Jimat Belanja Buat Baja Organik, DIY Dari Kulit Telur Ayam. Bantu Suburkan Tanaman & Elak Serangan Serangga Perosak

Share

Bagi yang minat berkebun di rumah, tak payah nak beli baja untuk suburkan tanaman,. Guna bahan dari dalam rumah je. Ibu-ibu lepas ni, sila simpan kulit telur tu setiap kali lepas memasak.

Sebabnya kulit telur ni kaya dengan kalsium yang boleh menyuburkan tanaman. nak tahu caranya, jom cuba tip yang dikongsikan oleh Zureena Nor Hakim

.
Telur semua orang suka kan.
Nak-nak musim PKP ni. Sayangnya kalau kulit telur tu dibuang saja.
Apa kata kita buat baja untuk tanaman.
Apa kelebihan baja kulit telur ini?
Actually kulit telur kaya dengan kalsium yang boleh menyuburkan tanah.
Kajian menunjukkan kalsium dari kulit telur boleh mengurangkan keasidan tanah.
Selain itu, baja dari kulit telur juga merupakan bahan mesra alam yang tidak mengandungi kesan bahaya kepada alam sekitar.
Jom kita buat baja organik!


Cara membuat:
1. Kumpulkan kulit telur yang telah digunakan. Bilas sedikit dengan air bagi menghilangkan lendir telur putih
2. Hancurkan sedikit. Ramas kulit telur dengan tangan.
3. Disangai sehingga kekuningan.
4. Dikisar dengan pengisar kering.
5. Taburkan disekeliling tanaman.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club


Bila PKP ni, anak-anak kerjanya lapar je. Sekejap2 minta makan, mak pun letih nak melayan permintaan sorang-sorang! Tak payah risau, join je kelas buat roti bersama kami ni. Boleh buat stok untuk anak-anak makan! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

 

 

IKLAN