Sebenarnya tidak mudah untuk menjemput rezeki melimpah ruah buat diri dan keluarga. Selain berusaha, sedekah dan doa, berbuat baik kepada pasangan, anak dan ibu bapa adalah antara punca rezeki tidak berkurang.
Begitu juga dengan pelakon Mohd. Saharul Ridzwan bin Hashim atau lebih dikenali sebagai Saharul Ridzwan merupakan antara artis yang sering mendapat pujian daripada warganet mengenai rumahtangganya dan bapa yang penyayang.
Terbaru, muat naik gambar anaknya Ali di laman Instagramnya dengan kata-kata nasihat buat pengikut dilaman sosial sebagai iktibar.
Sambil memberi nasihat supaya rendahkan ego untuk meminta maaf supaya semua tindakan ini akan memberi rezeki yang melimpah ruah.
CEPAT MINTA MAAF, SUPAYA REZEKI TAK SEKAT.
Ads
Selamat pagi anak Baba. Sorry marah2 Ali
Kesian Ali, minggu lepas selalu dia kena marah dengan Baba. Kadang2 sebab kita stress and busydengan sesuatu benda, kita tak perasan terlepas marah tu dekat anak. Anak datang nak main, kita cakap, Nantiii! Jangan kacau! Dah anak merajuk dengan kita barulah terkial2 nak datang peluk.
Ads
Kawan kawan, agak-agak kita ni selalu marah anak or isteri kita, cepat-cepat lah kita mintak maaf, peluk orang yang kita sayang. Tanpa doa dari dorang ni kan, mungkin itu pun akan sekat sesetengah rezeki kita.
Ali nangis sampai sedu2 kadang2 bila kena marah, sudahnya Baba pulak berair mata bila tengok anak tak sihat lepas tu. Sayang family kita, baru Allah sayang kita
Untuk makluman Saharul dan isterinya Deena Emir mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 4, dan Fateema Azzahra, 2 tahun.
Ada kalanya kita terdengar anak-anak kita berkata pada jiran atau rakan sekelas mereka, “Buatlah macam tu, nanti di akhirat Allah bakar dia dengan api neraka” ataupun “Eeee, kenapa cakap macam tu? Berdosa, nanti Allah marah..”. Agak meragukan jika dialog-dialog seperti ini datang dengan sendirinya daripada kanak-kanak. Tentu ada orang dewasa yang telah menggunakan dialog tersebut kepada mereka yang kemudiannya diingati oleh anak-anak ini. Di dalam satu sisi, kejadian seperti ini mungkin satu petanda yang baik, kerana ini bermakna anak-anak telah mempunyai kesedaran tentang kewujudan Allah di sekeliling mereka.
Namun, yang agak dikhuatiri tentang dialog-dialog sebegini adalah mesej yang dibawakan tentang sifat-sifat Allah. Kadangkala, oleh kerana perbuatan kita menakut-nakutkan anak-anak dengan Allah, kita telah mencipta satu imej negatif tentang Tuhan dalam kotak pemikiran mereka. Ayat-ayat seperti “Nanti Allah marah,” “nanti masuk neraka,” ataupun “Allah benci orang yang sebegini dan sebegini” seolah-olah mem’promosi’kan kebengisan Allah pada kanak-kanak. Walhal, Allah berfirman dalam sebuah hadis Qudsi yang bermaksud: “Sesungguhnya rahmatKu itu mendahului kemurkaanKu” (Riwayat Bukhari & Muslim).
Persoalannya di sini, mengapakah kita jarang mempromosikan Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang serta yang Maha Pemberi Rezeki kepada kanak-kanak? Allah hanya diletakkan sebagai penghukum apabila kita telah kehabisan daya untuk mengawal anak-anak kita. Setiap hari, bibir kita berulangkali menyebut kalimah Bismillahirrahmanirrahim (dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang) namun kita terus memperkenalkan kebengisan dan kemurkaan Allah kepada anak-anak. Agaknya, jika inilah cara kita memperkenalkan Allah kepada kanak-kanak, adakah mungkin mereka akan merasa gembira dan selamat apabila sedar yang Allah sentiasa bersama mereka? Mungkinkah suatu hari nanti mereka akan membesar dan menjadi orang-orang yang mencintai Allah lebih dari segala-galanya?
Tips membina tanggapan yang benar tentang Allah
Gunakan sumber yang sahih
Kita boleh menggunakan 99 nama Allah untuk memperkenalkan kanak-kanak kepada Pencipta mereka. Dengan adanya garis panduan ini, anak-anak akan didedahkan dengan persepsi yang betul tentang Tuhan mereka. Contohnya, “Allah itu Al-Khaliq, Dialah yang cipta tangan, mata, hidung dan mulut kita. Hebatkan Allah, ciptakan kita ni cantik-cantik?”
Ingatkan ganjaran Allah
Setiap kali anak-anak melakukan kebaikan, ingatkan tentang ganjaran yang bakal mereka terima di akhirat kelak. Contohnya, “MasyaAllah, hari ni Afiq solat dengan mama, lepas tu tolong mama susun pinggan. Mesti Allah suka tengok Afiq buat baik dengan mama dan sediakan Afiq pahala banyak-banyak di akhirat nanti!”
Imbangi kisah teladan
Seimbangkan kisah-kisah azab dan siksa yang menjadi pembalasan pada orang yang fasik dengan kisah-kisah ganjaran yang Allah berikan pada orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Kajian mendapati bahawa kanak-kanak mempunyai tanggapan negatif terhadap penghukum. Jadi, kita mestilah berhati-hati dalam membentuk persepsi yang betul terhadap Allah.
Kaitkan kejayaan mereka dengan rahmat Allah
Contohnya apabila anak kita mencapai satu kejayaan, kita boleh katakan pada mereka, “Alhamdulillah, Aiman dah usaha sungguh-sungguh. Mesti Allah nampak Aiman usaha dan Allah berikan keputusan yang baik untuk Aiman.
Beritahu kanak-kanak yang Allah sentiasa sayangkan mereka
Sebagaimana anak-anak perlu tahu yang mereka disayangi oleh ibubapa, pasti mereka merasa lebih selamat dan terhibur apabila mereka mengetahui yang mereka turut disayangi oleh Allah, setiap masa dan ketika.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ramai wanita suka membeli belah set periuk masakan. Antara yang menjadi kegilaan para mak-mak adalah bekas masakan jenis kaca.
Bagi yang suka memasak, pastinya mengenali beberapa jenama terkenal.
Kali ini menerusi perkongsian Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official, Puan Si Diyang Iffah meluahkan rasa kecewa apabila bekas kacanya pecah semasa memasak juadah hari raya baru-baru ini.
Perkongsiannya telah menarik perhatian warganet yang simpati dengan situasi yang dialami. Rata-rata memberikan tip penggunaan dan memilih cara yang betul bekas kaca berkenaan.
Ikuti perkongsian ini.
_________________________________
Haddoii.. Masa beli kt Langkawi, bukan main orang tuu kata boleh masak atas api. Kawan kawan, pls , caserol jenama apa yer yg boleh masak atas api. Mokcik memang suka panaskan mkanan dlm kaserol.Tq. KEMPUNAN nk mkan ketupat cicah kuah kacang sempena RAYA Puasa Shawal.
WARGANET KONGSI TIP
Meninjau bahagian komen, rata-rata warganet simpati dan memberi beberapa tip dan cadangan untuk dijadikan panduan. Antaranya adalah;
Pelbagai manfaat hasil perkongsian yang dipaparkan tadi. Tip ini boleh jadi panduan buat mereka yang bercadang untuk memiliki bekas masakan jenis kaca.
Saban hari ada sahaja kes baharu dijangkiti Covid-19, tidak sahaja terhadap orang tua malah ibu hamil juga berada di dalam golongan yang berisiko tinggi. Tentunya bagi mereka yang pernah ‘bertarung’ melawan Covid-19 ini satu keajaiban dan merasakan seakan dianugerahkan peluang kedua untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta.
Pengalaman yang sama turut dikongsikan oleh Puan Noor Sharani, ibu kepada 2 orang anak yang merupakan bekas pesakit Covid-19 stage 5 dan ketika itu juga sedang hamil 5 bulan.
Semangatnya untuk sembuh sepenuhnya banyak dimotivasi oleh anak dalam kandungan dan keluarga tercinta.
Kenangan Dan Bekas Pesakit Covid19 Yang Mengandung 5 bulan Stage 5
( Belum divaksin)
23/7/2021 – 8/8/2021
23Hb
Disahkan positif.. walaupun tak ada simptom..doktor suh pakai gelang.. kurantin
24hb
Masa kurantin dekat rumah 2 hari.. anak-anak takkan faham kena jauh dari umi dia.. walaupun dah asing bilik. Tetap juga diaorang datang tidur dengan kita..tunggu umi dia bangun layan dorang.. masa ni dah start batuk la. Seram sejuk.. asyik berselubung dalam toto yang paling tebal. Lega demam tu kejap jek.. pastu dia datang balik.. memang anak terbiar la masa tu.. nasib ada suami yang baik.
25hb
Tidur tak kena, duduk tak kena.. buat apa semua tak kena.. makan dua suap rasa penat dia melampau.. sampaikan nak basuh tangan penat macam apa jek..
Masa ni bincang dengan suami.. ada baik biar ayang ke hospital.. kita tak tau kalau oksigen tak ada dalam badan. Dengan batuk tambah teruk.. kesian lak baby dalam perut. Sakit agaknya bila umi batuk macam nak mati..
Nampak la suami dah sedih.. dia call juga ambulan.. sebab fikir dua nyawa.. pujuk suami.. Insyallah ayang kuat tuk family kita..
Bila ambulan sampai.. benda paling sedih tak dapat peluk cium anak-anak.. sebab deria bau memang dah tak ada. Masa naik ambulan.. anak-anak macam pelik je tengok.. Alhamdulillah dorang tak nangis.. mungkin tau umi dia memang tak sihat kan..
Masuk ambulan.. MA cek nadi oksigen semua.. oksigen masih ok ya masa ni.. nadi dengan Jantung je.. Masyallah.. Laju sangat.. Terus ambulan pecut pergi hospital.
Sampai hospita, bahagian kecemasan covid19. Allahu.. terlalu ramai orang yang tunggu untuk gas oksigen.. semuanya..
Oleh kerana umi ni pregnant.. umi di bawa masuk ke khemah yang tidak bercampur dengan lelaki. Bila cek punya cek.. paru-paru di suspek ada kuman.. patut la batuk macam apa je.. so buat XRay apa semua.. terus di hantar ke wad lama A-1..
26hb..
Fikir diri kuat, nak pergi toilet sendiri mandi apa semua. Tak sedar lak masa ni oksigen dah nak drop.. batuk teruk.. berkahak warna merah.. Allahu.. tuhan je tau masa tu.. Datang doktor cek spo² atau oksigen dalam badan.. dah turun ke 89%..masa ni nurse call suami.. bersedia la dengan sebarang kemungkinan. Padahal masa ni dorang transfer umi ke wad baru.wad covid19.. pemantauan depan mata doktor.. suami dah nangis dah.. mak call pun dah nangis. umi soal dorang.. kenapa mesti nak nangis.. umi hidup lagi.. ok lagi.. cuma nak amik oksigen je kat wad lain. Jangan la nangis.. kita nak berjuang ni.
Sampai wad baru tu.. duk kat bilik 4 org dulu..pasang oksigen. tapi oksigen masih tak cantik.. dorang suruh tidur meniarap.. tapi tak boleh sebab kita ada baby dalam perut.. kesian baby terhimpit..
Dengan laju nurse nama kak senah suh tukar pergi ke bilik yang betul depan dengan doktor bertugas. Pesan dia sampai skrg ingat lagi.. kau kena kuat.. kau kena berjuang.. fikirkan baby.. lupakan segala benda kat luar tu.. Akak sayang kau.. akak nak kau bangkit.. Sihat demi baby.. Masa ni memang mata kuyu.. tapi semangat angkat tangan.. bagitau.. pasti bangkit kak.. pastu tidur… penat agaknya di tolak sana sini.
Stage 2 Terus Jadi Stage 5
Next day..
Oksigen still tak sampai ke paru-paru. Doktor kat wad discuss dengan doktor bius solutions yang perlu untuk wanita mengandung ni.. masa ni macam dah gegar dah jantung..
Adakah aku akan ditidurkan.. adakah aku tak berjumpa lagi dengan semua.. Ya Allah… tengok tak permainan covid19 ni.. dia main emosi kita wey…
Nurse sibuk dah pasang tiub kencing dgn pampers..Doktor datang bagitau.. awak dari stage 2 ke stage 5 sekarang ni.. Masa ni mcm blurr.. Tak nak pikir apa dah.. pikir nak sihat..
Doktor pun tunjuk mesin booster oksigen.. Masa ni termenung gak.. doktor terus tepuk.. kami takkan tidurkan awak.. mesin ni tuk booster oksigen terus ke paru-paru awak.. jadinya mcm nak bagi cepat sampai la oksigen tu.. owhhh.. ok baru Faham..
Memang masa pakai oksigen ni.. nama dia C-PAP.. Tak terasa langsung udara luar.. memang grip abis kat mulut dengan hidung. Time ni gak dah on antibiotik.. masa ni berdoa moga kuman dalam paru-paru hilang.. sebab bila batuk buang kahak ada kemerahan… masa ni pun tawakal je la..
Pengalaman pakai C-PAP oksigen ni.. Allahuakbar.. Rimas memang rimas tapi sabar je.. pastu kan bila tertidur pakai oksigen ni rasa macam ada dua orang je.. macam split person dengan diri sendiri.. emosi..rasa macam aku hidup lagi ke.. aku pakai benda ni ke? Aku ke yang sedut oksigen ni.. bukan orang lain tadi ke.. Bila nurse nampak kita meracau.. dia datang tepuk.. Jangan meracau…fokus nak sihat ya.. Terus zikir je sambil tengok keadaan sekeliling..
Alhamdulillah.. pakai oksigen full face tu cuma dua hari je.. da boleh pakai oksigen yang macam ambil gas jek.. masih lagi di wad pemantauan depan mata doktor.. masa ni tau tidur je.. bangun pun nurse kejut tuk makan.. Pas makan tidur balik.. Rasa macam penat berlari 100 meter.. tak tau penat apa.. nak video call anak-anak pun memang tak terdaya.. pendek kata kat hospital terpaksa lupakan orang tersayang.. demi anak dalam perut dan diri sendiri.
Setelah didapati diri dah mula menunjukkan perubahan yang baik.. Doktor tukar pula kita ke ruangan sebelah.. masih juga d pantau depan mata doktor.. masa ni kita minta la buka tiub kencing.. dengan pampers.. nak cuba berjalan ke tandas sendiri.. Alhamdulillah di izinkan.. tapi kena tau control nafas.. sebab masih bergantung pada oksigen.. serius cakap.. kalau bukak oksigen tu memula ok.. kalau da lama ke toilet macam mengelupur cari oksigen.. so buat apa kena cepat.. end up.. bila rasa nak mandi.. minta nurse tolong mandikan.. nurse pun seronok siram-siram kita atas katil. Masa dia siram tu.. Allahuakbar nikmatnya air ni Ya Allah… setelah seminggu tak mandi.
Lalui hari seterusnya dengan oksigen paras 8.. diturunkan kepada 5. masa ni tidur pakai oksigen pun terbuka.. Allahu.. Nasib la ok.. tak mencungap.. Masa ni dah tukar oksigen hidung je.. so senang la nak makan kalau pakai oksigen pun.. Antibitok pun dah off masa ni.. Dan baru tersedar yang dah duk hospital selama 12 hari.
Menangis Menahan Rindu
Hari ke 11 ni dah main emosi rindu anak-anak dan suami.. Pagi tanya doktor bila boleh balik.. Doktor cakap tunggu result darah nadi.. Darah nadi ni setiap hari ya akan di ambil.. Sakit dia.. Allah je yang tau.. Lebih rela la mik darah lain.. Nak ke x nak kena je serah tangan setiap hari.. Ubat lak time ni just air garam dengan ubat cair kahak je.. oksigen di turunkan paras 2 je..
Hari ke 12. .
Bangun pagi tengok oksigen dah off.. Alhamdulillah.. Kita belajar bernafas sendiri lak.. Nafas memang pendek la citer dia.. kena selalu exercises paru-paru pakai alat dia.. Batuk still ada tapi tidak la keras masa awal kena sakit tu.. Masa ni memang da meronta nak balik.. rindu betul dah kat anak-anak.. Video call pun boleh nangis tengok anak-anak.. Tanya doktor.. tanya nurse.. bila boleh balik.. semua jawab tak pasti bila boleh balik.. kecewanya… tapi sabar jugak…
Hari 13..
Bangun pagi nangis.. nak balik.. puas doktor dengan nurse pujuk.. tapi nak buat macam mana memang dah betul emosi rindu anak-anak.. Dekat dua minggu tak peluk cium anak.. emosi umi terganggu betul.. doktor cakap tunggu result darah petang.. sampai ke petang doktor tak muncul kembali..
Masa ni ubat cuma tinggal cair kahak je.. so memang yakin la boleh balik..
tapi nurse cakap kalau part ibu mengandung ni tidak semudah itu untuk balik.. kena pantau sampai doktor puas ati.. paling lama duduk hospital dekat sebulan..
Last Day…
Pelik.. Tak de doktor amik darah nadi.. cuma makan ubat cair kahak je.. tanya lagi doktor bila leh balik.. doktor still cakap tak pasti.. kita terus macam.. ok la.. nak buat macam mana kan.. tak boleh balik.. sambung je aktiviti biasa.. makan tidur dan layan movie.. pastu masa makan tengah hari ada satu nurse ni nama Kak Senah.. nurse yang sambut kita memula sampai ke wad pemantau doktor.. dia ni happy go lucky.. mulut bising tapi baik.. dia la yang tepuk kita masa meracau pakai oksigen.. dia yang cakap akak nak kau sihat.. fokus nak sihat.. jangan fikir yang lain.. fikir anak dalam perut kau.. Akak tak nak kau balik jadi mayat.. masa ni terdiam.. insyallah kak.. owang kuat.. alhamdulillah last day dia masih jumpa kita yang betul drop awal masuk wad,sihat walafiat dah..
Kak senah minta nombor.. Sebab saja nak share.. Pastu kita cakap dengan kak senah.. tolong ar tgok kan file kita.. ok ke tak.. bila leh balik.. dia cakap ok nanti dia tanya doktor sekali..Dia pun kuar.. kita sambung tidur..
Tup tup dapat whatsapp.. dik.. kau dah boleh keluar dik.. tak sempat kita nak amik gambar.. Masa tu dah nak melompat atas katil.. tapi tahan.. sebab takut la tak betul kan.. tak lama pastu MA call.. dia cakap standby kak.. dah boleh balik.. siapa ambil.. nombor flat kereta semua bagi saya.
Ya Allah… Masa tu Allah je tau.. satu perasaan rindu tu macam mana.. Berdebar nak jumpa suami dengan anak-anak.
Pulang Dengan Sihat
Call suami suruh bawak gun sanitizer.. suh datang tepat jam 5..Pukul 5 Laki sampai.. bagitau nurse.. nurse amik surat dengan wheel chair..hantar kita sampai parking.. Mekasih misi.. anak-anak dah menjerit nangis tengok umi dia.. tapi umi dia kena sembur abis abisaan dulu sebelum masuk keta.. Alhamdulillah.. Dapat pulang dengan sihat..
cuma kita alami post covid la.
Orang cakap kesan selepas kena Covid19 .Nafas pendek. Batuk still ada lagi cuma tak keras. Penat.. kalau buat kerja sikit penat.. Ada yang kata lepas 3 bulan baru ok.
Tak apa la kita redha je, cukup lah Allah bagi peluang kedua untuk bersama anak-anak, suami dan keluarga..
Semoga menjadi kenangan dalam hidup sendiri.. Kepada yang baca.. kalau anda di takdirkan terkena wabak ini.. sabar.. tabah dan redha.. Lawan selagi boleh.. fokus nak sihat.. jangan ikut emosi wabak ni..
Insyallah.. Boleh..
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.