Lazimnya jika mempunyai masalah kulit sensitif seseorang itu akan berasa kegatalan atau keradangan pada kulit yang akhirnya menyebabkan tindakan menggaru-garu dan sekali gus menyebabkan rasa tidak selesa.
Jika terjadi pada anak-anak yang masih kecil, kesihan juga dibuatnya.
Bagi membantu mengatasi masalah ini, ada baiknya segera dirawat dengan berjumpa doktor disamping mengambil kira dalam pemilihan sabun mandi sebagai usaha diperingkat awal.
Macam mana nak pilih sabun untuk orang sensitif macam ekzema?
Salah pilih, merah naik radang..gatal bukan main parah. Antara faktor pada saya amat penting ialah pH sabun. Ia menentukan sabun tu asid, neutral atau alkali.
Ads
Tapi biasanya sabun pH sikit asid..sikit alkali atau sangat alkali.
Macam mana nak tau pH mana sesuai?
Prinsip asasnya mudah saja.. ekzema ialah masalah sensitif. Jadi kita kembali kepada fitrah asal kulit. pH kulit ialah sedikit ASID. Dalam lebih kurang pH 4-7
Menurut Jurnal Cosmetic Science, Paras ideal kurang 5 (lebih asid)
pH kulit bayi ialah 7 (neutral) pH orang dewasa ialah 5.7 (asid)
Ads
Iya benar, kulit kita berasid.
Keadaan asid sesuai untuk pembiakan kuman fitrah kulit yang bermanfaat.
Sabun kat pasaran majoriti adalah lebih beralkali..
Sabun antibakteria terutamanya adalah sangat beralkali…diantara pH 9-12.
Ads
Namun, kuman yang mati kat tangan tu termasuk juga kuman yang menguatkan dan menyihatkan kulit. Lama -kelamaan jika tonyoh dengan sabun antibakteria kuat, risiko kulit jadi kering atau gatal tinggi bagi kulit sensitif.
Bila kulat bermanfaat mati juga, kulat akan hinggap sebab kuman baik dah tak protect kulit kita. Sabun antibakteria kuat sokmo memang ada risiko tumbuhkan kulat.
So kesimpulannya,
Kulit kita fitrahnya sikit asid, pilihlah jagaan badan yang memelihara fitrah. Pilih sabun pH sesuai..
pH antara pH4.5 ke pH7 lebih sesuai kebiasaannya.
Sabun yang sesuai kulit sensitif biasanya akan tulis pada label.
Semoga bermanfaat.
Gambar kredit healthline.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kalau nak buat ubah suai bilik air atau tandas walaupun ruangnya kecil, tidak dinafikan memerlukan kos yang tinggi. Lebih-lebih lagi jika perlu pecah mozek dan sebagainya, kalau tiada ribuan ringgit di tangan, tak boleh buat jadinya.
Tapi sebenarnya ada sahaja cara lebih mudah dan menjimatkan boleh anda lakukan sepertimana yang dikongsikan oleh Ahmad Khairudin ini, dengan bermodalkan ratusan ringgit sahaja sudah boleh lakukan transformasi untuk 2 ruang tandas yang pada awalnya nampak lama, berubah 100% lebih cantik dan selesa!
Nak tahu bagaimana dia lakukannya, ikuti perkongsian penuhnya di sini.
Ini nak kongsi idea untuk yang nak deco tandas cara bajet, cantikkan tandas lama ataupun ada toilet rumah parents dekat kampung ke yang nak bagi kemas sikit.
Macam kes saya sebab penyewa nak masuk awal. Jadi ada waktu 5 hari sahaja untuk deco tandas ini. Nak tukar tiles memang tak sempat dan agak leceh.
Jadi cara yang terbaik adalah dengan melakukan DIY. Janji bakal penyewa selesa. Kita mudahkan urusan orang insyaallah kita pun dimudahkan urusan nanti.
Waktu diperlukan hanya 3 hari (sebab buat waktu bekerja, boleh cut jadi 2 hari sebab sangat cepat dan senang sahaja sebenarnya )
Bajet RM 440.60 sahaja untuk 2 tandas
Senarai barangan yang digunakan :
Hycote : 2 tin
Link Shopee : https://shp.ee/gt3k4z5
Ea4 finish white : 1 tin
Link Shopee : https://shp.ee/q5yga35
Ea4 finish dark grey : 2 tin
Link Shopee : https://shp.ee/3c76wnm
Simen putih 2 kg: rm5.60 :
Link Shopee : https://shp.ee/svzkt9m
(Berus Cat / Thinner / alas cat memang dah sedia ada
Langkah-Langkahnya:
Keadaan tandas atas sebelum diubahsuai.
Tandas bawah sebelum diubah suai.
Ini simen putih harga RM 5.60 untuk 2 kg. Tujuan dia untuk tutup semua lubang dan defect dekat tiles sebelum mengecat.
Langkah 1 :
Isi semua defect dengan simen putih. Pakai glove dan tangan sahaja lebih senang. Cepat pun cepat, 45 minit siap atas dan bawah
Rupa tandas bila sudah siap.
Langkah 2 :
Hycote semua sekali. Saya pakai 1 liter sahaja. Cukup-cukup satu liter untuk satu tandas.
Rupa bila sudah siap hycote. Walau bagaimanapun, mangkuk tandas dan sinki bungkus duhulu. Kalau tak comot nanti.
Langkah 3 :
Process cat pakai EA4 Finish sikit lagi siap sudah ni.
Hycote memang dia akan bagi sekali hardener. Tujuan untuk bagi lekat dekat tiles dan cepat kering juga. Kalau tak pakai ni, cat kita senang menggelupas bila kena air.
Tips :
Campur Hycote dan hardener sebelum mengecat. Hardener macam gam, jadi pastikan 45 minit atau 1 jam habiskan semua cat. Kalau rasa nak pakai sikit-sikit, jangan campur semua sekali ya. Campur dekat bekas luar mana yang rasa perlu.
EA4 finish ini la cat khas untuk tiles + high performance. Sesuai untuk tempat yang selalu kena air. Kalau nak lagi power boleh pakai EA9 finish. Itu biasanya orang buat kolam takungan, memang tak tembus langsung air.
Tandas selepas siap diubah suai
Rupa tandas bawah selepas diubah suai. Jangan bimbang tak licin nampak je kilat tapi sangat selesa untuk dipijak
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Soal memastikan anak-anak boleh membaca Al-quran biasanya ibu ayah mengambil hal ini dengan serius. Andai tidak dihantar kepada guru agama untuk mengajar al quran, ibu bapa hari ini juga ramai berpengetahuan dan boleh mengajar anak dalam mengenal huruf alif ba ta dan seterusnya mengaji dengan lancar. Tahniah diucapkan!
Pun begitu, terbaca perkongsian daripada Puan Siti Aminah Sulaiman ini tentu sahaja boleh membuatkan kita berfikir sejenak dan sekali gus terbuka minda. Rupa-rupanya ada perkara-perkara tertentu yang biasa kita lakukan saat mengajar anak boleh menjadi ‘pembunuh’ jiwa anak kecil mencintai Al Quran.
Ketahui lanjut tentang itu, jom semak perkongsian bermanfaat ini.
5 DEADLY MISTAKESyang biasa kita buat ketika ajar anak Al Quran
Kenapa saya berani panggil DEADLY?
Deadly= membunuh!
Kerana dengan kesalahan ini kita sebenarnya membunuh jiwa anak kecil dari mencintai Al Quran. Pengalaman saya sebelum ni berjumpa beratus ibu-ibu yang ajar sendiri anak Al Quran dirumah, komplen mereka ialah makin mereka rajin nak ajar anak,
tapi anak jadi makin liat atau tak nak langsung baca Al Quran !
Entah mana salah dan silapnya. Rupanya bila dikaji semula, ada beberapa kesalahan yang biasa kita lakukan tanpa sedar.
1) Marah atau Rotan
Kadang-kadang niat kita baik, nak anak pandai baca Al Quran dari kecil. Kita tak nak ulang lagi kesilapan kita yang buta huruf masa kecil dulu. Jadi kita halalkan rotan bila ajar anak mengaji Al Quran.
Silap sikit tertukar huruf, habis dihambur anak tu ‘lembap’ sebab tertukar huruf antara ج (jim) dan خ (kho). Kesian anak tu, agak-agaknya dah besar nanti dia suka ke baca AL Quran?
Kalau mungkin dulu kita pernah rasa sakitnya dirotan atau disebat masa mengaji, tolong jangan ulang lagi rasa sakit tu pada anak kita. Izinkan mereka jatuh cinta dengan Al Quran
Zaman kecil kita sudah berlalu, yang lepas tu biarlah sudah. Marah atau rotan anak ketika mengaji al Quran hanya akan mampu lahirkan anak boleh baca Al Quran dalam masa singkat kerana TAKUT tapi tidak akan berjaya lahirkan anak yang cinta Al Quran.
Muhasabah semula diri kita, ambil rotan tu sebat balik diri kita, sakit dan bisa tak rasa dia?
2) REWARD
Kaedah ini memang sangat cepat. Saya pun pernah tertipu bila guna kaedah reward untuk umpan anak baca dan hafaz Al Quran. Tapi at the end rupanya anak hanya mengaji bila dapat reward.
Perlahan-lahan saya berhenti guna kaedah reward ni dan saya sendiri mula lazimi dan rutinkan Al Quran setiap hari. Saya perasan anak saya mula rajin baca Al Quran tanpa perlu disuruh lagi. Pernah anak kedua saya datang ketika saya sedang membaca AL Quran dan bertanya:
“Mak suka baca al Quran eh?”
Saya mengangguk dan sambung semula baca. Tak lama lepas tu anak 4 tahun saya bawa juga Al Quran dia dan baca sebelah saya. Indah sekali momen tu, tak mampu dibeli dengan segunung duit pun.
Kita perlu mula dulu menjadi CONTOH kepada anak, mereka sangat mudah mengikut.
3) COMPARE / PERBANDINGAN ANTARA ANAK
Ini juga kesalahan yang kerap ibu ayah lakukan. Saya juga hampir jatuh dalam kesilapan ini tapi suami saya berjaya selamatkan saya. Bila kita ada anak lebih dari seorang,
kita akan melihat pelbagai pattern cara belajar anak. Ada anak yang cepat baca, ada yang lambat.
Di sini kita akan mudah bandingkan kelebihan mereka. Anak pertama saya sangat cepat belajar baca Al Quran, umur 3 tahun dah boleh baca sendiri al Quran.
Bila mengandung anak kedua, saya sangat confident anak kedua ni boleh baca lebih laju dari abangnya. Rupa yang berlaku adalah sebaliknya.
Allah Al Mussawwir menciptakan mahluknya dalam pelbagai rupa dan kelebihan.
Anak kedua ni lambat tangkap skil membaca tapi mempunyai daya hafazan yang luar biasa. Suami minta saya FOKUS kepada KELEBIHAN anak-anak dan lebihkan BERSYUKUR. Jangan bandingkan anak-anak, setiap anak ada fasa belajar mereka sendiri yang penting mereka ENJOY momen belajar Al Quran mudah mereka membesar menjadi Pencinta Al Quran
4) PAKSA
Jangan dipaksa anak menghafaz Al Quran kalau mereka tidak berminat. Kenal pasti kenapa anak jadi tidak berminat?
Ada sebab mereka tak nak mengaji atau hafaz Al Quran. Suburkan cinta dan minat secara semula jadi. Tapi bagaimana?
Di sinilah kita perlu banyakkan bercerita kisah-kisah dalam Al Quran kisah ajaib seperti kisah pemuda al Kahfi, kisah-kisah nabi, kisah pemuda yang tidur 100 tahun dan banyak lagi kisah lain pasti akan buatkan anak teruja untuk mendalami sendiri al Quran
SubhanaAllah. Inilah kehebatan dan mukjizat AL Quran.
Saya sudah pernah cuba kaedah ini kepada sekumpulan anak kecil. Saya tidak paksa mereka hafaz surah Al Kahfi, saya mulakan dengan bercerita dulu kisah pemuda yang tidur dalam gua selama 309 tahun.
Kemudian anak-anak ini yang MINTA SENDIRI untuk hafaz ayat dalam surah al Kahfi
Ingat, jangan PAKSA anak hafaz, tapi tanamkan benih cinta dulu. Proses menghafaz akan jadi lebih mudah.
5) LUPA DOA PADA ALLAH
Sering kita tertipu bila anak pandai baca Al Quran, kita rasakan semuanya atas hasil usaha kita sendiri, dalam hati selalu bisik ” pandai aku ajar anak aku..” buang perkataan ‘AKU’ tukar pada ‘DIA’
DIA= ALLAH
Kita tidak akan mampu ajar anak al Quran tanpa pertolongan Allah. Allah yang beri kita sihat supaya dapat ajar anak. Kalau sakit mampu ke kita ajar?
Allah izinkan kita ada masa untuk ajar anak. Kalau kita sibuk ada masa ke nak ajar?
Semua berlaku dengan IZIN ALLAH dan untuk dapat anak yang CINTA al Quran,
perlu minta pada ‘DIA’. Sangat perlu minta pada DIA kerana dia yang pegang hati setiap hambanNya
Allah yang berhak pilih siapa yang DIA nak beri NUR al Quran , tugas kita sebagai ibu bapa ialah terus menerus berdoa saya sentiasa mengingatkan diri saya untuk merebut waktu mustajab seperti petang Jumaat, waktu Hujan, sebelum berbuka puasa.
Saya pasti akan submit doa supaya Allah jadikan anak-anak saya orang yang cinta Al Quran, hati dipenuhi Nur dan lidah basah sentiasa membaca KalamNya..
Ibu-ayah sudah berdoa?
Jangan malu untuk minta pada yang Menjaga Hati iaitu Allah. Andai ada kita ada buat silap pada anak ketika mengajar AL Quran, minta maaf pada Allah dan pada anak kita.
Menurut perkongsian Dr Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan, buah jambu batu mengandungi lebih tinggi Vitamin C daripada buah oren?
Pucuk ubi pula, adalah antara sayur yang mengandungi vitamin C tertinggi!
Menurut RNI* cadangan pengambilan Vitamin C adalah 70mg sehari. Ni saya kongsi senarai sumber-sumber vitamin C semulajadi. Jika kita pilih makanan yang sesuai, tak perlu vitamin tambahan.
RNI = Recommended Nutrient Intake.
Semoga bermanfaat! Pilih makanan yang sihat!
Jadi bila kita sudah tahu kelebihan buah jambu batu ini, ada baiknya untuk ditanam di laman rumah. Jika berbuah bolehlah dimakan bersama keluarga.
Sebelum itu ketahui juga cara membungkus jambu batu yang dikongsikan oleh Wan Ali Norhayati
Peralatan dan bahan
Stapler
Surat khabar
Plastik
Cara2nya
1.pilih putik jambu yg dah agak besar dlm gambar.
2.steplerkan dengan surat khabar
3.bungkus dengan plastik
4.Tunggu buah jambu masak ranum biasanya warna hijau muda
5.Petik
6.Baca doa makan
7.Makan dengan sopan
8.Dah habis makan baca alhamdulillah
9. Jangan lupa bagi baja dan air pada pokok jambu UTK menikmati buah yang seterusnya
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di