Setiap ibu bapa inginkan anak yang pintar dan mempunyai tahap kesihatan yang baik. Oleh itu, anak memerlukan sokongan ibu bapa untuk mendapat otak yang cergas dan badan sihat.Menurut pendapat daripada Prof Dr Bustam Kamri, Dekan Sekolah Sains Sosial, Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka, terdapat beberapa panduan yang mudah yang boleh menjadi pencetus kepada pintaran anak. Anak kita bukan semulajadi cerdikpun boleh jadi pintar jika betul asuhannya.
Ikuti penjelasan pakar ini yang moga bermanfaat kepada anak-anak.
Untuk itu, anak tahun-tahun pertama dalam kehidupan anak-anak adalah tempoh yang penting kerana ketika ini mereka melalui fasa perkembangan otak yang cukup pesat. Justeru, peranan ibu bapa amat penting dalam membentuk perkembangan anak-anak mereka itu dengan mengetahui apakah rangsangan yang paling sesuai diberikan bagi mengoptimumkan perkembangan minda si kecil.
1.Menggalakkan anak suka buku cerita
Anak memang suka mendengar cerita. Dengan membaca buku cerita, anak dapat mengetahui pelbagai kisah teladan termasuk menambah pembendaharaan kata. Menurut pakar pendidikan, Dr. Rosmarie Truglio, membaca dapat membuatkan anak mencintai buku , menambah pembendaharaan dan kosa katanya.
2.Bermain cara yang betul
Memang benar anak suka bermain dengan pelbagai permainan dan ia adalah proses pembelajaran buatnya. Namun ada kalanya ia perlu di bawah pengawasan ibu bapa supata mempercepatkan proses pembelajaran pada anak. Menurut Mengikut pandangan Dr. Jean Ashton dari Sydney University, potensi sosial anak semakin berkembang, dapat mengenali kemampuannya, bakatnya, minatnya dan keperluan emosinya semasa bermain.
3.Mengikuti kelas muzik
Ads
Jika anda mempunyai bajet lebih, anda boleh membawa anak mengikuti kelas muzik. Hasil penelitian di Toronto University menyatakan bahawa anak yang belajar muzik dapat mengunakan otaknya kanannya dengan baik untuk pembelajarannya. Malah kajian di sebuah university di Perancis ada menyatakan dengan latihan muzik selama 6 bulan boleh memberikan pengasruh pada kemampuan kognitif anak anda. Malah dengan bermain muzik, kemampuan membaca anak juga meningkat.
4.Kekal sihat dengan sarapan pagi
Para ilmuan dari University of IIinois daripada kajiannya mendapati bahawa ada kaitan dengan kesihatan dengan prestasi anak di sekolah. Ajak anak untuk bersukan dan memberikan makanan yang sihat dan gizi yang seimbang. Jadikan juga sarapan pagi sebagai keperluan yang wajib sebelum anak ke tadika. Hanya minum segelas susu bersama kurma atau bijirin dapat memberikan tenaga anak untuk belajar dengan baik. Kajian di Ulm University, Jerman membuktikan anak yang sarapan pada waktu pagi memiliki memori yang lebih baik berbanding anak yang tidak sarapan pagi.
5.Elakkan makanan ringan
Ramai yang tahu bahawa makanan ringan atau junk food mempunyai kandungan gula dan lemak yang tinggi. Pastinya ia tidak sesuai untuk anak di bawah usia enam tahun. Anda harus memberikan sejumlah zat besi untuk membantu pertumbuhan otaknya. Di samping itu, sayur-sayuran dan buah-buahan dalam menu anak anda.
Ads
6.Asuh anak yang bertanya
Kajian pendidikan awal kanak-kanak mendapati bahawa anak yang rajin bertanya dikatakan anak yang cerdas. Oleh itu, anda harus menggalakan anak untuk mempunyai sikap ingin tahu. Bertanya dapat menyelesaikan masalah yang ingin diterokai mengikut perkembangan kanak-kanak. Memahami persekitaran terdekat dengan lebih mendalam. Anak yang rajin bertanya dan mendapat penjelasan akan dapat menguasai kefahaman.
7.Permainan menguji minda
Terdapat pelbagai jenis permainan yang berunsurkan pendidikan. Ia adalah proses untuk anak belajar melalui pengalaman yang melibatkan komponen fizikal, kognitif dan sosial secara spontan. Ibu bapa mestilah bijak memilih jenis permainan yang sesuai untuk anak-anak. Pastikan barang mainan ada unsur pendidikan dalam perkembangan kanak-kanak. Permainan ini termasuk cantuman gambar, puzzle, blok warna warni dan ikatan pada papan kasut.
8.Had menonton televisyen
Jangan membiarkan anak menonton televisyen dalam tempoh yang lama. Ia bukan sahaja membuatkan anak obes atau bersikap malas, malah pengasruh negatif akan menyerap dalam diri anak anda. Menurut ahki psikologi, seeloknya dua jam sahaja menonton televisyen buat anak.
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pernah tak masa tengah siang ikan atau bersihkan ayam, kebetulan ada pula tetamu yang datang. Lalu segera kita membasuh tangan dengan sabun tapi tangan masih tetap berbau hanyir. Ini menyebabkan kita akan rasa tidak selesa pula untuk menghulur tangan menyambut salam yang diberi dek kerana tangan masih tetap berbau hanyir.
Jadi apakah petua yang paling cepat untuk menghilangkan kesan hanyir tersebut? Melalui perkongsian info berdasarkan pengalaman Puan Yatie Eimra ini diharap dapat memberi manfaat untuk semua. Ayuh ikuti perkongsiannya.
Petua Hilangkan Bau Hanyir & Rasa Pijar Pada Tangan
Pernah tak masa tengah siang ikan/bersihkan ayam, kebetulan ada tetamu datang.. Walaupun dah basuh tangan dengan sabun, tangan masih tetap berbau hanyir.
Kadang-kadang saya tengah siang ikan, time tu lah anak nak susu bagai.. Tak pun tengah menggunting cili kering, anak poo² pulak.. Kalau setakat pegang cili sikit-sikit, bolehlah lumur minyak pada tangan sebelum pegang cili.
Tapi kalau dah banyak cilinya, tangan tetap terasa pijar. Kalau terkena mata pun dah terasa azabnya, ni kan pula nak sentuh anak kecik. Sebelum ni saya lumur garam je pada tangan untuk hilangkan hanyir & pijar. Tapi kena buat beberapa kali untuk pastikan bau hanyir/rasa pijar tu hilang.
Bagi yang ada anak kecik, pasti pernah alami masalah macam saya ni.. Hari ni saya nak share petua dapur untuk cepat hilangkan bau hanyir & juga rasa pijar. Kalau kat rumah ada ubat gigi yang dah tinggal sikit/dah nak habis tu, jom buat cara ni. Cuma perlukan 2 bahan je..
Bahan-bahan:
Ubat gigi
Garam
Cara-cara
1. Gunting tub ubat gigi, masukkan baki ubat gigi ke dalam bekas (sebaik-baiknya bekas bertutup supaya ubat gigi tak kering).
2. Tambahkan garam sehingga adunan menjadi seperti scrub. Kacau sebati. Siap!
Bila nak guna, hanya lumur bancuhan ubat gigi+garam ni. Gosok tapak tangan & biarkan seketika.
Ia juga berkesan menanggalkan warna kunyit/pewarna makanan pada tapak tangan (utk hilangkan warna perlu lumur, gosok & basuh beberapa kali)
Nota Kaki
*biasa saya guna ubat gigi biasa je, ni kebetulan ada baki ubat gigi kayu sugi
*jangan gunakan ubat gigi jenis gel (kurang berkesan)
*kesan hilangkan pijar mungkin berbeza pada individu bergantung pada keserasian. Jika tangan masih terasa pijar, boleh juga sapukan susu pekat/minyak/vaseline/vicks/losyen/toner wajah (jenis beralkohol) pada tangan.
sumber : Yatie Eimra Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Prihatin dengan kebajikan rakyat, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mengesahkan bahawa tiada sebarang kenaikan yuran TABIKA dan TASKA di bawah kelolaannya bagi sesi persekolahan tahun 2025.
Unit Komunikasi Korporat KEMAS dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya sentiasa cakna akan bebanan kos sara hidup yang didepani masyarakat ketika ini.
“KEMAS ingin mengesahkan bahawa tiada kenaikan yuran akan dikenakan bagi sesi persekolahan tahun hadapan. Kerajaan MADANI melalui KEMAS, sentiasa prihatin terhadap bebanan rakyat dan berusaha meringankan kesulitan yang dihadapi masyarakat,” jelasnya.
Selain itu, KEMAS turut memberitahu bahawa kenyataan itu dibuat selepas kebimbangan ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak mereka ke TABIKA dan TASKA kendalian KEMAS.
Foto: Sinar Harian
Pihaknya berharap agar ibu bapa di luar sana kekal tenang dan menjadikan TABIKA KEMAS pilihan utama untuk pendidikan awal kanak-kanak.
“Merujuk kepada laporan terbabit, kami ingin memaklumkan bahawa ia tidak membabitkan TABIKA dan TASKA di bawah kendalian kami.
“Kami berharap ibu bapa kekal tenang dan terus menjadikan TABIKA KEMAS sebagai pilihan utama dalam pendidikan awal kanak-kanak,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa beberapa persatuan yang menaungi pengusaha tadika di Johor iaitu Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) dan Persatuan Pendidik Institusi Pendidikan Negeri Johor akan menaikkan yuran perkhidmatan sekitar 20 hingga 25% pada tahun depan.
Keputusan itu dilakukan selepas kenaikan kadar gaji minimum kepada RM1,700 sebulan seperti yang diumumkan kerajaan di mana akan berkuat kuasa pada 1 Februari 2025.
Nak jadi ibu bapa terbaik? Barulah kita dapat didik anak-anak jadi insan cemerlang! 👏🏼💪🏼
Jom sertai Parenting Summit Online 2025 dengan barisan panel hebat seperti Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar, Dr. Say Shazril, Dr. Malar, Ustazah Asma’ Harun & Awal Ashaari dan ramai lagi! 🩷🩷
Pendaftaran PERCUMA, untuk 500 ibu bapa pertama sahaja! 👨🏻🧑🏽 Lebih seronok, ada peluang menang hadiah lucky draw 🎁🎈🎊🎉 bernilai sehingga RM3000!
Sebanyak 79 sekolah di Selangor diarahkan tutup sementara bermula hari ini hingga esok susulan penularan jangkitan Covid-19.
Sumber daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPN) memaklumkan senarai sekolah ditutup 2 hari iaitu pada 26 dan 27 april 2021) akibat pengesanan jangkitan covid19 di sekolah seperti dilaporkan pada 25 april 2021
Ia membabitkan 19 sekolah di daerah Hulu Langat, 18 di Petaling Perdana dan 15 di Klang.
Baki 27 sekolah lagi daripada daerah Petaling Utama, Sepang, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Langat.
Dalam pada itu, rata-rata didapati ibu bapa melahirkan rasa kerisauan peningkatan penutupan sekolah di Selangor.
Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Seraya, Nor Diana Othman berkata, semua murid dan guru sekolah terbabit tidak dibenarkan hadir ke sekolah pada tarikh tersebut.
“Terdapat seorang pelajar SMK Taman Seraya telah dijangkiti wabak tersebut… Pihak KKM akan membuat penilaian dan menentukan sama ada tempoh penutupan akan dilanjutkan atau sebaliknya,” katanya menerusi Facebook, hari ini.
Semalam, jumlah kes baharu Covid-19 di seluruh negara adalah sebanyak 2,690 kes dengan Selangor terus mencatat jumlah tertinggi iaitu 751 kes.
Pasangan pengantin mencuri perhatian ramai apabila memilih konsep perkahwinan bertemakan Doom & Gothic, sesuatu yang jarang sekali dilihat dalam majlis perkahwinan di Malaysia.