Bagi wanita yang bergelar isteri tentunya sentiasa cari ramuan atau petua untuk kesihatan dalaman dan luaran. Kembali memilih kepada amalam alami ini menjadi popular setelah kini ramai inginkan sihat secara natural. Biarpun kesannya lambat, tetapi jika diamalkan secara rutin ia memberi yang baik.

Sebagaimana perkongsian yang dipaparkan oleh Syikin Gillis yang memberikan petua mengenai air rebusan untuk cantik dalaman dan luaran cara membuat minuman. Selamat dan praktikal kerana dilakukan di rumah dengan mengunakan bahan-bahan masakan sahaja. Ikuti caranya.


 

AIR REBUSAN TERBAIK UNTUK KECANTIKAN DALAMAN & LUARAN. 
(ketat-rapat-sihat-cantik-usus Bersih)

( cantik dan sihat secara semula jadi).

Bahan-bahan :

– 2 biji lemon
– 6-8 batang serai
– satu plastik kecik halba
– halia 1 ketul besar
– kunyit 3-5cm (boleh suaikan ikot kehendak)
– gula batu
– 2 ½ botol air mineral.

Cara-cara:

– Ketuk Halia, Serai, kunyit ( jangan hancur sangat).

– potong lemon dan perah kedalam rebusan.

– campurkan semua sekali bahan kecuali gula batu dan reneh di atas dapur dengan api sederhana selama 30-45 minit.

– bila dan siap tapis dan simpan di dalam petis ais.

Lihat video ini:

IKLAN

Posted by Syikin Gillis on Saturday, 11 August 2018

Posted by Syikin Gillis on Saturday, 11 August 2018

– boleh diminum semasa panas juga sejuk. Sebelum minum campurka dalam 5 ketul gula batu untuk lebih sedap.

(Kalau rasa kuat sangat boleh dicampur dengan air putih sedikit. )

-kalau minum dengan rasa asli, takot korang x boleh nak konsisten pulak. ?

IKLAN

– minum Pagi sebelum makan & malam sebelum tidur. Minum 2-6 kali sebulan pun dah cukup. Seeloknya selepas period.

Khasiat Air Rebusan:

* melancarkan pencernaan @ masalah sembelit. 
* mencuci buah pinggang usus dan organ dalaman
* senggugut, kembung sebu dan senak perut. 
* angin dalam badan.
* kolestrol tinggi.
* menurunkan berat badan & mengempiskan perut.
* menjaga dalaman wanita ketat-rapat.
* mencegah kanser.
* menurunkan tekanan darah.
* sebagai diuretik, kejang otot, Batuk. 
* meningkatkan metabolisme badan. 
* membuang toksin dalam badan. 
* mewangikan tubuh badan lelaki dan wanita. 
* menguatkaj jantung.
* merangsang rahim.

Sebenarnya banyak lagi khasiat yang terdapat dalam air rebusan ni.

*** boleh kurangkan bahan kalau nk buat dalam kuantiti yang sedikit.

Coopp.!! Tapi halia yang direbus tu biasanya Cik Gillis x buang, kunyah ke makan. Sedap. Rasa pedas2 sikit. Badan pon rasa panas jea..

Selamat mencuba. Jom cantik & sihat sama2.