13. Cara susun barang di dalam peti sejuk juga menjadi faktor utama dalam penjimatan elektrik. Pastikan barangan anda tersusun kemas dan rapi.
14. Gunakan mod ‘Cold Wash’ semasa mencuci pakaian menggunakan mesin basuh untuk mengelakkan penggunaan tenaga yang banyak untuk memanaskan air
Tip lain yang boleh anda lakukan:
Gunakan lampu meja untuk pencahayaan khusus sahaja. Boleh juga gunakan cahaya semula jadi untuk menerangi bilik pada waktu siang.
Elakkan membuka peti sejuk dengan kerap kerana lebih tenaga diperlukan untuk mengekalkan suhu rendah.
Jangan meletakkan makanan yang panas ke dalam peti sejuk kerana ia boleh menyebabkan peti sejuk menggunakan tenaga yang lebih untuk mengekalkan suhu rendah.
Tukar peralatan elektrik yang melebihi tempoh 10 hingga 15 tahun bagi penggunaan tenaga yang lebih cekap.
Tutup dan tanggalkan plug peralatan elektrik yang tidak digunakan bagi menjimatkan penggunaan elektrik.
Gunakan tangga ke aras terdekat bagi menjimatkan elektrik.
Senang bukan? Jika ada yang masih belum tahu tentang tips ini, boleh kongsi untuk manfaat bersama. 😉
Bunga lawang yang sering digunakan dalam masakan mempunyai bentuk yang cantik seperti bunga layaknya dan mempunyai aroma yang tersendiri. Selain untuk masakan, rempah ini juga sering digunakan dalam petua orang dulu-dulu umpamanya untuk penjagaan kesihatan dalaman, menyerikan kulit wajah yang kusam dan pelbagai lagi kegunaan bunga lawang ini.
Pun begitu, tahukan anda bunga lawang ini ada yang jenis beracun? Ini sebagaimana perkongsian daripada saintis Dr Suri Roowi berkenaan perkara tersebut. Pendedahan info ini telah menarik perhatian warganet dan buat anda yang belum mengetahuinya, di bawah ini adaperkongsiannya.
Semoga ianya bermanfaat dan menjadikan kita lebih berhati-hati memilih bunga lawang selepas ini.
BUNGA LAWANG ada yang BERACUN?
1. Terdapat 2 jenis bunga lawang iaitu Bunga Lawang Cina dan Bunga Lawang Jepun. Bunga Lawang CINA TIDAK BERACUN manakala Bunga Lawang JEPUN BERACUN.
2.Bunga Lawang Jepun (Rujuk Gambar) mirip Bunga Lawang Cina, tetapi buahnya lebih kecil dan baunya kurang.
3.Bunga lawang Jepun biasa digunakan sebagai racun ikan dan juga racun perosak. Ia juga digunakan untuk mengatasi masalah sakit gigi dan sakit kulit
4.Bahan toksin dalam Bunga Lawang Jepun dikenali sebagai ANISATIN
5.Terdapat kemungkinan produk Bunga Lawang Cina dicemari dengan Bunga Lawang Jepun. Ini kerana, agak sukar membezakan kedua-dua jenis bunga lawang ini menggunakan mata kasar. Satu-satunya cara untuk membezakannya adalah melalui analisis kimia atau dengan melihatnya di bawah mikroskop.
6.Terdapat laporan seorang bayi mengalami masalah serius dan hampir maut setelah diberi minum air bunga lawang. Insiden ini berlaku mungkin disebabkan oleh Bunga Lawang Cina dicemari dengan Bunga Lawang Jepun. Justeru, ELAKKAN memberikan ekstrak air bunga lawang kepada bayi dan kanak-kanak
7.Di Eropah, Bunga Lawang Cina sering digunakan sering dicampurkan dalam minuman teh untuk kurangkan stress. Walaubagaimanapun, terdapat laporan dari Perancis, Sepanyol dan Switzerland menunjukkan peminum air bunga lawang tercemar dengan Bunga Lawang Jepun boleh menyebabkan masalah seperti halusinasi dan loya.
Meninjau di ruangan komen Zaharinah Hussin berpendapat selepas ini sebagai pengguna perlu lebih berhati-hati. Tulisnya “Kena lebih alert lepas ni. Kira bucu bunga lawang. Nampak pelik jer, kita asingkan.”
Begitu juga komen Rose Zeta Jalaluddin, “JazakAllah khyr.. Atas info ni.. Selalu beli je.. Lepas ni kena berhati2..Semoga dirahmati Allah”
Bahkan ramai yang mengucapkan terima kasih kepada Dr Suri Rowwi kerana berkongsi fakta dan info yang bermanfaat. Antaranya seperti Marz Mary. Tulisnya, “Alhamdulillah Moga beri kebaikkan kepada yang membaca info ini. Mubarak Dr. Suri Roowi”
Hati mana yang tidak kecewa andai telah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga, namun belum lagi dikurniakan zuriat. Pun begitu, janganlah pula ada yang berputus asa. Lakukanlah ikhtiar dan usahalah dengan pelbagai cara. Sama ada mendapatkan rawatan moden dan tidak salah juga andai lakukan petua-petua orang dulu. Mana tahu dengan asbab usaha berpanjangan, akan dikurniakan rezeki menimang cahaya mata.
Ini sebagaimana apa yang dikongsikan oleh ustaz ini diakaun fbnya tentang petua lama untuk mendapatkan zuriat yang diperolehi daripada seorang bidan yang juga merupakan ibu angkatnya. Jom semak.
PETUA ORANG TUA-TUA DAHULU UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT
Ramai yang bertanya bagaimana petua untuk mendapatkan zuriat..Petua ini saya belajar dari seorang ibu angkat saya, dimana beliau adalah seorang bidan tua, yang banyak ilmu tentang kebidanan.
Sebenarnya banyak lagi ilmu bidan yang saya pelajari darinya. Tetapi hari ini saya ingin memberi salah satu petua yang saya ambil darinya untuk mereka yang bermasalah untuk mendapatkan zuriat…
Wanita yang menginginkan keturunan, maka cuba sediakan bahan yang saya sampaikan ini.
1. Seulas temu hitam sebesar ibu jari..
2. Sebiji buah asam jawa.
3. Pangkal dari buah pisang awak.sebanyak tiga pangkal..
Caranya tumbuk sehingga hancur dan bancuh dengan secawan air putih. Jadikan ia sebagai minuman harian.
Kepada si suami pulak hendaklah berpuasa selama tujuh hari dan selama berpuasa hendaklah membaca surah Al-Qadr sebanyak 1000 kali sehari.
Selepas sahaja tujuh hari pada malam Jumaat bersamalah dengan isteri kamu, pada ketika air mani hendak keluar berdoalah untuk dikurniakan zuriat.
Minggu lalu, kerajaan telah mengumumkan inisiatif bantuan tunai secara ‘one-off’ RM500 yang diberikan kepada ibu bersalin pada tahun 2023.
Tidak terkecuali, Angkasawan Pertama Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor menyambut baik perkara itu dengan mengusik isterinya Datin Dr Halina supaya menambah cahaya mata pada tahun depan.
Menerusi sebuah posting di laman Instagram, Dr Muszaphar berharap pengumuman tersebut secara tidak langsung dapat dijadikan sebagai motivasi kepada isterinya.
“Bajet 2023. Dalam semua intipati belanjawan, inisiatif ini paling menarik perhatian saya. Semoga menjadi motivasi yang baik buat Dr Halina.
“Dapat duit belanja lagi haha,” selorohnya sebaik Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz selesai membentangkan Bajet 2023 baru-baru ini.
Pada masa sama, figura berusia 50 tahun itu menjangka lebih ramai bayi akan dilahirkan pada tahun depan terutama dalam kalangan penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
“Pasti akan menjadi ‘baby boom’ tahun hadapan. Apa pandangan anda?,” soalnya kepada pengikut.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi penjelasan bahawa tidak semua ibu akan mendapat bantuan tunai itu sebaliknya hanya diberikan kepada penerima BKM sahaja.
Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010 dan dikurniakan enam cahaya mata.
Mereka adalah Sophea Isabella, 11, Sophea Natasha, 9, anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, 3 serta kembar kedua Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia, 2.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.