Jika rumah anda ada bunyi guli jatuh bunyi orang tarik kerusi atau ada nampak kelibat atau nasi cepat basi maka letakkanlah buah kundur.
Seandainya buah tu busuk buang jauh2 dan ganti dengan yang baru sampai tak busuk.
Salah satu keistimewaan buah kundur ini ciptaan Allah ia mampu mengesan kehadiran makhluk halus di pekarangan sekitar rumah kita ataupun serangan sihir keatas individual.
Ini adalah pertua orang dulu kala ataupun cara orang India pun sama menggunakan cara ini untuk mengesan kerana tidak semua orang mempunyai kelebihan mata batinnya terbuka dapat melihat kehadiran sesuatu object (unseen ghost or jin).
Jadi dengan meletakkan buah tersebut kita dapat menjaga diri kita Dan rumah kita daripada makhluk2 Yang tak nampak..
Bila mana rumah kita bersih daripada gangguan buah ini mampu bertahan berbulan bulan lamanya Dan tidak pulak rosak Dan luarannya akan bertukar menjadi selaput keputihan macam debu itu pertanda rumah clear & clean.
Ads
Kalau ada sembarang gangguan buah tersebut akan berubah seperti di dalam gambar, itu petanda ada sesuatu Yang tak kena.
APA TINDAKAN
Ads
Jadi apa tindakkan kita seterusnya?
Bila terjadi seperti ini kita kena lah bersihkan rumah kita dengan ayat2 suci Al-Quran
Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat membuat kita lebih faham dan tahu akan kegunaannya…
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan satu kes positif cacar monyet (mpox) varian clade II di negara ini, semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, menyatakan bahawa kes tersebut adalah daripada 58 kes disyaki mpox yang telah dirujuk kepada KKM sepanjang tahun ini.
Pesakit merupakan seorang lelaki tempatan yang mula mengalami gejala seperti demam, sakit tekak, dan batuk pada 11 September, manakala ruam muncul sehari kemudian, pada 12 September.
Dr Muhammad Radzi juga menambah bahawa pesakit tersebut tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 21 hari sebelum gejala bermula dan kini berada dalam keadaan stabil sambil menjalani isolasi.
“Semua kontak rapat pesakit ini sedang dikenal pasti, dan status kesihatan mereka dipantau secara teliti mengikut SOP yang ketat,” jelasnya dalam kenyataan tersebut.
Sejak 26 Julai 2023, sebanyak 10 kes mpox telah direkodkan di negara ini, kesemuanya dari varian clade II.
Bilik Gerakan Mpox, yang telah diaktifkan pada 16 Ogos di CPRC Kebangsaan, terus memantau perkembangan mpox dan menyelaraskan langkah kesiapsiagaan serta respons. Dr Muhammad Radzi turut menekankan bahawa KKM akan meneruskan kempen kesedaran melalui pelbagai saluran media untuk membantu orang ramai menjaga kesihatan diri masing-masing.
Adrian Adam anak kedua Amyza Adnan dipuji kuat dan tabah harungi kanser serta kehilangan abang tersayang dalam satu tempoh yang begitu menguji emosi sebuah keluarga. Di saat ramai mungkin rebah dengan satu ujian, Adrian atau mesra disapa Ian berdepan dua dugaan besar dengan penuh ketenangan.
Kisah ketabahan anak kepada pelakon Amyza Adnan ini mula meraih perhatian apabila satu perkongsian dimuat naik di Threads yang memperlihatkan Adrian berada di sebuah masjid dalam keadaan duduk di atas kerusi. Walaupun fizikalnya tidak lagi sekuat dulu, semangatnya jelas tidak pernah luntur untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Dalam hantaran tersebut, kapsyen yang ditulis cukup menyentuh hati ramai.
“Ian kuat. Dalam melawat sakit, awak tak pernah merungut sedikit pun.”
Sebagai seorang pejuang kanser, Adrian Adam dilihat sangat tenang melalui rawatan dan ujian kesihatan yang dihadapinya. Tiada keluhan, tiada rungutan, sebaliknya memilih untuk menerima takdir dengan sabar.
Bagi seorang ibu, melihat anak yang sedang sakit namun tetap tersenyum dan tidak mengeluh adalah satu kekuatan luar biasa. Ketabahan inilah yang membuatkan ramai warganet tersentuh dan tidak putus-putus menitipkan doa.
Dalam situasi yang amat mencabar ini, kekuatan mental dan spiritual memainkan peranan besar. Berdepan rawatan berterusan bukanlah sesuatu yang mudah. Setiap sesi rawatan memerlukan keberanian, kesabaran dan keyakinan yang tinggi. Namun Adrian terus melangkah dengan hati yang reda.
Lebih memilukan, Adrian turut diuji dengan kehilangan abang tersayang, Allahyarham Andre Mikhail yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur pada jam 10.15 malam Isnin sebelum selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana pada jam 10.40 pagi selepas disolatkan di Masjid Al Khairiah, Keramat AU3, Kuala Lumpur.
Kehilangan seorang abang bukan sesuatu yang mudah untuk diterima, apatah lagi dalam keadaan diri sendiri sedang berjuang melawan penyakit. Namun Adrian memilih untuk terus kuat dan tidak membiarkan kesedihan menguasai dirinya.
Ujian berganda ini benar-benar menguji kekuatan emosi sebuah keluarga. Dalam masa yang hampir serentak, mereka perlu menerima hakikat kehilangan insan tersayang dan dalam masa yang sama terus memberi sokongan kepada ahli keluarga yang sedang bertarung dengan penyakit.
Namun di sebalik kesedihan itu, terserlah nilai kasih sayang yang begitu mendalam. Setiap detik yang dilalui menjadi bukti bahawa kekuatan sebuah keluarga terletak pada sokongan dan doa yang tidak pernah putus.
Di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa kagum terhadap kekuatan Adrian Adam. Tidak kurang juga yang mendoakan agar beliau diberikan kesembuhan sepenuhnya serta dipermudahkan segala urusan rawatan.
Ramai menyifatkan ketabahan ini sebagai satu inspirasi buat mereka yang sedang melalui ujian kehidupan. Dalam dunia yang sering kali penuh dengan keluhan, melihat seorang anak muda memilih untuk diam dan bersabar memberi kesan mendalam kepada masyarakat.
Kisah ini bukan sekadar cerita tentang seorang anak selebriti, tetapi tentang kasih sayang, reda dan kekuatan sebuah keluarga menghadapi ujian Allah SWT. Dalam setiap dugaan, pasti ada hikmah yang tersembunyi.
Sebagai ibu, Amyza Adnan pastinya melalui detik paling sukar dalam hidupnya. Namun doa seorang ibu tidak pernah terhenti, dan kekuatan seorang anak pula menjadi sumber semangat untuk terus berdiri.
Semoga Adrian Adam terus diberikan kesembuhan, dipanjangkan usia dalam keberkatan dan sentiasa berada dalam lindungan-Nya. Buat keluarga ini, semoga terus tabah dan dikelilingi kasih sayang yang tidak pernah putus. Aamiin.
Sebagai ibu ayah sejujurnya kita mengharapkan anak-anak yang menuntut ilmu akan berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam setiap peringkat atau sesi pembelajaran mereka.
Sama ada ketika di peringkat sekolah rendah hinggalah ke universiti, setiap kecemerlangan yang diraih oleh setiap anak pasti akan membuatkan ibu ayah rasa bahagia dan tumpang bangga. Sekali gus menjadi inspirasi buat yang lainnya.
Memetik kisah hebat keluarga yang dilaporkan di Sinar Harian ini umpamanya, seorang hafizah yang dikenali sebagai Dr Hanah Alam Faizli, 27 yang berasal dari Shah Alam menerima pelbagai anugerah kecemerlangan Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Pengkalan Chepa di sini pada Ahad lalu, dianggap cukup luar biasa.
Difahamkan daripada pencapaian kecemerlangan yang diperolehi telah melayakkan Dr Hannah membawa pulang wang tunai keseluruhannya berjumlah RM11,250, sijil dan trofi.
Pencapaian yang diraih adalah Anugerah Kijang Emas (RM5,000), Anugerah Terbaik Projek Tahun Akhir (RM2,000), Anugerah Terbaik Paraklinik (RM1,500), Anugerah Terbaik Latihan Klinikal (RM1,000) Anugerah Kepimpinan (RM1,000) dan Anugerah Kecemerlangan Hill’s Pet Nutrition – Terbaik Peperiksaan Komprehensif (RM750).
Amal Baca Al Quran
Berkongsi rahsia kejayaannya, Dr Hannah berkata, membaca al-Quran pada setiap hari menjadi amalannya di samping memberi tumpuan 100 peratus ketika pembelajaran berlangsung sama ada secara bersemuka atau dalam talian.
Katanya, kejayaan itu bukan sesuatu yang mudah kerana menuntut pengorbanan selama lima tahun atau 10 semesta tempoh pengajian dalam keadaan kekangan
ketika pandemik Covid-19.
“Cuma, amalan saya akan fokus sepenuhnya kepada pensyarah yang ketika mereka mengajar dan mengamalkan bacaan satu juzuk al-Quran pada setiap hari.
“Sesibuk manapun saya akan tetap akan berusaha mencari waktu dan mengaji al-Quran selain berpuasa pada hari peperiksaan berlangsung serta mengamalkan memakan kismis,” katanya ketika ditemui di UMK pada Ahad.
Hadir sama, ibu bapa Dr Hannah yang merupakan, pasangan bekas pensyarah universiti awam, Rohani Abdul Rahman, 62, dan Alam Faizli Mohd Zain,63.
Dr Hannah sebelum itu menerima kesemua penganugerahan itu pada Majlis Ikrar dan Pendaftaran Ikhtisas Kedoktoran Veterinar Fakulti Perubatan Veterinar, UMK di Kampus Kota, Pengkalan Chepa di sini.
Anak kelapan daripada 10 beradik itu sebelum ini turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja UMK dengan pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.94 pada Istiadat Konvokesyen UMK kali ke-10 dan 11 di UMK Bachok pada 20 November lalu.
Hannah juga adalah hafizah yang mendapat pendidikan di Maahad Tahfiz Quran Hira, Jeram, Selangor ketika berusia 16 dan 17 tahun pada tahun 2010 serta 2011.
“Ibu bapa adalah pendorong kuat dan tulang belakang yang sentiasa bersama saya semasa berdepan kesukaran dalam pelajaran melengkapkan Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan Veterinar di UMK.
“Selainnya, dua lagi abang adalah hafiz yang turut membantu serta tujuh lagi adik-beradik berjaya dalam pelajaran turut menjadi pembakar semangat,” katanya.
Minat Haiwan
Mengulas berkait minat terhadap haiwan terutama binatang buas bermula ketika berada di sekolah menengah dan kerap kali menjadi sukarelawan di Zoo Negara Malaysia, Ampang, Selangor.
“Ketika itu, saya dapat mendekati banyak binatang buas untuk memberikan makanan dan sempat memperoleh pengalaman merawat seekor harimau belang betina bernama Pia yang mengalami muntah.
“Saya juga sangat teruja melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap singa serta menyimpan hasrat membuka sebuah klinik haiwan pada masa depan,” katanya.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.