“Jika Tahu Sejarah Zaman Kanak-Kanaknya, Pasti Kamu Menangis.” Jasmin Hamid Dedah Sebab Sorokkan Identiti Anak Perempuannya Yang Dijaga Sejak Umur Empat Tahun

Share

Sejak dahulu jarang sekali pelakon yang boleh digelar ratu drama ini berkongsi cerita mengenai keluarganya. Hanya sesekali dia memuat naik gambar anak-anak di media sosial sambil bercerita perihal mereka.

Rupa-rupanya pelakon Jasmin Hamid mempunyai seorang anak angkat perempuan. Menerusi satu perkongsian, dia mengakui menyembunyikan identiti sebenar anak perempuannya itu yang dijaga sejak berusia empat tahun.

“Selama ini saya sorokkan identiti sebenar anak perempuan saya ini kerana saya sudah anggap dia sebagai anak saya sendiri dunia dan akhirat walaupun saya tidak melahirkan dia.

“Saya jaga dia seawal umur dia 4 tahun. Jika kamu tahu sejarah hidup zaman kanak-kanaknya, pasti kamu akan menangis

“Walaupun sebelum ini ada yang mempertikaikan tentang saya dan anak perempuan saya.. Saya masih berdiam kerana tiada unsur-unsur mencela. Dia adalah amanah Allah kepada keluarga saya,” tambahnya.

Tular sebelum ini apabila Jasmin memuat naik keluhan hatinya terhadap individu yang mengejek anaknya dengan panggilan ‘bapok’.

Lebih menyedihkan apabila individu yang sering melemparkan kata-kata sedemikian terdiri daripada wanita berhijab.

“Jika masih ada yang berkelakuan begini dan tak belajar lagi dari kesilapan orang lain, saya akan ambil tindakan undang-undang! Jangan jadi orang yang mufIis di akhirat kelak,” tegasnya.

Terdahulu menerusi perkongsiannya di Instagram, Jasmin memberitahu yang dia harus melepaskan anak perempuannya ini untuk menikmati hidup bekeluarga suatu hari nanti.

Sebagai ibu, dia mendoakan agar anaknya, Hanna ditemukan dengan seorang lelaki yang mampu untuk menjaga dan membimbingnya selepas berkahwin kelak.

“Ciuman seorang ibu, dapat gugurkan dosa kecil anak-anaknya. Ciuman anak-anak buat ibunya, buatkan ibu itu bahagia.

“Anak dara saya makin membesar dan pasti satu hari nanti, saya harus melepaskannya untuk dia nikmati hidup berkeluarga.

“Mohon Allah ketemukan seorang suami yang soleh buat anak dara saya. Pada uols yang ada anak dara, pasti akan lebih memahami naluri seorang ibu.

Malah akui Jasmin lagi, dia akan tetap menjaga anaknya itu kerana itu adalah amanah Allah.

“Ibu akan tetap menjaga cicik sebab ini adalah amanah ALLAH yang di tinggalkan oleh arwah mama dan arwah baba pada Ibu sehingga cicik bertemu jodoh dengan suami yang soleh. Tolong jangan sia-siakan anak dara saya sebab beliau adalah amanah Allah,” tulisnya.

Perkongsian tersebut membuatkan pengikutnya kagum dan tersentuh hati dengan luahan tersebut. Tak kurang yang turut mendoakan anak Jasmin bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang soleh.

Sumber: IG jasminhamidjh

IKLAN