Setiap bulan bila tengok bil yang sampai di rumah boleh naik pitam dibuatnya. Nak nak lagi musim cuti sekolah ni kan.
Lagi tinggi penggunaannya terutama sekali bil elektrik dengan penggunaan pendingin hawa, televisyen dan sebagainya lagi.
Untuk ibu-ibu jangan risau anda boleh jimatkan bil di rumah jika lakukan tip yang dikongsikan oleh TNB ini.
Tak susah pun malah ia juga tidak menggunakan sebarang modal. Tak percaya, jom baca ni!
1. Guna ruangan mesin basuh semaksima mungkin. Jika boleh masuk lagi banyak baju, lagi bagus!
2. Pastikan filter penghawa dingin anda telah dicuci supaya ia boleh beroperasi secara efisien
3. Semasa penghawa dingin dihidupkan, tutup semua pintu dan tingkap. Lebih kecil ruangan, lebih rendah bil yang perlu ditanggung.
4. Pilih lampu mentol yang menggunakan tenaga yang sikit untuk penjimatan yang lebih
Ads
5. Gosok baju dalam jumlah yang banyak setiap seminggu sekali
6. Maksimumkan air dalam cerek elektrik ketika masak. Lebih jimat sebenarnya!
7. Pilih peralatan elektrik yang mempunyai 5 rating serta logo merah seperti di dalam gambar:
8. Jarak peti sejuk dengan dinding sejauh 10cm untuk peredaran yang lebih efisyen
9. Jangan biarkan PC, laptop atau monitor LCD berada dalam keadaan standby jika tidak digunakan
Ads
10. Boleh gunakan timer untuk peralatan yang diperlukan pada masa yang tertentu sahaja
11. Gunakan lampu fluorescent T5 sebagai langkah penjimatan elektrik anda
12. Suhu penghawa dingin yang paling efisien adalah antara 23-25 darjah celcius untuk kesejukan optimun
Ads
13. Cara susun barang di dalam peti sejuk juga menjadi faktor utama dalam penjimatan elektrik. Pastikan barangan anda tersusun kemas dan rapi.
14. Gunakan mod ‘Cold Wash’ semasa mencuci pakaian menggunakan mesin basuh untuk mengelakkan penggunaan tenaga yang banyak untuk memanaskan air
Tip lain yang boleh anda lakukan:
Gunakan lampu meja untuk pencahayaan khusus sahaja. Boleh juga gunakan cahaya semula jadi untuk menerangi bilik pada waktu siang.
Elakkan membuka peti sejuk dengan kerap kerana lebih tenaga diperlukan untuk mengekalkan suhu rendah.
Jangan meletakkan makanan yang panas ke dalam peti sejuk kerana ia boleh menyebabkan peti sejuk menggunakan tenaga yang lebih untuk mengekalkan suhu rendah.
Tukar peralatan elektrik yang melebihi tempoh 10 hingga 15 tahun bagi penggunaan tenaga yang lebih cekap.
Tutup dan tanggalkan plug peralatan elektrik yang tidak digunakan bagi menjimatkan penggunaan elektrik.
Gunakan tangga ke aras terdekat bagi menjimatkan elektrik.
Senang bukan? Jika ada yang masih belum tahu tentang tips ini, boleh kongsi untuk manfaat bersama. 😉
Alamak, baju favourite dah sendat! macam mana ni!.. Kena diet nampak gaya ni! Itu mungkin kata-kata yang berbisik di hati setiap kali melalui situasi ini. Masalah pertambahan berat badan akan berlaku bila pemakanan tak dijaga dan tiada aktiviti keluarkan peluh.
Boleh jadi juga disebabkan pertambahan usia menyebabkan proses metabolisme semakin berkurangan. Tapi bila dah sedar berat badan meningkat, kena cepat-cepat bertindak. Jika tidak, makin sukar untuk mencantas lemak yang makin bertimbun. Paling mudah buat 5 perkara ni cepat!
Makan lauk, kurangkan nasi
Makan lauk telur, ayam dan daging yang mengandungi protein tapi kurangkan karbohidrat terutama nasi. Sumber protien ini bantu proses pembentukan otot dan juga baik untuk pencernaan. Tapi kalau tak bersenam tak akan terhasil juga pembentukan otot.
Minum Kopi
Minum kopi atau minuman kafein lain seperti teh hijau. Pengambilan kafein sebelum bersenam dikatakan dapat membantu kita cergas lebih lama dan lebih bertenaga. Cubalah minum secawan kopi atau teh pada waktu pagi sejam atau lebih sebelum anda berjalan-jalan atau bersenam dan lihat hasilnya.
Banyak Bergerak
Badan makin berat, jalan malas bangkit. Kena bangun dan selalu bergerak. Mereka yang ada masalah berat badan selalunya suka duduk berbanding orang ang ramping. Jadi kalau di pejabat cuba guna tangga dan kalau menonton tv di rumah sepanjang iklan berdirilah seketika. Selain itu rajin-rajin bersihkan rumah yang mana aktiviti ini dengan mudah dapat bakar kalori.
Makan Ikan
Salmon dan tuna merupakan sumber omega-3 asid lemak, yang dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme. Menurut satu kajian yang dilakukan di Perancis menemukan orang dewasa yang mengambil enam gram minyak ikan setiap hari memiliki lemak tubuh yang lebih sedikit (yang membantu anda membakar kalori lebih banyak) daripada mereka mendapat jumlah yang sama daripada lemak mentega, minyak zaitun dan minyak bunga matahari sebagai gantinya.
Sebab itulah kena amalkan ikan salmon atau tuna sekurang-kurangnya dua kali seminggu atau minta pandangan daripada doktor tentang pengambilan suplemen minyak ikan.
Hujung Minggu Joging
Hujung minggu waktu petang jangan hanya bersantai di sofa. Keluar berjoging, ajak pasangan atau anak-anak. Selain itu setiap hari buat senaman bangkit tubi untuk meningkatkan kadar metabolisme. Kaedah ini dapat membantu membentuk otot selain membantu membakar lebih banyak kalori sepanjang hari.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak pandemik ini ramai yang tidak ke mana-mana duduk di rumah saja. Pelbagai aktiviti dilakukan untuk menghilangkan rasa bosan.
Salah satu aktiviti popular yang dilakukan adalah bermain permainan telefon atau game yang pastinya menghiburkan.
Namun tanpa kita sedar jika bermain dalam tempoh yang lama akan memberi kesan kecederaan kepada pergelangan tangan.
Nak tahu bagaimana ia terjadi Dr Zubaidi Hj Ahmad ada penjelasan mengenai hal ini.
BERMAIN GAME DI HENFON PERMAINAN TERLALU LAMA BOLEH MENYEBABKAN SINDROM QUERVAIN
“Assalamualaikum, doctor. Baru-baru ini jari dan pergelangan tangan saya sebelah kanan saya mengalami kekejangan dan lenguh. Saya memang ada bermain game dalam henfon. Adakah ia berkaitan? Terima kasih”
Bermain permainan, terutama pada telefon bimbit (henfon) adalah aktiviti santai yang banyak dilakukan oleh anak muda sekarang. Ia bagus sebagai melepaskan kebosanan tetapi ia boleh menyebabkan ketagihan. Bermain dalam jangka masa yang terlalu lama boleh menyebabkan sindrom Quervain yang melibatkan pergelangan tangan dan ibu jari.
Tangan dan jari kita bergerak dengan bantuan tulang, otot, dan tendon untuk memegang henfon dan menekan butang pada henfon. Berlebihan penggunaan tendon akan menyebabkan ia membengkak. Tendon yang membengkak boleh menyebabkan rasa sakit dan merebak sehingga ibu jari dan pergelangan tangan. Keadaan ini dipanggil sindrom Quervain atau de Quervain tenosynovitis.
Tanda yang paling biasa dirasakan adalah rasa sakit yang melampau di pergelangan tangan dan bahagian bawah ibu jari anda. Rasa sakit ini dirasakan apabila memegang atau mencubit sesuatu. Kesakitan ini lebih kuat apabila menggerak-gerakkan ibu jari memutarkan pergelangan tangan.Kesakitan iniboleh merebak ke seluruh lengan.
Selalunya doctor akan memberikan ubat tahan sakit untuk melegakan rasa sakit ini. Pesakit boleh menekapkan ais pada bahagian yang sakit jika rasa sakit tidak berulang. Jika masih tidak berkurangan, doctor akan mentuntikkan steroid sekeliling tendon bagi mengurangkan kebangkakan.
Pesakit boleh berurut secara perlahan-lahan di bahagian yang sakit bagi mereda bengkakan pada ibu jari dan pergelangan tangan. Jika masih tidak selesai, pembedahan akan dilakukan boleh membuka pelapis tendon bagi menyebabkan tendon bergerak tanpa rasa sakit. Semoga menjawab soalan yang diberikan.
Kehilangan orang yang tersayang buat selama-lamanya amat perit. Lebih-lebih lagi yang ditinggalkan itu anak yang masih lagi kecil, yang masih memerlukan perhatian dari orang tuanya.
Bila rindukan mereka, pusaralah menjadi peneman di kala suka dan duka sebagai pengganti diri mereka yang tiada.
Demikianlah yang dilakukan oleh anak kecil yang bernama Aisyah yang cukup teruja melawat pusara papanya yang bukan sahaja untuk melepaskan rindu, tetapi turut membawa berita gembira bersama beberapa buah piala anugerah kecemerlangan serta pingat yang berjaya diraihnya.
Dalam video yang dimuat naik oleh ibunya dalam aplikasi Tiktok menunjukkan peribadi Aisyah yang cukup matang berbanding usianya yang memahami ketiadaan ayahnya buat selamanya.
Assalamualaikum papa, Aisyah datang ni. Papa.. Aisyah nak cakap, Aisyah ada banyak hadiah. Piala, beg, buku, colour, pensil. Papa, doakan Aisyah ye, jadi pandai jadi bijak jadi anak yang solehah. Aisyah sayang papa, Aisyah rindu papa.
Bukan hanya datang untuk bercerita dan berkongsi kejayaannya, malah anak kecil ini juga sempat sedekahkan doa buat papanya.
Yang paling menyentuh hati, setiap kali datang ke pusara papanya, Aisyah akan berzikir sepanjang jalan kerana katanya biar setiap langkah dia ke sana, papanya akan mendapat pahala dari zikir tersebut. Semoga Aisyah menjadi anak yang solehah kebanggaan papa dan mama ye! Amin
Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!
Comel betul adik-adik BK buat Challange kumpul marshmellow!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.