“Jika Isteri Tersengih Dan Gelak, Tanda Otak Sedang Relax, Usah Kacau.” Waktu Me Time Suami Kena Tahu, Barulah Bahagia Rumahtangga.

Share

Jika suami itu ketua keluarga, isteri itu ketua segalanya menguruskan rumahtangga. Segala keperluan suami dan anak-anak termasuk rumah di buat dengan penuh konsisten. Semuanya teratur termasuk makan minum dan pembelajaran anak.

Itu soalan kemas rumah, masak dan lipat baju semuanya dilakukan dengan hasil tip top yang tidak boleh dilakukan oleh kaum lelaki.

Sebagaimana perkongsian lelaki ini, Mohd Fhais mengakui tugas ister mencabar lantaran itu katanya, jika isteri sedang ‘me time’ usah ganggu waktunya. Itu adalah masa untuk isteri cari berehat seketika daripada memikirkan urusan rumah.

___________________________________________________

Kadang kesian kat isteri kuat sangat berfikir.

Ada sahaja dia fikirkan.

Kadang tengah makan dia berlari tengok mesin basuh lupa nak masuk dryer.

Kadang tengah borak hal lain dia boleh teringat pasal urusan sekolah anak.

Kadang tengah baring nak tidur dia boleh melompat bangun lipat baju pula.

Aduh, kesian betul jadi wanita ni. Otak tak pernah rehat.

ME TIME ISTERI

Sebab tu la kita kalau nampak isteri tengah,

– tidur

– mandi

– borak

– layan drama

– scrol shopee

Jangan di kacau sebab masa tu diorang tengah buat “Mind Relaxation”

Dia tak ingat pasal kerja.

Dia tak ingat pasal anak.

Dia tak ingat laki kat sebelah.

Kadang dia tersengih, tergelak dan termenung sorang sorang tu tanda otak dia tengah relax relax la tu. Usah di kacau!

Sikit dehem dari kita pun dah boleh “trigger” otak dia tukar dari mode relax kepada mode bekerja.

Kita ni lelaki otak tak sama macam wanita. Kita anak gelinjang depan mata pun kita boleh terlelap lagi tapi isteri selagi anak tak lelap selagi tu dia duk terbeliak otaknya. Kasihan tapi apa boleh fitrah lelaki & wanita jauh berbeza.

Wallahu A’lam,

Sumber: Mohd Fhais

 

IKLAN