kamilsya pun hnya d bsrkn dgn ibu shj. ok jer..dia lh ibu..dia lh ayh..love my mum..moga rita terus kuat
aisy145Nnt anak2 boy dah besar… Mesti diorg jaga ibu diorg bagai menatang minyak yg penuh… Seronoknyaaaa sis @ritrud727 ???
a_cahayamataBetul tu teruskan positif @ritrud727 insyaAllah Allah akan permudahkan jalan kita yg senasib nie.. Ramai wanita2 kt luar nie yg melalui jalan yg sama.. Percayalah apa yg Allah tentukan ini yg terbaik utk kita.. ???
ain_fareez_homestayTerselah muka kebhgiaan ??? moga Allah memberikn kebhagiaan dunia dan akhirat selamanya amin…
kasih882@ritrud727 xpnh rasa nk reply slalu sunuk tgk ig sis je. Tp eh geramnya. Klu ada bapak pn menyusahkan/ serupa xde je kejadah nk rasa kurang. Ibu ni tuhan ciptakan sgt hebat. Dia boleh bg kasih syg melimpah ruah walaupn tanpa lelaki bernama ayah. Ank2 pn happy je with their mom. Eh klu dpan mata ku jentik juger sape berkata begitu
Tidak terhenti setakat itu, Rita kemudiannya menambah lagi komen:
Ritrud727ada jugak org yg panas hati tgk sy bole besarkan ank2 sorg diri sampai dorg bole sek,bole hidup normal hepi mcm kanak2 lain walaupon beza nya bapak xde ek ? nape nk panas sgt hati nk ungkit pasl bapak? Konon lebih tau nawww lah perasaan ank2 sy drpada sy ibu mereka sendiri???!! Ayoooyooo..patutnya bagi semangat kt sy ibu tunggal or hepi tgk budak2 ni elok je sy bg sek mkn cukup serba serbi..ini sanggup nk pertikai ,sanggup buat ig fake! Xpuas hati sy berjaya bela sorg2 tanpa bantuan duit dr sape2??! Xpuas hati ank2 sy hidup cukup segalanya??!! Xpuas hati tgk ank2 sy hepi??!! Hidup sape yg kesian dan xhepi sebenarnya??!!! Anda atau kami?! ?
norfadzilahs@ritrud727 betul ckp sis, adik sy yg bongsu, arwah ayah meninggal masa umur dia 11bln,kasih syg makan famili bg sama je mcm ayah ada… Skrg umur dewasa, ada ank dh pn.. Semoga @ritrud727 bahagia selamanya bersama ank tersyg.
tatytzOrg kmpung ye @afizawati ….?? tp betul kata @ritrud727 tu… org yg kena tinggal bapak je paham perasaan geng yg senasib… harap2 x jd kat anak cucu kita semua…
deknoitt@ritrud727 toksah dok layan depa. Orang yang lalui ja yang paham .. Setiap orang ada jalan cerita dia sendiri .. Hok mana yang takleh nak move on tengok kebahgiaan orang lain tu mybe dia bermasalah .. Kita doa yang baik2 dah , biaq Allah yang tentukan . Semoga dalam jagaan Allah dan diberikan kesihatan yang baik dan kebahgiaan yang tak terhingga . ??
Ibu ayah mana yang tidak bimbang apabila anak perempuan semakin meningkat dewasa. Tidak lama lagi bakal mempunyai suami.
Justeru dalam tempoh itu, ibu ayah terutamanya si ayah perlu menjadi role model terbaik buat anak perempuan.
Layanan baik seorang ayah kepada anak perempuan akan menjadi rujukan kepadanya bahawa itulah yang sepatutnya dilakukan oleh seorang lelaki.
Sebagaimana perkongsian DrRizal Abu Bakar mengenai peranan seorang ayah untuk mendedahkan anak perempuan mengenai layanan baik yang seharusnya dilakukan oleh seorang lelaki agar anak tidak tersalah pilih sebagai teman hidup.
Ikuti perkongsian beliau.
Ayah kena rapat dengan anak perempuan. Penting untuknjadi role model. Sebab tulah saya selalu temankan Maryam.
Anak perempuan perlu tahu bagaimana seorang lelaki patut melayan seorang perempuan. Ayahlah yang akan letakkan standard itu.
Dalam konteks ini sayalah yang cipta standard itu untuk Maryam.
In future, kalau si anak berkawan dengan lelaki dia akan tahu lelaki itu baik atau tidak. Dia dah ada point of reference. Dia dapat buat keputusan yang baik.
Lisa Nichols pernah ceritakan perkara yang sama. Masa umur dia 13 tahun ayah dia bawa dia keluar. Dia pakai dress ala princess. Happy sangat dia waktu itu.
Bila masuk kereta si ayah tolong bukakan pintu. Begitu juga keluar dari kereta. Sama juga ketika nak duduk. Si ayah akan tarik kerusi.
Ketika pulang ke rumah si ayah bukakan pintu untuk Lisa. Tetapi saat Lisa mahu masuk ke rumah, ayahnya pegang bahu Lisa. Dia berhenti. Pandang wajah ayahnya.
Ayah si Lisa sebut “ Lisa apa yang ayah tunjukkan pada kamu adalah cara bagaimana seorang lelaki patut melayan seorang perempuan. Ayah dah tunjukkan caranya. Kamu merasainya. Tugas kamu pada masa hadapan untuk pilih lelaki yang betul. Terserah pada kamu bagaimana kamu memilihnya. Waktu itu ayah tidak ada suara lagi,”
Lisa angguk. Mungkin tanda faham. Apa yang si ayah buat sangat luar biasa. Dia berikan pengalaman berharga buat Lisa. Dia rasa bagaimana dirinya dihargai. Bagaimana sepatutnya dia dilayan.
Saya tidak sampai peringkat seperti ayah Lisa Nichols. Budaya mereka berbeza. Budaya kita lain pula caranya.
Saya guna bahasa. Gunakan nada suara. Gunakan bahasa badan untuk letakkan standard itu. Masukkan cara fikir yang berbeza.
Kalau si ayah tidak rapat dengan anak perempuan, lelaki lainlah yang akan jadi point of reference. Pada waktu itu, apa sahaja dilakukan oleh si lelaki , itulah dianggap sebagai standard.
Jangan tersalah pilih lelaki
Kalau lelaki itu kaki pukul dan kaki herdik, si anak perempuan akan anggap begitulah caranya perempuan dilayan. Mereka terima keadaan itu. Walaupun itu tidak benar.
Mereka akan terperangkap. Menderita. Dilayan sebagai hamba.
Saya pernah buat clinical work di rumah remaja mengandung luar nikah. Ada beberapa rumah yang sempat saya kunjungi.
Saya dapati ada satu perkara yang sangat konsisten pada remaja remaja ini. Mereka tidak ada role model lelaki di rumah.
Di atas sebab kekosongan ini, mereka cari kasih pada lelaki lain. Malangnya mereka tertipu.
Pada ayah ayah yang ada ada perempuan, pastikan anda rapat dengan anak. Jadikan diri anda sebagai point of reference. Biar anda jadi model terbaik untuk dia.
Sheikh Muszaphar berkongsi cabaran membesarkan anak kembar Adam dan Noah yang mempunyai perkembangan berbeza sehingga berjaya meraih kejayaan dalam pertandingan matematik.