1) Doa kat Allah supaya dapat mengajar dan mendidik anak sendiri mengaji. Mengajar anak sendiri perlu banyak sabar dan kawal marah dengan baik.
2) Wujudkan suasana mengaji yang consistent. Sekejap pun jadilah. Sebab anak tak boleh fokus lama – lama. Mulakan dengan juz ama ataupun iqro. Ikut kemampuan dan kesesuaian ibu. (selepas subuh atau selepas magrib masa yang sesuai).
Mesti CATAT di buku@quran.
– tanda tempat berhenti membaca.
– tanda ubah@tidak.
– tulis tarikh supaya mudah utk kita lihat. (mak mak selalu lupa sebab banyak fikir)
3) Sentiasa ulang surah surah pendek untuk permulaan anak menghafal. Boleh cuba sebelum tido ataupun di dalam kereta semasa hantar@ambil anak ke sekolah.
4) Fokus satu surah sahaja sehingga dia hafal. Baca dan minta anak ikut sedikit demi sedikit.
5) Kekerapan anak mendengar akan membuatkan dia ingat. InshaAllah dia akan mula sambung ayat dihujung-hujung sebelum dia ingat satu baris ayat lengkap.
6) Betulkan kesalahan ayat berulang kali dan jangan terlalu garang supaya anak tak takut salah dan seronok belajar di rumah.
7) Puji anak dan bagi kata-kata semangat pada anak bila dia menunjukkan peningkatan. INI sangat PENTING!. Nak bagi hadiah pun tak salah.
8) Ibu @bapa kena ISTIQOMAH dan banyak SABAR.
9) Setiap kemampuan anak tidak sama. Jangan membanding beza dengan anak orang @ adikberadik yang lain. Jangan putus asa sekiranya anak lambat ingat. Teruskan ajar.
10) Jangan letakkan masa untuk anak berjaya ingat & hafal. Supaya tidak rasa tertekan mahupun kita menekan anak. InshaAllah kekerapan kita mengajar dan mengulang ayat banyak menentukan kejayaan anak.
11) Didik anak untuk solat berjemaah. Supaya dia nampak seronoknya bila pandai baca surah. Dia akan boleh solat.
12) Doa secara berterusan semoga Allah mudahkan anak kita belajar sama ada dengan kita mahupun di sekolah kerana proses belajar sangat panjang.
13) Guna abm untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik. Pasang cd dalam kereta @ tunjuk video mengaji yang menarik @tengok yang berkaitan.
IBU yang bekerja di luar rumah mahupun di dalam rumah. Kita ada banyak peluang untuk didik anak sendiri. InshaAllah.
Keperitan hidup dibuang ibu sendiri sendirian ketika usia masih kecil hanya Tuhan yang tahu. Lebih memilukan dia sudah terjebak dengan dunia hitam bila mana terpaksa bekerja di lorong tatkala usia 12 tahun.
Disebabkan itu dia terjebak dengan dunia kotor apabila bergelumang dalam komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Namun, nun jauh di hati tetap terselit rasa dosa dan ingin berubah. Justeru, dia baru-baru ini mengikuti program bersama penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew yang mengambil pendekatan bersama mereka dalam kemMakNyah.
Individu yang dikenali dengan nama Mas menerusi video di Instagram Ustaz Ebit Lew, dia memberitahu telah mula memelihara solat dan timbul rasa rindu hendak bertemu ibu ayahnya walaupun tidak pernah berjumpa.
“Saya memang rindukan mak ayah walaupun tidak berjumpa. Sebelum ini memang tidak rasa rindu, tetapi bila saya mula solat, saya selalu rindu.
“Saya rasa mereka ada dekat dengan saya, saya ada simpan lagi surat beranak tetapi saya belum ada kekuatan untuk mencari mereka,” katanya.
Mengulas mengenai pengakuan Mas tersebut, akui Ustaz Ebit Lew perasaan sebak tidak dapat ditahan apabila mendengar sesi hati ke hati bersama golongan tersebut selama tiga hari dua malam di sebuah resort.
Menurut Ustaz Ebit Lew lagi, Mas yang berusia 26 tahun telah kembali kepada jalan ALLAH SWT dengan mengambil masa tiga hari sahaja malah kini telah mendirikan solat lima waktu tanpa gagal.
“Sebak dan akhirnya semua menangis… sesi hati ke hati bersama maknyah transgender 3hari 2malam. Ini malam pertama. Mas 26 tahun, kali pertama saya jumpa beberapa bulan lalu dan beri masa 3hari di jalan Allah.
“Kini solat 5 waktu.tak tinggal solat.. Ditinggalkan ibu dengan surat beranak, 5 helai lampin,susu…..mula kerja lorong dari umur 12 tahun. Bila mula jaga solat rasa rindu nak jumpa mak ayah walau tak pernah jumpa.
“Semua tak tahan menangis rasa rindu pada Allah dan ingin menjadi anak yang baik..Allahuakbar..ramai yang hadir..solat fardhu dan qiamulail semua datang awal..Allahu,”ujar Ustaz Ebit Lew lagi.
Bagi yang baru bergelar ibu bapa pastinya teruja dan gembiranya apabila menimang cahaya mata pertama. Segala keperluan anak akan dibeli sempurna dan lengkap.
Namun gembira meraikan kedatang ahli baru dalam keluarga, ada cabarannya dalam tempoh membesarkan anak. Ia termasuk memastikan bayi cukup tidur. Biasanya waktu kritikal adalah semasa dalam pantang.
Bayi yang tidak cukup tidur mudah meragam. Malah jika dibiarkan berlarutan boleh menjejaskan kesihatan. Jika ibu tidak mendapat rehat yang cukup akan menjejaskan penghasilan susu ibu dan kesihatan yang boleh mengakibatkan tekanan perasaan.
Sudah tentu kita akan mencari alternatif untuk memastikan bayi tidur lena pada masa yang sama ibu juga dapat berehat. Jika dahulu, buaian gantung adalah alternatif untuk membuatkan bayi tidur dengan lena.
Kini terdapat pelbagai peranti moden untuk tidurkan bayi dengan selamat. Kebanyakan buaian bayi telah pun diubahsuaian rekabentuknya supaya lebih menarik, mudah dialihkan dan selamat untuk postur badan bayi semasa dalam buaian.
Ekoran ini memberikan yang terbaik buat anak ada yang sanggup berhabis ratusan, malah ribuan ringgit untuk membeli peranti ayunan yang sesuai untuk bayi baru lahir.
Basinet ini adalah antara alat bantu untuk mengelak bayi terjaga dan menangis waktu malam. Cara ini dapat membantu anda sudah kepenatan kerana bekerja sepanjang hari di tempat kerja atau menguruskan rumah.
Apa yang pasti, untuk peringatan secara puratanya, bayi perlu bangun dan menyusu setiap 2-4 jam. Kadang-kadang sampai terpaksa mereka dikejutkan supaya ibu dapat menyusu.
Menarik tentang basinet, seorang wanita yang berkongsi mengenai sejenis buaian moden ‘basinet’ yang mencecah harga hingga RM7,000.
Dalam video TikTok yang dikongsikan semula ke Twitter oleh pengguna Amirah Amir, seorang lelaki menunjukkan bayinya sedang tidur lena di dalam basinet sementara isterinya tidur lena di sebelah.
Menurut lelaki itu, dia menyangka isteri kurang waras apabila ingin membeli basinet berharga $1,500 itu. Namun apabila dia melihat anaknya tidur sepanjang malam tanpa terjaga, lelaki itu percaya pelaburannya itu berbaloi.
Tular dengan harga yang mahal, netizen memberikan pelbagai pandangan.
Pelaburan berbaloi!
Tetap kena kejutkan bayi baru lahir untuk menyusu
Bagaimana pun perlu pastikan bayi bangun untuk menyusu susu ibu pada tempoh tertentu.
Keluarga: Jika ada bajet, ia pelaburan yang berbaloi buat anak pertama. Peranti akan digunakan untuk anak seterusnya. Apa pun ikut kemampuan masing-masing.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.