Siapa yang tak kenal dengan Dato Aznil Haji nawawi, figura seni yang boleh dianggap sebagai pengacara nombor satu negara dek kredibilitinya sehingga kini.
Beliau antara selebriti yang mempunyai pengaruh dan aura yang cukup mengagumkan terutama dalam bidang pengacaraan. Baik dewasa mahupun kanak-kanak kenal dengan susuk tubuh ini.
Begitupun Aznil atau mesra dengan panggilan Paknil sangat menjaga privasi dan jarang nak berkongsi cerita mengenai keluarganya.
Sejak dahulu lagi, memang sukar untuk melihat wajah anak-anaknya menghiasi dada akhbar mahupun majalah. Malah dengan penggunaan media sosial yang kian meluas ini, beliau masih lagi bersikap seperti dulu.
Empunya diri awal-awal lagi tiada masalah untuk mengambil gambar namun anak-anak yang keberatan dan sering menolak untuk berbuat demikian menyebabkan si ayah akur dengan permintaan anak-anaknya.
Namun dalam satu perkongsian di laman Instagramnya, Paknil memuatnaik satu gambar lukisan yang mana dilukis oleh anak perempuannya, Fildza Haifa atau dipanggil dengan nama manjanya Fifi.
Ads
Menurut pengacara ini lagi, lukisan tersebut dilukis ketika Fifi berusia 5 tahun ini. Terdapat tulisan tertulis ‘ Happy Fathers Day ‘ dan dihiasi dengan gambar buah-buahan dan beberapa objek lain. Kata Paknil, puterinya ini kini sudahpun berusia 32 tahun dan ucapan happy birthday turut diucapkan untuk Fifi di ruangan kapsyen ini.
Melihat wajah manis Fifi yang murah dengan senyuman, pasti mengikut jejak si ayah sememangnya seorang yang pemurah dengan senyuman.
“Ini lukisan Fifi masa dia 5 tahun. Hari ni Dia dah 32 tahun!!
Happy Birthday Anak!!! Luv u till Jannah.”
Tubuh yang terlalu lemah ketika mengandung amat mengganggu pergerakan. Waktu mengandung adalah saat yang sukar untuk digambarkan. Ada wanita yang melalui pengalaman yang berbeza-beza.
Ada yang sihat tanpa sebarang gangguan dan alahan tetapi ada juga yang mengalami bermacam alahan dan keletihan melampau.
Malah melalui tempoh sarat dari usia kandungan tujuh bulan hingga 9 bulan adalah saat yang getir. Ibu terpaksa membawa kandungan yang agak berat dengan perut yang sudah mula cekang dan menegang.
Selain rehat yang mencukupi, amalan pemakanan yang tepat dan sihat adalah cara bijak ibu menjaga kandungan. Maklumlah ketika mengandung ibu dilarang mengambil ubat-ubatan tertentu dan pemakanan dan rehatlah sebagai langkah bijak.
Pun begitu mengamalkan petua tradisional tidak salah, asalkan tidak memudaratkan kepada ibu mengandung. Ini cara yang dilakukan oleh wanita bernama Lyndah Abraham di facebooknya. Perkongsiannya buat ibu-ibu mengandung yang selalu mengalami keletihan dan lemau-lemau badan boleh kita cuba.
Teh Penyegar Badan
Air Tea O penyegar badan. Paling sesuai untuk keluarga. Ibu-ibu mengandung yang selalu lemau pun boleh cuba.
Bahan-bahan:
Halia
Daun Pandan
Gula kabung/gula batu
Uncang tea
Caranya:
1. Rebus air bersama halia dan daun pandan.
2. Setelah mendidih tutup api.
3. Masukkn air panas tadi ke dalam cawan. Letakkan gula dan uncang teh (seperti bancuh teh biasa).
Kalau diikutkan mungkin jarang sekali untuk kita perlu membuka botol memandangkan kebanyakan produk seperti kicap, sos tiram dan sebagainya direka dengan bukaan penutup yang lebih mudah tanpa perlu menggunakan alatan. Jadi tidak hairanlah ada sebahagiannya tidak mempunyai alat pembuka botol yang khusus di rumah.
Pun begitu sekiranya anda perlu membuka penutup botol untuk produk-produk tertentu, usah bimbang. Sebenarnya anda juga boleh gunakan gunting menyiang ikan yang sedia ada di rumah. Kaedah ini sebagai mana yang telah dikongsikan oleh Nurul Saedatul Manzili.
Ini perkongsiannya.
Mungkin ramai dah tau dan ada gunting ni kat rumah. Tapi mungkin ramai masih tak tau juga. Kalau pembuka botol sedia ada hilang atau memgang tiada, boleh je pakai gunting siang ikan ni.
Langkah-langkahnya:
1. Gunting bahagian bukak penutup botol. Gunakan gunting yang mempunyai bentuk begini.
2. Kemudian cungkil penutup botol seperti ini.
3. Siap.
Boleh juga beli pembuka botol yang comel atau gunting di sini untuk memudahkan anda.
Bulan Ramadan tentunya ramai yang tercari-cari hidangan berbuka puasa. Bazar Ramadan adalah destinasi wajib yang mesti dikunjungi untuk membeli juadah berbuka.
Antara menu yang popular untuk berbuka adalah Murtabak. ulan puasa, Murtabak Daging atau ayam adalah antara sajian pembuka selera yang popular. Makan pula dengan kuah bawang cuka atau kari.
Sempena Ramadan ini, menarik perkongsian seorang pengguna facebook, Azam Ramli yang berkongsi mengenai keunikkan Murtabak Bandar Jerantut. Lantaran rasa sedapnya yang unik, murtabak Jerantut menjadi pilihan ramai.
Biarpun perkongsian ini sudah sekian lama, ia kembali viral setelah banyak carian mengenai murtabak Jerantut.
Lebih menarik, Azam Ramli telah menyenaraikan lebih 20 nama murtabak Jerantut yang popular.
Malah, murtabak Jerantut bukan saja popular dalam kalangan penduduk tempatan, sebaliknya turut menarik perhatian pengunjung dari luar kerana kesedapannya berbanding di tempat lain.
Antara penyebab murtabak Jerantut sering digemari kerana dagingnya yang banyak, penuh ramuan dan rempah ratus yang enak. Boleh dikatakan setiap kunyahan ada daging.
Selanjutnya ikuti perkongsian ini.
JERANTUT BANDAR MURTABAK
Jika Temerloh diberi jolokan Bandar Ikan Patin, Maran diberi jolokan Bandar Ayam Kampung, Jerantut pula diberi jolokan Bandar Taman Negara.
Tapi sebenarnya tak boleh dilupakan, Jerantut juga sangat sesuai jika diberi jolokan Bandar Murtabak, kerana di daerah ini terdapat banyak murtabak yang sedap dan popular. Berikut diberikan nama-nama murtabak di Jerantut (nama berikut bukan ditulis mengikut ranking):
1. Murtabak Fauzi 2. Murtabak Syed 3. Murtabak Manja 4. Murtabak Romas 5. Murtabak Saufi 6. Murtabak Sopi 7. Murtabak Sabri 8. Murtabak Feri 9. Murtabak Jerantut Feri 10. Murtabak Wahid 11. Murtabak Wahab 12. Murtabak Zameri Family 13. Murtabak Damak 14. Murtabak MK Curry 15. Murtabak Sardin TMG 16. Murtabak Tasnim 17. Murtabak 702 18. Murtabak Darussalam 19. Murtabak Mustafa 20. Murtabak Batu Balai 21. Murtabak Naim (Ulu Cheka) 22. Murtabak Jerantut (Brand – dijual di Lembah Klang) 23. Kak Bi Frozen – Murtabak Jerantut (Brand – dijual di Kuantan) 24. Murtabak Daging Rusa Kota Gelanggi 2. * ketika bulan puasa, ada beberapa bazar Ramadan di Jerantut, yang agak popular ialah: 1. Depan pejabat MDJ (utama) 2. Depan TF 3. Di Jerantut Feri.
INI SEBAB RAMAI YANG SUKA
Mungkin ada yang ingin respon: “Alah, di tempat lain pun ramai orang jual murtabak, bukan di Jerantut je”.
Ya memang benar di tempat lain pun ramai orang jual murtabak tapi murtabak di Jerantut lain macam sikit sedap dia, siapa orang luar yang pernah datang dan rasa murtabak di Jerantut dia tahulah.
Dan juga, orang asal Jerantut yang berhijrah dan bekerja ke tempat lain, pasti akan bersetuju murtabak di Jerantut tetap lebih sedap dari di tempat yang mereka berhijrah atau bekerja.
Sesiapa yang ada kawan orang Jerantut, bila bulan puasa rugilah kalau tak minta belanja murtabak (ada yang frozen juga, boleh minta kawan-kawan kirim pos laju).
Penjual murtabak ramai di ketiga-tiga bazar di atas. Nama-nama yang saya nyatakan ialah sebahagian sahaja, ramai lagi peniaga yg saya tak tau nama mereka, murtabak mereka pun sedap juga.
Ada juga penjual murtabak ini yg tidak menjual di bazar, mereka menjual di kedai sendiri sahaja namun tetap dikunjungi pelanggan yang sanggup beratur panjang untuk membeli. Harga murtabak di Jerantut ialah pelbagai. Ada yang rm6 sekeping, ada juga harga yang lain, paling tinggi ialah rm13 sekeping.
PERMINTAAN TINGGI BULAN RAMADAN
Ketika bulan puasa, permintaan murtabak di Jerantut adalah sangat tinggi. Penjual-penjual murtabak seperti nama-nama di atas, mampu menjual dalam kuantiti yang sangat banyak setiap hari, ramai juga penjual yang mencatat jualan sehingga beratus keping sehari malah ada penjual yang mencecah jualan seribu keping sehari.
Murtabak-murtabak yang paling biasa dijual di Jerantut ialah murtabak ayam dan murtabak daging. Ia jadi makanan yang sangat mengenyangkan kerana di dalamnya turut mengandungi bahan-bahan lain seperti ubi kentang atau kobis bergantung kepada penjual. Untuk tambah menyelerakan, murtabak didatangkan bersama kuah sama ada kuah cuka bawang atau kuah kari terpulang kepada pembeli mahu yang mana.
Saiz murtabak di Jerantut ialah sekeping untuk makan sekeluarga. Paling kecil pun cukup untuk makan 4 orang. Saya boleh habiskan sekeping seorang, itu kes terpencil. Selain dijual di bazar pada bulan ramadan, murtabak-murtabak Jerantut juga dijual pada bulan-bulan yang lain iaitu di pekan sari, di pasar-pasar malam malah ada yang menjualnya setiap hari di kedai makan mereka.
TEMPAT MENARIK DI JERANTUT
Jika anda berkunjung ke Jerantut, jangan lupa untuk menikmati murtabak. Selain itu boleh juga melawat ke tempat-tempat menarik yang berdekatan: 1. Mendaki Bukit istana Jerantut 2. Taman Negara Malaysia 3. Galeri Mat Kilau 4. Makam pahlawan Mat Kilau 5. Makam Pawang Nong 6. Makam raja di Bukit Ketupat 7. Feri Water Front 8. Air terjun Lata Meraung 9. Taman i-City Jerantut 10. Taman Warisan Gua Kota Gelanggi 11. Tekam Plantation Resort 12. Mendaki Gunung Tahan 13. Mendaki Bukit Seladang 14. Eksplorasi Red Forest Jerantut 15. Mendaki Bukit Bongkok 16. Eksplorasi Gunung Senyum 17. Rabbit Park 18. Air terjun Lost Waterfall 19. Air terjun Lata Permaisuri 20. Burger Pakcik Sulong 21. Pizza Anak Dol 22. Restoran-restoran gulai asam rong, gulai tempoyak, pais. 23. Sekolah beruk Paya Rajin 24. Pasar Besar Jerantut (ala-ala Pasar Siti Khadijah Kota Baru) 25. Pekan Sari (Ahad) 26. Pasar Malam Utama (Sabtu malam) 27. Air terjun Lata Berkoh 28. Jeti ke Taman Negara (naik bot) 29. Menunggang kuda di Madrasah Sungai Salan 30. Bersewang di kampung Sungai Kiol 31. Memedap dan mengemping di kampung Gintong. 32. Gerai aneka makanan pagi di depan pasar. (meriah) 33. Dataran minum petang di sebelah masjid lama. (meriah) 34. Mandi swimming pool di Hotel Darul Makmur. 35. Lihat bunga rafleksia di Gunung Benom (Ulu Cheka). 36. Air terjun Lata Berembun 37. Rock climbing Via Ferrata Paya Gunung dan banyak lagi.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.