Sejak dahulu jarang sekali pelakon yang boleh digelar ratu drama ini berkongsi cerita mengenai keluarganya. Hanya sesekali dia memuat naik gambar anak-anak di media sosial sambil bercerita perihal mereka.

Rupa-rupanya pelakon Jasmin Hamid mempunyai seorang anak angkat perempuan. Menerusi satu perkongsian, dia mengakui menyembunyikan identiti sebenar anak perempuannya itu yang dijaga sejak berusia empat tahun.

“Jika Tahu Sejarah Zaman Kanak-Kanaknya, Pasti Kamu Menangis.” Jasmin Hamid Dedah Sebab Sorokkan Identiti Anak Perempuannya Yang Dijaga Sejak Umur Empat Tahun

“Selama ini saya sorokkan identiti sebenar anak perempuan saya ini kerana saya sudah anggap dia sebagai anak saya sendiri dunia dan akhirat walaupun saya tidak melahirkan dia.

“Saya jaga dia seawal umur dia 4 tahun. Jika kamu tahu sejarah hidup zaman kanak-kanaknya, pasti kamu akan menangis

“Walaupun sebelum ini ada yang mempertikaikan tentang saya dan anak perempuan saya.. Saya masih berdiam kerana tiada unsur-unsur mencela. Dia adalah amanah Allah kepada keluarga saya,” tambahnya.

“Jika Tahu Sejarah Zaman Kanak-Kanaknya, Pasti Kamu Menangis.” Jasmin Hamid Dedah Sebab Sorokkan Identiti Anak Perempuannya Yang Dijaga Sejak Umur Empat Tahun

Tular sebelum ini apabila Jasmin memuat naik keluhan hatinya terhadap individu yang mengejek anaknya dengan panggilan ‘bapok’.

IKLAN

Lebih menyedihkan apabila individu yang sering melemparkan kata-kata sedemikian terdiri daripada wanita berhijab.

“Jika masih ada yang berkelakuan begini dan tak belajar lagi dari kesilapan orang lain, saya akan ambil tindakan undang-undang! Jangan jadi orang yang mufIis di akhirat kelak,” tegasnya.

View this post on Instagram

LEPAS NI SAYA AKAN AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG!! KALI NI SAYA BANGKIT..HATI -HATI BULLY CYBER! TOO MUCH.. Saya tak menyangka topik pasal anak perempuan saya jadi PERBUALAN DI MEDIA SOSIAL.. Terima kasih kepada peminat saya yang mengirimkan posting tentang ini kerana beliau juga MERASA KURANG SENANG dengan komen dari manusia-manusia BERHATI HITAM.. TERIMA KASIH juga kepada KISAH DUNIA yang menulis artikel yang POSITIF. . . Saya sebagai seorang IBU pastinya akan TERGURIS bila anak yang tak berdosa berulang kali DI HINA oleh manusia yang BERHATI HITAM. Apatah lagi anak yang di hina itu adalah seorang ANAK YATIM.. Pastinya saya akan BANGKIT dan membela nasib ANAK YATIM ini.. . . Selama ini saya sorokkan IDENTITI SEBENAR anak perempuan saya ini kerana saya sudah anggap dia SEBAGAI ANAK SAYA SENDIRI dunia dan akhirat walaupun saya TIDAK MELAHIRKAN dia.. Saya jaga dia seawal umur dia 4 tahun.. Jika kamu tahu sejarah hidup zaman kanak-kanaknya ,Pasti kamu akan menangis?… Walaupun sebelum ini ada yang pertikaikan tentang saya dan anak perempuan saya.. Saya masih BERDIAM kerana tiada unsur-unsur MENCELA.. Dia adalah AMANAH ALLAH kepada keluarga saya .. . . Sebagai seorang manusia yang berhati mulia, apatah lagi seorang MUSLIM, sudah pasti kita tahu apa HUKUMNYA MENCELA MAKHLUK ALLAH.. Inikan pula yang di HINA itu adalah seorang ANAK YATIM yang tak berbuat dosa kepada kamu.. . . Yang menyedihkan, manusia BERHATI HITAM itu tergolong di kalangan mereka yang BERHIJAB .PEMAKAIAN tidak seiring dengan AKHLAKNYA.. Perbuatan manusia ini telah MEMALUKAN para muslimah yang BERHIJAB..Seharusnya bila kamu SUDAH BERHIJAP, kamu juga harus HIJABKAN HATI dan IMAN juga seperti mereka yang tergolong dalam MUSLIMAH SEJATI..bukan mengikut TREND..sebab tu kamu lupa nak HIJABKAN HATI dan IMAN! . . Kali ni saya harus paparkan posting komen KAMI LAHH dari FB supaya di jadikan PENGAJARAN di hari akan datang… Jika masih ada yang berkelakuan begini dan TAK BELAJAR lagi dari kesilapan orang lain, SAYA AKAN AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG! Jangan jadi orang yang MUFLIS di akhirat kelak.. . . #anakyatim #negativevibes #negativepeople #malaikatatid #allahmahapenyayang

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on

Terdahulu menerusi perkongsiannya di Instagram, Jasmin memberitahu yang dia harus melepaskan anak perempuannya ini untuk menikmati hidup bekeluarga suatu hari nanti.

IKLAN

Sebagai ibu, dia mendoakan agar anaknya, Hanna ditemukan dengan seorang lelaki yang mampu untuk menjaga dan membimbingnya selepas berkahwin kelak.

“Jika Tahu Sejarah Zaman Kanak-Kanaknya, Pasti Kamu Menangis.” Jasmin Hamid Dedah Sebab Sorokkan Identiti Anak Perempuannya Yang Dijaga Sejak Umur Empat Tahun

“Ciuman seorang ibu, dapat gugurkan dosa kecil anak-anaknya. Ciuman anak-anak buat ibunya, buatkan ibu itu bahagia.

“Anak dara saya makin membesar dan pasti satu hari nanti, saya harus melepaskannya untuk dia nikmati hidup berkeluarga.

IKLAN

“Mohon Allah ketemukan seorang suami yang soleh buat anak dara saya. Pada uols yang ada anak dara, pasti akan lebih memahami naluri seorang ibu.

View this post on Instagram

Ciuman seorang ibu, dapat gugurkan dosa kecil anak-anaknya.. Ciuman anak-anak buat ibunya, buatkan ibu itu bahagia.. Anak dara saya makin membesar dan pasti satu hari nanti, saya harus melepaskannya untuk dia nikmati hidup berkeluarga.. Mohon Allah ketemukan seorang suami yang SOLEH buat anak dara saya.. Pada uols yang ada anak dara, pasti akan lebih memahami naluri seorang ibu..Yang pasti, Ibu akan tetap menjaga CICIK sebab ini adalah AMANAH ALLAH yang di tinggalkan oleh arwah MAMA dan arwah BABA pada Ibu sehingga CICIK bertemu jodoh dengan suami yang SOLEH.. TOLONG JANGAN SIA -SIAKAN ANAK DARA SAYA sebab BELIAU ADALAH AMANAH ALLAH.. . . -NANTI DI SURGA…. KITA DEKAT- عَنْ سَهْلِ بَْنِ سَعْدٍ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رَسُولَ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم : أَنَا وَكَافِلُ الْيَتِيمِ فِى الْجَنَّةِ هكَذَ، وَأَشَارَ بِالسَّبَّابَةِ وَالْوُسطَى وَفَرَّجَ بَيْنَهُمَا شَيْئاً . Dari Sahl bin Sa’ad Radhiallahu ‘anhu dia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Aku dan orang yang menanggung anak yatim (kedudukannya) di surga seperti ini”, kemudian beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengah beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam, serta agak merenggangkan keduanya. . . . Doa seorang Ibu tiada HIJABNYA.. Aamiin… MOHON JAGA LISAN jika tidak mahu di BLOCK!!! #kasihibusepanjangmasa #kasihsayang #daughter #love #amanahallah #anaksolehah #motherdaughter #hebatbukan

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on

Malah akui Jasmin lagi, dia akan tetap menjaga anaknya itu kerana itu adalah amanah Allah.

“Jika Tahu Sejarah Zaman Kanak-Kanaknya, Pasti Kamu Menangis.” Jasmin Hamid Dedah Sebab Sorokkan Identiti Anak Perempuannya Yang Dijaga Sejak Umur Empat Tahun

“Ibu akan tetap menjaga cicik sebab ini adalah amanah ALLAH yang di tinggalkan oleh arwah mama dan arwah baba pada Ibu sehingga cicik bertemu jodoh dengan suami yang soleh. Tolong jangan sia-siakan anak dara saya sebab beliau adalah amanah Allah,” tulisnya.

Perkongsian tersebut membuatkan pengikutnya kagum dan tersentuh hati dengan luahan tersebut. Tak kurang yang turut mendoakan anak Jasmin bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang soleh.

Sumber: IG jasminhamidjh

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI