Jimat Bil Elektrik Dari Melambung Setiap Bulan, Ibu-Ibu Boleh Cuba Tip Yang Dikongsikan Oleh TNB Ni Di Rumah. Sangat Berguna!

Share

Setiap bulan bila tengok bil yang sampai di rumah boleh naik pitam dibuatnya. Nak nak lagi musim cuti sekolah ni kan.

Lagi tinggi penggunaannya terutama sekali bil elektrik dengan penggunaan pendingin hawa, televisyen dan sebagainya lagi.

Untuk ibu-ibu jangan risau anda boleh jimatkan bil di rumah jika lakukan tip yang dikongsikan oleh TNB ini.

Tak susah pun malah ia juga tidak menggunakan sebarang modal. Tak percaya, jom baca ni!

1. Guna ruangan mesin basuh semaksima mungkin. Jika boleh masuk lagi banyak baju, lagi bagus!

2. Pastikan filter penghawa dingin anda telah dicuci supaya ia boleh beroperasi secara efisien

3. Semasa penghawa dingin dihidupkan, tutup semua pintu dan tingkap. Lebih kecil ruangan, lebih rendah bil yang perlu ditanggung.

4. Pilih lampu mentol yang menggunakan tenaga yang sikit untuk penjimatan yang lebih

5. Gosok baju dalam jumlah yang banyak setiap seminggu sekali

6. Maksimumkan air dalam cerek elektrik ketika masak. Lebih jimat sebenarnya!

7. Pilih peralatan elektrik yang mempunyai 5 rating serta logo merah seperti di dalam gambar:

8. Jarak peti sejuk dengan dinding sejauh 10cm untuk peredaran yang lebih efisyen

9. Jangan biarkan PC, laptop atau monitor LCD berada dalam keadaan standby jika tidak digunakan

10. Boleh gunakan timer untuk peralatan yang diperlukan pada masa yang tertentu sahaja

11. Gunakan lampu fluorescent T5 sebagai langkah penjimatan elektrik anda

12. Suhu penghawa dingin yang paling efisien adalah antara 23-25 darjah celcius untuk kesejukan optimun

13. Cara susun barang di dalam peti sejuk juga menjadi faktor utama dalam penjimatan elektrik. Pastikan barangan anda tersusun kemas dan rapi.

14. Gunakan mod ‘Cold Wash’ semasa mencuci pakaian menggunakan mesin basuh untuk mengelakkan penggunaan tenaga yang banyak untuk memanaskan air

Tip lain yang boleh anda lakukan:
  • Gunakan lampu meja untuk pencahayaan khusus sahaja. Boleh juga gunakan cahaya semula jadi untuk menerangi bilik pada waktu siang.
  • Elakkan membuka peti sejuk dengan kerap kerana lebih tenaga diperlukan untuk mengekalkan suhu rendah.
  • Jangan meletakkan makanan yang panas ke dalam peti sejuk kerana ia boleh menyebabkan peti sejuk menggunakan tenaga yang lebih untuk mengekalkan suhu rendah.
  • Tukar peralatan elektrik yang melebihi tempoh 10 hingga 15 tahun bagi penggunaan tenaga yang lebih cekap.
  • Tutup dan tanggalkan plug peralatan elektrik yang tidak digunakan bagi menjimatkan penggunaan elektrik.
  • Gunakan tangga ke aras terdekat bagi menjimatkan elektrik.

Senang bukan? Jika ada yang masih belum tahu tentang tips ini, boleh kongsi untuk manfaat bersama. 😉

IKLAN